You are on page 1of 2

SITI NURIZZATI BINTI ADNAN (900427-05-5312) b) Apa Yang Telah Dilalui Sepanjang Praktikum Ini?

PISMP PK JAN 2011

Saya telah menjalani latihan praktikum pada semester lima iaitu Praktikum Fasa 1 di Sekolah Kebangsaan Malim, Melaka. Praktikum ini mengambil masa selama sebulan (01hb April 2013 26hb April 2013) dan saya mesti mengikuti segala aktiviti yang berjalan di sekolah dalam jangka waktu tersebut. Pada minggu 1, ia merupakan minggu suai kenal saya dengan warga sekolah dan warga PPKI. Setelah mendapat jadual waktu, saya telah mengumpul maklumat mengani sekolah untuk melengkapkan portfolio praktikum saya. Ujian diagnostik telah dijalankan dengan berjaya. Ianya dilakukan untuk menguji tahap penguasaan kemahiran asas murid pemulihan khas bagi mendapatkan perbezaan tahap akademik mereka. Pada minggu 2 pula, ia merupakan minggu bagi sesi P&P pertama dalam penulisan RPH rasmi. Saya telah membuat penulisan Rancangan pengajaran harian yang lengkap dan mengikut format yang betul. Ini adalah untuk memastikan proses P&P dapat berjalan dengan lancar dan berkesan serta mematuhi target KSSR yang telah ditetapkan. Kami telah diselia oleh pensyarah pembimbing da ia dikira sebagai prapenyeliaan bagi fasa 1 praktikum. Pada minggu 3, saya dan rakan praktikum telah membuat projek kami iaitu projek mural. Kami telah membuat mural pada dinding di kelas PPKI. Kami membuat mural bersesuaian dengan dinding tersebut setelah menerima cadangan dan pandangan daripada guru dan pembantu pengurusan murid kelas PPKI. Kami dapat menyiapkan projek tersebut mengikut masa yang telah ditetapkan. Pada minggu 4 pula, saya telah mengikuti warga PPKI lawatan sambil belajar ke Zoo Melaka pada 24 April 2013. Saya dapat menimba ilmu pengetahuan secara tidak langsung dan melihat bagaimana guru-guru PPKI menguruskan murid-murid dengan bantuan pembantu pengurusan murid. Antara tujuan sampingan program Praktikum ini adalah untuk membolehkan pelajar membiasakan diri di sekolah dan di bilik darjah serta mendapat pendedahan awal

SITI NURIZZATI BINTI ADNAN (900427-05-5312)

PISMP PK JAN 2011

pembelajaran murid. Saya dapat memahami pengurusan strategi pengajaran dan pembelajaran melalui buku rekod pengajaran. Antara lain, tugasan yang diberikan juga membolehkan saya membina kemahiran berinteraksi dengan murid, guru dan kakitangan sekolah. Kepentingan utama aktiviti ini adalah untuk membina keyakinan diri seseorang guru pelatih selain daripada mempersiapkan mereka sebagai salah seorang komuniti sekolah pada masa akan datang. Di samping itu juga, guru pelatih diharap dapat memahami tingkah laku murid-murid, pengurusan bilik darjah, proses penyepaduan teori dan amalan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran (P&P) melalui pemerhatian, interaksi dan refleksi. Oleh yang demikian, pendedahan awal saya di Sekolah Kebangsaan Malim sememangnya memberikan impak yang positif kepada saya dalam membentuk keperibadian, sahsiah dan kualiti sebagai seorang guru di masa akan datang. Semoga guru-guru pelatih yang lain juga berasa gembira dalam menjalankan tugas sebagai seorang guru praktikum.

You might also like