You are on page 1of 2

KOD KURSUS: MTE3111 NAMA KURSUS: PENGAJARAN GEOMETRI, UKURAN DAN PENGENDALIAN DATA TUGASAN: TRANSKRIP TEMUBUAL DENGAN

GURU MATEMATIK TAJUK: UKURAN PANJANG Saya telah menemu bual seorang guru matematik iaitu En. Suhaimi untuk mendapatkan pendapat dan pandangan berkaitan permasalahan yang sering dihadapi oleh murid-murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Permasalahan tersebut adalah melibatkan beberapa aspek yang penting iaitu: i. ii. iii. iv. Konsep kefahaman Arithmetik, prosedur pengiraan, kaedah dan teknik Pendekatan pengajaran dan pembelajaran Gaya pengajaran dan pembelajaran

1. Dalam tajuk ukuran panjang, apakah masalah yang sering dihadapi oleh murid dari aspek kefahaman konsep? Salah faham atau tersalah tafsir dengan konsep-konsep dalam tajuk panjang. Istilah yang belum pernah didengari dan mungkin terkeliru dengan istilah tersebut. Konsep tersebut tidak dikaitkan dengan bahan konkrit dan masalah harian menyebabkan murid kurang faham. Terkeliru dengan penggunaan unit dalam panjang seperti km, m cm dan mm. 2. Apakah pula masalah yang dihadapi oleh murid apabila melibatkan aspek arithmetik, prosedur pengiraan, kaedah atau teknik? Murid kurang mahir untuk membaca, menulis, melakukan pengiraan dan juga murid yang kurang bercakap dan berkomunikasi. Murid juga tidak memahami soalan yang diberikan.

Murid juga tidak mempunyai pengetahuan sedia ada berkaitan tajuk panjang. 3. Dalam tajuk panjang juga, apakah permasalahan yang dihadapi melibatkan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan? Pendekatan yang digunakan kurang sesuai dengan tahap pemikiran murid. Pendekatan yang tidak dapat menarik minat murid untuk belajar dan menyebabkan murid berasa bosan dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Isi kandungan pengajaran dan pembelajaran yang tidak dikaitkan dnegan contoh-contoh yang sesuai. 4. Selain itu, apakah masalah yang dihadapi apabila melibatkan gaya pengajaran dan pembelajaran dalam tajuk panjang? Gaya pengajaran dan pembelajaran yang digunakan tidak bersesuaian dengan perkembangan murid-murid. Murid tidak mempunyai gaya pembelajaran yang bersesuaian dengan tahap pemikiran mereka. Gaya pengajaran dan pembelajaran yang tidak menarik.

You might also like