You are on page 1of 4

Isu-isu , masalah-masalah dan cadangan-cadangan

Sungguhpun aktiviti penyelidikan di peringkat makro sangat giat dan aktif dijalankan terutama di peringkat agensi-agensi KPM dan institusi pengajian tinggi. Persoalannya, kajian ini kurang berkesan kerana kebiasaan keputusan atau hasil dapatanya mengambil masa yang lama untuk diterima oleh pengamal pendidikan dan mempunyai nilai praktis yang sedikit (Jamil, 2002). Malah dalam banyak keadaan hasil penyelidikan ini hanya terbuku dalam tesis sarjana atau dalam laporan yang tersimpan di rak-rak buku. Jarang sekali hasil kajian ini disebar luas kepada para guru di sekolah. Kalau adapun hasil penyelidikan dibincangkan di peringkat prosiding, seminar dan persidangan yang dihadiri oleh golongan tertentu sahaja. Selain itu, persoalan yang timbul ialah gaya penulisan ilmiah para penyelidik di peringkat makro ini menyukarkan para guru untuk memahami keputusan dan kesimpulan hasil dapatan penyelidikan yang telah dibuat. Perkara ini membantutkan minat para guru untuk membaca dan menimba pengetahuan daripada hasil penyelidikan. Keadaan ini disulitkan lagi dengan kesukaran untuk guru-guru mengakses hasil penyelidikan ini kerana penyimpanannya di tempat-tempat yang ekskulsif dan jauh daripada persekitaran tempat kerja mereka terutama yang bertugas di luar bandar. Namun untuk perbincangan penulisan ini, fokus diberi kepada penyelidikan tindakan di peringkat mikro. KPM telah berusaha meningkatkan budaya penyelidikan di kalangan guru melalui latihan dalam praperkhidmatan di IPG dan IPT, latihan dalam perkhidmatan dan melalui kursus-kursus yang dianjurkan oleh BPPBP, JPNS, PSPN, dengan usahasama IPT dan IPG. Tetapi budaya penyelidikan ini masih belum menyeluruh di kalangan guru. Kajian yang dilakukan oleh Jamil (2002) dan Lee (1997) menunjukkan tahap pengetahuan dan kemahiran penyelidikan tindakan dalam kalangan guru adalah sederhana dan masih belum menyakinkan. Manakala penyelidikan yang dilakukan oleh Bahagian Pendidikan dan beberapa maktab (sekarang ini dikenali IPG) (Premalatha .2003) menunjukkan pendidik guru sendiri kurang kemahiran dalam melakukan penyelidikan masih rendah. penyelidikan pendidikan dan pengalaman dalam kompetensi

Apakah permasalahan yang dapat dikaitkan dengan isu ini? Antara masalah yang dikesan melalui kajian yang dilakukan oleh Lee(1997), Jamil(2002) dan Madzniyah( 2006) dapat dirumuskan kepada tiga aspek utama iaitu sikap guru, kekangan masa dan pengetahuan penyelidikan yang cetek. Selain ini terdapat berberapa masalah lain iaitu kurang peruntukan untuk menjalankan penyelidikan, tidak berupaya mempengaruhi atau mengawal aspek-aspek seperti sukatan pelajaran, persekitaran dan organisasi khususnya sekolah dan hanya dilakukan apabila ada arahan daripada pihak atasan. Selain itu, guru juga beranggapan bahawa penyelidikan merupakan satu usaha yang siasia dan membuang masa. Tanggapan ini berlaku kerana karenah birokrasi sama ada di peringkat sekolah mahu pun di peringkat atasan. Guru tidak diberi kuasa atau autoriti untuk melaksanakan hasil dapat penyelidikan di dalam bilik darjah malah guru masih terikat dengan sukatan

pelajaran yang perlu diselesaikan untuk persediaan peperiksaan awam. Tanpa sokongan padu pihak pengetua dan pihak berkepentingan, guru tidak berani mengambil risiko untuk mencuba idea atau strategi pengajaran dan pembelajaran yang baru. Malah usaha mereka juga tidak mendapat pengikhtirafan yang sewajarnya. Keadaan ini jelas berlaku di kalangan guru kelulusan sarjana, mereka tidak lagi menjalankan aktiviti penyelidikan selepas mendapatkan sijil sarjananya. Tanpa pengiktirafan hasil penyelidikan mereka, mereka akan beranggapan penyelidikan merupakan usaha yang sia-sia. Tambahan pula, hasil penyelidikan itu hanya laporan dokumentasi yang menyatakan aktiviti penyelidikan telah dijalankan bukannya laporan yang melihat impak penyelidikan itu sebagai penyelesaian masalah. Usaha kolaboratif dengan pensyarah sama ada daripada IPT atau IPG kurang mendapat sambutan kerana guru mempunyai tanggapan bahawa mereka dipergunakan oleh pihak tersebut memandangkan guru tidak mahir dalam kompetensi penyelidikan maka guru hanya menuruti kehendak pensyarah-pensyarah walaupun mereka berpendapat terdapat aspek kurang sesuai dalam situasi sekolah mereka ( Madzniyah, 2006). Selain itu guru berasa terbeban kerana masa dan tenaga yang digunakan untuk melakukan penyelidikan tidak setimpal dengan gaji yang diperoleh. Walaupun dari aspek tanggungjawab, guru merupakan golongan profesional kerana profesion ini lebih mementingkan perkhidmatan daripada ganjaran kewangan dan mereka berasa bertanggungjawab dalam semua tindakan dan

keputusan yang dibuat (Sufean, 2004). Namun dalam dunia materialistik pada masa ini, sedikit sebanyak mempengaruhi sikap guru terhadap aktiviti penyelidikan pendidikan. Selain masalah sikap, para guru juga menghadapi masalah kekangan masa untuk menjalankan aktiviti penyelidikan. Menurut laporan Tan Sri Abdul Rahman Arshad, purata masa mengajar seminggu bagi guru sekolah rendah adalah 30 waktu seminggu manakala guru sekolah menengah adalah 28 waktu seminggu. Hampir setiap hari guru perlu masuk kelas ganti sekurangnya dua waktu. Selain jadual waktu yang padat , guru-guru terpaksa mengisi waktu lain dengan aktiviti kokurikulum, memeriksa buku dan menilai kerja murid, melaksanakan tugas perkeranian, mengendalikan mesyuarat dan program-program sekolah serta mengendalikan lainlain tugas yang bukan profesional. Guru juga diarah menghadiri mesyuarat, mengawasi peperiksaan, menghadiri pelbagai kursus dan menjadi petugas dalam kegiatan sukan di pelbagai peringkat yang dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan jabatanjabatan lain (Zuraidah et al, 2005). Kesibukan para guru mengakibatkan guru menghadapi kekangan masa untuk menjalankan aktiviti penyelidikan. Terdapat juga aktiviti penyelidikan guru yang tertangguh dan yang tidak dapat diselesaikan mengikut jadual kerana guru terpaksa menghadiri kursus dan mesyuarat (Madzniyah, 2006). Kesannya tindakan segera bagi menyelesaikan sesuatu masalah di dalam bilik darjah atau persekitaran pembelajaran sukar dilakukan melalui penyelidikan kerana aktiviti penyelidikan yang awal tertangguh sedang masalah baru mungkin muncul. Keadaan ini menimbulkan kebosanan dan seterusnya menghilangkan minat guru untuk meneruskan usaha penyelidikan. Masalah seterusnya melibatkan pengetahuan penyelidikan di kalangan guru cetek. Kebanyakan guru terutama guru senior kurang pengetahuan asas tentang penyelidikan. Hal ini kerana aktiviti penyelidikan mula diberi penekanan pada tahun 1993. Kursus-kursus penyelidikan hanya melibatkan sebahagian kecil guru terutama guru mata pelajaran Sains, Matematik dan guru bahasa. Oleh itu, kebanyakan guru mata pelajaran lain kurang memahami asas penyelidikan.

Terdapat juga guru-guru yang telah didedahkan dengan pengetahun penyelidikan terutama guruguru novis. Tetapi mereka kurang pengalaman dalam menjalankan aktiviti penyelidikan dan ada yang kurang mahir menjalankan aktiviti penyelidikan tindakan. Mereka juga sukar untuk menjalankan aktiviti penyelidikan kerana kurang sumber bacaan dan rujukan. Di samping itu, agak sukar dapat khidmat nasihat pakar penyelidik terutama dalam aktiviti penyelidikan tindakan. Hal ini kerana kekurangan guru-guru penyelidikan yang pakar dalam bidang tersebut.

You might also like