KONTRAK SOSIAL DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA:SATU PENILAIANSEMULA DARI SUDUT SEJARAHMalaysia merupakan sebuah negara majmuk yang memperlihatkan perkembangan politik yang diwarnai oleh politik komunal. Ia merupakan sebahagian daripada warisan penjajahyang telah meninggalkan impak yang begitu besar dalam kehidupan masyarakat kita.Dasar kolonialisasi oleh kuasa-kuasa Barat bukan sekadar membawa kepada kewujudanmasyarakat pluralisme malah mencorak dan mempengaruhi perkembangan sejarah kita.Ia dilihat sebagai satu bentuk hubungan yang bersifat dominasi dan eksploitatif keranakolonialisme bukan sekadar melibatkan penguasaan ekonomi dan politik malah ia turutcenderung menguasai minda penduduk. Malaysia mencapai kemerdekaannya pada 31Ogos 1957 melalui amalan kompromi dan permuafakatan pelbagai kaum. Proses permuafakatan itu bermula sebelum kemerdekaan lagi. Ia begitu jelas selepas PerangDunia Kedua, di mana semangat nasionalisma dan dasar dekolonialisasi oleh kuasa Baratmendorong kepada kerjasama parti-parti politik berbilang kaum. Perkembangan itudilihat sebagai satu titik tolak kepada politik permuafakatan di negara kita dan berjayamerencanakan satu perkembangan politik yang begitu menarik. PenggubalanPerlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 telah mengambil kira pebagai aspek.Perkara yang paling mustahak di sini ialah toleransi dan tolak ansur di antara penduduk berbilang kaum telah berjaya membentuk satu pakatan murni dan menerima satu kontrak sosial dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Di mana pada dasarnya, kontrak sosial terdiri daripada dua elemen iaitu pertama, penerimaan orang Melayu terhadapsebilangan besar penduduk bukan Melayu sebagai rakyat ‘jus soli’ bagi negara yang barumerdeka. Kedua, penerimaan penduduk bukan Melayu terhadap pengiktirafan hak istimewa serta kepentingan kaum Melayu dalam negara.bagai aspek yang melibatkankepentingan kaum yang berbeza. Suruhanjaya Reid telah dipertanggungjawabkan dalammerangka sebuah perlembagaan baru untuk Tanah Melayu menerima pelbagai pandangan, cadangan serta bantahan dari pelbagai pihak. Ia telah memberi penekanankepada beberapa aspek yang penting termasuklah soal kewarganegaraan, kedaulatansultan Melayu, kedudukan agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan danhak keistimewaan orang Melayu. Isu kontrak sosial merupakan satu persoalan yangsering dibahaskan oleh ahli-ahli politik mahupun golongan akademik. Persoalan yangsering timbul ialah sejauh manakah ia masih relevan dan kepentingan perjanjian itudalam usaha pembentukan sebuah negara bangsa di Malaysia. Idea kontrak sosial bermula di Eropah pada abad ke-17 dan ke-18 dan di pelopori oleh tokoh-tokoh sepertiJaque Rousseau, John Locke and Thomas Hobbes. Pada dasarnya, ia merujuk kepada persetujuan bersama di kalangan rakyat sesebuah negara berkaitan dengan hak dantanggungjawab mereka. Di mana manusia dikatakan mempunyai nafsu yang tinggiterhadap kekuasaan, kekayaan, kehormatan dan pengetahuan dan ia disifatkan sebagaitidak terbatas. Lantaran itu, perlu wujudnya satu mekanisme bagi mengawal keinginanmanusia tersebut dalam usha mewujudkan keselamatan serta kestabilan dalam negara ( B.Harian, 5 Nov. 2008). Menurut John Locke (1632-1704) dalam tulisannya An EassyConcerning the True Original, Extent and End of Civil Government dalam SosialContract ( Oxford University Press, 1960) , beliau menjelaskan bahawa wujudnya tiga pihak dalam proses kontrak sosial iaitu orang yang mencipta kepercayaan (the trustor),orang yang diberi kepercayaan ( the trustee) dan mereka yang memperoleh manfaatdaripada pemberian kepercayaan itu ( the beneficiary). Hubungan tersebut bakal
Leave a Comment