You are on page 1of 10

Novel ini mengisahkan kegigihan hidup seorang anak muda kampung, berkelulusan

darjah empat sekolah Melayu yang bernama Hilmi. Hilmi merantau ke bandar untuk
mencari pekerjaan setelah didesak oleh bapanya. Di bandar, Hilmi tinggal di rumah
pakciknya, iaitu Datuk Johari. Dia bekerja sebagai tukang kebun. Pada peringkat awal,
kehadirannya tidak disenangi oleh mak ciknya, Datin Salmah dan sepupunya, Hayati.
Perasaan Hilmi sering tertekan, tetapi dia gembira menguruskan bunga-bunga dan kebun
sayur pak ciknya. Hatinya juga sentiasa tenang dan gembira apabila mendengar bunyi
piano yang dimainkan oleh Hayati walaupun dia sering dihina dan disindir oleh Datin
Salmah kerana kemiskinan dan tahap pendidikannya yang rendah.
Hilmi yang begitu meminati alunan piano telah belajar muzik daripada Encik Bakar.
Kebolehan Hilmi bermain piano secara spontan telah menyebabkan Hayati berubah sikap
dan mula berbaik-baik dengan Hilmi. Keakraban Hilmi dan Hayati tidak disenangi oleh
Datin Salmah dan Hilmi dihalau secara halus dari rumah pak ciknya. Selepas peristiwa
itu, Hilmi bekerja dan tinggal di stesen minyak Shell di Jalan Setapak, Kuala Lumpur.
Dia terus gigih belajar piano dengan Encik Bakar. Peluang keemasan Hilmi untuk
memenuhi hasratnya tertunai apabila Encik Bakar mengambilnya bermain biola
menggantikan ahli kumpulan orkestranya yang berhenti secara tiba-tiba. Dia diterima
sebagai ahli tetap kumpulan orkestra Encik Bakar dan akhirnya berjaya menjadi pemain
muzik profesional. Bermula dari saat itu, bintang Hilmi semakin terserlah sehingga
berjaya memenangi pesta muzik RTM tiga tahun berturut-turut. Hilmi diberikan
penghargaan mengadakan pertunjukan Orkestra Perdana anjuran RTM.
Novel ini bertemakan kegigihan dan kecekalan seorang pemuda dalam perjuangan
mencapai cita-cita. Hilmi digambarkan mempunyai bakat luar biasa dalam bidang seni
muzik dan menggunakan kelebihannya sebaik mungkin sehingga berjaya berada di
puncak tertinggi sebagai ahli muzik dan penggubah lagu.
Antara persoalan yang terkandung dalam novel ini ialah gigih berusaha akhirnya
mencapai kejayaan. Contohnya, Hilmi yang begitu meminati muzik telah berusaha
bersungguh-sungguh akhirnya berjaya menjadi pemuzik tanah air yang terkenal.
Persoalan seterusnya ialah ikhlas dalam tugas dan bertanggungjawab. Contohnya,
walaupun menjalankan kerja sebagai tukang kebun di rumah pak ciknya sendiri, namun
Hilmi tidah pernah berkecil hati malah menjalankan tugas dengan ikhlas dan penuh
tanggungjawab.
Selain itu, persoalan yang lain ialah kesombongan manusia kerana mempunyai
pangkat dan harta yang banyak. Contohnya, Datin Salmah tidah pernah menghargai
kehadiran Hilmi, sebaliknya angkuh dengan harta dan pangkat yang dimilikinya. Dia
sering menghina Himi. Persoalan yang terakhir ialah percintaan yang terhalang.
Contohnya, hubungan cinta Hilmi dan Hayati tidak direstui oleh Datuk Johari dan Datin
Salmah menyebabkan kedua-duanya kecewa.
Watak utama: Hilmi

Walaupun dia berasal dari kampung dan tidak mempunyai kelulusan akademik yang
tinggi, namun dia mempunyai cita-cita yang tinggi, iaitu ingin belajar muzik di bandar.
Dia juga tidak malu untuk bekerja sebagai tukang kebun di rumah pak ciknya sendiri dan
juga pernah bekerja di stesen minyak. Sifat sabar dan tabah yang dimilikinya menjadikan
dia berjaya mencapai cita-citanya sebagai seorang pemuzik. Walaupun cintanya dihalang,
namun dia mampu menangani kekecewaan itu dengan cara positif, iaitu meluahkan
segala kekecewaannya melalui lagu-lagu ciptaannya. Sikapnya yang rendah diri dan rajin
bekerja itu menjadikan Hilmi disukai oleh kawan-kwannya. Penglibatannya dalam bidang
muzik telah mendapat sokongan dan pengiktirafan daripada peminat-peminatnya
sehingga dia telah diberikan kepercayaan dan penghormatan untuk memimpin
pertunjukan Orkestra Perdana anjuran RTM yang dihadiri oleh Yang di-Pertuan Agong.

Watak sampingan: Hayati


Datin Salmah
Encik Bakar

Hayati merupakan anak tunggal kepada Datuk Johari dan Datin Salmah. Dia sebenarnya
ialah adik Hilmi daripada ibu yang berlainan. Hayati juga seorang pelajar yang pintar
kerana dia berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara. Hayati memberikan layanan
yang baik kepada Hilmi dan tidak pernah menghinanya. Dia tidak pernah mengambil kira
perbezaan pangkat walaupun dia anak orang kaya dan berpengaruh. Hayati digambarkan
sebagai gadis yang mudah tersinggung dan merajuk. Dia tidak pernah membantah
kehendak mereka walaupun kadangkala dia tidak sependapat dengan mereka. Dia juga
berkeyakinan tinggi.

Datin Salmah ialah isteri Datuk Johari dan ibu kepada Hayati. Umurnya dalam
lingkungan 4-an dan berasal daripada keluarga berada. Datin Salmah sering menghina
dan merendahkan Hilmi yang berasal dari kampung dan tidak berpelajaran. Datin Salmah
digambarkan sebagai seorang yang pemarah. Dia menjadi barang dan menjerit-jerit
setelah mengetahui bahawa Hilmi menggangu piano Hayati. Dia tidak taat pada agama,
mementingkan cara hidup Barat, tidak menghormati suaminya, dan percaya pada ramalan
bomoh.

Encik Bakar ialah ayah Azizah dan bapa mentua Hilmi. Dia berperanan sebagai guru
muzik dan sahabat Hilmi. Encik Bakar diberikan watak seorang yang baik hati dan
pemurah. Dia sanggup mengajar Hilmi tentang ilmu muzik secara percuma. Dia juga
tidak pernah memandang rendah kepada pekerjaan Hilmi, malah memberikan layanan
yang baik dan mesra setiap kali Hilmi datang ke rumahnya. Dia juga seorang yang
berkeyakinan tinggi.
Pada bahagian permulaan, kisah bermula dengan kehadiran Hilmi di rumah pak ciknya
yang bergelar ‘Datuk’ dan berjawatan tinggi dalam kerajaan. Hilmi bekerja sebagai
tukang kebun dan bersungguh-sungguh dengan pekerjaannya walaupun dibayar gaji yang
sangat rendah.
Plot berkembang semasa kehadiran Hilmi tidak disenangi oleh Datin Salmah dan
Hayati. Hilmi sering menerima pelbagai penghinaan kerana tidak berpelajaran tinggi dan
miskin. Walau bagaimanapun, Hilmi mempunyai semangat yang kuat untuk berjaya.
Hilmi belajar muzik dengan bersungguh-sungguh. Hayati telah berubah sikap terhadap
Hilmi dan bibit-bibit percintaan telah mekar dalam hati kedua-dua anak muda ini.
Pada bahagian konflik, kisah bermula semasa Datin Salmah tidak suka pada Hilmi
dan berasa malu mempunyai saudara yang miskin dan rendah pendidikannya. Hayati
tidak senang dengan tindakan ibunya yang cuba menghalang hubungannya dengan
Hilmi. Encik Bakar diberikan amaran keras akan digantung lesen bermain muzik oleh
Persatuan Pemain Muzik Kebangsaan dan kontraknya akan ditamatkan sekiranya dia
terus mengambil Hilmi bermain dalam orkestranya. Hayati melayan Mohsin dengan
sikap acuh tak acuh kerana telah mula suka pada Hilmi.
Plot mencapai tahap kemuncak atau klimaks apabila Hilmi telah lewak tiba di
Dewan Tunku Canselor, tempat dia akan mengadakan pertunjukan perdananya. Pengarah
konsert tersebut amat bimbang dan mencari Hilmi di rumahnya, tetapi tidak berjaya.
Hilmi terjatuh di luar rumahnya dan cedera parah. Dia telah dimasukkan ke unit rawatan
rapi kerana keadaannya amat kritikal. Pengarah persembahan perdana tidak dapat
mencari pengganti Hilmi untuk meneruskan persembahan kerana semua calon yang
difikirkan sesuai tidak dapat dihubungi. Seluruh keluarga Datuk Johari, bapa Hilmi, dan
isterinya, Azizah berada dalam keadaan cemas menanti keputusan rawatan kecemasan
terhadap Hilmi.
Plot menurun ke tahap peleraian apabila pengarah persembahan telah mendapat
maklumat daripada jiran Hilmi bahawa dia telah dihantar ke hospital kerana terjatuh dan
mengalami cedera parah. Akhirnya, persembahan perdana tersebut berjaya dipimpin oleh
Hayati. Bapa Hilmi datang dari Kedah telah mendedahkan suatu rahsia yang amat
mengejutkan Datuk Johari. Hilmi ialah anak kandungnya daripada isteri yang
ditinggalkan pada malam perkahwinan pertamanya.
Latar tempat:

Latar tempat novel ini berlaku di sekitar Kuala Lumpur. Banyak peristiwa yang berlaku
di rumah Datuk Johari. Anataranya kehadiran Hilmi, pekerjaan Hilmi sebagai tukang
kebun, hubungan antara Hilmi dengan Hayati, krisis antara Hilmi dengan Datin Salmah,
Hilmi bermain piano Hayati, hubungan Hayati dengan Mohsin, Datuk Johari mati dan
lain-lain. Di rumah Dr.Nathan tempat Hilmi berhubung dengan Mamat. Di stesen minyak
Shell Jalan Setapak tempat Hilmi bekerja selepas meninggalkan rumah Datuk Johari. Di
sebuah kedai kopi berdekatan dengan rumah Encik Bakar tempat Hilmi menerima nasihat
daripada Pak Amat Darwin.
Di rumah Encik Bakar tempat Hilmi belajar alat-alat muzik dan menggubah lagu.
Di sini, Hilmi berhubung dengan watak Azizah, anak Encik Bakar. Di Hotel Titiwangsa
tempat Hilmi bermain muzik, menyampaikan lagu “Sebuah Intermeso”, lagu yang
mengharumkan nama Hilmi. Di kelab-kelab malam tempat Hilmi bekerja sebagai
permain muzik. Di Padang Bandaran, Kelantan tempat orkes Hilmi bermain semasa
perayaan keputeraan Sultan Kelantan. Di Hospital Besar Kuala Lumpur tempat Encik
Bakar meninggal dunia. Di Hospital Besar juga Hilmi terlantar sakit dan meninggal
dunia. Di sini Datuk Johari sekeluarga bertemu dengan Pak Karim dan keluarga Azizah.
Di hospital inilah Datuk Johari dan Datin Salmah insaf setelah mengetahui Hilmi
sebenarnya adalah anak kandung Datuk Johari. Di Dewan Tunku Canselor, Universiti
Malaya tempat berlangsungnya Pertunjukan Orkes Perdana dengan Hayati menjadi
pemimpin orkestra. Di sinilah Datuk Johari dan Datin Salmah mengalirkan air mata
apabila mengenangkan nasib malang Hilmi.

Latar masa:
Latar masa novel ini ialah sebelum tahun 1980 atau pada zaman moden. Pada masa
pegawai Inggeris masih bertugas di Malaysia. Contohnya, Tuan Milton diminta oleh
Datuk Johari memberikan pekerjaan kepada Hilmi. Pada masa masyarakat kampung
belum membangun, berlakunya penghijrahan ke bandar untuk mencari pekerjaan. Cerita
berlaku pada waktu siang dan malam. Contohnya, pada waktu siang Hilmi tiba di rumah
Datuk Johari. Pada waktu malam berlangsungnya Pertunjukan Orkes Perdana.

Latar masyarakat:

Masyarakat bandar yang tidak mengamalkan semangat kejiranan. Contohnya, hubungan


antara Datuk Johari dengan Dr. Nathan. Datuk Johari dan Datin Salmah marah kepada
Hilmi kerana mengambil tanah hitam yang diberi oleh Dr.Nathan. Datin Salmah
melarang Mak Minah berbual dengan Mamat dan isterinya yang bekerja dengan
Dr.Nathan. Masyarakat bandar yang mementingkan pangkat dalam pergaulan. Datin
Salmah misalnya hanya bergaul dengan ahli keluarganya ayng berpangkat tinggi dan
kawan-kawannya yang bergelar Datin.
Masyarakat bandar memandang hina kepada orang kampung yang miskin. Datin
Salamah misalnya tidak dapat menerima Hilmi walaupun Hilmi adalah anak saudara
Datuk Johari. Masyarakat bandar tidak mementingkan agama dalam kehidupan. Datuk
Johari dan Datin Salmah tidak pernah menunaikan sembahyang. Di rumah terdapat suatu
sudut untuk meminum arak dan Datin Salmah sendiri meminum arak hingga mabuk.
Buku-buku agama pula dianggap sebagai berunsur subversif. Masyarakat bandar yang
sibuk dengan tugas sosial di luar rumah hingga melupakan tugas dan tanggungjawab di
rumah. Datin Salmah sibuk dengan kawan-kawan yang semorning coffee. Datin Salmah
mengabaikan tugasnya sebagai ibu di rumah terutamanya dalam mendidik anaknya,
Hayati. Datuk Johari pula sibuk dengan tugasnya di pejabat.
Di kalangan generasi muda, sudah ada yang insaf tentang tanggungjawab sebagai
hamba Allah. Hayati misalnya sudah mula bersembahyang, membaca buku-buku agama,
dan taat kepada ibu bapa. Dia menyedari bahawa menderhaka kepada ibu bapa adalah
dosa besar. Generasi muda seperti Hayati sudah mula menganggap bahawa semua
manusia adalah sama tanpa mengira darjat, sama ada orang berpangkat ataupun orang
miskin. Masyarakat yang meminati seni muzik. Keluarga Encik Bakar adalah sebuah
keluarga yang berminat dalam seni muzik. Encik Bakar dan anaknya bergiat dalam seni
muzik. Begitu juga anggota masyarakat bandar yang lain, yang memberikan sambutan di
luar dugaan dalam Pertunjukan Orkes Perdana. Hayati pula melanjutkan pelajaran dalam
bidang muzik di London.
Masyarakat yang ikhlas dalam memberikan pertolongan. Contohnya, Encik Bakar
menolong Hilmi dengan mengajarkan cara bermain alat-alat muzik dan menggubah lagu
secara percuma tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Di kalangan orang gaji dan drebar
sudah ada perasaan simpati dan mengamalkan semangat tolong-menolong. Mak Minah
sangat bersimpati terhadap Hilmi.

Walaupun Datin Salmah tidak membenarkan Hilmi makan, Mak Minah tetap
memberikan makanan kepada Hilmi kerana adanya perasaan simpati terhadap Hilmi.
Mamat pula sanggup menolong Hilmi dengan cara membawa Hayati berjumpa dengan
Hilmi sebelum Hayati bertolak ke London. Masyarakat yang mendengar nasihat.
Contohnya, nasihat Pak Amar Darwin kepada Hilmi supaya mencipta sesuatu kejayaan
bagi dirinya yang masih muda itu, sungguh berkesan hingga Hilmi berjaya dalam bidang
seni muzik yang diceburinya itu.
Masyarakat yang gigih berusaha untuk mencapai kejayaan. Contohnya, Hilmi
berusaha dengan bersungguh-sungguh hingga menjadi seniman tanah air yang terkenal.
Masyarakat yang insaf setelah melakukan sesuatu kesalahan. Contohnya, Datuk Johari
dan Datin Salmah insaf akan perbuatan mereka ayng menyeksa Hilmi hingga Hilmi hidup
menderita. Masyarakat yang menunaikan tanggungjawab dan amanah yang
dipertanggungjawabkan. Contohnya, Hilmi bekerja dengan sungguh-sungguh sebagai
tukang kebun. Begitu juga Ketua Pengarah RTM berusaha dengan bersungguh-sungguh
untuk memastikan Pertunjukan Orkes Perdana berjalan dengan lancar.
Masyarakat yang penyayang. Contohnya, Datin Salmah sayang akan anaknya, Hayati.
Encik Bakar sayang akan Hilmi. Hilmi sayang akan Hayati. Masyarakat kampung yang
sanggup berkorban untuk kepentingan orang lain. Contohnya, Pak Karim sanggup
berkahwin dengan bekas isteri Datuk Johari untuk mengelakkan pergaduhan dalam
keluarga. Pak Karim sanggup juga merahsiakan Hilmi sebenarnya adalah anak Datuk
Johari untuk mengelakkan keruntuhan rumah tangga yang telah dibina oleh Datuk Johari
dan Datin Salmah.
Nilai yang terkandung dalam novel Konserto Terakhir ini adalah nilai kasih sayang.
Hilmi sayang akan Hayati. Hilmi berasa cemburu apabila melihat Hayati berjalan dengan
Mohsin. Nilai kedua ialah nilai bersimpati. Hayati bersimpati terhadap Hilmi yang tidak
memakan nasi kerana dilarang oleh ibunya, Datin Salmah. Hayati memujuk Hilmi supaya
memakan nasi itu. Mak Minah bersimpati terhadap Hilmi. Dia memberikan nasi kepada
Hilmi walaupun Datin Salmah tidak membenarkannya. Nilai ketiga ialah nilai tolong-
menolong. Mamat menolong Hilmi dengan cara memperkenalkan Hilmi kepada Encik
Bakar supaya Hilmi dapat mempelajari alat-alat muzik. Mamat turut menolong Hayati
dengan cara membawa Hayati berjumpa dengan Hilmi.
Nilai keempat ialah gigih berusaha. Tuan Pengarah RTM berusaha dengan gigih
mencari Hilmi pada malam Pertunjukan Orkes Perdana. Setelah gagal, dia berusaha pula
mencari pengganti Hilmi. Hilmi berusaha memepelajari alat-alat muzik hingga berjaya
menjadi pemain muzik dan penggubah lagu yang terkenal. Nilai seterusnya ialah
Amanah. Hilmi bekerja dengan baik sebagai tukan kebun kerana itu adalah tugas yang
diberikan kepadanya. Tuan Pengarah RTM menunaikan tugasnya dengan amanah untuk
memastikan persembahan Orkes Perdana RTM berjalan lancar. Nilai seterusnya ialah
nilai insaf. Datin Salmah dan Datuk Johari akan perbuatan mereka yang menyeksa Hilmi.
Datuk Johari berharap agar Allah akan memanjangkan usia Hilmi supaya dia berpeluang
berbakti kepada Hilmi. Azizah menangis dan meratap di Hospital semasa Hilmi sakit
kerana insaf akan perbuatannya meninggalkan Hilmi. Dia sedar bahawa tindakannya itu
menyebabkan Hilmi sakit.
Pengajaran yang terdapat dalam novel ini ialah jangan mementingkan pangkat dan
kedudukan hingga sanggup menghina orang lain. Contohnya, Datin Salmah memandang
hina kepada orang kampung yang miskin kerana tidak setaraf dengan kaum keluarganya
yang berpangkat tinggi. Pengajaran kedua yang terkandung dalam novel ini ialah jangan
hanyut dengan kemegahan diri hingga sanggup melupakan kampung halaman sendiri.
Contohnya, Datuk Johari tidak pulang ke kampung selama tujuh belas tahun. Dia sengaja
melupakan kampungnya untuk membentuk jati diri sebagai orang yang ternama.
Pengajaran ketiga ialah jangan mementingkan keseronokan hingga sanggup
mengorbankan rumah tangga. Contohnya, Azizah sanggup meninggalkan Hilmi kerana
bosan menjadi isteri dan ibu. Azizah ingin bebas dan tidak mahu terperap di rumah saja.
Pengajaran seterusnya ialah jangan meminum arak kerana meminum arak dilarang
oleh agama. Contohnya, Datin Salmah meminum arak hungga mabuk dan di rumahnya
terdapat sudut untuk meminum arak(mini bar). Selain itu, pengajaran lain ialah jangan
bertindak kejam terhadap seseorang sebaliknya berfikirlah dahulu sebelum membuat
sesuatu keputusan. Contohnya, Datuk Johari telah bertindak kejam terhadap isterinya
dengan memujuk isterinya pada malam pertama dan esoknya isteri diceraikan.
Pengajaran seterusnya ialah kita hendaklah gigih berusaha untuk mencapai sesuatu cita-
cita. Contohnya Hilmi belajar dengan bersungguh-sungguh bermain alat muzik hingga
berjaya menjadi penggesek biola dan penggubah lagu yang terkenal. Kita juga hendaklah
ada rasa simpati dan belas kasihan terhadap seseorang yang bernasib malang. Contohnya,
Hayati bersimpati terhadap Hilmi yang tidak makan kerana dilarang oleh emaknya.
Hayati memujuk Hilmi supaya makan.

You might also like