You are on page 1of 1

Teknik dalam menggelecek a) Pemain hendaklah membengkokkan lutut sekurang-kurangnya pada jarak keluasan 120 dengan kedudukan badan

yang kesinambungan terkawal. b) Pemain hendaklah menyentuh tangannya pada bahagian atas bola, manakala jari sentiasa terbuka. c) Pemain hendaklah melakukan lantunan bola pada jari dan tidak pada tapak tangannya. d) Pemain menolak bola ke tanah dengan pergelangan tangan sambil lengan dibawa ke bawah sedikit. Badan hendaklah dibengkokkan sedikit. e) Pemain hendaklah memfokuskan penglihatannya pada hantaran yang akan dibuat dan tidak pada bola. f) Lantunan bola sebaik-baiknya hendaklah pada aras sederhana, iaitu di antara paras pinggang dengan lutut. g) Pemain menolak bola ke hadapan sambil bergerak pantas semasa manyambut bola bagi mendapatkan kepantasan mengelecek.

Perkara-perkara penting dalam menggelecek 1. Pemain hendaklah mengelak daripada memandang bola yang dikawal. 2. Pemain hendaklah mengelakkan daripada menggelecek terlalu lama atau terlalu jauh. 3. Pemain hanya boleh melakukan pergerakan menggelecek pada waktu-waktu tertentu dan sesuai sahaja. 4. Pemain boleh menggunakan berbagai jenis-jenis menggelecek untuk

mengelirukan lawan dalam usaha mengawal dalam usahanya mengawal bola. 5. Pemain hendaklah mampu menghalang pemain lawan daripada percubaan untuk merampas bola. 6. Pemain hendaklah memastikan ketinggian bola pada aras diantara pingggang dengan lutut. 7. Pemain hendaklah berusaha melawan serta mengawal bola. Tangan yang tidak menyentuh bola hendaklah sentiasa menjadi penghalang kepada pihak lawan.

You might also like