You are on page 1of 15

KESAN KEPEKATAN KE ATAS DGE SEL

Pengiraan daya gerak elektrik sel cuma merujuk kepada keadaan piawai di mana kepekatan larutan adalah pada 1 moldm-3 Suhu pada 250C dan tekanan gas pada 1 atm(101325 Pa) Apabila keadaan-keadaan ini berubah, nilai d.g.e. sel akan turut berubah

Nilai Esel bergantung kepada kepekatan ion, suhu, nilai pH larutan dan kesan pembentukan kompleks keadaan bukan piawai, simbol Esel digunakan dan bukan Esel kesan perubahan kepekatan ion ke atas nilai Esel boleh diramalkan secara kualitatif dengan menggunakan Prinsip Le Chatelier

Contoh Pengiraan
Dalam sel kimia Zn-Cu jika hanya kepekatan ion Cu2+ berkurang maka mengikut Prinsip Le Chatelier, keseimbangan tindak balas Cu2+(ak) + 2e Cu (p) akan beralih ke kiri, iaitu kecenderungan untuk pembentukan Cu(p) dikurangkan dan ini akan mengakibatkan nilai Ered berkurang (menjadi kurang positif)

Akibatnya, nilai Esel akan berkurang Esel = Ered(katod) - Ered(anod) dan logam kuprum adalah katod Jika hanya kepekatan ion Zn2+ bertambah, maka mengikut Prinsip Le Chatelier, keseimbangan tindak balas Zn2+ (ak) + 2e Zn (p) akan beralih ke kanan

kecenderungan untuk pembentukan Zn(p) bertambah dan ini akan mengakibatkan nilai Ered bertambah Akibatnya, nilai Esel akan berkurang Esel = Ered(katod) - Ered(anod) dan logam zink adalah anod

Persamaan Nernst
Persamaan Nernst digunakan untuk pengiraan secara kuantitatif kesan perubahan kepekatan ion ke atas daya gerak elektrik sel, Esel Persamaan Nernst boleh ditulis sebagai:

R = Pemalar universal = 8.31 JK-1mol-1 T = Suhu mutlak dalam unit Kelvin Q = Hasil bahagi tindak balas (mempunyai bentuk yang sama dengan pemalar keseimbangan) n = Bilangan elektron yang terlibat F = Pemalar Faraday = 96 500 Cmol-1

Pada suhu piawai T= 250C = 298 K dan nilainilai R dan F digantikan ke dalam persamaan Nernst, persamaan boleh diringkaskan sebagai:

Persamaan Nernst ini boleh digunakan untuk: menentukan nilai daya gerak elektrik sel, Esel , pada keadaan tidak piawai menentukan kepekatan bahan atau hasil tindak balas jika Esel dapat diukur menentukan pemalar keseimbangan tindak balas redoks

Contoh 1

Untuk sel kimia Zn-Cu, persamaan redoks adalah: Zn (p) + Cu2+ (ak) Zn2+(ak) + Cu (p) Diberi :
Kepekatan larutan zink sulfat = 1 moldm-3 Kepekatan larutan kuprum (II) sulfat = 0.5 moldm-3 ECu2+/Cu = + 0.34 V EZn2+/Zn = - 0.76 V Suhu dan tekanan adalah pada keadaan piawai

Soalan
Tentukan: (a) daya gerak elektrik sel pada keadaan piawai (Esel). (b) daya gerak elektrik sel pada keadaan yang tersebut di atas (Esel)

Penyelesaian

Penyelesaian

You might also like