You are on page 1of 24

1.

PENGENALAN Kajian berkaitan perkembangan manusia sering dilakukan daripada sudut

fizikal, kognitif, sosial, emosi dan moral. Woolfolk dan Margetts(2007) mentafsirkan perkembangan fizikal sebagai perubahan di dalam badan, perkembangan kognitif sebagai perubahan di dalam badan, perkembangan sosial sebagai perubahan dalam hubungan dengan individu lain dan perkembangan emosi sebagai perubahan dalam kefahaman,ekspresi serta pengurusan emosi. Setiap yang hidup pasti akan menjalani dua proses utama yang asas bagi merealisasikan sebuah kehidupan. Proses tersebut adalah perkembangan dan pertumbuhan. Dua proses ini merupakan induksi yang penting untuk mematangkan atau mendewasakan semua benda hidup. Perincian bagi perkembangan adalah perubahan abstrak yang berterusan hingga ke akhir hayat benda hidup tersebut. Pertumbuhan pula adalah perubahan fizikal yang terhad pada beberapa faktor. Perkembangan jasmani, mental, emosi dan sosial menjadi asas di mana tingkah laku individu dibina melalui proses pembelajaran. Ramai ahli psikologi mempercayai baka dan alam sekitar merupakan faktor yang berasingan iaitu mempengaruhi personaliti seseorang individu serta kebolehannya untuk mencapai sesuatu dengan caranaya tersendiri. Dalam hidup ini, apa yang difikirkan, dibuat atau dirasakan oleh seseorang itu sebagai seorang kanakkanak, seorang remaja, atau seorang dewasa adalah hasil dari saling hubungan yang wujud di antara faktor warisan biologi dengan pengaruh alam sekitar

2.0

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK Proses perkembangan ialah perubahan yang tidak boleh diukur secara

kuantitatif tetapi ternyata telah berlaku dan boleh dilihat dalam satu tempoh yang panjang. Perkembangan menekan kepada aspek-aspek keupayaan dan kebolehan seseorang untuk berfungsi dan berinteraksi dengan keadaan sekeliling untuk keselesaan hidup sepanjang hayatnya. Contohnya : kebolehan mengkoordinasi pergerakan anggota badan, bertutur, memahami dari bendabenda konkrit ke abstrak, berinteraksi dan meluahkan perasaan dengan orang dan keadaan sekeliling. Perubahan ini disebut perubahan secara kualititatif. Perkembangan kanak-kanak merupakan hasil dari pengaruh keadaan alam sekitar ke atas kanak-kanak semasa ia membesar. Perkembangan fizikal pula merujuk kepada perubahan saiz fizikal, kadar pertumbuhan bahagianbahagian badan, fungsi anggota-anggota badan dan perawakan manusia (Woolfolk & Margetts, 2007). Semasa pembesaran, kanak-kanak akan mengalami perubahan dalam ketinggian, berat badan, menjadi lebih kuat dan dapat melibatkan diri dalam kegiatan fizikal yang lebih kompleks. Perubahan-perubahan ini mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak secara langsung dan tidak langsung (Hurlock,1978). Secara langsung, perkembangan fizikal menentukan kebolehan kanakkanak melakukan sesuatu, misalnya keupayaan mereka bersaing dengan rakan sebaya dalam sukan atau permainan. Jika kanak-kanak tidak bersaing, ia mungkin akan menyebabkan mereka disisih daripada kumpulan rakan sebaya. Perkembangan fizikal mempengaruhi keyakinan terhadap diri sendiri dan orang lain. Kanak-kanak yang disisih daripada kumpulan mungkin mempengaruhi perkembangan personalitinya.

2.1

KONSEP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak merupakan dua faktor

asas kepada penemuan objektif pendidikan, kepada perancangan kurikulum dan kepada penciptaan teknik mengajar untuk semua murid dalam berbagai peringkat perkembangan. Perkembangan jasmani, mental, emosi, dan sosial menjadi asas di mana ciri-ciri tingkah laku individu dibina. D.S Wright dan Ann Taylor mengatakan perkembangan sebagai perubahan yang berlaku dalam warisan hayat dan organisasi kepada struktur organisma dalam keadaan yang saling berkait serta berhubung dengan pertambahn umur. Menurut Atan Long, perkembangan merupakan perubahan kualitatif kerana ia tidak dapat diujur secara kuantitatif tetapi jelas dilihat perubahan telah berlaku kerana sifat baru berlainan daripada peringkat yang lebih awal. Tambahan pula, perkembangan sentiasa berlaku secara berterusan dari permulaan percambahan hingga ke akhir hayat organisma. Perkembangan bukan sahaja membawa sesuatu organisma ke peringkat matang, tatapi perkembangan berterusan walaupun peringkat kematangan dilampaui batas. Proses perkembangan bagi sesuatu organisma sudah sedia terancang dalam gen-gen yang diwarisi daripada keturunan yang terdahulu. Bagi sesuatu jenis organisma, sifat umum jenis itu ialah phylogenetic adalah serupa. Gesell (1949) menyatakan, walaupun tidak ada dua individu yang benar-benar serupa, secara global semua kanak-kanak yang normal cenderung mengikut susunan pertumbuhan yang bias dilalui oleh kanak-kanak. Menurut Crow dan Crow (1983), pertumbuhan merupakan perubahan secara kualitatif serta cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial. Karl E. Garrison berkata perkembangan terhasil daripada tindakan yang saling berkait antara perkembangan jasmani dan pembelajaran. Semua perkembangan 3 samaada dalam bentuk struktur,

kemahiran satu siri tingkah laku ataupun keseluruhan sahsiah, adalah mengikut beberapa aturan semula jadi dan sifat-sifat sejagat. Secara ringkasnya, perkembangan boleh disifatkan sebagai pengaliran yang saling berkait antara perubahan kuantitatif dan perubahan kualitatif yang menuju ke arah tertentu. 2.2 PRINSIP ASAS PERKEMBANGAN KANAK-KANAK Dalam prinsip asas perkembangan kanak-kanak, proses perkembangan berlaku mengikut aturan. Misalnya seorang bayi pada peringkat awal boleh duduk dengan bantuan, kemudian merangkak diikuti dengan kebolehan berdiri dan seterusnya berjalan. Perkembangan juga bermula daripada konkrit kepada abstrak. Ini dapat dilihat khususnya dalam perkembangan kognitif dan bahasa. Terdapat perubahan dalam pertumbuhan dan perkembangan beransur daripada keadaan umum kepada yang lebih spesifik. Seorang bayi boleh menggengang objek dengan tangan sebelum belajar menggunakan jari tangan. Pertumbuhan berlaku dengan otot-otot kasar terlebih dahulu sebelum beransur ke otot-otot halus. Pertumbuhan dan perkembangan adalah satu proses yang berlaku secara berterusan. Dalam proses perkembangan seseorang, kanak-kanak akan menambah kemahiran sedia ada. Kemahiran yang ada padanya sekarang juga merupakan asas untuk pencapaian kemahiran-kemahiran baru kelak. Corak dan aturan perkembangan adalah hamper sama tetapi kadar perkembangan manusia berbeza untuk setiap individu. Sesetengah kanak-kanak boleh berjalan pada umur 10 bulan manakala ada yang hanya boleh berjalan pada 18 bulan. Ini adalah salah satu faktor yang membawa kepada perbezaan di antara manusia.

Perkembangan juga bergantung kepada hasil interaksi di antara kematangan da pembelajaran. Kematangan adalah kemunculan potensi yang sedia ada di dalam seseorang individu, misalnya merangkak, duduk, berjalan dan berlari. Ia dipengaruhi oleh faktor-faktor genetik. Pembelajaran adalah hasil daripada latihan, proses peniruan atau identifikasi dan memerlukan usaha. Proses pembelajaran membantu seseorang individu memperkembangkan potensi yang sedia ada di dalam diri misalnya perkembangan otot dan saraf anggota badan yang sempurna memungkinkan seseorang itu berenang tetapi dia hanya boleh berenang jika berlatih atau meniru cara-cara berenang.

2.3

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK Proses perkembangan kanak-kanak meliputi perubahan dari segi bentuk

tubuh badan dan tingkah laku. Perkembangan kanak-kanak banyak dipengaruhi oleh faktor-faktor baka dan juga persekitaran. Pengaruh genetic atau faktor baka dikenali sebagai gen yang terdiri daripada nekleoprotien yang menentukan baka atau ciri keturunan. Ia fokus pada kromosom iaitu sejenis benda seni berbentuk panjang yang didapati dalam nucleus sel sperma dan juga sel ovum. Mengikut kajian, kromosom mengandungi bahan DNA dan RNA dan masing-masing membawa gen-gen yang mengandungi sifat-sifat baka. Individu yang normal biasanya mempunyai 23 pasangan kromoson. Semasa proses persenyawaan, iaitu percantuman sel seperma dengan sel ovum dengan membentuk zigot yang mula mendapat 23 kromosom daripada ibu bapa masing-masing. Seterusnya, proses pertukaran diantara kromosom daripada ibu dan bapanya berlaku dan menjadi ciri-ciri baka tersendiri, kemudian diwarisi oleh bayi yang dilahirkan. Gen merupakan penentu utama dalam perwarisan ciri-ciri perkembangan individu serta sesetengah penyakit ibu bapa. pengaruh genetic terhadap perkembangan manusia dapat diperhatikan ke atas ciri-ciri perbezaan individu dari segi fizikal, mental dan emosi. 5

Faktor yang kedua mempengaruhi perkembangan kanak-kanak ialah faktor persekitaran. Setiap individu, kecuali sesetengah kanak-kanak berkembah, mempunyai ciri fizikal seperti saiz badan, tinggi-rendah, berat-ringan, bentuk dan warna organ deria serta kemahiran fizikal yang unik. Kajian telah menunjukkan ciri-ciri fizikal luaran khasnya warna rambut dan organ deria diwarisi oleh gengen ibu bapa.. Ahli psikologi Galton (1865), Goddard (1890), Nerman (1937) dan Shieldo (1962) membuktikan bahawa setiap individu mepunyai kecerdasan dan kebolehan intelek yang berbeza dengan rakan sebaya. Perbezaan kecerdasan di antara individu boleh diperhatikan daripada prestasi pelajar dalam sesuatu kelas. Ahli psikologi mengaitkan perbezaan kecerdasan individu dengan kecerdasan ibu bapa mereka. Biasanya, ibu bapa yang cerdas pintar akan melahirkan anak yang juga cerdas pintar. Mereka juga mengatakan bahawa emosi seseorang iniduvidu juga diwarisi daripada baka ibu bapa. misalnya, ibu bapa yang mempunyai emosi yang kurang stabil dan bersifat pemarah akan melahirkan anak yang agresif dan autokratik. Dalam faktor persekitaran, institusi keluarga merupakan pengaruh utama terhadap perkembangan manusia seperti iklim rumah, makanan, asuhan dan status sosio-ekonomi keluarga. Status sosial-ekonomi keluarga yang baik atau tinggi akan membantu perkembangan intelek dan fizikal kanak-kanak ke tahap optimum kerana keluarga berupaya memberi makanan yang cukup berzat dan seimbang serta kemudahan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak mereka. Makanan yang berzat dan seimbang akan membantu kanak-kanak memperkembangkan jasmaninya dengan sempurna. Selian itu, kanak-kanak yang dilahirkan dalam sebuah rumah yang mesra dan penuh dengan kasih sayang akan mengalami perkembangan emosi yang sihat. Kanak-kanak diasuh dan dididik dengan caa yang baik akan mengalami perkembangan poensi, tingkah laku dan emosi yang sempurna.

Selain itu, perkembangan kognitif kanak-kanak diperngarui oleh faktor persekiratan iaitu rumah dan sekolah.masyarakat merupakan alam kehidupan manusia. Kebudayaan dan kepercayaan masyarakat berbeza mempengaruhi perkembangan kanak-kanak dalam aspek sosio emosi, personaliti dan mental. Masyarakat yang sihat akan mempengaruhi anggotanya dengan membentuk sikap yang sihat seperti bertanggungjawab, rajin berusaha, bermoral, beretika serta kuat beragama dengan nilai kerohanian yang sempurna. Selain itu, masyarakat yang menitikberatkan kebendaan akan mempengaruhi sikap manusia yang mementingkan diri sendiri dan bersikap materialistik, serta mengabaikan nilai keharmonia dan nilai kejiwaan. Perkembangan individu pula dipengaruhi oleh pendedahannya kepada sumber teknologi yang terdapat di alam kehidupannya. Sumber teknologi merujuk kepada maklumat-maklumat yang diperolehi daripada bahan-bahan bacaan seperti suratkhabar, majalah, iklan, dan sebagainya. Pendedahan kanakkanak kepada sumber teknologi yang sihat akn meningkatkan kadar perkembangan kognitif, emosi dan sosialnya. Sebaliknya, kanak-kanak yang didedahkan kepada sumber teknologi yang beransur keganasa, kuning atau kezaliman, akan membentuk sikap yang negative dan personaliti yang tidak diingini. Guru dan sekolah merupakan pengaruh yang paling penting dalam perkembangan pelajar dari segi fizikal, intelek, emosi dan sosialnya. Guru yang bersifat penyayang dan cekap mulia, menguruskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah akan melahirkan pelajar yang berilmu, berketrampilan, berakhlak bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadapt keharminian dan kemakmuran Negara. Iklin sekolah yagn kondusif serta dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan merupakan agen pengajaran dan 7 dan pembelajaran akan membantu untuk perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor pelajar. Guru dan sekolah perubahan bersama-sama diberi tugas

memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu, demi mewujudkan insan yang hamonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Pengaruh baka kanak-kanak. Teori dan persekitaran telah Ekologi Bronfenbrenner lama diperdebatkan dan (1979,1987 ) menjelaskan

kebanyakan mengatakan pengaruh baka dapat mempengaruhi perkembangan perkembangan kanak-kanak sebagai hasil interaksi antara alam persekitaran dengan kanak-kanak tersebut. Menurut beliau, perkembangan kanak-kanak adalah kesan persekitaran terhadap kanak-kanak dan juga ciri-ciri kanak-kanak tersebut ke atas persekitaran. Menurut beliau, persekitaran perkembangan individu terdiri daripada lima sistem iaitu mikrosistem, mesosistem, eksosistem, makrosistem dan kronosistem. Mikrosistem ialah persekitaran yang terdekat dimana kanak-kanak mempunyai interaksi secara langsung dan menghabiskan paling banyak masa seperti ibu bapa, guru, adik beradik, rakan dan jiran. Mesosistem pula bermaksud perhubungan antara mikrosistem. Apa yang berlaku dalam satu mikrosistem boleh mempengaruhi interaksi dengan mikrosistem yang lain misalnya keadaan di rumah boleh mempengaruhi tingkah laku individu di sekolah. Contohnya rumah-sekolah, rumah-jiran, dan sekolahjiran. Eksosistem dalam persekitaran bermaksud pengalaman dengan

persekitaran yang tidak melibatkan murid secara langsung tetapi keputusan yang diambil dalam persekitaran memberi kesan kepada kanak-kanak atau orang dewasa yang terlibat dengan kanak-kanak. Makrosistem bermaksud perkembangan individu dipengaruhi oleh normanorma, nilai dan amalan masyarakat. Misalnya sesetengah masyarakat, peranan 8

jantina ditititkberatkan (Santrock,2008). Di sesetengah Negara, kaum lelaki diberi peranan yang lebih dominan seperti mereka diberi peluang pelajaran dan pekerjaan-pekerjaan yang penting. Menurut Teori Ekologi Bronfenbrenner (1979, 1987) , kronosistem bermaksud perubahan keadaan dalam suatu tempoh masa misalnya kanakkanak pada hari ini lebih fokus kepada permainan-permainan computer jika dibandingkan dengan kanak-kanak dua atau tiga puluh tahun yang lalu.

3.0

PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK Menurut Woolfolk & Margetts (2007), perkembangan fizikal merujuk

kepada perubahan saiz fizikal, kadar pertumbuhan bahagian-bahagian badan, fungsi anggota-anggota badan dan perawakan manusia. Semasa pembesaran kanak-kanak akan mengalami perubahan dalam ketinggian, berat badan, menjadi lebih kuat dan dapat melibatkan diri dalam kegiatan fizikal yang lebih kompleks. Perubahan-perubahan ini mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak secara langsung dan tidak langsung (Hurlock, 1978). Secara langsung, perkembangan fizikal menentukan kebolehan kanak-kanak melakukan sesuatu, misalnya keupayaan mereka bersaing dengan rakan sebaya dalam sukan atau permainan. Walaupun bentuk dan saiz tubuh manusia adalah lebih banyak disebabkan oleh pengaruh-pengaruh bukan kebakaan seperti pemakanan, iklim, senaman dan juga pekerjaan, baka merupakan satu faktor yang mempengaruhi perkembangan aspek fizikal seseorang itu. Biasanya anak-anak daripada ibu bapa yang besar badan adalah lebih tinggi dan lebih berat daripada anak-anak ibu bapa yang kecil. Warna kulit, warna mata dan warna rambut juga dipengaruhi oleh trait fenotaip. Umur panjang atau pendeknya juga dipengaruhi oleh faktor persekitaran, tetapi pengaruh baka juga memainkan peranan penting. Menurut Buss dan Plomin 9

(1985) dalam Ramlah Jantan dan Mahani Razali (2004), kajian mendapati kanak-kanak yang kembar seiras mempunyai persamaan dalam tahap aktiviti, emosi dan kebolehsesuaian berbanding dengan kanak-kanak yang terdiri daripada anak-anak kembar lain uri. Kajian ini membuktikan baka mempunyai pengaruh yang besar ke atas pertumbuhan dan perkembangan individu. 3.1 PRINSIP PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK Perkembangan bermula dari kepala dan beransur ke kaki. Selepas kelahiran, saiz kepala seorang bayi berkembang terlebih dahulu diikuti dengan perkembangan badan, kaki dan tangan. Seorang kanak-kanak dapat mengawal pergerakan kepalanya terlebih dahulu, kemudian diikuti lengan dan seterusnya kaki. Seseorang bayi dapat mengawal pergerakan kepala dan ekspresi muka dalam masa dua bulan selepas lahir. Dalam masa beberapa bulan, bayi tersebut boleh mengawal kakinya, dapat megangkat badannya seterusnya lengan. Pada usia 6 hingga 12 bulan, bayi tersebut boleh mengawal kakinya, dapat merangkak, berdiri dan seterusnya berjalan. Pada kebiasaannya, arah perkembangan berlaku daripada tengah badan dan berterusan ke luar. Perkembangan bermula pada tulang belakang dan menuju ke arah luar badan. Pada peringkat prenatal, jantung dan organ-organ terbentuk dahulu sebelum kaki dan tangan. Otot halus pada jari tangan dan kaki merupakan merupakan bahagian terakhir dalam perkembangan fizikal badan. Seorang bayi selepas kelahiran cuba mencapai objek yang dilihatnya tetapi gagal kerana masih tidak dapat mengawal otot-otot tangannya. Selepas beberapa sebelah bulan, tangan bayi boleh menggunakan jari tangan kedua-dua kerana otot tangan tangan untuk sudah menggengam objek dan seterusnya bayi dapat memegang objek dengan menggunakan berkembang.

10

Kebolehan bayi bertambah jelas dan spesifik seperti kepala bayi terhantuk sesuatu, bayi akan menangis dengan kuat. Selepas beberapa bulan, jika insiden sama berlaku, bayi masih akan menangis tetapi boleh menunjukkan kepada kepalanya yang sakit. Seterusnya, apabila bayi menguasai kebolehan bahasa, bayi dapat memberitahu kepalanya yang sakit. Aspek perkembangan kanak-kanak berkembang pada tahap yang berbeza kerana kaki dan tangan mencapai tahap perkembangan maksimum semasa peringkat remaja tetapi bahagian bahu mengambil masa lebih lama. Kreativiti misalnya akan berkembang dengan cepat dan mencapai tahap maksimum pada peringkat remaja tetapi kebolehan menaakul berkembang dengan lebih perlahan semasa kanak-kanak. 3.2 PERINGKAT PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK Kadar pertumbuhan dan perkembangan pada peringkat ini stabil dan tidak begitu pesat jika dibandingkan dengan peringkat-peringkat sebelum ini. Pertumbuhan dan perkembangan pada peringkat ini lebih bercorak penambahan kemahiran-kemahiran psikomotor yang sedia ada. Pada peringkat ini, pertumbuhan gigi kekal bermula dan gigi susu akan diganti. Ketinggian kanakkanak perempuan bertambah pada umur 8 sehingga 10 tahun dan mencapai tahap kemuncak pada 12 tahun. Ketinggian kanak-kanak lelaki mula bertambah apabila mereka berumur antara 10 sehingga 12 tahun akan mencapai tahap kemuncak semasa mereka berumur 15 tahun. Pada umumnya kanak-kanak menjadi lebih kurus. Pada umur sebelas tahun apabila kanak-kanak menghampiri akil baligh, kanak-kanak kelihatan lebih kuat, cepat dan mempunyai keupayaan untuk fokus kepada aktiviti atau tugas yang diberi kapada mereka. Perkembanagn otot-otot halus, koordinasi mata dan tangan sudah mencukupi untuk kanak-kanak menulis dengan lebih kemas, belajr bermain alat-alat muzik seperti piano dan biola, 11

menjahit, mengait, membina model, belajar gimnastik, berenang, tenis dan olahraga. Kanak-kanak lelaki cenderung kepada permainan lasak misalnya permainan di padang. 3.2.1 KANAK-KANAK (7 TAHUN HINGGA 12 TAHUN) Kadar pertumbuhan dan perkembangan pada peringkat ini stabil dan tidak begitu pesat jika dibandingkan dengan peringkat-peringkat sebelum ini. Pertumbuhan dan perkembangan pada peringkat ini lebih bercorak penambahbaikan kemahiran-kemahiran psikomotor yang sedia ada. Pada peringkat ini, pertumbuhan gigi kekal bermula dan gigi susu akan diganti. Ketinggian kanak-kanak perempuan bertambah pada umur 8 hingga 10 tahun dan mencapai tahap kemuncak pada 12 tahun. Ketinggian kanak-kanak lelaki mula bertambah apabila mereka berumur antara 10 sehingga 12 tahun dan mencapai tahap kemuncak semasa mereka berumur 15 tahun dan kebiasaannya kanak-kanak menjadi lebih kurus. Pada umur sebelas tahun apabila kanak-kanak menghampiri akil baligh, kanak-kanak kelihatan lebih kuat, cepat dan mempunyai keupayaan untuk fokus kepada aktiviti atau tugas yang diberi kepada mereka. Perkembangan otot-otot halus, koordinasi mata dan tangan sudah mencukupi untuk kanak-kanak menulis dengan lebih kemas, belajar bermain alat muzik seperti piano dan biola, menjahit, mengait, membina model, belajar gimnastik, berenang, tenis dan olahraga. Kanak-kanak lelaki lebih cenderung kepada permainan lasak misalnya permainan bola sepak di padang. 3.2.3 IMPLIKASI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Untuk tahap kanak-kanak dari 7 hingga 12 tahun, kanak-kanak boleh diajar bermain alat-alat muzik dan aktiviti-aktiviti seperti melukis. Guru harus 12

melibatkan kanak-kanak dalam aktiviti permainan dan latihan-latihan seperti berenang, gimnastik untuk menguatkan otot, daya tahan serta membina pergerakan yang lebih cekap. Selain itu, guru harus menyediakan aktiviti-aktiviti lasak untuk kanak-kanak lelaki misalnya bermain bola sepak dan permainan sukan yang sesuai untuk kanak-kanak perempuan misalnya bermain bola jaring. Peringkat-peringkat perkembangan berlaku pada kadar yang berbeza untuk setiap individu. Jika perubahan yang berlaku pada setiap peringkat tidak mengikut jadual atau normal masyarakat, maka ia boleh menimbulkan masalah kepada individu tersebut. Guru perlu sensitif dan memberi perhatian kepada perubahan-perubahan ini kerana ia mempergaruhi kesediaan, keupayaan dan minat kanak-kanak dalam pembelajaran di sekolah.

3.3

TEORI PERKEMBANGAN ROBERT HAVIGHURST R. Havighurst dalam bukunya Human Development and Education (1953)

menyenaraikan

tugas-tugas

perkembangan

kanak-kanak.

Beliau

telah

membahagikan peringkat-peringkat perkembangan kanak-kanak kepada tiga iaitu peringkat lahir hingga awal kanak-kanak (0 hingga 6 tahun), kanak-kanak (6 hingga 12 tahun),awal remaja dan remaja (12 hingga 18 tahun). Pada peringkat kedua iaitu peringkat kanak-kanak (6 hingga 12 tahun), Havighurst mengatakan kanak-kanak dapat membezakan lelaki dan perempuan. Mereka dapat membentuk konsep diri yang sihat kerana kanak-kanak tahu membuat perbandingan. Selain itu, kanak-kanak juga dapat menguasai konsepkonsep moral, nilai dan kemahiran hidup. Meraka biasanya dilatih untuk belajar berdikari kerana kanak-kanak pada peringkat, ibu bapa digalakkan memberi mereka membuat sesuatu kerja dengan usaha sendiri. Mereka tidak boleh selalu bergantung kepada orang sekeliling mereka kerana daripada usaha mereka sendiri, kanak-kanak dapat membentuk sifat kebebasan peribadi. Guru-guru di 13

sekolah boleh mengajar kanak-kanak kemahiran membaca, menulis dan mengira kerana perkembangan otak pada peringkat ini sangat cepat. 4.0 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK Kemahiran kognitif merupakan kebolehan individu untuk berfikir, memberi pendapat, memahami,mengingati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran masing-masing, mengkategori, merancang, menaakul, menyelesaikan masalah, mencipta, berimaginasi dan lain-lain. Maka perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berkaitan rapat dengan perkembangan otaknya serta interaksi sosial, khasnya dengan rakan sebaya yang lebih berpengalaman. Dengan perkataan lain, lebih perkembangan berpengalaman, kognitif iaitu kanak-kanak perkembangan adalah sosial. bergantung Tambahan kepada pula, perkembangan otak dan sensorimotor (fizikal) serta interaksi dengan orang yang perkembangan kognitif tidak dapat dipisahkan daripada kemahiran berfikir, sesuatu proses pemikiran berlandaskan pengendalian metakognisi. 4.1 KONSEP PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK Menurut Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel (2009), kemahiran kognitif merupakan kebolehan individu berfikir, memberi pendapat memahami, mengingati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran masing-masing. Ia melibatkan aktiviti mental seperti ingatan, mengketogeri, merancang, menaakul, menyelesaikan masalah, mencipta, berimaginasi dan lain-lain. Kemahiran kognitif penting untuk kelangsungan hidup seseorang individu. Perkembangan kognitif kanak-kanak memberi penekanan terhadap pembinaan pemikiran kanakkanak. Ia berpusat kepada perubahan pemikiran kanak-kanak yang berlaku daripada satu peringkat perkembangan kepada yang seterusnya. Mok Soon Sang (2008) menyatakan, maksud kognitif adalah berkaitan rapat dengan kognisi, iaitu aktiviti atau proses memperolehi ilmu secara taakulan atau pemikiran melalui deria. Maka perkembangan kognitif kanak-kanak adalah 14

berkaitan rapat dengan perkembangan otaknya serta interaksi sosial, khasnya dengan rakan sebaya yang lebih berpengalaman. Dengan perkataan lain, perkembangan kognitif kanak-kanak adalah bergantung kepada perkembangan otak atau sensorimotor (fizikal) serta interaksi dengan orang yang lebih berpengalaman, iaitu perkembangan sosial. Tambahan pula, perkembangan kognitif juga tidak dapat dipisahkan daripada kemahiran berfikir, sesuatu proses pemikiran berlandaskan pengendalian metakognisi. Kesimpulannya, perkembangan kognitif kanak-kanak adalah perkembangan otak kanak-kanak tersebut yang membolehkan kanak-kanak tersebut mengenal, membanding beza dan berfikir tentang sesuatu. Ia juga selari dengan perkembangan fizikal dan sosial kanak-kanak tersebut.

4.1.1

PERINGKAT OPERASI KONKRIT Kanak-kanak peringkat operasi konkrit juga secara beransur-ansur

berubah daripada pemikiran egosentrik kepada pemikiran decentered atau objektif (slavin, 1997). Pemikiran decentered membolehkan kanak-kanak memahami bahawa persepsi orang lain berlainan daripada mereka. Contohnya bila seseorang kanak-kanak peringkat operasi konkrit ditanya, apakah bentuk awan yang dia lihat pada masa itu? Jawapannya mungkin arnab. Sementara kawannya nampak burung dan yang lain jawab pokok. Dia dapat menerima jawapan rakan-rakannya kerana dia memahami orang lain masing-masing mempunyai persepsi tersendiri. Satu lagi kebolehan yang diperolehi oleh kanakkanak peringkat konkrit ialah individu tersebut boleh memikirkan secara serentak tentang keseluruhan kumpulan objek dan hubungan di antara subordinate atau sub-kumpulan yang membentuk kumpulan besar tersebut. Kebolehan ini dinamakan 'class inclusion'.

15

4.2

PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK : TEORI JEAN PIAGET (1896-1980) Menurut Jean Piaget, kanak-kanak akan melalui peringkat-peringkat

perkembangan kognitif yang sama tetapi pada usia yang berbeza-beza. Beliau berpendapat persekitaran tidak membentuk kognitif kanak-kanak, sebaliknya, kanak-kanak membina pengetahuan mereka secara aktif untuk memahami persekitarannya. Keadaan ini berlaku melalui pelbagai proses penerokaan, manipulasi dan menilai persekitaran fizikalnya.

4.2.1 KONSEP PERKEMBANGAN KOGNITIF Piaget telah menggunakan idea daripada biologi yang dicadangkan bahawa pembelajaran adalah hasil daripada 2 proses utama iaitu organisasi dan adaptasi. Organisasi ialah sifat dalaman organisma untuk bertindak untuk menyusun persekitaran manakala adaptasi ialah penyesuaian dengan persekitaran fizikal. Dengan perkataan lain organisasi ialah proses dalaman dan adaptasi ialah proses luaran. Oleh itu, Piaget telah memperkenalkan 4 konsep dalam kognitif iaitu skema (schema), asimilasi (assimilation), akomodasi (accomodation), dan keseimbangan (equilibrium). "From the biological point of view organisation is inseparable from adaptation: They are two complementary processes of a single mechanism, the first being the internal aspect of the cycle of which adaptation constitutes the external aspect" [Piaget, The origins of intelligence in intelligence, 1955). Menurut Piaget, setiap individu cenderung untuk memahami persekitaran mereka, memahami situasi dan menyelesaikan sesuatu kekusutan. Kita akan 16

berasa kurang selesa jika berdepan dengan sesuatu keadaan yang tidak menentu atau keadaan yang tidak dapat dijangka. Ketidakselesaan ini mendorong individu mencari penyelesaian atau keseimbangan. Setiap kali individu memperolehi sesuatu pengalaman, mereka akan menyusun pengalaman-pengalaman di dalam minda masing-masing dan membentuk satu sistem di panggil skema (schema). Skema ialah struktur-struktur kognitif atau mental yang diperolehi oleh individu untuk mengadaptasi dengan persekitaran dan mengorganisasi persekitaran berkenaan. Skema tidak statik tetapi sentiasa berubah dan diandaiakan seperti konsep atau kategori berkaitan sekumpulan objek, peristiwa atau ciri. Orang dewasa memiliki banyak skema manakala bilangan skema bayi terhad dan bertambah apabila membesar. Pembentukan skema bermula sebaik sahaja seseorang individu

dilahirkan. Ia bermula dengan pembentukan skema yang mudah kemudian beransur kepada skema yang lebih kompleks. Contohnya, sewaktu dilahirkan, bayi telah dilengkapkan dengan beberapa gerakan pantulan yang dikenali sebagai skema seperti gerakan menghisap, memandang, mencapai, merasa, memegang, serta menggerakkan tangan dan kaki. Bagi gerakan memegang, kandungan skemanya adalah memegang benda yang tidak menyakitkan.Oleh itu, bayi juga akan cenderung memegang benda-benda yang tidak menyakitkan seperti contoh, jari ibu. Skema yang ada pada bayi akan menentukan bagaimana bayi bertindak balas dengan persekitarannya. Proses perubahan dan penukaran skema lama kepada skema baru di panggil adaptasi. Adaptasi melibatkan dua proses yang saling berkait iaitu asimilsi (assimilation) dan akomodasi (accommodation). Asimilasi merupakan satu proses penyesuaian antara objek yang baru diperolehi dengan skema yang sedia ada. Proses asimilasi yang berlaku membolehkan manusia mengikuti 17

sesuatu modifikasi skema hasil daripada pengalaman yang baru diperolehi. Contohnya, seorang kanak-kanak yang baru pertama kali melihat sebiji epal. Oleh itu, kanak-kanak tersebut akan menggunakan skema memegang (skema yang sedia ada) dan merasanya. Melaluinya, kanak-kanak tersebut akan mendapat pengetahuan yang baru baginya berkenaan "sebiji epal". Akomodasi akan berlaku apabila individu dapat menukar skema lama untuk disesuaikan dengan pengalaman baru. Akomodasi berfungsi apabila skema tidak dapat mengasimilasi (menyesuaikan) persekitaran baru yang belum lagi berada dalam perolehan kognitif kanak-kanak. Menurut Piaget, proses mengorganisai, mengasimilasi dan mengakomodasi adalah proses yang digunakan oleh individu untuk mencapai keseimbangan. Contohnya, dalam mengenal huruf, kanak-kanak mungkin akan menyatakan d sebagai b apabila diperkenalkan. Melalui pengalaman dan bimbingan, kanak-kanak akan cuba memadankan pengetahuan baru ini dengan skema lama yang telah ada. Akomodasi akan berlaku apabila individu dapat menukar skema lama untuk disesuaikan dengan pengalaman baru. Individu akan mengubah cara pemikiran untuk disesuaikan dengan pengalaman baru dan seterusnya membentuk skema baru. Kesimpulannya, jika kita menggunakan skema baru untuk sesuatu situasi atau pengalaman yang baru ia berjaya maka keseimbangan akan berlaku tetapi sekirannya skema baru tidak memberi penyesuaian yang baik maka keseimbangan akan berlaku dan kita akan terus membina skema-skema baru untuk disesuaikan dengan situasi baru.

4.2.2 PERINGKAT OPERASI KONKRIT (7 HINGGA 11 TAHUN) Tahap ketiga Piaget dikenali sebagai tahap operasi konkrit iaitu berlaku semasa kanak-kanak berusia 7 hingga 11 tahun. Pada tahap ini, kanak-kanak belum berfikir secara egosentrik seperti pada tahap praoperasi. Perasaan ingin 18

tahu menjadikan kanak-kanak gemar bertanyakan sesuatu yang menarik minat mereka kepada orang yang lebih dewasa. Perkembangan semangat inkuiri menyebabkan mereka mula menerima pendapat orang lain dan pada tahap ini, kanak-kanak akan mula belajar bermain dan bergaul dengan rakan-rakan yang sebaya kerana mereka mula memasuki zaman persekolahan. Perubahan yang dapat dilihat ialah mereka sudah mula memahami unsurunsur pemikiran logik. Mereka memahami konsep-konsep nombor, berat, susunan, padatan konsep pengekalan sesuatu benda atau objek. bagaimanapun, kanak-kanak pada tahap ini Walau masih belum memahami atau

menaakul tentang perkara-perkara yang abstrak seperti konsep kenegaraan, ketuhanan, makna hidup dan sebagainya. Mereka hanya memahami konsepkonsep yang konkrit atau objektif seperti mengenali haiwan, tumbuhan dan sebagainya. Tuntasnya, Inhelder dan Piaget (1958) menegaskan bahawa kanak-kanak pada tahap ini boleh melaksanakan sesetengah operasi ke atas objek lain tetapi tidak boleh beroperasi ke atas operasi atau proses pemikirannya sendiri. 4.2.3 IMPLIKASI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Mengikut Teori Pembelajaran Kognitif Piaget, isi pelajaran hendaklah disusun mengikut peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak, iaitu daripada konkrit kepada abstrak, daripada dekat kepada jauh, daripada pengalaman yang sedia ada kepada pengalaman baru, daripada kasar kepada halus, mengikut perkembangan fizikal individu. Menurut Piaget, pembelajaran merupakan perubahan bentuk tingkah laku. Pembelajaran yang baru dan kompleks hendaklah menggunakan proses akomodasi untuk mengubah struktur kognitifnya agar mengadaptasikan keperluan situasai pembelajaran yang dihadapinya. Oleh kerana proses

19

akomodasi bergantung kepada motivasi intrinsik individu, guru hendaklah menggalakkan mereka melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran. Piaget telah mengemukan beberapa cadangan mengajar kanak-kanak mengikut peringkat-peringkat. Untuk kanak-kanak yang berumur 2 hingga 7 tahun iaitu peringkat praoperasi, guru di sekolah haruslah mengajar menggunakan bahan bantu mengajar yang konkrit. Contohnya, kanak-kanak menggunakan bahan-bahan maujud seperti batu, guli, batang aiskrim untuk belajar kemahiran menambah dan menolak. Pada peringkat ini, guru perlu memberi arahan yang pendek dan memberi contoh kepada murid seperti arahan untuk beratur di luar kelas atau bagaimana untuk menjalankan sesuatu aktiviti diberi dengan menggunakan ayat yang mudah dan jelas. Guru juga boleh melakukan demonstrasi sebelum menyuruh kanak-kanak memcuba sesuatu. Kebiasaannya kanak-kanak pada peringkat praoperasi susuh memahami sesuatu perkara dari sudut pandangan orang lain seperti guru memberi penjelasan tentang nilai atau nasihat diberikan dalam ayat yang mudah difahami. Sewaktu di sekolah, guru harus berhati-hati dengan menggunakan perkataan kanak-kanak pada peringkat ini kerana kadang-kala sesuatu perkataan tersebut membawa makna yang lain atau sesuatu perkataan boleh membawa pelbagai makna contohnya Lila memberitahu cikgunya nak baring yang bermaksud dia sebenarnya hendak tidur. Di dalam kelas, guru digalakkan memberi peluang kepada kanak-kanak melakukan hand on terhadap sesuatu kemahiran seperti membentuk perkataan dengan potongan-potongan huruf. Pihak sekolah harus menyediakan pengalaman pembelajaran yang pelbagai pada kanak-kanak tahap ini seperti membuat lawatan ke Zoo Negara, taman, Balai Bomba dan sebaginya. Menurut Piaget, pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak akan berubah dan meningkat dari satu peringkat ke peringkat lain. Pada peringkat operasi konkrit untuk kanak-kanak berumur 7 hingga 11 tahun, guru harus meneruskan penggunaan bahan yang konkrit terutama untuk mempelajari kemahiran yang baru seperti model-model tiga demensi (3D) untuk mewakili objek-objek yang 20

baru pelajari. Di dalam kelas, guru perlu memberi peluang kepada pelajar untuk memanipulasi dan menguji objek-objek yang diajar contohnya membuat eksperimen dalam subjek sains seperti mengkaji keperluan cahaya matahari untuk proses fotosintesis tumbuhan. Guru-guru haruslah memastikan pembentangan dan pembacaan adalah ringkas dan tersusun seperti mulakan pembacaan dengan buku yang mudah beransur kepada yang lebih kompleks. Bahagikan pembentangan kepada langkah-langkah yang mudah. Dalam pembelajaran, seelok-eloknya gunakan contoh-contoh yang sesuai dan berkaitan dengan pengalaman pelajar untuk mengajar perkara-perkara yang lebih kompleks dan perkenalkan soalan-soalan berbentuk penyelesaian masalah yang memerlukan pemikiran logik dan analitik.

21

5.0

RUMUSAN / CADANGAN Faktor-faktor genetik dan persekitaran yang mempengaruhi

perkembangan manusia melahirkan pelajar yang berbeza dari segi jasmani, intelek,emosi dan sosial di antara satu sama lain. Oleh itu perkembangan adalah aspek perubahan yang dialami individu dan bersifar kualitatif tetapi jelas berubah melalui peredaran masa. perubahan tingkah laku berlaku dalam keadaan yang berterusan dan menerusi peringkat-peringkat kematangan tertentu. Peringkat-peringkat perkembangan membawa perubahan yang menuju ke arah tertentu serta dijangkakan. Perkembangan dipengaruhi oleh baka dan persekitaran. Baka

menentukan had perkembangan manakala persekitaran akan membantu individu mencapai tahap perkembangan yang maksimum. Perkembangan merupakan satu bahagian yang saling berhubung dengan bahagian yang lain iaitu wujud pertalian nyata antara kematangan jasmani dan kematangan mental. Corak perkembangan berbeza-berbeza di mana semua kanak-kanak mencapai titik perkembangan yang sama pada umur yang sama. Perkembangan berlaku mengikut peringkat iaitu peringkat belum lahir, bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan seterusnya. Pertumbuhan dan perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak sememangnya harus diberi tumpuan utama kerana kanak-kanak merupakan insan yang mudah menerima dan menginterpretasikan sesuatu perkara dengan cepat. Tindakan utama yang harus dilakukan ialah membentuk sahsiah kanakkanak tersebut melalui pengajaran nilai-nilai murni untuk menguatkan jati diri kanak-kanak. Kanak-kanak ialah individu yang mudah dibentuk. Oleh yang demikian, untuk memastikan kesinambungan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak, persekitaran yang positif adalah amat penting untuk melahirkan insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. 22

23

24

You might also like