Professional Documents
Culture Documents
Peningkatan kendiri
Penyelidikan tindakan
Konsep Penyelidikan Tindakan Mengikut Kurt Lewin (1952), seorang ahli psikologis sosial, proses penyelidikan tindakan ditinjau sebagai sesuatu kitaran tindakan kajian berlingkaran yang merangkumi empat peringkat : merancang, bertindak, memerhati dan membuat refleksi, sebagaimana yang ditunjukkan dalam rajah di bawah:-
Rancangan
Rancangan
Refleksi
1
Tindakan Refleksi
2
Tindakan
Pemerhatian Pemerhatian
Samb. 1. Mengikut Bogdan dan Biklen (1982), penyelidikan tindakan merupakan sesuatu inkuiri yang mengumpul maklumat secara sistematik dengan tujuan mengubah ataupun membaiki persekitaran sosial. 2. Manakala Kemmis (1982) berpendapat penyelidikan tindakan merupakan inkuiri refleksi kendiri dengan tujuan memperoleh kefahaman dan mengetahui rasionalnya situasi tindakan itu dilakukan.
Kolb (1984) mengembangkan konsep penyelidikan tindakan Kurt Lewin dengan membentuk suatu model pembelajaran sebagaimana yang ditunjukkan dalam rajah berikut:-
Pengalaman konkrit
Technical
Pakar luar
Practical
Peranan sokratik, menggalakan penyertaan dan refleksi kendiri Proses moderator (orang tengah). Tanggungjawab di bahagikan secara sama dengan peserta-peserta
Emancipatory
Carr dan Kemmis berpendapat penyelidikan tindakan merupakan sesuatu pendekatan alternatif untuk kajian sains sosial tradisi. Maka penyelidikan tindakan ini merangkumi beberapa unsur berikut: Praktikal: Dapatan dan kilasan yang diperolehi daripada kajian bukan sahaja mempunyai kepentingan teoretikal terhadap kemajuan keilmuan, tetapi juga membawa kemajuan praktikal semasa dan selepas proses penyelidikan dijalankan. Penyertaan dan kolaborasi: Di dalam proses penyelidikan, penyelidik bukan memainkan peranan sebagai pakar luar, tetapi sebagai peserta yang bekerja bersama dengan peserta-peserta yang melibatkan diri dalam masalah praktikal dan berharap mencapai kemajuan sebenar. Emancipitory: Pendekatan bukan berhirarki, iaitu kedudukan pesertapeserta semuanya mempunyai tanggungjawab yang sama iaitu samasama memberi sumbangan kepada projek penyelidikan tindakan yang diusahakan. Interpretatif: Penyelesaian inkuiri sosial adalah berdasarkan pandangan dan interpretasi peserta-peserta. Kritikal: Peserta-peserta memainkan peranan sebagai agen kritik dan kritik kendiri, mengubah situasi dan juga sendiri dalam proses kajian.
Definisi Penyelidikan Tindakan Pada bulan Mac, 1989, peserta berbincang dan berjaya menghasilkan definisi Penyelidikan Tindakan, di dalam Simposium Antarabangsa yang diadakan di Brisbane, Australia seperti berikut:
Penyelidikan Tindakan wujud dalam situasi yang mana
Orang membuat refleksi dan memajukan kerja mereka dalam situasi sendiri Dengan menghubungkait refleksi dan tindakan mereka secara erat-erat, dan Juga mengumumkan pengalaman mereka secara terbuka bukan sahaja kepada perserta lain, tetapi juga kepada orang lain yang berminat serta memberi perhatian terhadap kerja dan situasi, iaitu teori, amalan kerja dan situasi mereka.
Apabila sesuatu situasi didapati bertambahnya Pengumpulan data oleh peserta sendiri (atau dengan bantuan orang lain) yang berkaitan dengan soalan Penyertaan (dalam mengemukakan soalan dan menjawab soalan) dalam membuat keputusan Berkongsi kuasa dan mengelakkan amalan hireraki dalam kerja ke arah memupuk amalan demokrasi Kolaborasi di antara ahli-ahli kumpulan sebagai komuniti kritikal Refleksi kendiri, penilaian sendiri dan pengurusan sendiri oleh orang dan kumpulan yang bertanggungjawab dan mempunyai autonomi Belajar secara prograsif (dan terbuka) melalui kesilapan sesuatu lingkaran refleksi kendiri daripada perancangan, tindakan, pemerhatian, refleksi, perancangan semula, dan sebagainya Refleksi yang menyokong idea daripada pengamal reflektif (diri)
Samb.
penyelidikan tindakan memberi peluang kepada guru menguji ramalan pencapaian dan keberkesanan pengajarannya di dalam bilik darjah dengan menjalankan penyelidikan tindakan,guru dapat dilatih untuk meningkatan kemahiran-kemahiran perancangan, pemerhatian, mengumpul data, menganalisis, menilai, menginterprestasi, membuat refleksi serta merumus, demi meningkatkan tahap ilmu pengatahuan dan imejnya dalam profesion keguruan hasil dapatan diperolehi melalui penyelidikan tindakan dan didokumentasikan dalam bentuk tulisan merupakan bahan rujukan yang penting bukan sahaja bagi guru sendiri, tetapi juga sebagai sumbangan idea baru untuk dirujuk oleh rakan sejawat dan guruguru di sekolah lain
Samb.
Didalam proses penyelidikan tindakan, guru-guru yang terlibat harus bertukar-tukar pendapat dan berkongsi hasil dapatan supaya mencapai kesefahaman dalam perbincangan serta penetapan keputusan muktamad. Kedudukan penyelidik dan orang-orang yang terlibat dalam kajian adalah sama. Amalan berkongsi kuasa dan prinsip demokrasi adalah diutamakan dalam segala proseskajian dan tindakan kerja.
merancang dan membentuk strategi untuk penyelesaian masalah pengajaran dan pembelajaran
melaksanakan dan menguji strategi untuk digunakan menilai keberkesanannya membuat refleksi terhadap dapatan kajian secara berpasukan membuat kesimpulan dan mengenalpasti masalah-masalah baru
mengulang kitaran kedua (kadangkala) sehingga kemajuan amalan telah mencapai tahap yang dianggap memuaskan
melapor hasil yang diperolehi, dan jika perlu, menyediakan kertas kajian berdasarkan hasil perbincangan supaya diterbitkan dalam jurnal pendidikan dengan tujuan berkongsi pengalaman dan hasil dapatan secara terbuka dengan pendidik-pendidik yang berminat.
guru harus sentiasa berusaha membawa perubahan dan penyesuaian teknik pengajaran dan pembelajaran demi meningkatkan prestasinya dan memberi perkhidmatan yang bermutu tinggi dalam bidang profesion mereka. beberapa kaedah asas seperti menjalankan kajian terhadap keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran mereka di dalam bilik darjah, menggunakan teknik refleksi dan menguasai kemahiran penilaian kendiri untuk membuat pengubahsuaian atau membaiki kelemahannya, demi mempertingkatkan kemahiran pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
Masalah pengajaran ini perlu diselesaikan dengan secepat mungkin. Ini bermakna penyelidikan tindakan harus dirancang dan dilaksanakan setelah masalah pengajaran berlaku.
Matlamat kajian hendak ditentukan dengan memastikan ia bukan sahaja dapat mengatasi masalah tetapi juga dapat meningkatkan kemahiran dan kecekapan pengajaran. Penggunaan bahasa dan prosedur kajian hendaklah mudah supaya proses kajian dapat dilaksanakan dengan licin, di samping dapat menarik pengkaji lain menyertai diri mereka dalam kajian itu. Skop kajian hendaklah spesifik dan berfokus kepada satu kes sahaja. Ini bermakna populasi kajian hanya meliputi sampelan rawak yang kecil.
Samb.
Sungguhpun tiada kawalan dikenakan dalam pembolehubah kajian, seelok-eloknya pembolehubah independen (pokok kajian yang tidak berubah dalam apa jua situasi) dan pembolehubah dependen (ciri atau nilainya tidak tetap) dihadkan kepada satu dengan satu. Misalnya kajian masalah displin (pembolehubah dependen) dalam kelas pemulihan. Hubungkait teori pendidikan dengan amalan pengajaran. Pastikan tema kajian tidak pernah diselidiki oleh orang lain dalam masa lampau.
Libatkan diri secara aktif dalam proses kajian; disamping mendapat kerjasama dan sokongan daripada rakan-rakan sejawat serta pihak sekolah.
Gunakan kemahiran pemikiran reflektif dalam setiap langkah penyelidikan tindakan. Laksanakan proses penyelidikan tindakan secara saintifik. Rekod semua maklumat dan dapatan yang diperolehi daripada pemerhatian dan refleksi.
Prosedur Penyelidikan
Mengenalpasti keperluan untuk menjalankan penyelidikan. Mengkaji, mengesan dan menentukan tema, objektif dan hipotesis penyelidikan. Menyediakan dan merancang penyelidikan, iaitu:
Menentukan calon-calon untuk dikaji. Memilih pembantu untuk menjalankan kajian. Menentukan kaedah penyelidikan. Menentukan cara perlaksanakan penyelidikan. Menyediakan soalan-soalan dan alat kajian untuk digunakan dalam temu bual atau soalselidik. Menentukan kaedah pentafsiran. Menyediakan jadual pelaksanakan.
Melaksanakan penyelidikan berdasarkan jadual pelaksanakan disediakan. Mengumpul data dan membuat tafsiran serta kesimpulan. Menyediakan laporan.
Penyediaan laporan
Laporan penyelidikan ini biasanya mengandungi perkara seperti berikut:
Pengenalan topik kajian (Pernyataan masalah) Penghuraian tema/topik yang dikenal pasti Objektif dan tujuan penyelidikan Hipotesis kajian Kaedah penyelidikan yang digunakan Cara mengumpul data Data yang digumpulkan, disertakan bersama dengan rekod, dokumen dan borang soal selidik yang digunakan untuk menjalankan penyelidikan Laporan atas analisis, interpretasi dan kesimpulan kajian Cadangan dan tindakan susulan berdasarkan pentafsiran, interpretasi dan kesimpulan
Kesimpulan
Kelebihan penyelidikan tindakan ini ialah: Mudah dijalankan di dalam tempat guru mengajar Tidak perlu menggunakan banyak masa dalam proses perancangan dan pelaksanaan Boleh memperolehi dapatan atau penyelesaian dengan cepat serta dalam tempoh yang singkat Praktikal dan dapat mengatasi masalah pengajaran dengan segera Boleh melibatkan rakan sejawat berusahasama secara kolaborasi Sesuai dengan perkembangan profesionalisme keguruan Menyelesaikan masalah mikrodalam masalah yang kompleks, demi membolehkan guru membina serta kemahiran mengajar mengikut masa sendiri, melalui beberapa tahap dalam penyelidikan tindakan berlingkaran
Konsep refleksi
Dibawah konteks pendidikan, refleksi ialah sesuatu proses seseorang yang berusaha untuk mengingat dan merenung kembali aktiviti pendidikan yang telah difikirkan atau dialaminya, menganalisis dan menilai kesannya, termasuk memikirkan cara membaiki dan merancang dengan mengubahsuainya untuk digunakan dengan lebih berkesan pada masa hadapan.
Kefahaman baru Membuat atau merancang pengubahsuaian, peningkatan atau tindakan susulan
Pemikiran Reflektif
Menurut Birchall(1992), pemikiran reflektif memerlukan penggunaan pengalaman sedia ada untuk menimbang segala kemungkinan tindakan alternatif yang boleh jaya untuk mencapai objektif penyelesaian masalah serta menetapkan keputusan bagi tindakan seterusnya. Seseorang yang dikatakan berfikiran reflektif boleh dilihat daripada tindakan seperti berikut: Mengaitkan sesuatu idea dengan pengalaman yang sedia ada Mengemukakan soalan kendiri Mengusulkan hipotesis dan andaian Mengemukakan pelbagai kemugkinan penyelesaian yang wajar Menilai kemungkinan penyelesaian secara kritis dan kreatif PenyelesaianPemikiran kritis dan kreatifRenungan kembali refleksi (Pemikiran Metakognitif)Pemikiran ReflektifPerkaitan dengan pengalaman sedia ada
Pemikiran Reflektif
Penyelesaian
Masalah
Membaca dan mentafsir maklumat Menentu dan menyusun maklumat Mencari hubungan
Mencadang hipotesis
Membukti hipotesis
Menilai penyelesaian
Penggunaan pemikiran refleksi (metakognisi) untuk membuat keputusan atau menetap tindakan
Jurnal Reflektif
Ia adalah catatan tentang sesuatu peristiwa, masalah yang dihadapi, peringkat pencapaian sesuatu bidang dan sebagainya. Catatan ini bertujuan menbolehkan pelajar dan guru sendiri untuk membuat refleksi, menilai serta menggunakannya sebagai rujukan untuk mengambil tindakan susulan yang wajar dan berkesan.
Portfolio Reflektif merupakan salah satu jenis jurnal yang biasanya digunakan didalam latihan perguruan.
Misalnya, semasa mengikuti kursus perguruan, guru pelatih dikehendaki melaksanakan tugasan yang di kenali sebagai Kerja Khusus Berfolio(KKB) bagi matapelajaran pengkhususan dan ilmu pendidikan. Ia adalah sebagai bukti pengalaman pembelajaran yang dapat mencerminkan perkembangan pemikiran dan pembelajaran.
E Pembelajaran
Sejak dekad 70-an, oleh kerana perkembangan sains dan teknologi dengan pesat serta canggih, khasnya penciptaan alat media elektronik dan komputer, pelbagai jenis pendidikan telah diikhtiar dan diperkenalkan untuk kegunaan di institusi pendidikan demi menangani tuntutan semasa serta cabaran masa depan.
Diantara jenis pendidikan baru diperkenalkan ialah Pendidikan Jarak Jauh, Pendidikan Komputer, Pendidikan Terbuka, pendidikan Radio dan Televisyen, On-Line Tutorial dan sebagainya.
Internet
Internet adalah singkatan internetwork dalam Bahasa Inggeris. Ia berfungsi senagai jaringan perantaraan, iaitu sejenis sistem komunikasi yang membolehkan pengguna komputer berkomunikasi secara global dengan pengguna lain, membekal dan pertukaran maklumat, membekalkan gambar atau filem dan sebagainya.
Kegunaan Pendidikan Kegunaan Am Carian penerimaan maklumat Menerbit dan membekal maklumat Menulis dan menjawab Kolaboratif Urusan maklumat pendidikan, penyelidikan, pembelajaran interaktif. Menerbit hasil kajian, berkongsi dapatan penyelidikan Mengemukakan soalan, menjawab soal selidik. Pembelajaran kolaboratif, penyelesaian masalah pendidikan secara usahasama.
Pendidikan Terbuka
Radio merupakan alat bantu mengajar yang berkesan untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran, khususnya dalam bidang penguasaan kemahiran bahasa. Berbanding dengan radio, televisyen merupakan alat bantu mengajar yang lebih berkesan dalam peranan penyampaian pelajaran. Selain melatih murid mendengar, mereka juga boleh menggunakan deria penglihatan mereka untuk mengikuti pelajaran yang khusus. Murid dapat menggunakan kedua-dua pancaindera yang penting, iaitu deria penglihatan dan pendengaran, untuk mengikuti program pendidikan dengan cara yang lebih berkesan. Justeru itu, penggunaan televisyen bukan terhad untuk pengajaran bahasa tetapi juga meliputi semua matapelajaran yang lain. Program pendidikan melalui radio dan televisyen dikendalikan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
Komputer membantu pendidikan (computer aided education CAE) Iaitu menggunakan teknologi dan sistem komputer untuk menjalankan tugas mengajar serta mencapai objektif pengajarannya. Di samping itu, teknologi dan sistem komputer yang canggih pula diaplikasikan dalam banyak bidang pengurusan pengajaran pembelajaran. Budaya komputer akan menjadi sama penting seperti penguasaan kemahiran membaca, menulis dan mengira masa kini. Bagi generasi masa depan yang tidak ada budaya komputer akan dianggap sebagai buta huruf dalam masyarakat mereka.
Samb.
Komputer membantu pengajaran (computer assisted instruction, CAI) Ia adalah penggunaan teknologi dan sistem komputer dalam proses pengajaran. Teknologi dan sistem komputer adalah digunakan oleh pelajar untuk mengikuti pelajaran terancang secara sendiri tanpa kehadiran guru. Tugas utama guru disini hanya mereka bentuk program, pelajar menggunakan komputer belajar program itu, dan komputer merupakan alat perantaraan di antara guru dengan pelajar. Modul-modul adalah dirancang dalam bentuk pelajaran formal, latihan terkawal, pengajaran secara individu, permainan dan penyelesaian masalah.
Samb.
Oleh kerana modul pengajaran adalah digunakan oleh pelajar untuk mempelajarinya, maka komputer membantu pengajaran pula dikenali sebagai komputer membantu pembelajaran (computer aided learning, CAL). Komputer Mengurus Pembelajaran(computer manage instruction, CMI) Teknologi dan sistem komputer boleh digunakan untuk mengumpul data dan menbuat analisis serta nilai keberkesanan pengajaran, penggunaan bahan pelajaran, situasi pengajaran pembelajaran dan interaksi murid dalam bilik darjah. Dapatan kajian ini akan digunakan untuk mengubahsuai rancangan pelajaran dan membaiki kelemahan yang terdapat dalam akiviti pengajaran pembelajaran di dalam bilik darjah.
Samb.
Komputer membantu pengujian (computer assisted testing, CAT) Terknologi dan sistem komputer juga boleh digunakan untuk menguji keberkesanan pembelajaran. Pengujian ini biasanya dikendalikan dengan dua cara, iaitu: Murid menjawab soalan dengan memberi jawapan dalam borang komputer. Jawapan murid kemudian diperiksa dan diberi markah oleh komputer. Komputer digunakan untuk memilih soalan dari item bank dan menayangkan soalan demi soalan dalam monitor komputer. Murid menggunakan komputer menjawab soalan tersebut, kemudian diperiksa dan di beri markah oleh komputer. Dengan cara ini, keputusan pelajar dapat dikesan dalam masa singkat.