SOALAN:Bincangkan kaedah atau strategi bagi menerapkan Konsep Islam Hadharidikalangan penjawat awam?P ENGENALAN ISLAM HADHARI
Islam Hadhari memberi tekanan kepada aspek pembangunan yang menjurus kepadapembinaan peradaban iaitu peradaban yang dicanai dengan pegangan Islam danmemberi fokus kepada usaha mempertingkatkan mutu kehidupan melaluipenguasaan ilmu, pembangunan insan, pembangunan kesihatan serta pembangunanfizikal.Mempertingkatkan mutu kehidupan adalah dengan mengamalkan sistem ekonomi,sistem perdagangan dan sistem kewangan yang dinamik, pembangunan sepadu danseimbang bagi melahirkan umat yang berilmu dan beriman, bertamadun tinggi,berakhlak mulia, jujur lagi amanah, serta bersedia menangani cabaran semasa duniaglobal.Islam Hadhari bukanlah agama baru. Islam Hadhari bukan ajaran baru. Islam Hadharibukannya mazhab baru. Islam Hadhari adalah usaha untuk mengembalikan umatIslam kepada asas atau fundamental yang terkandung dalam Al Quran dan Hadisyang merupakan teras pembinaan tamadun Islam. Islam Hadhari jika ditafsir secaraikhlas dan difahami secara jelas, sama sekali tidak akan memesongkan mana-manaumat Islam dari asas akidah.Sebagai sebuah Kerajaan yang bertanggungjawab melindungi kesucian Islam danmemastikan umat Islam tanpa tergelincir akidah akan dapat menghadapi cabaran danrealiti semasa, pintu ijtihad perlu terbuka supaya tafsiran yang diwarisi dapat dikaitkandengan bentuk dan corak pembangunan mengikut masa dan mengikut tempat.Adalah perlu diteliti semula pelbagai pendekatan dan kaedah untuk diperkemaskansupaya lebih seimbang dan menyeluruh, merangkumi pembangunan prasarana danpembangunan ekonomi, diperkukuhkan dengan pembangunan manusia melaluiprogram pendidikan yang komprehensif, diperlengkap pula dengan programpembangunan rohani untuk menyemaikan nilai-nilai murni dan menerapkan nilai-nilaiIslam dalam kehidupan.
MISI
Untuk melaksanakan agenda pembangunan negara dan ummah berlandaskan ajaranislam yang progresif, bertamadun, betolenransi dan berimbang.
1
Leave a Comment
azie_uum@yahoo.com