You are on page 1of 4

Sebelum pengimlakan dimulakan, murid menerima arahan seperti yang berikut: Kamu dikehendaki menulis 10 patah perkataan.

Setiap perkataan akan dibacakan dua kali. Pembacaan akan dilakukan dengan suara yang jelas dan dengan kadar kecepatan yang sesuai.

Setelah kesemua 10 patah perkataan itu selesai dibacakan, kamu akan diberi masa beberapa minit untuk melakukan semakan secara bersendirian.

Kemudian kesemua 10 patah perkataan itu akan dibacakan sekali lagi sebagai panduan bagi kamu melakukan semakan kali kedua Pengimlakan dua patah perkataan ditunjukcarakan. Pengimlakan sebenar hanya dimulakan apabila murid menyatakan sebutan, kejelasan suara dan kadar kecepatan pengimlak sesuai untuk mereka. Sampel hasil tunjuk cara pengimlakan diterakan di papan tulis. Beberapa kemungkinan varian ejaan juga dibincangkan. Murid juga diberitahu bahawa mereka boleh menggunakan huruf kecil sahaja atau huruf pertama huruf besar dan huruf-huruf yang lain huruf kecil. Sebagai motivasi, dinyatakan bahawa setiap perkataan yang betul ejaannya akan beri satu markah. Perkataan yang tersilap ejaannya, walaupun sedikit sahaja, tidak akan diberi markah. Oleh itu mereka diminta berhati-hati dan melakukan semakan apabila diminta berbuat demikian.

Murid juga diberitahu bahawa hasil aktiviti ini akan dianalisis. Dapatan boleh digunakan oleh pelbagai pihak, khususnya guru mata pelajaran Bahasa Melayu, untuk membaiki prestasi ejaan mereka dan rakanrakan.

Tarikh/Hari: xx-xx-2009Masa: 60 minit Mata Pelajaran: Bahasa MelayuTahun: 3 Unit: 1 Aras: 1 Tema: Alam Sekitar: Kebersihan Tajuk: Sekolahku Rumahku Hasil Pembelajaran (Fokus Utama) 1.1 Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonasi dan nada yang sesuai. Aras 1 Berbual tentang sesuatu perkara yang dialami dan didengar dengan menggunakan bahasa yang sesuai. 1.4 Menyatakan permintaan secara berterus terang dan meyakinkan dengan menggunakan intonasi dan unsur paralinguistik yang sesuai untuk menguatkan permintaan. Aras 1 (i) Memilih dan menggunakan kata dan ayat yang sesuai untuk menyatakan sesuatu permintaan. 8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk. Aras 1 (i) Membina ayat tunggal berdasarkan pelbagai bahan rangsangan yang diberi. Hasil Pembelajaran (Fokus Sampingan) 7.2 Membaca dan mengenal pasti perkataan, pelbagai jenis ayat dan gaya bahasa yang terdapat dalam teks sastera dan bukan sastera. Aras 1 Mengecam perkataan, istilah dan ayat dalam karya prosa dan puisi yang dibaca. Objektif Eksplisit Sebelum pelajaran ini berakhir 1. Secara berpasangan atau bertiga pelajar berbual tentang kebersihan sekolah di hadapan kelas dengan menggunakan sekurang-kurangnya dua ayat tunggal yang sesuai dengan situasi. (Hasil Pembelajaran 1.1) 2. Pasangan daripada setiap kumpulan dapat melakonkan situasi anak meminta kebenaran daripada ibu bapa untuk menyertai gotong-royong di sekolah dengan menggunakan sekurang-kurangnya dua ayat tunggal. (Hasil Pembelajaran 1.4) 3. Setiap murid dapat menulis sekurang-kurangnya empat ayat tunggal dalam borang pengurusan grafik tentang keadaan bersih dan kotor tiga tempat di kawasan sekolah. (Hasil Pembelajaran 8.2) Objektif Afektif (1) Murid mengamalkan kebersihan mental dan fizikal, iaitu kebersihan tempat tinggal dan kebersihan persekitaran. (2) Murid mengamalkan kesopanan berbahasa semasa berbual. Pengetahuan Sedia

(1) Murid pernah terlibat dengan program kebersihan dalam komuniti sendiri atau telah mendapat maklumat ini melalui media massa. (2) Murid telah mempelajari kata nama. (3) Murid telah mempelajari ayat tunggal. Bahan Bantu Belajar Teks Sekolahku Indah, gambar digital (kawasan rumah dan kawasan sekolah yang bersih dan kotor), rakaman dialog Cikgu Normah dengan Wahida, lembaran kerja. Sistem Bahasa (1) Morfologi: kata adjektif seperti bersih, kemas, segar, kotor, busuk, dan cemar. (2) Sintaksis: ayat tunggal (3) Sebutan dan Intonasi: kesantunan berbahasa untuk menyatakan permintaan. (4) Kosa Kata: malaria, jangkitan, virus, taun. Pengisian Kurikulum (1) Nilai: Kebersihan mental dan fizikal: kebersihan diri, kebersihan persekitaran dan kebersihan perlakuan (kesantunan semasa berbual) (2) Kemahiran Berfikir: (a) Membandingkan dan membezakan: sekolah-sekolah yang bersih dengan yang kotor. (b) Mencirikan kawasan kampung/taman perumahan dari segi kebersihan. (3) Ilmu: (a) Sains: Kepentingan menjaga kebersihan untuk mengelak merebaknya penyakit. (b) Agama/Moral: Mengamalkan kebersihan kerana kebersihan adalah sebahagian daripada iman. (4) Kemahiran Masa Depan: Pelajar dapat membuat ramalan akibat bersih dan kotor.

You might also like