You are on page 1of 2

Doa Hari Guru.

2012



.
Ya Allah , Tuhan Semesta Alam ,
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan
kami untuk meraikan Majlis sambutan Hari Guru 2012 peringkat Sekolah
Kebangsaan Pusat Chabang Tiga pada hari yang berbahagia ini dengan
tema :
Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
Ya Allah , Ya Azizi Ya Sattar Ya Faalullima yurid ,
Sesungguhnya tugas sebagai guru adalah tugas yang mulia dan murni
sepanjang zaman , justeru itu kurniakanlah kepada guru-guru kami hati
yang ikhlas dalam menyempurnakan tanggungjawab yang berat ini
dengan sebaiknya . Lorongkanlah hati guru-guru kami agar menjadikan
seluruh aktriviti dunia pendidikan sebagai ibadah mengharapkan rahmat
dan keredhaan-Mu semata-mata .
Ya Allah , Tuhan Yang Mentadbir Langit dan Bumi ,
Pada saat dan detik ini, kami hulurkan tangan pengharapan , memohon
ihsan dan pimpinan-Mu agar Engkau anugerahkan rasa kasih sayang
kepada barisan pendidik yang budiman terhadap anak-anak didik
mereka , sebagaimana mereka mengasihi dan menyayangi anak- anak
mereka sendiri , kurniakanlah kepada guru-guru kami kesabaran ,
ketabahan , semangat kerjasama yang tinggi dalam sebuah pasukan ,
semangat permuafakatan dan semangat juang yang tidak mengenal erti

Doa Hari Guru.2012

putus asa dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang pendidik dan


berusaha menyumbang tenaga , idea dan kepakaran demi
meningkatkan kualiti akademik dan ko-kurikulum pelajar-pelajar sekolah
ini khasnya dan di arena pendidikan perdana amnya .
Ya Allah , Tuhan Yang Menjadikan Malam dan Siang ,
Pada kesempatan ini , kami mohon kepada kebesaran dan kehebatanMu ya Allah sudilah kiranya Engkau mengurniakan kepada kami sifat
yang mulia dan akhlak yang luhur , mudah-mudahan kami akan menjadi
anak didik yang sentiasa menghormati guru-guru kami , mendengar
tunjuk ajar daripada guru-guru kami , kami sentiasa mengharapkan
teguran dan bimbingan guru-guru , semoga kami menjadi insan yang
sempurna dan berguna kepada agama , bangsa dan negara tercinta .
Ya Allah , Tuhan Yang Menurunkan Hujan ,
Pandanglah kami dengan pandangan rahman dan rahim-Mu ,
permudahkanlah segala urusan kehidupan kami sama ada di dunia
mahupun akhirat , kerana sesungguhnya kami meyakini dengan
keyakinan yang tiada mengandungi syak dan keraguan bahawa tiada
kesenangan melainkan Engkau permudahkan urusan tersebut , dan
Engkau menjadikan yang sukar itu mudah sekiranya Engkau
mengizinkannya .




.




.
.
.
2

You might also like