Istana Lama Seri Menanti ialah istana yang unik diperbuat daripada kayu belian ini tanpa menggunakansebarang paku besi tetapi pakunya diperbuat daripada kayu yang dipanggil pasak. dan masih berdiri kukuhhingga ke hari ini. Dibina pada 1902,istana ini mempunyai ciri-ciri senibina Minangkabau yang unik dansiap pada tahun 1908 kerana Istana Pulih telah dibakar oleh askar-askar Inggeris semasa mengejar YamtuanAntah ketika berlakunya peperangan Bukit Putus. Istiadat perasmian istana ini telah dilakukan oleh DYMMYang di-Pertuan Muhammad Ibni Almarhum Yamtuan Antah. Baginda telah bersemayam di istana inisehingga tahun 1931 dan baginda berpindah pula ke istana baru yang dibina berhampiran dengan istanalama.Istana ini setinggi empat tingkat. Pelan asalnya telah direka oleh dua orang tukang Melayu bernama Kahar dan Taib. Tukang Kahar telah dianugerahkan gelaran Dato' Panglima Sutan oleh Tuanku Muhammadkerana khidmat beliau. Pelan istana ini telah diperincikan semula oleh Ketua Pelukis Pelan, Mr. Woodforddari Jabatan Kerja Raya, Seremban dan telah diluluskan pada bulan November 1902 oleh Jurutera Negeridan Residen British.Istana ini mempunyai 99 batang tiang termasuk empat batang tiang seri yang panjangnya 67 kaki.Keempat-empat tiang ini telah diambil dari Bukit Pergai, Jelebu. Kayu-kayu lain diambil dari Bukit Tinggiiaitu jenis kayu penak.Pelbagai motif bunga turut diukur pada kayu belian yang digunakan untuk membuatistana ini.Istana ini telah digunakan untuk upacara mengadap yang diadakan tiga tahun sekali. Pada tahun 1926,Pesuruhjaya Tinggi, Sir Lawrence Gullmard telah turut hadir dalam upacara tersebut.Istana ini juga pernah digunakan oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan untuk dijadikan SekolahMenengah Agama Tinggi pada tahun 1959 sehingga tahun 1964. Kemudian istana ini dibiarkan kosongtanpa penghuni sehingga pada tahun 1992. Atas kesedaran DYMM Tuanku Jaafar Ibni Almarhum TuankuAbdul Rahman, istana ini dengan rasminya diwartakan sebagai 'Muzium Diraja'. Perasmiannya telahdilakukan pada 14 Julai 1992 bersamaan 14 Muharram 1413 Hijrah. Pengurusan Muzium Diraja ialah di bawah pentadbiran Lembaga Muzium Negeri, Negeri Sembilan.Mulai saat inilah Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti telah bertukar wajah dengan mempamerkankoleksi-koleksi keluarga Diraja. Setiap ruang telah diisi tanpa mengubah bentuk asal istana bagimenerangkan fungsi ruang-ruang tersebut. Penambahan bahan koleksi Muzium dilakukan dari semasa kesemasa dengan kerjasama pihak istana.Kini, istana yang dahulunya menjadi kediaman rasmi Raja telah dijadikan Museum DiRaja khas. Orangramai boleh mengunjungi pameran yang terdapat di sini.Mereka yang ingin mengetahui lebih dekat tentang kehidupan keluarga DiRaja bolehlah datang ke sini.Terdapat pelbagai bahan pameran seperti senjata api, pakaian serta dokumen berkaitan keturunan DiRaja.ALAMAT:-Muzium Diraja Seri Menanti71550 Seri MenantiKuala PilahTek / Fax : 06-497 9653WAKTU LAWATAN:Isnin-Khamis10.00am – 1245pm02.00pm – 05.45pmJumaat10.00am – 12.15pm02.45pm – 05.45pm
Leave a Comment