You are on page 1of 15

Rumusan Cabang-Cabang Falsafah

Kumpulan 1: Abdul Aziz Bin Busri Amalina Binti Jopree

CABANG-CABANG FALSAFAH
Metafizik/Ontologi

Epistimologi
FALSAFAH Aksiologi Logik

Metafizik
Metafizik bersifat spekulatif dan memberi fokus kepada perkaitan sebab dan akibat. Contohnya:

Apa itu kebenaran? Adakah Tuhan manusia? Siapa itu manusia? Apakah itu kebebasan manusia? Adakah dunia ini terdiri daripada jisim sahaja?

Memberi perhatian utama kepada realiti atau kewujudan yang mutakhir.

Mempersoalkan perkara-perkara seperti alam, jiwa atau roh dan kehidupan.

Memberi perhatian kepada konsep-konsep yang keadaannya tidak dapat diukur seperti realiti, perubahan, kendiri, jiwa dan sebagainya.

Epistemologi
Lebih berminat kepada konsep-konsep selain daripada fakta (tidak seperti sains)

Memerlukan alasan yang rasional

Memberi perhatian kepada apa yang dimaksudkan oleh konsep-konsep psikologi seperti perasaan, pengamatan, pengukuhan dan mempersoalkan adakah konsep-konsep tersebut digunakan dengan betul atau tidak

SUMBER ILMU DALAM EPISTEMOLOGI


Wahyu

Berasaskan pengalaman pancaindera

Intuisi

Pandangan pakar bidang berkenaan

Logik

Kaedah Saintifik

Wahyu.
Pengetahuan yang diperturunkan oleh Tuhan melalui orang perantaraan tertentu yang dipilihNya untuk disampaikan kepada masyarakat umum; Berasaskan pengalaman pancaindera. Apa yang kita lihat,dengar,rasa,sentuh dan bau merupakan satu cara untuk kita memperoleh maklumat mengenai alam sekeliling kita. Namun, cara mengetahui sedemikian berkemungkinan kurang tepat,misalnya,ayam goreng yang kita rasa sebenarnya adalah arnab goreng

Intuisi.
Pengetahuan yang diperoleh oleh seseorang melalui cetusan idea secara tiba-tiba dan tidak disedari. Misalnya,seseorang ibu yang dapat mengesan sama ada anaknya menghadiri kelas mengaji al-Quran sebaik sahaja anaknya masuk ke dalam rumah.

Pandangan pakar bidang berkenaan


Berdasarkan ilmu dan kemahiran yang dipunyai. Misalnya,tokoh-tokoh falsafah yang terkenal seperti Socrates, Plato, Dewey dan sebagainya.

Logik.
Kita mempunyai akal yang membolehkan kita membuat taakulan dan seterusnya mengetahui sesuatu;

Kaedah saintifik.
Melibatkan carian jawapan kepada persoalan-persoalan tertentu melalui pengumpulan dan penganalisisan data secara sistematik,misalnya menjalankan temu bual, membuat pemerhatian, mentadbirkan soal selidik, dan sebagainya.

Epistemologi mengutarakan persoalan seperti berikut : Apa itu ilmu? Apakah sumber-sumber pengetahuan? Apa yang diketahui manusia? Bagaimana kita tahu bahawa kita ketahui sesuatu?

Axiologi
Mempersoalkan tentang baik atau buruk, benar atau salah, cantik atau hodoh.

Perkara-perkara lain yang berkaitan dengan nilai.

Boleh dibahagikan kepada dua cabang: a) Etika b) Estetika

Etika
Memberi perhatian kepada kualiti moral dan tingkah laku manusia.

Estetika
Menentukan kriteria bagi kecantikan dalam kesenian, pengalaman perseorangan, alam sekeliling dan kehidupan

Mengkaji kebaikan seseorang, kebaikan sesuatu masyarakat, dan kebaikan kehidupan.


Nordin Tahir, JIP

Etika mengutarakan soalan seperti berikut: Apa itu kebaikan? Apa ciri-ciri yang menentukan kebaikan?
Estetika mengutarakan persoalan seperti berikut : Apa itu kecantikan? Bagaimana kita dapat menikmati keindahan semulajadi?

Logik
Kaedah yang digunakan oleh ahli falsafah untuk berfalsafah

Peraturan-peraturan yang membolehkan mereka membuat cadangan dan hujah-hujah perbincangan dengan cara yang betul

Prosedur utk bezakan pemikiran sah dan yg mengelirukan. Terbahagi kpd 2 iaitu logik induktif dan logik dedukti

Logik mengutarakan persoalan seperti berikut: Apa yang dimaksudkan dengan taakulan baik dan kurang baik? Bagaimana kita menentukan sama ada taakulan itu bersifat baik dan kurang baik?

Selesai..

You might also like