You are on page 1of 22

BALASAN MENINGGAL SOLAT 5 WAKTU

Ketahuilah wahai umat Islam



"Apakah yang menyebabkan kamu semua masuk neraka Saqar ini? Mereka menjawab: Kami tidak
termasuk golongan orangorang yang bersembahyang."
AlMudathsir: 42,43)

Didalam neraka Jahanam terdapat wadi (lembah) yang didalamnya adalah ular-ular bersaiz sebesar
tengkuk unta dan panjangnya sebulan perjalanan. Kerjanya tiada lain selain mengigit orang-orang yang
tidak menunaikan sembahyang semasa hidup mereka. Bisa ular itu pula menggelegak di dalam badan
mereka selama 70 tahun sehingga luruh seluruh daging badan mereka. Kemudian tubuh mereka kembali
pulih lalu digigit lagi dan begitulah seterusnya.

Seksaan bagi orang-orang yang meninggalkan solat

Orang yang tidak sembahyang akan diseksa dengan 15 seksaan: 6 daripadanya akan diterima di dunia, 3
seksaan tatkala hendak mati, 3 seksaan lagi ketika berada di alam kubur dan 3 seksaan lagi di hari
kiamat.

Enam seksaan semasa hidup di dunia:
1. Ditinggalkan berkat pada umurnya.
2. Allah akan menghapuskan tanda-tanda orang salih daripada mukanya.
3. Tiap-tiap amal yang dikerjakan tiada diberikan pahala kepadanya.
4. Segala doanya tiada diperkenankan oleh Allah.
5. Dia dimarahi dan dibenci oleh segala makhluk di dunia.
6. Tidak ada baginya bahagian daripada doa orang-orang salih.

Tiga seksaan tatkala hendak mati:
1. Dia mati dalam kehinaan.
2. Mati dalam keadaan yang sangat lapar.
3. Mati dalam keadaan yang sangat haus, sehinggakan jika dituangkan kepadanya sekelian air laut di
dunia ini, dia tetap
merasa tidak puas.

Siksaan Ketika Di Dalam Kubur
1. Kubur akan menghimpit-himpit serapat yang mungkin sehingga berselisih tulang-tulang dada.
2. Dinyalakan api di dalam kuburnya dan api itu akan membelit dan membakar tubuhnya siang dan
malam tiada henti-henti.
3. Akan muncul seekor ular yang bernama "Sujaul Aqra" dan ular itu berkata:

"Allah menyuruh aku membelasah engkau kerana engkau mensia- siakan sembahyang Subuh."

Ia dipukul dari waktu Subuh hingga naik matahari, kemudian dipukul dan dihentak hingga terjunam ke
perut bumi kerana meninggalkan sembahyang Zuhur. Kemudian dipukul lagi kerana meninggalkan
sembahyang Asar, begitulah seterusnya dari Asar ke Maghrib, dari Maghrib ke waktu Isyak dan
seterusnya hingga ke waktu Subuh semula. Demikianlah berterusan seksaan oleh Sajaul Aqra hinggalah
hari Kiamat.

Allah akan menyempitkan kuburnya dengan sesempit-sempitnya. Kuburnya akan digelapkan. Allah akan
menyiksanya dengan pedih sehingga hari Qiamat.

Tiga seksa di hari kiamat:
1. Allah memerintahkan malaikat azab agar menghela orang yang tidak sembahyang itu ke dalam
neraka.
2. Allah menilik pada orang yang tidak sembahyang itu dengan tilikan yang murka.
3. Allah akan mengira orang yang tidak sembahyang itu dengan kiraannya yang paling berat dan terus
disumbatkan ke dalam nerakasebagaimana firman Allah yang bermaksud, "Apa yang membawa kamu ke
neraka?" Mereka menjawab, "Kami , tidak sembahyang."

.

Nisbah Dosa Bagi Orang-Orang Yang Meninggalkan Sembahyang Setiap Waktu
Renungan:
Barang siapa yang meninggalkan sembahyang fardu, seksanya umpama:-

Subuh:
Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka jahanam selama 60 tahun.

Zuhur:
Dosanya seperti membunuh seribu orang Islam.

Asar:
Dosanya seperti meruntuhkan Kaabah.

Maghrib:
Dosanya seperti berzina dengan ibu atau bapanya sendiri.

Isyak:
Allah berseru kepada mereka, "Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi reda
engkau tinggal di bumi-Ku dan menggunakan nikmat-nikmat-Ku." Segala gerak - gerinya seperti pakai,
makan, tidur adalah berdosa kepada Allah.

APAKAH HUKUM MENGUMPULKAN DUA WAKTU SEMBAHYANG

Dalam kesibukan kadangkala ada antara kita yang lalai atau sengaja mengabungkan waktu sembahyang
zuhur dengan asar ( sembahyang di akhir waktu zuhur dan diikuti sembahyang asar sebaik sahaja masuk
waktunya)

Renungkan hadis Rasulullah SAW di bawah yang menghalang perbuatan tersebut :

Saad bin Abi waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang melalaikan sembahyangnya maka
jawab baginda " Iaitu mengakhirkan waktu sembahyangnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu
sembahyang lain. Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka mereka
diancam dengan neraka wail".

Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut mentafsirkan hadis di atas" Iaitu orang yang melengah-
lengahkan sembahyang mereka sehingga sampai kepada waktu
mereka neraka jahanam tempat kembalinya".

Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda " Sesiapa yang mengumpulkan dua sembahyang tanpa ada
halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki pintu besar dari pintu dosa-dosa besar". (Riwayat Al-
Hakim)

.











GAMBARAN ALAM MASHSYAR

1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti
tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali
Izrail & beberapa malaikat yg lain.. Selepas itu, Izrail pun mencabut
nyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman
mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang
menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan
Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa". Ini menunjukkan kebesaran &
keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak
mati.

3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya
meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula
di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang
rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz
Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia
umpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.

5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan
hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat
takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi
kelak.

6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh
yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar.
Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal),
berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi
yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan
lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan
cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya.
Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu
turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah Ta'ala. Seluruh
makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang
menakutkan.

9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda.
Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas
kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti
keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-
bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan
dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul
atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan
mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

10. Terdapat satu kolam kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernama
Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang
mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang
menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam
ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air
kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan
rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir
dari syurga.

11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7
golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

1. Pemimpin yang adil.

2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

3. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.

4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan
berkata "Aku takut pada Allah".

6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang
ramai).

7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air
matanya kerana takutkan Allah.



12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua
manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian
mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka
mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia
ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi
Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah
Ta'ala. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s.,
Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan
sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah
saw. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun
perjalanan.

13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a.w. ke hadrat Allah
Ta'ala. Lalu diperkenankan doa baginda.

14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga
menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun.
Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang
malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20ribu tahun)
sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba
dibumi.

15. 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah
(bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul
oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia
seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan
malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya
yang sangat kuat.

16. Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy
yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih
kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah
ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu
dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan
masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa
silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab.
Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib
& 'Atid / Kiraman Katibin.

18. Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-
masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang
zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

19. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w.,
dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum
yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

20. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat
akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil
dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika
orang bukan mukmin.

21. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca
Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai
lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang
gelap untuk menimbang dosa.

22. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam 4
mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

23. Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam,
maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap
akan ditimbang.

24. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata-
kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan.
Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

25. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang
ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang
dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya
menyeberangi titian sirat.

26. Syafaat Nabi Muhammad s.a..w. di akhirat :

a. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan
mempercepatkan hisab.

b. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

c. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Ta'ala.


27. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh
Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini
berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000
orang yang lain.

28. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga
melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian)
yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti
sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang.
Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

29. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000
tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun.
Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang
binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya
disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh
ke dalamnya.

30. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap
makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang
sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam
neraka.



Rujukan:

Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Dalam sepotong ayat dan hadis ada menerangkan:

"Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman
dengan ayat-ayat Allah dan merekalah pembohong-pembohong ." (An-Nahl ayat 105)

"Barangsiapa mengatakan dariku apa yang aku tidak katakan, maka hendaklah Ia bersedia mengambil
tempatnya dari Neraka."(HR: Az-Zahabi dlm Al-Kabair.)

PERSOALAN-PERSOALAN DIKALANGAN PELAJAR-PELAJAR

KENAPA AKU DIUJI?
=UOEO +EEL- p W-EO74O^NC
p W-EO7O4C E44`-47 -4
4pONL4^NC ^g ;4 EL4
4g~-.- }g` )_)U:~ W O}EUu4OU
+.- -g~-.- W-O~E=
O}EUu4O4 4-)O^- ^@
Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:Kami telah beriman, mereka
tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka sesungguhnya Allah
mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta (Surah
Al-Ankabut: Ayat 2-3)

KENAPA AKU TIDAK MENDAPATKAN APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
=Ug-7 N:^OU4 N4^- 4O-4
O7 7- W -/=O4N4 p W-O-4O'>
6*^OE- 4O-4 OOE= :- W -/=O4N4
p W-Oc:> 6*^OE- 4O-4 O= 7-
+.-4 NUu4C +^4
]OUu> ^gg
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu sesuatu
padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Surah Al-Baqarah:
Ayat 216)

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
-ggUNC +.- O^4^ )
E_EcN _ E_ 4` ;e4:=OE
OgOU4N4 4` ;e4:=O4^-
E4+4O .4^'Og-E> p) .4L1O4e
u 4^Cu= _ E4+4O 4 g>
.4L^1U4N -6O;) EE +O4UEEO
O>4N -g~-.- }g` 4L)U:~ _ 4L+4O
4 E4Ug-E> 4` O~C E4
gO) W -;N-4 E44N Og^N-4
E4 .4L;EOO-4 _ =e^
4LO4` 4^OO^ O>4N
gO^- -jOgE:^- ^ggg
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa Yang terdaya olehnya. ia mendapat pahala kebaikan
Yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan Yang diusahakannya. (Mereka berdoa
Dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan Kami salah jika Kami lupa atau
Kami tersalah. Wahai Tuhan Kami ! janganlah Engkau bebankan kepada Kami bebanan Yang berat
sebagaimana Yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kami. Wahai
Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada Kami apa Yang Kami tidak terdaya memikulnya. dan
maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah
Penolong kami; oleh itu, tolonglah Kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum Yang kafir".
(Surah Al-Baqarah: Ayat 286)

RASA KECEWA?
4 W-ONL)_> 4 W-O+^4O^4`
N+^4 4pOU;N- p) +-47
4-gLg`uG` ^@_
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang
yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman. (Surah Al-Imran: Ayat 139)

BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA?
Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah
kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan
bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung. ~ Surah Al-Imran
ayat 200

Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang
demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu, ~
Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA INI?
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mumin, diri dan
harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. ~ Surah At-Taubah
ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Ilah selain Dia. Hanya kepada-Nya
aku bertawakal ~ Surah At-Taubah ayat 129

AKU TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
..dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada
berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir. ~ Surah
Yusuf ayat 87
Sunday, October 25, 2009
Balasan Meninggalkan Solat!!!
Betapa agungnya! Allah SWT menurunkan ayat pertama @ perkataan pertama melalui
Al-Quran hanyalah dengan perkataan Iqra'. Anehnya, perkataan pertama itu bukan
bermaksud, sembahyang, puasa, dsb. Ia bermaksud "bacalah..."

Balasan Meninggalkan Solat!!!

Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para
sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.
Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata,
Wahai orang muda kenapa kamu menangis? Maka berkata orang muda itu, Ya
Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak
ada orang yang hendak memandikannya.

Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda
itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan
Umar r.s. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam,
maka mereka pun kembali dan
memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah
orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam.

Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan
baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada
bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan
mayat tersebut.

Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi
seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda
itu, Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di
dunia dulu?

Berkata orang muda itu, Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat.
Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang
yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah
S.W.T seperti babi hutan yang hitam.

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka
menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain
kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta
memakan daging dan menghisap darah mayat.

Lalu mereka cuba membunuh ular itu. Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu,
maka berkata ular tersebut, Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah,
menagapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak
bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga
sampai hari kiamat.

Lalu para sahabat bertanya, Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?.
Berkata ular, Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :
Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang
berjamaah.
Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa meninggalkan solat dengan
sengaja, maka sesungguhnya dia kafir yang nyata."

Berdasarkan hadis ini, sebahagian ulama berfatwa tidak wajib menyembahyangkan
jenazah seseorang yang meninggal dan mengaku Islam, tetapi tidak pernah
mengerjakan solat. Malah, ada yang mengatakan haram menyembahyangkan individu
berkenaan.

Seksaan dan azab bagi orang yang lalai serta meninggalkan solat seperti sabda
Rasulullah SAW: "Siapa meringan dan melalaikan solat lima waktu yang difardukan ke
atasnya, akan menerima seksaan atau azab Allah dengan 15 azab."

Enam daripada seksaan itu diterima di dunia, tiga ketika hampir ajalnya, tiga ketika
berada di dalam kubur dan tiga lagi ketika berjumpa Allah pada hari kiamat!!!
Sahabat bertanya: "Ya Rasulullah, apakah seksaan ketika di dunia?"
Jawab Baginda:
Hilang berkat umurnya (hidup percuma dengan kekosongan, jika hidup mewah,
kemewahan itu hanya istidraj belaka).
Hilang keberkatan rezekinya (rezekinya terbuang sia-sia, walaupun kaya, tetapi
kekayaan itu menjadi laknat ke atasnya).
Dihilangkan Allah tanda salih pada mukanya.
Tidak diakui masuk golongan Islam (zahirnya saja Islam tetapi batinnya
munafik, malah dia termasuk golongan munafik).
Segala amal baiknya (sedekah dan sebagainya) tidak diberi ganjaran.
Doanya ditolak Allah.
Hadis riwayat Ibnu Abbas, katanya: Aku dengar Rasulullah SAW bersabda: "Bermula
orang meninggalkan solat itu, bukanlah dia daripada golongan Islam. Allah tidak
terima tauhid dan imannya dan tidak ada faedah sedekah, puasa dan syahadatnya. "

Kemudian bertanya lagi sahabat: "Ya Rasullullah SAW, apa pula seksaan yang akan
diterimanya ketika hampir ajalnya?"

Jawab Baginda:
Adalah matinya dalam kehinaan iaitu, rohnya dicabut dengan kasar dan tidak
ada belas kasihan.
Matinya juga dalam kelaparan, bukan kerana tiada makanan, tetapi nafsunya
tiada lagi, perut lapar tetapi tidak dapat makan sesuatu kerana sakit ketika roh
akan keluar.
Matinya juga dalam kehausan, malah jika diberi minum air dari semua lautan di
dunia ini tidaklah memberi apa-apa kesan pada dahaganya ketika sakaratul
maut.

Sahabat bertanya lagi: "Ya Rasulullah SAW, apa pula seksaan di dalam kuburnya?"

Rasulullah SAW bersabda: "Disempitkan Allah kuburnya, digelapkan Allah kuburnya,
dan akan diperintahkan Allah beberapa malaikat menyeksanya hingga hari kiamat
tanpa henti."

Ada riwayat menyatakan, orang yang meninggalkan solat, akan Allah hantarkan
kepadanya seekor ular besar bernama Suja'ul akra', yang matanya daripada api,
mempunyai tangan dan berkuku besi, dengan membawa alat pemukul dari besi berat.
Ia akan berkata, kepada si mati dengan suaranya bagai halilintar: "Aku disuruh oleh
Allah memukul engkau sebab meninggalkan solat dari Subuh hingga Zuhur, kemudian
dari Zuhur ke Asar, dari Asar ke Maghrib dan dari Maghrib ke Isyak hingga Subuh."

Lalu Suja'ul akra' terus memukul mayat orang yang meninggalkan solat dan setiap kali
dipukul, mayat itu terbenam ke dalam bumi beberapa ratus hasta. Kemudian
dikeluarkan mayat itu dengan kuku besinya lantas ditanya lagi dan dipukul lagi hingga
hari kiamat.

Sahabat bertanya lagi: "Ya Rasulullah SAW, bagaimanakah keadaan orang yang
meninggalkan solat ketika di depan Allah?"

Jawab Baginda: "Ketika bertemu Allah pada hari kiamat kelak, datang malaikat
menyeksanya dengan rantai panjang. Rantai itu diikat ke leher orang yang
meninggalkan solat serta dimasukkan ke mulutnya dan dikeluarkan melalui duburnya.
Kemudian rantai itu ditarik dan disentap. "Malaikat yang menghelanya berteriak:
Inilah balasan bagi orang meninggalkan solat yang difardukan. Kemudian orang itu
ditarik serta dilemparkan ke neraka bernama Saqar."

Kedua, ketika berjumpa Allah, orang yang tidak menunaikan solat tidak akan
mendapat keampunan Allah.

Ketiga, ketika dibangunkan semula pada hari kebangkitan, Allah tidak menaruh
rahmat dan belas kasihan kepadanya.

Firman Allah bermaksud; "Mereka yang mensia-siakan solat dan mengikuti hawa nafsu
kepada kejahatan, maka tetaplah mereka jatuh ke dalam satu telaga api neraka."
(Surah Maryam, ayat 59).

Artikel ini datangnya dari: Portal Muslimah -- Hanan.com.my
http://hanan.com.my/

URL untuk Artikel ini:
http://hanan.com.my/article.php?sid=1856

Solat adalah perkara yang paling penting bagi mereka yang beragama islam. Solat
boleh diibaratkan sebagai tiang seri utama di dalam sebuah rumah. Yang mana apabila
runtuhnya tiang seri utama itu maka akan runtuh jugalah rumah tersebut. Tiang-tiang
seri yang lain tidak mampu untuk menanggung beban yang di tanggung oleh tiang seri
utama dek kerana kecilnya saiz mereka berbanding saiz tiang seri utama.

Begitu jugalah dengan solat. Berbanding dengan amalan-amalan lain solat dikira
sebagai amalan yang paling utama. Amalan yang pertama sekali disoal apabila kita
dihadapkan di hadapan Allah S.W.T kelak juga adalah solat. Selagi mana tidak selesai
solat kita dihisab maka selagi itulah amalan-amalan kita yang lain tidak diambil kira.
Dalam solat pula kita amatlah di tuntut untuk khusyuk.

Firman Allah S.W.T yang mana bermaksud:-
Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam
sembahyangnya (Surah Al-Mu'minun:1-2)
"Peliharalah segala sembahyangmu dan peliharalah sembahyang utama (Asar, Subuh)
dan berdirilah untuk Allah (melalui solatmu) dengan khusyuk" (Surah Al-Baqarah:238)

Rasulullah S.A.W juga ada bersabda yang mana bermaksud:-
"Berapa banyak orang yang mendirikan solat, tetapi yang di perolehi hanya penat dan
letih, kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya."

Nabi s.a.w bersabda lagi yang bermaksud : "Tidak ada habuan bagi seseorang hamba
dalam sembahyangnya kecuali sekadar mana yang ia ingat."

Yang dikatakan khusyuk dalam solat itu adalah hatinya sentiasa hidup,sentiasa
merasakan takut serta malu pada Allah S.W.T dalam solat yang dilakukan. Segala
urusan duniawi dilupakan sementara demi memberikan tumpuan yang sepenuhnya
pada Allah S.W.T. Penting tidak pentingnya khusyuk dalam solat ini sehingga Imam
Ghazali menyatakan solat yang dilakukan tanpa khusyuk boleh dikira sebagai sia-sia
sahaja.

Fungsi khusyuk dalam solat bukanlah sekadar mengingati Allah semata-mata malahan
juga untuk mencegah diri daripada melakukan perkara-perkara mungkar.

Oleh yang demikian penulis menyertakan di sini antara amalan-amalan yang insyaAllah
dapat membantu pembaca-pembaca sekalian mendapatkan apa yang di panggil
khusyuk di dalam solat. Sama-samalah kita amalkan.
Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya
datang dari punca yang halal tanpa syubhah.
Agar pemikiran tidak liar ketika solat lintaskan kematian seakan-akan amat
hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan sholat terakhir dan perlulah
dijadikan yang terbaik.
Mendirikan sembahyang di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak
gopoh apabila masa hampir luput.
Membaca dengan baik (Khusnul Qori'ah), berusaha untuk memahami, mengerti
bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali
Al Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Ini kerana bacaan-bacaan
dalam solat mengandungi banyak makna yang halus yang patut dimengertikan
oleh orang yang melaksanakannya.
Rukun-rukun solat dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi (Khudunul
Kolbih), menyedari bahawa Allah memperhatikan sembahyang itu.
Rasa Malu (Haya') perasaan malu terhadap Allah s.w.t.,rasa takut (Khauf)
kepada kekuasaan Allah.
Berharap serta yakin (Optimis) Allah menerima solat dan amal kita.
Hati diajak hadir/ikut,kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari
segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.
Membesarkan Allah dalam solat,merasakan kehebatan Allah dalam solat.
Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan
menghayalkan pemikiran.
Mendirikan sembahyang secara berjemaah.
Mengambil wuduk dengan sempurna.
Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan,kaki dan juga mata
ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasyahud melihat anak jari.
Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang
bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.
Ditegah bersembahyang dengan pakaian yang ada gambar,berwarna
warni,bertulis,lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang
kekhusyukan ketika berjemaah.
Walau apa pun syarat yang paling utama untuk mendapatkan khusyuk ialah
kemantapan iman dalam diri pada Allah S.W.T. Oleh sebab itu berusahalah untuk
lebih mengenali Allah S.W.T agar rasa gerun pada Allah itu mudah untuk dihadirkan
dalam solat kita. Rasa khusyuk dalam solat juga berkait dengan rasa takutnya kita
pada Allah ketika di luar solat. Kebiasaanya mereka yang ketika di luar solat tidak
mempedulikan arahan dan larangan Allah dalam amalan-amalan yang dilakukan maka
amatlah sukarlah bagi mereka untuk mendapatkan khusyuk di dalam solat
dan begitulah sebaliknya.

Kesimpulannya orang-orang yang takut kepada penciptanya dan menyedari bahawa
dirinya diciptakan untuk mengabdikan diri pada Allah serta mematuhi apa yang
disampaikan oleh Allah dan Rasulnya sahajalah yang akan mendapatkan khusyuk di
dalam solat seperti mana firman Allah. S.W.T yang bermaksud:-
"Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu
sungguh berat,kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (orang-orang yang meyakini
bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan mereka akan kembali
kepadaNya)"(Surah Al-Baqarah:45-46)

KITA diwajibkan Allah s.w.t untuk mendirikan solat dengan tujuan mengingati-Nya.
Dengan solatlah kita dapat mendekatkan diri dan selalu mengingati Allah.
Firman Allah bermaksud: Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk
menyembah-Ku (Surah Adz-Dzariyat: Ayat 7).

Berdasarkan ayat di atas, adalah menjadi kewajipan kita mengabdikan diri kepada
Allah s.w.t. Menunaikan solat lima waktu dalam sehari semalam boleh dianggap tanda
pengabdian kita kepada Allah Al-Khalik.

Ibnul Qayyim Al-Jauziyah Rahimahullah berkata: Manusia yang mengerjakan solat
terbahagi kepada lima golongan iaitu:
Golongan orang yang zalim terhadap dirinya sendiri dan lalai iaitu orang yang
tidak menyempurnakan wuduknya, waktu pelaksanaan solatnya, batasan dan
rukun.
Orang yang menjaga waktu, batasan dan rukun solat serta menyempurnakan
wuduk secara umum, namun semua itu tidak memberi makna apa-apa dalam
jiwanya sebab dia dipengaruhi gangguan sehingga dia mengenepikan segala
gangguan dan fikiran itu.
Orang yang selalu menjaga batasan dan rukun solat. Dia berusaha di dalam
dirinya untuk menolak segala gangguan dan godaan. Dia bersungguh-sungguh
melawan musuhnya supaya tidak mencuri solatnya. Dia pun selalu solat dengan
melawan godaan itu.
Seseorang yang selalu melaksanakan solat dengan memulakan semua hak,
rukun dan batasan solat. Seluruh hatinya tertumpu untuk selalu menjaga
batasan dan hak dalam solat supaya tidak ada satu bahagian pun yang disia-
siakan, bahkan seluruh tumpuannya hanya untuk menegakkan solat,
menyempurnakan dan melengkapinya. Seluruh hatinya hanya untuk solat dan
beribadah kepada Tuhan al-Rabb S.W.T.
Orang yang melaksanakan solat seperti golongan keempat. Namun, di samping
itu, dia mengambil dan meletakkan hatinya di hadapan Rabb Azza wa Jalla
yang selalu melihat hati dan mengawasinya, seakan-akan dia melihat dan
menyaksikan-Nya. Sesungguhnya, godaan dan bahaya sudah surut daripadanya
sementara kecintaan terhadap Tuhannya semakin meningkat.

Inilah perbezaan antara dirinya dengan orang yang lalai, seperti perbezaan antara
langit dan bumi. Inilah orang yang telah ditakluki oleh solat untuk Rabbnya.
Sesungguhnya, golongan pertama akan mendapat seksa, golongan kedua akan dihisab,
golongan ketiga mendapat keampunan, golongan keempat mendapat pahala dan
golongan kelima didekatkan Allah s.w.t.
Ulama berpesan untuk kita jadikan pegangan dan renungan iaitu sesiapa meninggalkan
solat Maghrib, dosanya seperti berzina dengan ibunya sendiri bagi lelaki dan berzina
dengan bapanya sendiri bagi yang perempuan! Jadi, apakah bezanya sumbang mahram
dengan meninggalkan solat Maghrib?
Sesiapa yang meninggalkan solat Isyak, Allah tidak reda ia hidup di bumi-Nya. Ini
bermakna, setiap langkah kita tidak mendapat perlindungan-Nya di dunia ini. Lebih
malang bila kita diazab di dunia yang lain nanti (akhirat).

Sesiapa meninggalkan solat Subuh pula, dia akan diseksa selama enam puluh tahun
(waktu akhirat) dalam neraka. Perlu kita ingat, azab paling ringan adalah seperti
mana azab yang dikenakan terhadap Abu Talib, iaitu bapa saudara Rasulullah s.a.w
yang mana apabila dipakaikan kasut dari neraka maka mendidihlah sampai ke
otaknya. Selama ini kita hanya dapat bayangkan bagaimana air mendidih.

Mereka yang meninggalkan solat Zuhur diibaratkan seperti meruntuhkan Kaabah.
Kalau begitu, sepanjang hidup kita ini tak payahlah beranganangan untuk menunaikan
haji. Itu adalah suatu perkara yang amat mudah.
Meninggalkan solat Asar sama dosanya dengan membunuh 1,000 orang Islam. Firman
Allah s.w.t bermaksud: Hai orang beriman! Janganlah kamu lalai (lengah) kerana
harta benda dan anakmu daripada mengingati Allah (sembahyang lima waktu). Sesiapa
yang memperbuat demikian itu, maka mereka orang yang rugi. (Surah Al-
Munaafiquun: Ayat 9)

Dalam ayat yang lain Allah berfirman bermaksud: Allah tiada akan memberi tempoh
kepada seseorang apabila sudah sampai ajalnya. Allah Maha Mengetahui mengenai apa
yang kamu kerjakan. (Surah Al-Munaafiqun: Ayat 11).

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud "Berapa banyak orang yang mendirikan
solat, tetapi yang di perolehi hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam
sembahyangnya."

Nabi s.a.w bersabda lagi yang bermaksud :
"Tidak ada habuan bagi seseorang hamba dalam sembahyangnya kecuali sekadar mana
yang ia ingat."

Seoarang pemimpin yahudi pernah berkata:
Jangan risau tentang kekuatan umat islam selagi masjid tak ramai solat 5 waktu
seperti solat jumaat....

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada
kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik,
serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka bersifat yang
demikian ialah orang-orang yang berjaya. ( surah Ali Imran : 104 )

Monday, October 26, 2009
Gugur iman jika sengaja tinggalkan solat Oleh Mohd Yaakub Mohd Yunus
NABI Muhammad SAW pernah ditanya apakah Islam, lantas Baginda menjawab:
Islam itu dibangunkan atas lima perkara, syahadah bahawa tiada Tuhan kecuali Allah dan
bahawa Muhammad adalah Rasulullah, mendirikan solat, menunaikan zakat, puasa pada bulan
Ramadan dan haji ke rumah Allah (Baitullah). (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)

Tidak seperti ibadat lain, kewajipan solat diwahyukan terus kepada Nabi Muhammad SAW
pada malam berlakunya peristiwa Israk Mikraj tanpa melalui perantaraan malaikat Jibril
sebagaimana dijelaskan oleh Malik bin Anas:
Pada malam Israk difardukan kepada Nabi SAW solat sebanyak 50 kali, kemudian dikurangkan
hingga lima kali (sehari) kemudian diseru (oleh Allah), Wahai Muhammad! Sesungguhnya
ketetapan-Ku tidak akan diubah. Dan bagimu dengan solat lima kali (sehari) akan
mendapatkan pahala sebanyak solat lima puluh kali. (Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi)

Ini menunjukkan keagungan dan keistimewaan ibadat solat melebihi ibadat lain. Solat juga
adalah tiang asas bagi agama Islam dan jika tiang itu runtuh maka runtuhlah segala-galanya
berkaitan agama.

Begitulah tingginya martabat ibadat solat di sisi Islam. Tidak menghairankan jika perkara yang
mula dihisab pada hari akhirat nanti adalah solat. Jika seseorang itu tidak bersolat, maka sia-
sialah segala amal ibadatnya yang lain.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud:
Sesungguhnya yang pertama kali dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat daripada
amalnya ialah solatnya, jika solatnya itu adalah baik maka dia termasuk dalam orang yang
bahagia lagi beruntung dan jika amal solatnya rosak maka dia termasuk orang yang rugi dan
tidak beruntung. (Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi)

Oleh itu, umat Islam perlu memberi perhatian tinggi terhadap kesempurnaan ibadat solat
kerana implikasinya terhadap diri kita begitu besar. Namun, sayang seribu kali sayang, masih
ramai kalangan umat Islam melalaikan solat.

Ulama berbeza pendapat mengenai hukum mereka yang meninggalkan solat secara sengaja.
Golongan pertama berpendapat meninggalkan solat secara sengaja kerana malas atau lalai
tanpa mengingkari akan kewajipannya, maka mereka tergolong dalam golongan yang fasik
(melakukan dosa besar) tetapi tidak kafir.

Bagi mereka yang meninggalkan solat secara sengaja dan menolak akan kewajipannya, maka
mereka adalah kafir. Golongan ini berpendapat semua bentuk kesalahan di atas muka bumi ini
masih boleh diampunkan oleh Allah kecuali dosa syirik.

Ini seperti firman-Nya yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang menyekutukan-Nya dengan
sesuatu, dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang
dikehendaki-Nya (menurut peraturan hukum-Nya); dan sesiapa yang mempersekutukan Allah
dengan sesuatu (apa juga), maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat
jauh. (Surah al-Nisaa, ayat 116)

Golongan kedua berpendapat mereka yang meninggalkan solat secara sengaja kerana malas
atau lalai, baik dia mengakui kewajipan solat atau tidak, semua mereka ini termasuk dalam
golongan kafir dan terkeluar daripada Islam. Mereka ini hendaklah bertaubat serta
mengucapkan dua kalimah syahadah semula.

Ayat al-Quran dan hadis Nabi SAW yang sahih secara jelas menunjukkan ibadat solat adalah
penentu keimanan seseorang. Meninggalkan solat dengan sengaja boleh menyebabkan pelaku
gugur keimanannya.

Firman Allah yang bermaksud:
Patutkah Kami (berlaku tidak adil, dengan) menjadikan orang Islam (yang taat), sama seperti
orang yang berdosa (yang kufur ingkar)? Apa sudah jadi kepada akal kamu? Bagaimana kamu
menetapkan hukum (yang terang salahnya itu)? Adakah kamu mempunyai sesebuah Kitab (dari
Allah) yang kamu baca dan pelajari? Bahawa di dalam Kitab itu membolehkan kamu mendapat
apa saja yang kamu pilih? Atau adakah kamu mendapat akuan yang ditegaskan dengan sumpah
daripada Kami, yang tetap hingga hari kiamat, menentukan bahawa kamu dapat mencapai apa
yang kamu putuskan? Bertanyalah kepada mereka: Siapakah orangnya di antara mereka yang
menjamin benarnya hukum: bahawa mereka akan mendapat di akhirat apa yang didapati oleh
orang Islam? Atau adakah mereka mempunyai sekutu-sekutu (yang sefaham dengan mereka?
(Jika ada) maka hendaklah mereka membawanya, jika betul mereka orang yang benar.
(Ingatkan orang yang tidak beriman) akan masa didedahkan kedahsyatan huru-hara (hari
kiamat), dan mereka diseru supaya sujud maka mereka tidak dapat melakukannya, Sambil
pandangan mereka tunduk malu, serta mereka diliputi kehinaan; dan sesungguhnya mereka
(di dunia) dulu telahpun diseru supaya sujud (tetapi mereka enggan) sedang mereka dalam
keadaan sihat. (Surah al-Qalam, ayat 35-43)

Allah memulakan ayat itu dengan menyanggah mereka yang menyamakan taraf hamba-Nya
yang taat kepada perintah-Nya dengan mereka yang ingkar atau kafir. Kemudian Allah
menggambarkan keadaan huru-hara di alam akhirat dan Allah memerintahkan hamba-Nya
sujud menyembah-Nya.

Namun, bagi mereka yang dulunya di dunia tidak bersujud (bersolat) kepada Allah secara
sengaja tanpa uzur, mereka tidak mampu untuk bersujud kepada-Nya berserta orang Islam
lain. Ini menunjukkan mereka itu termasuk golongan orang kafir dan munafik yang mana
ketika semua umat Islam bersujud kepada Allah, mereka enggan kerana tidak mampu.

Andai kata mereka termasuk di kalangan orang Islam, tentu mereka mampu bersujud kepada-
Nya di alam akhirat kelak. Beginilah hinanya mereka yang tidak mengerjakan solat ketika
kehidupan di dunia ini.

Ancaman mengenai kafirnya mereka yang meninggalkan solat secara sengaja pernah
disuarakan Nabi SAW seperti sabdanya yang bermaksud:
Perjanjian di antara kita (orang Islam) dan mereka (orang kafir) ialah solat, dan barang siapa
meninggalkan solat sesungguhnya dia telah menjadi seorang kafir. (Hadis riwayat Imam al-
Tirmidzi)

Sabda Baginda SAW lagi:
Sesungguhnya yang memisahkan antara seseorang dengan kesyirikan dan kekufuran dengan
meninggalkan solat. (Hadis riwayat Imam Muslim)

Jelas kedua hadis itu menunjukkan bahawa mereka yang meninggalkan solat kafir atau gugur
keimanannya. Pada akhirat kelak mereka akan diletakkan bersama Qarun, Haman, Firaun dan
Ubai bin Khalf.

Daripada Nabi SAW bahawa pada suatu hari Baginda memperingatkan mengenai solat maka
Baginda bersabda yang bermaksud:
Barang siapa yang memeliharanya (yakni solat), maka dia akan memperoleh cahaya, bukti
keterangan dan kebebasan di hari kiamat. Dan bagi mereka yang tidak mengendahkannya
(yakni solat), maka dia tidak akan memperoleh cahaya, bukti keterangan dan kebebasan,
sedang di hari kiamat dia akan bersama Qarun, Firaun, Haman dan Ubai bin Khalf. (Hadis
riwayat Imam Ahmad)

Apa kaitannya Qarun, Haman, Firaun dan Ubai bin Khalf dengan mereka yang meninggalkan
solat? Kebiasaannya mereka yang meninggalkan solat terdiri daripada mereka yang terlalu
sibuk menguruskan harta, kerajaan, kekuasaan dan perniagaannya.

Menurut Syaikh Sayyid Sabiq:
Maka orang yang bimbang dengan harta, dia akan senasib dengan Qarun, dan yang sibuk
menguruskan kerajaan, dia akan bersama Haman dan sesiapa yang terpedaya oleh kebesaran
dan urusan pemerintahan dia akan ditemankan oleh Firaun, sedangkan orang yang bimbang
menguruskan perniagaan maka dia akan berada bersama Ubai bin Khalf. (Syaikh Sayyid Sabiq
Fikih Sunnah)

Menurut Imam al-Syafie, Barang siapa yang meninggalkan solat wajib sementara dia Muslim,
maka dia harus ditanya: Mengapa kamu tidak bersolat? Jika dia menjawab: Saya terlupa. Maka
katakanlah: Solatlah engkau ketika sudah ingat. Jika dia menjawab: Kerana saya sakit. Maka
katakanlah kepadanya: Solatlah semampumu; berdiri, duduk atau berbaring atau dengan
isyarat. Apabila dia menjawab: Saya mampu untuk bersolat, tetapi saya tidak solat dan saya
akui solat itu wajib hukumnya. Maka katakanlah kepadanya: Solat itu adalah amal yang tidak
boleh diwakilkan kepada yang lain. Ia wajib dikerjakan oleh kamu oleh itu bertaubatlah. Jika
tidak kami akan membunuhmu. (Manhaj Aqidah Imam Asy-Syafii karya Dr Muhammad A W al-
Aqil)

Namun begitu, hukuman bunuh hanya boleh dilaksanakan oleh penguasa Muslim yang sah di
sesebuah negara melalui proses kehakiman. Beginilah seriusnya hukum terhadap mereka yang
meninggalkan solat secara sengaja.

Ketahuilah bahawa solat itu wajib dan tiada yang terkecuali darinya walaupun sebesar mana
kedudukannya di dunia ini dan pada mata masyarakat.

You might also like