You are on page 1of 3

Teori ini juga percaya bahawa penghapusan akan terjadi sekiranya peneguhan tidak dilakukan.

Selain itu, guru haruslah memberi murid latihan latih tubi dalam usaha untuk memastikan PdP benar-benar berkesan. Hal ini kerana semakin kerap rangsangan itu dikaitkan dengan sesuatu gerak balas, semakin kukuh gerak balas terlazim itu. Sekiranya guru kerap kali memberikan murid latihan dalam kelas, nescaya murid akan mengingati pelajaran yang dipelajari dengan mendalam. Yang pertama ialah guru perlu sedar bahawa kaitan antara rangsangan dan gerak balas boleh dilazimkan iaitu dipelajari. Sebagai contoh apabila guru ingin menyuruh murid-murid beratur ketika waktu rehat di kantin sekolah guru boleh mengaitkannya dengan cara untuk berjaya dalam kehidupan. Implikasi yang seterusnya ialah kaitan antara rangsangan dan gerak balas dapat dikukuhkan melalui latihan.. Sebagai contoh guru ingin murid-murid supaya tidak mengaitkan mata pelajaran matematik dengan kesukaran, dengan memberi mereka latihan- latihan yang mudah dan apabila mereka beransur mahir menyelesaikan masalah yang sukar maka guru bolehlah menukar aras pembelajaran kepada tahap yang sederhana sukar dan seterusnya ke aras pembelajaran yang sukar. Di samping itu, dalam proses pembelajaran, generalisasi boleh berlaku. Ini bermakna perkara yang dipelajari dalam situasi A boleh dipindahkan ke situasi B. Sebagai contoh guru mata pelajaran sains menga itkan kejadian pencemaran alam sekitar yang mengakibatkan kemusnahan alam semula jadi dengan kemusnahan alam yang berlaku seperti tsunami yang melanda Bandar Acheh. Seterusnya menurut Kamarudin Hj. Husin 1997 menyatakan bahawa faktor motivasi memainkan peranan yang penting bagi menghasilkan gerak balas yang diinginkan. Dalam hal ini pemberian ganjaran perlu diberi perhatian. Sebagai contoh ketika murid menjawab soalan yang diberikan oleh guru dengan betul maka guru boleh memberikan pujian kepadanya atau dengan memberikannya hadiah supaya pada waktu pembelajaran yang seterusnya pelajar tersebut akan lebih menumpukan perhatian di dalam kelas untuk memperoleh pujian yang diingini. Namun sekiranya pelajar tersebut tidak dapat menjawab soalan yang diberi maka guru perlulah

membimbing pelajar tersebut supaya mereka tidak berasa terpinggir dan seterusnya dapat bersama-sama memahami tajuk pembelajaran pada ketika itu. Selain itu juga, beliau berkata di dalam proses pembelajaran tingkah laku yang dapat dilihat, diamati, diukur dan dikawal hendaklah diberi perhatian. Hal ini kerana melalui perubahan tingkah laku yang ditunjukkan oleh murid guru boleh mengambil sebarang tindakan sekiranya ianya di kesan lebih awal. Sebagai contoh sekiranya seseorang murid menunjukkan tingkah laku yang negatif seperti tidak faham tentang apa yang diajar oleh guru maka guru boleh membuat pemulihan terhadap dirinya. Dalam pembelajaran, penghapusan boleh berlaku jika peneguhan tidak diberikan. Ini bermakna, sekiranya sesuatu tingkahlaku tidak diperkukuhkan melalui ganjaran, tingkahlaku itu mungkin akan terhapus begitu sahaja. Konsep pemulihan serta-merta juga dapat membantu seseorang guru meningkatkan keberkesanan pembelajaran Antara Implikasi terhadap pembelajaran dan pengajaran adalah: 1. Pastikan maklumbalas diberi dengan kerap, dengan secepat mungkin, dan berbentuk spesifik. 2. Pelbagaikan pengukuhan positif yang digunakan agar dapat mengekalkan keberkesanannya. Jika boleh, gunakan kedua-duanya dan bukan hanya

menggunakan pengukuhan primer atau sekunder sahaja. 3. Gunakan pengukuhan berjadual bagi mengekalkan berlakunya pembelajaran. 4. Peka terhadap konsep penghapusan bagi mengurangkan berlakunya tingkah laku yang tidak diingini. 5. Gunakan pengukuhan sebagai satu cara untuk mendorong murid-murid yang kurang bermotivasi untuk belajar dan sebagainya. 6. Mementingkan pembelajaran kemahiran dan sikap. 7. Mementingkan peneguhan.

Manakala dari segi pengajaran terancang pula, terdapat beberapa syor tentang bagaimana teori pembelajaran behavioris dapat diaplikasi dalam bilik darjah. Antaranya adalah: 1. Pup ukkan penguasaan satu-satu kemahiran dengan menggunakan kerangka soalan (ransangan) jawapan (gerakbalas) mengikut prinsip pedagogi, iaitu secara beransur-ansur dan peringkat demi peringkat. 2. Minta murid-murid mengikuti setiap kerangka yang disediakan. Maklum balas hendaklah diberi serta merta. 3. 4. Pastikan pencapaian yang baik dan cemerlang dipadankan dengan pengukuhan sekunder seperti pujian lisan, hadiah, gred yang baik dan sebagainya . 2.2 Teori Kognitif 1. Guru memberi peluang kepada murid untuk meneroka dan membekalkan mereka dengan maklumat yang penting. 2. Guru berperanan sebagai fasilitator dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 3. Guru perlu sedar bahawa terdapat murid-murid yang mungkin berada pada mod pembelajaran yang berbeza sama ada enaktif, ikonik atau simbolik. Oleh itu, guru boleh mengadakan satu perbincangan berasaskan apa yang telah mereka pelajari daripada eksperimen yang telah dilakukan. 4. Murid seharusnya dibekalkan dengan bahan pembelajaran, aktiviti dan alatan yang berpadanan dan selaras dengan tahap kebolehan kognitif mereka. 5. Perkembangan makna dan kefahaman. 6. Pentingkan pengamatan, pemberian makna dan pembelajaran penerimaan

You might also like