You are on page 1of 9

Huraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Gabungan Kaedah dan pelajar RPH 1 Huraian atau penerangan yang

berkaitan dengan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) adalah sangat penting untuk menunjukkan perkaitan antara teori dengan penyediaan pelan pengajaran. Bagi setiap langkah dalam RPH, wajarlah ada rasionalnya dan justifikasi kenapa sesuatu itu perlu dilakukan. Teori-teori ini yang dipelajari dalam kursus lain khasnya psikologi, sosiologi, kurikulum, pemikiran kritis dan sebagainya wajar diintegrasikan bersama dalam penerangan. Bagi huraian pengajaran untuk Rancangan Pelajaran Harian 1, ia melibatkan pelajarpelajar daripada kelas tingkatan 1 Firdaus. Tajuk pengajaran dan pembelajaran pada hari itu ialah Bab Ibadah- Solat dan sub topiknya ialah Tuntutan Solat Berjamaah. Sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) ini dijalankan selama 40 minit di mana ianya bermula pada jam 9.00 pagi hingga 9.40 pagi. Bagi RPH ini, model menggunakan model Hunters Lesson Cycle Design kerana model ini banyak membantu pelajar untuk mengukuhkan tahap penerimaan mereka untuk subjek tersebut dengan adanya permodelan, guru menyemak kefahaman murid, guru memantau dan mengubahsuai sekiranya ada perkara yang perlu diperbetulkan, mengadakan praktis terbimbing dan juga praktis bertempoh yang boleh mengkonkritkan pelajar untuk topik berkenaan. Set induksi: Untuk set induksi, proses ini cuma dijalankan secara ringkas selama 5 minit sahaja guru menayangkan video solat jamaah. Dalam set induksi, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, pelajar dapat menjana minda mereka untuk meneka apakah tajuk yang akan diajar oleh guru. Nilai kerjasama juga dapat diterap di mana 3 daripada 40 orang pelajar memberi kerjasama dengan meneka secara sukarela pengajaran yang ingin guru ajar pada hari itu. Maklumkan objektif pembelajaran: Guru memaklumkam objektif kepada pelajar supaya mereka mendapat gambaran apakah yang perlu mereka dapat pada akhir pengajaran nanti dan apa kepentingan menguasai isi pelajaran tersebut dengan memberitahu hasil pembelajaran dan kepentingan menguasai hasil pembelajaran berkenaan. Input pengajaran dan permodelan: Untuk menyampaikan input tentang topik yang ingin di ajar, guru menggunakan alat bantu mengajar daripada slaid powerpoint yang telah disediakan oleh guru untuk memberi

penerangan kepada pelajar tentang pengertian solat jamaah dan juga syarat-syarat menjadi imam dan makmum. Guru menggunakan slaid powerpoint yang disediakan oleh guru kerana ia lebih mudah untuk difahami oleh pelajar di samping menggunakan buku teks. Pelajar dikehendaki mencatat apa yang di paparkan di slaid untuk rujukan. Semak Kefahaman Murid: Guru bertindak sebagai pembimbing atau penggerak kepada penyelesaian yang dilakukan oleh para pelajar di mana guru menerangkan keperluan untuk melakukan tugasan secara individu dengan memberi peluang kepada pelajar untuk memberikan jawapan yang dikehendaki. Guru telah menyuruh pelajar menyatakan syarat-syarat menjadi imam dan makmum tanpa melihat buku teks dan slaid powerpoint ditutup. Pelajar di minta untuk memberikan jawapan daripada apa yang mereka faham dari slaid powerpoint yang dipaparkan sebelumnya dengan menggunakan kertas A4 yang disediakan. Kemahiran berfikir dan mengingat iaitu mengingat semula apa yang dipaparkan di slaid powerpoint dipraktikkan untuk menghasilkan jawapan yang asli. Pantau dan ubah suai: Pada sesi ini guru telah memantau serta melihat perkembangan jawapan yang dihasilkan oleh pelajar serta memberi sedikit pembayang ataupun panduan kepada pelajar untuk menyelesaikan jawapan dalam aktiviti mereka. Praktis terbimbing: Untuk praktis terbimbing, guru telah memberikan jawapan yang sebenar berkenaan dengan soalan yang diberikan. Pelajar menyemak semula jawapan yng diberikan oleh mereka. Praktis bertempoh: Bagi praktis bertempoh pula, guru telah meminta pelajar untuk merumuskan apa yang telah mereka pelajari dan perolehi daripada pengajaran dan aktiviti yang dijalankan. Di sini nilai kerjasama juga dapat diterapkan di mana 5 daripada 40 pelajar telah merumuskan apa yang mereka pelajari dan juga perolehi di samping menambahkan lagi kefahaman mereka terhadap pengajaran yang dijalankan. Penutup: Untuk penutup guru merumuskan apa yang pelajar belajar pada hari tersebut, mengatakan nilai yang mereka perolehi secara tidak langsung semasa proses p&p ini berjalan serta menekankan sekali lagi isi pelajaran yang perlu pelajar kuasai.

RPH 2 Bagi huraian pengajaran seterusnya adalah untuk Rancangan Pelajaran Harian 2, melibatkan pelajar-pelajar daripada kelas tingkatan 1 Firdaus. Tajuk pengajaran dan pembelajaran pada hari itu ialah Bab Ibadah- Solat dan sub topiknya ialah Tuntutan Solat Berjamaah. Sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) ini dijalankan selama 40 minit di mana ianya bermula pada jam 9.00 pagi hingga 9.40 pagi. Bagi RPH ini, model juga menggunakan model Hunters Lesson Cycle Design kerana model ini banyak membantu pelajar untuk mengukuhkan tahap penerimaan mereka untuk subjek tersebut dengan adanya permodelan, guru menyemak kefahaman murid, guru memantau dan mengubahsuai sekiranya ada perkara yang perlu diperbetulkan, mengadakan praktis terbimbing dan juga praktis bertempoh yang boleh mengkonkritkan pelajar untuk topik berkenaan. Set induksi: Untuk set induksi, proses ini cuma dijalankan secara ringkas selama 5 minit sahaja guru menayangkan video solat jamaah. Dalam set induksi, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, pelajar dapat menjana minda mereka untuk meneka apakah tajuk yang akan diajar oleh guru. Nilai kerjasama juga dapat diterap di mana 2 daripada 40 orang pelajar memberi kerjasama dengan meneka secara sukarela pengajaran yang ingin guru ajar pada hari itu. Maklumkan objektif pembelajaran: Sebelum guru memaklumkan objektif pembelajaran seterusnya, guru menerangkan kembali pembelajaran sebelumnya. Kemudian guru memaklumkam objektif bagi rancangan pelajaran harian 2 kepada pelajar supaya mereka mendapat gambaran apakah yang perlu mereka dapat pada akhir pengajaran nanti dan apa kepentingan menguasai isi pelajaran tersebut dengan memberitahu hasil pembelajaran dan kepentingan menguasai hasil

pembelajaran berkenaan. Input pengajaran dan permodelan: Untuk menyampaikan input tentang topik yang ingin di ajar, guru menggunakan alat bantu mengajar daripada slaid powerpoint yang telah disediakan oleh guru untuk memberi penerangan kepada pelajar tentang ciri-ciri imam dan jenis-jenis makmum. Guru menggunakan slaid powerpoint yang disediakan kerana ia lebih mudah untuk difahami oleh pelajar di samping menggunakan buku teks. Pelajar dikehendaki mencatat apa yang di paparkan di slaid untuk rujukan. Semak Kefahaman Murid:

Guru bertindak sebagai pembimbing atau penggerak kepada penyelesaian yang dilakukan oleh para pelajar di mana guru menerangkan keperluan untuk melakukan tugasan secara individu dengan memberi peluang kepada pelajar untuk memberikan jawapan yang dikehendaki. Guru telah menyuruh pelajar menyatakan syarat-syarat menjadi imam dan makmum tanpa melihat buku teks dan slaid powerpoint ditutup. Pelajar di minta untuk memberikan jawapan daripada apa yang mereka faham dari slaid powerpoint yang dipaparkan sebelumnya dengan menggunakan kertas A4 yang disediakan. Kemahiran berfikir dan mengingat iaitu mengingat semula apa yang dipaparkan di slaid powerpoint dipraktikkan untuk menghasilkan jawapan yang asli. Pantau dan ubah suai: Pada sesi ini guru telah memantau serta melihat perkembangan jawapan yang dihasilkan oleh pelajar serta memberi sedikit pembayang ataupun panduan kepada pelajar untuk menyelesaikan jawapan dalam aktiviti mereka. Praktis terbimbing: Untuk praktis terbimbing, guru telah memberikan jawapan yang sebenar berkenaan dengan soalan yang diberikan. Pelajar menyemak semula jawapan yng diberikan oleh mereka. Praktis bertempoh: Bagi praktis bertempoh pula, guru telah meminta pelajar untuk merumuskan apa yang telah mereka pelajari dan perolehi daripada pengajaran dan aktiviti yang dijalankan. Di sini nilai kerjasama juga dapat diterapkan di mana 5 daripada 40 pelajar telah merumuskan apa yang mereka pelajari dan juga perolehi di samping menambahkan lagi kefahaman mereka terhadap pengajaran yang dijalankan. Penutup: Untuk penutup guru merumuskan apa yang pelajar belajar pada hari tersebut, mengatakan nilai yang mereka perolehi secara tidak langsung semasa proses p&p ini berjalan serta menekankan sekali lagi isi pelajaran yang perlu pelajar kuasai.

RPH 2 Bagi huraian pengajaran seterusnya adalah untuk Rancangan Pelajaran Harian 2, melibatkan pelajar-pelajar daripada kelas tingkatan 1 Firdaus. Tajuk pengajaran dan pembelajaran pada hari itu ialah sambungan Bab Ibadah- Solat dan sub topiknya pula cirriciri imam dan jenis-jenis makmum. Sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) ini dijalankan pada hari Selasa selama 40 minit di mana ianya bermula pada jam 9.00 pagi hingga 9.40 pagi. Bagi RPH ini, model masih lagi menggunakan model Hunters Lesson Cycle Design kerana model ini banyak membantu pelajar untuk mengukuhkan tahap penerimaan mereka untuk subjek tersebut dengan adanya permodelan, guru menyemak kefahaman murid, guru memantau dan mengubahsuai sekiranya ada perkara yang perlu diperbetulkan,

mengadakan praktis terbimbing dan juga praktis bertempoh yang boleh mengukuhkan pelajar dalam topik berkenaan. Set induksi: Untuk set induksi, proses ini akan dijalankan secara ringkas selama 5 minit sahaja iaitu guru menayangkan video solat jamaah. Dalam set induksi, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, pelajar dapat menjana minda mereka untuk meneka apakah tajuk yang akan diajar oleh guru. Nilai kerjasama juga dapat diterap di mana 2 daripada 40 orang pelajar memberi kerjasama dengan meneka secara sukarela pengajaran yang ingin guru ajar pada hari itu. Maklumkan objektif pembelajaran: Sebelum guru memaklumkan objektif pembelajaran seterusnya, guru menerangkan kembali pembelajaran sebelumnya. Kemudian guru memaklumkam objektif bagi rancangan pelajaran harian 2 kepada pelajar supaya mereka mendapat gambaran apakah yang perlu mereka dapat pada akhir pengajaran nanti. Oleh itu, guru telah memaparkan slaid powerpoint bagi memberitahu hasil pembelajaran dan kepentingan menguasai hasil pembelajaran berkenaan. Input pengajaran dan permodelan: Untuk menyampaikan input tentang topik yang ingin di ajar, guru menggunakan alat bantu mengajar daripada slaid powerpoint yang telah disediakan oleh guru untuk memberi penerangan kepada pelajar tentang orang yang layak menjadi imam dan juga jenis-jenis makmum. Guru telah menerangkan cirri-ciri orang yang paling layak menjadi imam di kalangan jamaah dan menjelaskan maksud makmum muwafik dan juga makmum masbuk. Guru menggunakan slaid powerpoint yang disediakan kerana ia lebih mudah untuk difahami

oleh pelajar di samping menggunakan buku teks. Pelajar dikehendaki mendengar dan mencatat apa yang di paparkan di slaid untuk pengetahuan. Semak Kefahaman Murid: Guru bertindak sebagai pembimbing atau penggerak kepada penyelesaian yang dilakukan oleh para pelajar di mana guru telah mengemukakan beberapa soalan untuk menguji tahap kefahaman pelajar. Guru telah menyuruh pelajar menjawab soalan berkenaan dengan cirriciri orang yang layak menjadi imam dan juga jenis-jenis makmum dengan paparan powerpoint ditutup. Pelajar di minta untuk memberikan jawapan daripada apa yang mereka faham dari paparan powerpoint yang dipaparkan sebelumnya secara lisan. Kemahiran berfikir dan mengingat iaitu mengingat semula apa yang dipaparkan di slaid powerpoint dapat dipraktikkan untuk menghasilkan jawapan yang tepat. Pantau dan ubah suai: Pada sesi ini guru telah mendengar serta melihat perkembangan jawapan yang dihasilkan oleh pelajar serta memberi sedikit pembayang ataupun panduan kepada pelajar untuk menyelesaikan jawapan dalam aktiviti mereka. Praktis terbimbing: Untuk praktis terbimbing, guru telah memberikan jawapan yang sebenar berkenaan dengan soalan yang diberikan. Pelajar menyemak semula jawapan yang diberikan oleh mereka selain menulis di dalam nota. Praktis bertempoh: Bagi praktis bertempoh pula, guru telah meminta pelajar untuk merumuskan apa yang telah mereka pelajari dan perolehi daripada pengajaran dan aktiviti yang dijalankan. Di sini nilai kerjasama juga dapat diterapkan di mana 4 daripada 40 pelajar telah merumuskan apa yang mereka pelajari dan juga perolehi di samping menambahkan lagi kefahaman mereka terhadap pengajaran yang dijalankan. Penutup: Untuk penutup guru merumuskan apa yang pelajar belajar pada hari tersebut, mengatakan nilai yang mereka perolehi secara tidak langsung semasa proses p&p ini berjalan serta menekankan sekali lagi isi pelajaran yang perlu pelajar kuasai.

RPH 3 Bagi huraian pengajaran seterusnya adalah untuk Rancangan Pelajaran Harian 3, melibatkan pelajar-pelajar daripada kelas tingkatan 1 Firdaus. Tajuk pengajaran dan pembelajaran pada hari itu ialah Bab Ibadah- Solat dan sub topiknya ialah Tuntutan Solat Berjamaah. Sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) ini dijalankan selama 80 minit di mana ianya bermula pada jam 11.00 pagi hingga 12.20 tengah hari. RPH ini juga menggunakan model Hunters Lesson Cycle Design kerana model ini banyak membantu pelajar untuk mengukuhkan tahap penerimaan mereka untuk subjek tersebut. Set induksi: Masa yang diambil untuk set induksi ialah selama 5 minit. Guru menggunakan bahan maujud di mana guru menunjukkan beberapa keping gambar solat jamaah. Semua pelajar diminta untuk memerhatikan setiap gambar dengan teliti dan mengenalpasti perbezaan dan persamaan di antara gambar-gambar yang ditunjukkan oleh guru. Melalui aktiviti tersebut, pelajar dapat menjana minda mereka untuk berfikir tentang isi pengajaran yang ingin disampaikan oleh guru pada hari tersebut. Maklumkan objektif pembelajaran: Guru memaklumkan kepada semua pelajar tentang objektif pembelajaran pada hari tersebut. Objektif pembelajaran perlu dimaklumkan supaya para pelajar dapat mengetahui perkara yang perlu mereka kuasai selepas sesi P&P tamat. Masa yang diperuntukkan untuk sesi ini ialah selama 1 minit sahaja. Input pengajaran dan permodelan: Bagi sesi ini, guru memerlukan masa selama 40 minit untuk menyampaikan input pengajaran. Untuk menjadikan sesi pengajaran lebih menarik, guru menggunakan slaid powerpoint untuk menerangkan kedudukan imam dan makmum dalam 5 situasi yang berbeza. Situasi yang pertama ialah apabila imam bersama seorang makmum lelaki. Situasi kedua ialah apabila imam bersama 2 orang makmum lelaki. Seterusnya situasi ketiga apabila seorang suami menjadi imam kepada seorang isterinya. Situasi keempat apabila solat berjamaah yang melibatkan seorang imam dengan makmum yang lebih dari tiga orang. Akhir sekali, apabila seorang imam dengan makmum dewasa lelaki dan perempuan serta kanak-kanak lelaki dan perempuan.

Selepas menerangkan dengan jelas kedudukan imam bagi kelima-lima situasi di atas, guru menerangkan hikmah-hikmah solat berjamaah agar pelajar menyedari akan kepentingan bersolat secara berjamaah berbanding solat bersendirian. Guru menggunakan slaid powerpoint untuk menerangkan isi pengajaran kerana ia lebih mudah untuk difahami dan menarik minat para pelajar dengan slaid-slaid yang menarik di samping menggunakan buku teks sebagai rujukan. para pelajar dikehendaki memahami akan perbezaan kedudukan imam bagi setiap situasi agar dapat menjalankan aktiviti amali dengan baik. Para pelajar juga dikehendaki mencatat perkara penting yang disampaikan oleh guru. Semak kefahaman murid: Untuk menyemak kefahaman para pelajar, guru akan menjalankan aktiviti amali untuk menguji kefahaman mereka tentang apa yang telah diajari iaitu kedudukan imam dan makmum ketika solat berjamaah. Oleh itu, guru membahagikan pelajar kepada 5 kumpulan. Setiap kumpulan dikehendaki melakonkan serta menerangkan semula kelima-lima

kedudukan solat jamaah. Semua pelajar haruslah bekerjasama dalam melakukan aktiviti yang dijalankan. Pantau dan ubah suai: Pada sesi ini, guru akan memantau setiap lakonan yang dilakukan oleh para pelajar secara berkumpulan. Guru juga akan mendengar setiap penerangan yang disampaikan oleh pelajar. Praktis terbimbing: Setelah setiap satu kumpulan selesai melakonkan solat berjamaah beserta penerangan, guru akan memberi komen. Komen yang diberikan adalah berdasar hasil lakonan dan penerangan mereka. Jika terdapat sebarang kesalahan, guru akan menegur dan menunjukkan cara yang betul. Dengan cara ini, pelajar akan lebih mudah memahami dan mengingati kedudukan imam dan makmum dalam solat berjamaah. Aktiviti ini akan memberi peluang kepada pelajar untuk merasai sendiri situasi dan membolehkan pelajar belajar melalui kesilapan yang dilakukan ketika menjalankan aktiviti amali solat jamaah. Selain itu, aktiviti dapat menerapkan nilai keberanian, kerjasama, keterampilan dan saling

menghormati. Praktis bertempoh:

Bagi praktis bertempoh pula, guru meminta pelajar untuk merumuskan apa yang telah dipelajari daripada pengajaran yang telah disampaikan oleh guru dan daripada aktiviti amali yang telah dilaksanakan. Beberapa orang pelajar akan diminta untuk membuat rumusan. Penutup: Dalam sesi penutup, guru merumuskan isi pelajaran dan menekankan sekali lagi kepada pelajar berkaitan isi pelajaran yang perlu dikuasai oleh mereka. Guru juga akan mengatakan tentang nilai yang mereka perolehi secara tidak langsung semasa proses P&P dijalankan pada hari tersebut.

TO BE CONTINUE.. Tolong sambung rph 4..hahahahaah stay tuned..gud lak

You might also like