You are on page 1of 1

PENGHARGAAN

Assalamualaikum.. Alhamdulillah bersyukur kehadrat Ilahi dengan rahmat dan izinnya dapat saya menyiapkan tugasan ini untuk program ijazah sarjana muda perguruan bagi subjek Guru dan cabaran Semasa EDU 3109 untuk semester 8 di mana semester terakhir sebelum saya menamatkan program Ijazah sarjana muda perguruan ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Madam THANK SOW ENG yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan dalam menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Jika tidak kerana teguran dan pengajaran beliau di dalam kelas atau di luar kelas tugasan ini tidak dapat di siapkan mengikut spesifikasi yang di khendaki..

Terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan yang telah banyak memberikan buah fikiran dan bantuan yang berkaitan dengan tugasan ini terutamanya rakan-rakan dari rekabentuk dan teknologi 2 untuk menghasilkan tugasan yang berkualiti, baik, serta lengkap. Setinggi tinggi penghargaan ditujukan kepada ibubapa dan kaum keluarga yang telah banyak memberikan bantuan dan sokongan dari segi moral dan kewangan untuk menyapkan tugasan ini.

Akhir kata, semoga tuhan dapat membalas setiap bantuan yang telah diberikan samada secara langsung mahu pun tidak langsung sepanjang saya menyiapkan tugasan ini. Saya berharap agar tugasan ini dapat diaplikasikan pada masa akan datang.

You might also like