• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • 3
    CommentGo Back
Download
 
MENENGAH KEBANGSAAN SERI BERANG
21700 KUALA BERANG,HULU TERENGGANUTERENGGANU DARUL IMAN
TEL / FAX : 09 6816462
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENYELESAIKANSOALAN BERASASKAN PETA PELAJAR TINGKATAN TIGADENGAN MENGGUNAKAN‘KAEDAH PENYUBURAN PETA
Oleh
Hj. Kasman bin Embong
SMK Seri Berang, 21700 Kuala Berang,Hulu Terengganu, Terengganu.
 
MENINGKATKAN PENCAPAIAN GEOGRAFIPELAJAR TINGKATAN TIGA DENGAN MENGGUNAKAN‘KAEDAH PENYUBURAN PETA’
Oleh
Hj. Kasman bin Embong
SMK Seri Berang, 21700 Kuala Berang,Hulu Terengganu, Terengganu.
ABSTRAK 
 Kajian ini dijalankan dengan tujuan membantu pelajar Tingkatan 3 An Najmu(3D) menjawab soalan berkaitan menanda lokasi peta. Sekiranya mereka mampuberbuat demikian, harapan untuk lulus dalam mata pelajaran Geografi sangat tinggi. Seramai 35 orang pelajar yang terlibat dalam kajian ini iaitu 26 orang  pelajar lelaki dan 9 orang pelajar perempuan dan seorang guru yang terlibat.Tinjauan awal dilaksanakan melalui pemerhatian yang dibuat semasa proses pengajaran dan pembelajaran, semakan buku latihan pelajar dan jawapan ujian /  peperiksaan. Hasil daripada tinjauan yang dibuat ternyata 90% pelajar tidak dapat menjawab soalan lokasi peta dengan baik. Sekiranya keadaan ini dibiarkan akanberhadapan dengan masalah besar untuk menjawab soalan PMR nanti. Kandunganmata pelajaran ini adalah pelbagai dan memerlukan banyak kemahiran dari segimengingat dan berfikir. Salah satu elemen dalam Geografi ialah peta. Dalam peperiksaan PMR, soalan yang berkaitan dengan peta meliputi 15 soalan iaitu 13 soalan peta Malaysia dan 3 soalan peta dunia. Daripada pemerhatian yang dijalankan melalui keputusan Peperiksaan TOV dan OTI 1 yang lepas menunjukkan pelajar masih lemah dalam menguasai peta. Masalah ini berpunca daripadakurangnya latihan dan minat dalam mengecam, melukis, menanda dan menamakanlokasi dalam peta. Sebagai langkah awal penyelesaian saya telah mengambil anisiatif menampal dan mencirikan lokasi pada peta dinding yang digantung di blok  pentadbiran sekolah. Namun apa yang mengecewakan, pelajar kurang minat untuk mendapatkan maklumat daripada peta tersebut.Melalui kajian penyelidikan inidiharapkan mampu membantu pelajar lulus dengan cemerlang dalam mata pelajaran Geografi PMR 2007.
 
1.0REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU
Pelajar dalam kelas saya terdiri daripada murid-murid yang pencapaiansederhana. Daripada pemerhatian setelah dua bulan mengajar kelas tersebut dan melaluiaktiviti yang dijalankan seperti soal jawab lisan, dan ujian bulanan, didapati mereka gagalmenjawab soalan yang melibatkan rangsangan peta. Saya mendapati kegagalan ini berlaku kerana mereka tidak dapat menyatakan lokasi yang betul kerana kurangmembuat latihan dan tidak berminat untuk mengingat dan mengesan lokasi dalam peta.Pada keseluruhannya, pencapaian pelajar tingkatan 3 An Najmu dalam mata pelajaranGeografi agak lemah.Hal ini dapat dilihat melalui Ujian Pengesan TOV yang telahdiadakan baru-baru ini. Hanya 20 orang pelajar iaitu 57% yang lulus dan 15 orang iaitu43% lagi yang gagal. Markah yang paling tinggi di kalangan pelajar yang lulus ialah 60%markah, manakala yang lain sekitar 40 43 % markah. Ini menggambarkan tahap pencapaian pelajar masih terlalu rendah. Berdasarkan analisis yang dibuat mendapatidaripada 11 soalan peta yang dikemukakan kebanyakan pelajar betul di bawah 5 soalansahaja. Di sini menampakkan bahawa pelajar tidak berminat dan semacam ada fobiadengan peta. Beberapa kali bila ditanya tentang soalan berkaitan peta, pelajar menyatakansoalan tersebut cukup sukar dijawab.Dalam siri ujian lisan yang saya lakukan, saya dapati pelajar masih keliru dan tidak dapat menyatakan negeri-negeri di Malaysia, apa lagi berkaitan dengan negara-negara di dunia secara umumnya.
2.0FOKUS KAJIAN
Memandangkan mata pelajaran geografi merangkumi suatu skop ilmu yang agak luas dan memerlukan tahap kemahiran menganalisis peta yang baik, maka menjadikeutamaan saya untuk memfokuskan kajian ini kepada masalah kegagalan pelajamenentu dan mengesan lokasi dan ciri-ciri geografi dalam peta. Walaupun soalan yangditanya secara langsung berkaitan dengan peta sebanyak 13 hingga 15 soalan sahajanamun sebenarnya pemahaman keseluruhan kandungan geografi itu sendiri adalah juga berkaitan dengan kedudukan sesuatu lokasi di dalam peta. Pelajar yang cemerlang dalammata pelajaran ini adalah pelajar yang dapat menguasai kemahiran mengesan danmengenal sesuatu lokasi itu di dalam peta. Sekiranya saya mampu membantu pelajar mengenali dan mengingati sesuatu ciri dan lokasi peta, sudah tentu mereka mampu lulusdengan cemerlang dalam mata pelajaran Geogrfi di peringkat PMR. Oleh itu pendekatanyang saya ambil ialah dengan menggunakan kaedah ”Penyuburan Peta”. Kaedah ini dapatmerangsang minat, pemahaman dan ingatan pelajar terhadap fakta-fakta geografiterutama melibatkan lokasi di dalam peta.
3.0OBJEKTIF KAJIAN3.1. Objektif Umum
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...

Tahniah. Contoh guru berinovasi dan cemerlang. Sesuai dengan gaji April 2012

Thanks for sharing your idea

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...