• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
Bangunan Sultan Abdul Samad yang dibina sekitar tahun 1893-1897.
Bangunan Sultan Abdul Samad
menjadi mercu tanda bandar rayaKuala Lumpur , ibunegaraMalaysia. Bangunan ini mengambil nama Sultan Abdul Samad, sempena namaSultan Selangor   pada masa ia mula dibina 1894.Di hadapan bangunan indah ini beberapa peristiwa sejarah berlaku. Di sinilah tempat dimana bendera Union Jack  diturunkan pada 31 Ogos 1957 dan bendera Jalur Gemilang dikibarkan. Peristiwa ini menunjukkan berlalulah satu era dijajah kepada era masyarakatyang merdeka.Bangunan ini diwartakan sebagai Warisan Kebangsaan dalam kategori Tapak Warisan  pada 2007 oleh Jabatan Warisan Negara,Kementerian Kebudayaan, Kesenian danWarisan Malaysiadi bawah Akta 645.
 
Isi kandungan
[sunting] Nama asal
Pada peringkat awal, nama bangunan ini hanya dikenali sebagai Pejabat Baru Kerajaan(
 New Government Offices
). Apabila Persekutuan Tanah Melayu dibentuk pada 1948, bangunan ini dinamakan Sekretariat Persekutuan (Federal Secretariat).Tahun 1974, semua pejabat Kerajaan Negeri Selangor dipindahkan ke Shah Alam. Pejabat kerajaan persekutuan Malaysia dipindahkan ke Jalan Duta, Damansara. Oleh itu nama bangunan ini ditukar kepada Bangunan Sultan Abdul Samad sempena nama SultanSelangor yang memerintah dari 1857 - 1898. Nama ini kekal hingga sekarang.
[sunting] Lokasi
Bangunan Sultan Abdul Samad ini terletak di hadapanDataran MerdekadanKelab Diraja  Selangor . Ia berdiri di Jalan Raja,Jalan Tuanku Abdul Rahman,Kuala Lumpur ,  Malaysia. Jalan Raja dahulunya Gombak Road.Di dalam peta, bangunan ini terletak di pertemuan Sungai KelangdanSungai Gombak . Pelbagai bangunan dibina di pertemuan dua sungai ini sepertiMasjid Jamek KualaLumpur ,Stesen Kereta api Tanah Melayu dan lain-lain. Di sinilah aktiviti perlombongan  bijih timahbermula diKuala Lumpur ,menjadi pemangkin kejayaan ekonomiTanah Melayuseterusnya negara Malaysia sekarang.
[sunting] Perasmian bangunan
 
Perletakan batu asas dilakukan oleh Gabenor   Negeri-negeri Selat,Sir Charles B.H. MitchellK.C.M.G. pada 6 Oktober 1894 . Residen British di Selangor waktu itu ialahW.H Treacher C.M.C. Setelah siap sepenuhnya , bangunan ini di rasmikan oleh ResidenJeneral negeri Selangor, Sir Frank SwettenhamK.C.M.G. pada 4 April 1897.
[sunting] Tujuan pembinaan
Pentadbiran British di Selangor memerlukan ibu pejabat baru bagi mentadbir negeri .Sebelum ini ibu negeri Selangor terletak diKlang dan agak jauh dari kawasan yang maju di Kuala Lumpur . Residen Jeneral British di Selangor pada waktu itu ialah Sir Frank  Swettenham .Sultan Abdul Samad memerintah negeri Selangor dari 1857 hingga 1898setuju Kuala Lumpur dijadikan ibu negeri Selangor .Antara pejabat yang akan ditempatkan di sini ialah Sekretariat Kerajaan (G.S.O); bilik mesyuarat Majlis Negeri (Council Chamber); Pejabat Pos; Lembaga Kebersihan(Sanitary Board); Pejabat Kehakiman (Judicial Commissioner); Public WorksDepartment (PWD); Audit dan Perbendaharaan; Pejabat Tanah; Jabatan Galian danPejabat Daerah Jabatan Kerja Raya (P.W.D. District Office).
Fungsi bangunan ini ditukar beberapa kali. Bangunan ini pernah dijadikan MahkamahAgung di bawah Kementerian Kehakiman. Oleh itu disediakan tempat letak kereta untuk hakim - hakim dan pegawai–pegawai mahkamah.
[sunting] Sejarah pembinaan
Kerja-kerja pembinaan dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya (PWD). Bangunan inidirekabentuk oleharkitek Inggeris bernamaArthur Charles Alfred Normansekitar tahun 1893-1897. Norman menghabiskan masa di benuaAfrikadan mendapat ilham daripadamasjid di IndiasepertiTaj Mahalyang membawa kepada ciri senibinaMoor dalam arkitektur BangunanSultan Abdul Samad. Charles Edwin Spooner bertindak sebagai perancang dan Jurutera Negeri . Pengarah PWD ialah R.A.J. Bidwell .A.B. Hubback menyediakan pelan dan lukisan rekabentuk.Idea dan rekabentuk bermula seawal tahun 1889, setelah W. E. Maxwell mengambil alihtugas sebagaiResiden BritishdiSelangor . Kuala Lumpur sebagai ibu negeriSelangor   hanya mempunyai bangunan-bangunan rumah kedai dan beberapa bangunan kerajaanyang tidak berapa menonjol. Maxwell telah membawa C. E. Spooner dariCeylonsebagaiState Engineer dan dibantu oleh Bellamy dan A.C. Norman sebagai arkitek.Reka bentuk asal yang dikemukakan oleh Norman adalah hanya sebuah bangunan yang berkonsep Inggeris Classical Rennaisance. Bidwell, seorang arkitek muda, adalah orangyang bertanggungjawab mengadaptasiseni bina Islam(Mahometan style) sebagaitonggak reka bentuk tampak bangunan tersebut di atas pelan asal Norman selepasSpooner kurang berpuashati dengan reka bentuk tampak yang dikemukakan oleh A.C. Norman.
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...