You are on page 1of 18

SUB TUGASAN 1

Di Malaysia Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan perkhidmatan untuk murid berkeperluan khas yang mempunyai masalah penglihatan, pendengaran dan masalah pembelajaran dan murid pemulihan khas. Kategori kanak-kanak bermasalah pembelajaranadalah terletak di bawah tanggungjawab Kementerian Pelajaran Malaysia adalah seperti berikut : Sindrom Down Autisme ringan Attention Defecit Hyperaktif Disorder Terencat Akal minimum Bermasalah Pembelajaran Spesik (contoh : Disleksia )

Tugasan bagi kali ini adalah berkaitan dengan Kanak-kanak Disleksia. Disleksia adalah berasal daripada hasil gabungan dua perkataan Greek iaitu dys yang bermaksud kesukaran dan lexia bermaksud perkataan. Menurut definisi Sender dan Myers (1996)) kanak-kanak yang mengalami cirri-ciri disleksia mempunyai kesukaran-kesukaran khusus dalam bacaan, ,menulis dan mengeja. Kesukarankesukaran ini termasuklah masalah yang serupa dalam kerja nombor dan mengenali symbol-simbol seperti not muzik atau symbol matematik. . Seorang Profesor Berlin pada tahun 1887, merangkap seorang pakar perubatan dan ophalomotologist telah memperkenalkan perkataan Disleksia (Hammond dan Hugges, 1996:3)Disleksia ialah satu Disorder dalam kanak-kanak yang telah terima Pendidikan Biasa, tidak memperolehi kemahiran bahasa, bacaan, menulis dan ejaan yang setaraf intelek (World Federation Of Neurology, 1968) Camtuman kesukaran berbeza-beza contoh, kekeliruan bunyi, susah mengingati turutan, lemah dalam kemahiran kawalan otot serta lemah daya ingatan atau kemahiran dalam menyusun. Disleksia melibatkan orang dari pelbagai latar belakang tanpa mengira umur, jantina atau bangsa. Disleksia biasanya boleh diperturunkan secara genetik daripada ibu bapa kepada kanak-kanak dan ia dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu :
2

Disleksia Visual ( Penglihatan ) Kesukaran utama yang dihadapi ialah untuk mengingat dan mengenal abjad serta konfugirasi perkataan. Symbol-simbol perkataan yang dicetak juga sukar untuk diterjemahkan dan berkemungkinan untuk melihat abjad-abjad tertentu atau sebahagian perkataan adalah terbalik. Disleksia Auditori (Pendengaran) Kesukaran untuk mengingat bunyi abjad, menganalisis bunyi mengikut suku kata perkataan dan menyusun atau menggabungkan suku kata bagi mem bunyikan perkataan. Bunyi percakapan yang dituturkan secara halus juga tidak dapat dapat dibezakan. Selain daripada itu juga akan wujud permasalahan untuk membezakan bunyi vokal dengan konsenan . Disleksia Visual-auditori Kesukaran membaca yang amat teruk dan ini disebabkan oleh kelemahan untuk memproses tulisan secara visual dan audio.

SUB TUGASAN 2 LAPORAN SETIAP DAPATAN UJIAN YANG DIJALANKAN. Berdasarkan Sub Tugasan 2 ini , saya telah menjalankan Instrumen Senarai semak Disleksia (ISD) terhadap murid-murid daripada tahun 2 dan 3 seramai 5 orang yang dipilih berdasarkan permerhatian saya dan juga Guru Kelas serta Guru Mata Pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik. Berikut adalah skor bagi lima orang murid hasil daripada Instrumen Saringan Disleksia (ISD) yang dijalankan : Bil NAMA MURID 1 1 NURALEYA SYAZRINA BT AHMAD 2 MUHAMMAD ABDUL FAKIS B. SHAMSUDIN 3 SYAKIRA BT. SHAHRULNIZAM 4 MUHAMMAD HANIF BIN RAMLAN 5 IKHWAN AMIRUL HAFIZ B JALIL 1 0 1 1 1 0 1 1 1 Berciri Disleksia 0 1 1 1 1 0 ELEMEN 2 3 CATATAN

ELemen 1 Elemen 2 Elemen 3

: Tahap penguasaan mengeja, membaca dan menulis : Kekuatan pada murid : Kelemahan yang ditunjukkan

Berdasarkan ujian yang telah dilakukan ke atas 5 orang murid, diatas adalah carta dapatan hasil daripada pelaksanaan Instrumen Saringan Disleksia. Dapat dilihat di sini bahawa pada Elemen 1 terdapat 4 orang murid berada dalam lingkungan kebarangkalian mengahadapi masalah mengeja, membaca dan
4

menulis. Elemen 2 pula terdapat 4 orang murid yang berada dalam lingkungan kebarangkalian mempunyai keupayaan kognitif sselaras atau melebihi murid-murid normal. Manakala pula bagi Elemen 3 seramai 3 orang murid dianggap mempunyai ciri-ciri Disleksia. Secara keseluruhannya pula, terdapat seorang murid sahaja yang dikenal pasti sebagai murid Disleksia iaitu Syakira Bt. Shahrulnizam. Murid ini telah memperoleh skor 1 bagi kesemua elemen-elemen tersebut. Murid ini telah memenuhi lebih 16 ciri dalam elemen 1, manakala 9 ciri dalam elemen 2 dan 9 ciri di elemen 3 yang menampakkan dirinya berciri Disleksia. Murid ini merupakan seorang murid yeng mengikuti program pemulihan khas. Murid ini dibimbing oleh guru pemulihan khas iaitu En Muhammad Fauzi Bin Ariffin.Syakira binti Shahrulnizam merupakan murid tahun 2 Cermpaka. Tahap penguasaan Syakira dalam kemahiran asas matapelajaran Bahasa Malaysia adalah sangat lemah. Murid ini belum begitu menguasai kemahiran abjad, tidak dapat membatang sukukata dengan mahir. Begitu juga dalam penguasaan kemahiran asas matapelajaran Matematik. Berdasarkan data dan maklumat yang saya kumpul,Syakira tidak menguasai 12 konstruk yang diuji dalam ujian saringan LINUS Numerasi dan Literasi. Selain itu,Syakira mudah bosan dan jemu terhadap matapelajaran. Tahap tumpuan murid ini tidak sampai sepuluh minit pun semasa proses pembelajaran berjalan. Situasi ini amat berbeza sekali dengan murid normal yang berkebolehan mengawal emosi diri iaitu tidak terlalu rendah diri, boleh menerima sesuatu yang baru, berfikir secara positif , menerima pandangan orang lain serta patuh kepada arahan.

Saya telah menjalankan Ujian Pengamatan Penglihatan ke atas Syakira kerana berdasarkan pemerhatian saya Syakira lebig bermasalahan dari segi pengamatan Penglihatan. Analisis Ujian Pengamatan Penglihatan Nama Murid Tahun Kelas Tarikh Keputusan Kemahiran yang diuji Kemahiran 1 Kemahiran 2 Kemahiran 3 Kemahiran 4 Kemahiran 6 Kemahiran 7 Kemahiran 8 Kemahiran 11 Kemahiran 14 Muhammad Shahrul Izwan 2012 2 Cempaka 5 Julai 2012 4 kemahiran lulus, 5 kemahiran gagal Jenis Kemahiran Lulus Diskriminasi Yang Sama Diskriminasi yang ganjil Diskriminasi Saiz / Ingat Kembali / Turutan Melengkapkan / Menyudahkan Menyalin / Pertalian Jarak / Mazing / Mencari Jalan Keluar /

Gagal / /

/ /

Masalah yang Dihadapi Oleh Syakira Binti Shahrulnizam Melalui profil Syakira saya sememangnya sudah menjangkakan bahawa murid ini mesti tidak dapat melepasi beberapa kemahiran pengamatan penglihatan. Dalam ujian ini saya tidak menguji kesemua 15 kemahiran pengamatan. Ini disebabkan kerana saya sudah tahu daerah kelemahan murid ini. Ternyata murid ini tidak dapat membuat kemahiran pengamatan yang pertama, kedua, keenam, ketujuh dan kesebelas.Bagi Kompenan Diskiriminasai murid ini tidak dapat menguasai

diskirimanasi yang sama dan yang ganjil, kekeliruan murid ttersebut dalam mengenal pasti objek yang sama dan yang ganjil. Komponen pengamatan bagi turutan juga murid tersebut mengalami kesukaran ungtuk menguasainya, dia tidak dapat membuat turutan dengan betul . Kesukaran dalam komponen pengamatan menyudah atau melengkapkan sering kali dikaitkan dengan ketidakbolehan murid mengenal sesuatu benda atau objek, nombor, huruf, perkataan mahu pun ayat. Kesukaran komponen dikesan apabila berlaku ketidakbolehan murid untuk mengenal sesuatu gambar, benda, objek, nombor, perkataan atau ayat. Melalui ujian
6

pengamatan kepada Syakira barulah saya nampak dia tidak mengenal atau mengecam huruf yang hampir sama.

merupakan kanak-kanak

Syakira tidak dapat menyambung titik- titik pada gambar dalan ujian itu kerana kesukaran dia untuk mengenal huruf. Oleh kerana dia tidak kenal huruf, titik itu tidak dapat disambung dengan urutan yang betul. Hasilnya gambar yang disambungkan titik tadi tidak menjadi. Sebagai guru yang telah mengetahui daerah kelemahan murid. Kita mestilah merancang pengajaran agar kelemahan Syakira bagi Kemahiran Pengamatan ini dapat diatasi. Langkah Seterusnya saya menjalankan Ujian Tingkah laku terhadap Syakira dan laporan bagi ujian tingkah laku sepenuhnya seperti jadual di bawah :

Bil

TINGKAH LAKU

JUMLAH ADA

JUMLAH TIDAK 8 3 9 6 25

1 2 3 4

Perlakuan Negatif Perlakuan Pasif Perlakuan Negatif Sosial Permasalahan Emosi JUMLAH

0 4 0 3 8

Berdasarkan hasil Ujian Tingkah Laku yang dijalankan, bagi Perlakuan Negatif Syakira tidak mempunyai perlakuan negatif. Bagi perlakuan pasif pula Syakira mempunyai 4 perlakuan pasif daripada 7 perlakuan tersebut. Perlakuan pasif tersebut ialah Syakira kadangkala terlalu pendiam di dalan kelas dan dia juga mudah terganggu perhatian semasa proses Pengajaran Pembelajran dijalankan. Syakira juga kadangkala terlalu malu dan ianya juga menyebabkan pergerakannya lembab dalam melakukan sebarang aktiviti yang dijalankan. Sebagai seorang guru saya perlu membimbing agar perlakuan pasif tersebut berubah. Syakira juga tidak mempunyai perlakuan Negatif sosial yang terdapat dalam ujian ini. Bagi permasalahan emosi pula, Syakira didapati mempunyai 3 masalah daripada 9 masalah yang ada. Masalah yang pertama ialah Syakira mudah merasa gelisah secara tiba-tiba. Dia juga kadangkala sering menangis di dalam kelas, samaada mempunyai perasaan takut atapun dia telah membuat kesalahan.

Manakala masalah yang ketiga Syakira adalah murid yang memerlukan perhatian yang lebih di dalam kelas bagi membolehkan dia mengikuti pembelajaran yang dilaksanakan.Syakira adalah seorang murid yang guru perlu memberi perhatian yang lebih dalam memastikan hasil pewmbelajaran tercapai.

Laporan Ujian Kecerdasan Ujian kecerdasan yang saya jalankan ke atas Syakira ialah kecerdasan Set c dan d. Carta Jawapan murid seperti di bawah : ujian

ITEM SOALAN 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 / / / / Betul /

SET C Salah Betul / / / / /

SET D Salah

/ /

/ / / / / / / / / / / /

Berdasarkan ujian kecerdasan yang dijalankan ke atas syakira menggunakan set C dan D , di sini dapatlah dilihat bahawa tahap penguasaan Syakira dalam ujian ini amatlah lemah yang mana dapat dilihat bagi Set C jawapan yang betul hanyalah 5 daripada 12 soalan. Manakala Set D pula jawapan yang betul hanyalah 4 daripada 12 soalan.

Dalam pemerhatian pada item soalan , kebanyakkan soalan yang salah adalah soalan yang mempunyai turutan ataupun bentuk yang lebih kurang sama. Ini mengambarkan bahawa Syakira keliru ataupun bermasalah dalam mengenal pasti turutan ataupun membezakan bentuk yang hampir sama. Bentuk yang diterbalikkan juga mengelirukan Syakira dalam membuat jawapan yang betul. Semasa ujian ini dijalankan, Syakira kadangkala hilang tumpuannya dalam menjawab soalan dan perlu kepada pemerhatian yang lebih, ini mungkin juga kerana syakira mudah bosan dengan ujian yang dianggap sukar baginya dan jika tiada dorongan mungkin Syakira tidak akan menghabiskan ujian tersebut.

UJIAN DIAGNOSTIK

BIL MASALAH 1 Bermasalah dalam membezakan

HURUF

HASIL DAPATAN badi disebut dadi botol disebut dotol adik disebut abik

huruf yang terdapat dalam suku b dan d kata dan perkataan m dan n 2 Kesukaran dalam menukar huruf Vokal dalam perkataan

mop disebut nop uli disebut ila

Sering menukar perkataan yang dilihat dengan perkataan yang lain

kota disebut kaki

Seringkali

menyebut

sesuatu

Pinggang disebut pinggan

perkataan tidak lengkap sebutan atau ejaanya

Ujian Diagnostik Definisi Adalah satu alat pengukuran yang membolehkan guru mengesan punca dan kawasan kelemahan secara terperinci yang dihadapi oleh seseorang murid Tujuan Ujian Diagnostik Ujian ini dilakukan adalah bertujuan untuk : 1. Membantu guru mengenal pasti secara khusus kesulitan ataupun kelemahan murid 2. Membantu guru mengenal pasti punca kegagalan murid untuk menguasai sesuatu kemahiran. 3. Membantu guru mengenal pasti kumpulan tertentu mengikut kebolehan dan kawasan-kawasan kesukaran yang dihadapi oleh murid. 4. Bertujuan membantu guru merancang satu program pengajaran yang khusus pada murid tersebut. 5. Membantu guru merancang dan membina program dan bahan bantu mengajar yang bersesuaian mengikut tahap murid.

10

Berdasarkan Ujian Diagnostik yang dijalankan kepada Syakira, disini dapatlah dilihat bahawa Syakira mempunyai beberapa kelemahankelemahan yang dapat dikenal pasti dalam proses pembelajaran. Kelemahankelemahan tersebut ialah :

1. Bermasalah dalam membezakan huruf yang terdapat dalam suku kata dan perkataan terutamanya bagi huruf b dan d serta y dan w. Apabila ujian dijalankan , Syakira kadangkala mengubah bunyi suku kata ataupun perkatan daripada d kepada b dan daripada y kepada w. Ini mungkin Syakira menganggap huruf itu lebih kurang sama sahaja.

2. Kesukaran Syakira dalam menukar huruf Vokal kepada perkataan. Apabila huruf Vokal itu dibaca kepada perkataan Syakira menukar bunyi atau sebutan kepada vokal yang berbeza.

3. Syakira juga sering menukar perkataan dengan perkatan yang lain apabila disuruh menyebutnya, ini mungkin juga berhubungkait dengan kekeliruan dalam membezakan huruf yang dilihat.

4. Masalah yang terakhir dapat dikesan Syakira seringkali menyebut sesuatu perkataan yang dilihat tidak lengkap sebutan atau ejaannya.

11

SUB TUGASAN 3 INTERVENSI Saya telah melaksanakan Intervensi keatas Syakira dan saya telah memilih permasalahan berkaitan dengan kesukaran dalam membezakan huruf dalam suku kata dan perkataan. Intervensi ini telah dijalankan selama 4 minggu bermula daripada 16 Julai hingga 13 Ogos 2012.

MINGGU PERTAMA ( 16 Julai hingga 20 Julai 2012 )

70 60 50 40 30 20 10 0 Hari pertama Hari Kedua Hari Ketiga Hari Keempat

Masalah murid : Tidak dapat membezakan huruf b dan d dari segi mengecam huruf. Objektif : Murid dapat mengecam huruf b dan d dengan betul. HARI 1 AKTIVITI 1. Murid menonton tayangan slaid tentang tulisan huruf b dan d 2. Murid menyambung titik berbentuk tulisan b dan d secara latih tubi dan sambil menyebut. 2 1. Murid menulis huruf di udara, meja, atas pasir menggunakan jari telunjuk dan juga ibu jari 3 1. Murid merasa dengan tangan objek timbul yang berbentuk huruf dan menyebut huruf tersebut secara berulang-ulang. 4 5. Murid menyebut huruf b dan d secara latih tubi berdasarkan yang ditunjukkan oleh guru.

12

Berdasarkan Intervensi yang dijalankan di minggu pertama ianya lebih menekankan kepada mengenal dulu huruf b dan d serta dapat menyebut huruf dengan betul. Minggu Kedua MINGGU KEDUA ( 23 Julai hingga 27 Julai 2012 )

70 60 50 40 30 20 10 0 Hari pertama Hari Kedua Hari Ketiga Hari Keempat

Masalah murid : Tidak dapat membezakan huruf m dan n dari segi mengecam huruf. Objektif : Murid dapat mengecam huruf m dan n dengan betul. HARI 1 AKTIVITI 1. Murid menonton tayangan slaid tentang tulisan huruf m dan n 2. Murid menyambung titik berbentuk tulisan m dan n secara latih tubi dan sambil menyebut. 2 1. Murid menulis huruf di udara, meja, atas pasir menggunakan jari telunjuk dan juga ibu jari 3 1. Murid merasa dengan tangan objek timbul yang berbentuk huruf dan menyebut huruf tersebut secara berulang-ulang. 4 5. Murid menyebut huruf m dan n secara latih tubi berdasarkan yang ditunjukkan oleh guru. Berdasarkan Intervensi yang dijalankan di minggu kedua ianya lebih menekankan kepada mengenal dulu huruf m dan n serta dapat menyebut huruf dengan betul.

13

Sebelum saya meneruskan latihan Intervensi ini saya telah melatih syakira cara hendak memegang pensil dan krayon dengan betul kerana untuk minggu ke 3 dan ke 4 lebih kepada menulis dan membaca dan antara langkah-langkah tersebut ialah : 1. Murid disuruh memegang pensil dengan ssemua jari mengelilingi pensil tersebut, kemudian , murid diberitahu supaya membayangkan bahawa mereka sedang mengacau kuih. Mereka patut mengacau kuih dari kanan ke kiri dalam besen yang bulat dan seluruh anggota tangan harus bergerak. 2. Apabila sudah mahir, murid ditujukkan pula bagaimana jari harus berada di belakang pensil, pensil harus dipegang dengan ibu jari dan jari telunjuk. 3. Murid disuruh menggerakkan pensil naik dan turun dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk sambil membiarkan tiga jari yang lain berada dikawasan yang senang dan selesa. 4. Kemudian , murid disuruh meletakkan ibu jari dan jari telunjuk hampir dengan mata pensil dan disuruh melatihkan kawalan jari dikedudukannya. 5. Setelah itu murid diajar melongggarkan pegangan pensil oleh ibu jari serta jari telunjuk supaya pensil dapat bersandar ke atas jari tengah (hantu) di kedudukan yang betul. MINGGU KETIGA MINGGU KETIGA ( 30 Julai hingga 03 Ogos 2012 )

100 80 60 40 20 0 Hari pertama Hari Kedua Hari Ketiga Hari Keempat

Objektif : Murid dapat menulis huruf b dan d serta m dan n serta menulis suku kata dan membacanya

14

HARI 1

AKTIVITI 1. Murid menngunakan tanah liat untuk membentuk huruf b dan d serta huruf m dan n.

1. Murid menulis hurufb dan d serta huruf m dan n secara latih tubi dan berulang-ulang.

1. Murid merasa dengan tangan objek timbul yang berbentuk huruf dan menyebut huruf tersebut secara berulang-ulang. 2. Murid menulis suku kata yang terdapat huruf b dan d serta huruf m dan n sambil mengeja dan menyebut secara berulang-ulang.

1. Guru menyebut huruf dan dan suku kata sambil murid menulis apa yang disebut oleh guru. 2. Murid membaca apa yang ditulis secara berulang-ulang.

Berdasarkan Intervensi yang dijalankan di minggu ketiga penekanan diberi kepada penulisan dan mengenal huruf dengan betul.Ianya juga menekankan kepada membunyikan dan menulis suku kata .

MINGGU KEEMPAT. MINGGU KEEMPAT ( 06 Ogos hingga 10 Ogos 2012 )

100 80 60 40 20 0 Hari pertama Hari Kedua Hari Ketiga Hari Keempat

Objektif : Murid dapat membaca suku kata dan perkataan dengan betul

15

HARI 1

AKTIVITI 1. Murid membaca suku kata daripada huruf b dan d serta huruf m dan n.

2 3

1. Murid menulis suku kata untuk membentuk perkataan 1. Murid menulis dan mengeja suku kata menjadi perkataan secara latih tubi 2. Murid membaca perkataan yang dipamirkan guru menggunakan kad imbasan.

1. Guru menyuruh murid membaca suku kata dan perkataan secara berulang-ulang. 2. Murid membaca apa yang ditulis secara berulang-ulang.

Berdasarkan Intervensi yang dijalankan di minggu ketiga penekanan diberi kepada penulisan suku kata dan perkataan yang terdapat huruf b dan d serta huruf m dan n .

16

REFLEKSI

Alhamdulillah, pertama sekali saya panjatkan rasa kesyukuran ke Hadrat Allah SWT kerana dengan kurnianya dapatlah saya menyiapkan tugasan ini. Sudah lama rasanya tidak membuat tugasan seperti ini, 11 tahun berlalu pada zaman maktab dahulu, kekok rasanya hendak menyusun ayat-ayat supaya tugasan ini dapat disampaikan dengan baik dan teratur. Walaupun bidang pengajian ini bukanlah bidang kemahiran saya, tetapi ia dapat memberi ilmu yang berharga untuk saya seterusnya menjadikan saya mahir dalam bidang pemulihan khas nya untuk sem ini tentang Disleksia,seterusnya memahami masalah kanak-kanak dalam bidang ini. Terdapat pelbagai kekangan atau halangan yang datang, maklumlah kerja sambil belajar. Tanggungjawab berat, di mana sebahagian kita sebagai pengajar manakala sebahagian lagi kita sebagai pelajar. Di sini juga saya mengambil kesempatan merakamkan ribuan terimakasih kepada isteri dan anak-anak yang memahami dalam proses menyiapkan tugasan ini menyebabkan banyak masa bersama mereka berkurangan.Terimakasih juga kepada sahabat-sahabat satu sekolah dan juga sahabat di P3.7 yang membantu sama ada secara langsung ataupun tidak dalam menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada Pensyarah-pensyarah yang bertungkus-lumus memberi input dan

penerangan dalam tugasan ini. Berdasarkan tugasan ini, dapat saya mengenali dengan lebih dekat lagi tentang pemulihan dan minat saya mula berputik dan kian bercambah untuk semakin mengenalinya dengan lebih mendalam kerana ia akan menjadi bidang kemahiran baru setelah saya berjaya nanti.

17

BIBLIOGRAFI

Dr. Jamil Adimin . 2008 . Pentaksiran Untuk Murid Kurang upaya . Malaysia . Ehwal Pendidikan , Satin Timur Sdn Bhd Farol Hadi . Jun 2008 . KIA2M IPRM Negeri Sembilan . Malaysia .Ehwal Pendidikan Satin Timur Sdn Bhd

Website . http://www.medicalnewstoday.com/articles/186787.php

http://www.medecinenet.com/script/main/art.asp?articlekety

18

You might also like