You are on page 1of 30

Tips dan Resepi untuk BBQ

Best kalau ramai ramai berkumpul


TIPS

1) Kalau ada daging/ayam yang harus diperap dengan sos perapan, lebih sedap kalau
diperap semalaman. Lebihan sos marinate (perapan) jangan dibuang boleh direnjis atas
daging sewaktu barbeku.

2) Sediakan semua bahan yang hendak dibarbeku sebelum memulakan barbeku.

3) Jangan campurkan daging mentah yang belum dimasak dengan lauk-pauk yang telah
dimasak (eg. Mee goreng). Kena organize sikit.

4) Paling simple, mudah dan tidak membazir. Gunakan pinggan kertas dan cawan plastik.
Kira dah pakai, buang. Cuma jangan buang merata-rata. Jangan lupa ….Sediakan plastik
sampah.

5) Sediakan balang air yang besar. Jadi tak payah buat air berkali-kali. Minuman yang
sesuai untuk BBQ adalah sirap rose + sirap orange + ice cream soda = fruit punch.

6) Juga tidak lupa Sos Cili Thai, Black Pepper Sos, Sos Tomato, Mayonaisse untuk
mencecah segala yang dibarbeku.

7) Majlis barbeku juga adalah sesuai untuk berinteraksi. Jadi adakan permainan "games"
elok untuk keluarga atau sahabat-handai yang hadir. Jangan lupa sediakan hadiah kalau
tidak hampa si kecik tu kalau menang.

Resipi-resipi menarik untuk barbeku dan juga yang selalu disediakan


untuk barbeku termasuk sos yang boleh digunakan untuk bahan
perapan "marinate" daging.

* Daging Steak BBQ


* Rusuk Kambing dilumur rempah BBQ
* Udang Garlic Butter
Kembong BBQ Ikan yang fresh

1
Bahan memulakan
pembakaran
* Ketam Garlic Butter
* Kepah Garlic Butter
* Drumstick/ Kepak Ayam BBQ
* Ikan Kembung Balut Daun Pisang BBQ
* Kebab
* Satay
* Jagung BBQ
* Kentang BBQ
* Coleslow
* Salad Buah
* Bee Hoon Kering
* Macaroni Goreng
* Mee Goreng
* Agar-agar (Resipinya ikut peraturan seperti di kotak)
* Cocktail Jelly
* Kuih-Muih (biasanya seperti karipap, kek, jelly, pudding dan roti sardin)

Roti sardin
Sos marinate ( perapan)digunakan
semasa BBQ

2
Ayam BBQ
• 2.0kg ayam
• 1 biji bawang besar (kalau bawang tu bersaiz kecil, guna 2 biji)
• 5 ulas bawang putih
• 2 cm halia
• 2 sudu besar serbuk cili
• 1 sudu kecil serbuk kunyit
• 2 batang serai
• 1 sudu besar serbuk jintan manis
• 1 sudu kecil serbuk jintan putih
• 1 sudu kecil serbuk ketumbar
• 1 sudu kecil garam
• 1 cawan gula

Cara-cara

1. Potong ayam mengikut kesukaan anda. Jika potongan tersebut besar-besar, kelar-
kelar sedikit supaya ayam cepat masak. kemudian, bersih dan tos ayam tersebut.
2. Kisar semua bahan-bahan di atas sehingga hancur.
3. Masukkan bahan-bahan kisar tersebut ke dalam bekas dan campurkan dengan
ayam.
4. Perap ayam tersebut 1 malam atau 2-3 malam di dalam peti ais.(lagi lama perap
lagi sedap!)
5. Bakar ayam di atas bara api atau dapur gas sehingga masak.

Chicken Wings BBQ


1kg kepak ayam (bahagian lain pun boleh juga)
6 biji bawang putih - mesin halus
5 sdm oyster sos
2 sdm serbuk lada (nak pedas tambah lagi)
2 sdm gula
sedikit garam

Ikan Pari Bakar

3
Cara masak sambal.
20 batang lada kering
2 ibujari kunyit basah
1 biji bawang besar
2 biji bwg putih
1 ibujari halia
4 buah keras
1 batang serai

- mesin semua bahan2 tadi dan tumiskan hingga garing.


- masukkan sedikit air asam, gula & garam.

- Bakar ikan hingga matang dan letakkan di atas daun pisang... lumurkan di atasnya
sambal yg telah di masak tadi dan hidangkan bersama limau kasturi.

Cara : gaul semua bahan dan perap tuk sekurang2nya 1/2 jam &
bakar dlm ketuhar hingga ayam masak dan kulit garing

4
Famous dish - satay

Ayam Satay BBQ


1 kg kepak ayam - potong 2
1/2 sdm serbuk jintan manis
1/2 sdm serbuk ketumbar
1/2 sdm kunyit serbuk
1 sdm serbik kari ikan
garam & gula

bahan2 kisar
1 biji bwg besar
3 biji bwg putih
2 btg serai
2 lengkuas

Cara:
perap semua bahan2 selama 1 jam sebelum membakar

5
Memerap ayam

Marinate untuk Udang dan Ketam

MARINATE 1

1 kg King Prawns - (jgn buang kulit)


5 ulas bawang putih - di kisar
3 sdm kunyit
1/2 sdm serbuk lada (kalau nak pedas tambah serbuk )
3 sdm gula
garam secukup rasa

- gaul semua bahan2 bersama udang dan biarkan selama sejam sebelum memangang.

MARINATE 2

1 kg King Prawns - (jgn buang kulit)


1 sdm crushed chillies (brand McCormick)
1/2 lemon - ambil airnya
2 sdm - gula
2 sdm - sos tiram
2 sdm - minyak bijan

- gaul semua bahan2 bersama udang dan biarkan selama sejam sebelum memangang.

Ayam Panggang Ber-aroma

6
1 ekor ayam (dlm 2.5 kg) - di bersihakan dan buang mana2 lemak berlebihan

Bahan2 kisar
2 sdm ketumbar
2 sdm jintan halus
1 sdt serbuk kayu manis
1 btg lada merah
2 biji bwg besar
4 ulas bwg putih
1sdm kunyit serbuk
garam & gula

- mesin semua bahan2 tadi dan ratakan sedikit rempah2 dibawah kulit ayam dan perapkan
selama 20 minit.
- ambil alumnium foil dan letakkan ayam di tengah2.. belen2 rempah letakkan di atas
ayam dan bungkus ayam
- bakar selama 15 minit.
- selepas 15 minit.. buka bungkusan aluminium foil tadi dan bakar lagi (dgn foil terbuka
di atas selama 20 minit hingga ayam benar2 masak dan garing.

Perapan BBQ
Sos Knorr
Untuk 8 ketul "lamb shoulder" ataupun 12 ketul dada ayam

Bahan-bahan
1 labu bawang besar
10 ulas bawang merah
7 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
2 batang serai
1 botol sos BBQ (jenama Knorr, perisa Traditional )
3 sudu besar gula perang (boleh diganti dengan satu ketul gula kabung)
3 sudu besar madu

7
1 sudu besar serbuk cili (boleh tambah kalau suka lebih pedas)
3 sudu besar mentega/margerin/minyak sapi
1/2 cawan kicap pekat manis (boleh guna jenama ABC)
2 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk lada sulah
3 sudu teh garam atau secukup rasa

Cara-cara
1. Kisar bawang besar, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas & serai (tak halus
sangat pun tak apa).
2. Gaul rata bahan kisar dengan semua bahan lain.
3. Tuangkan ke atas "lamb shoulder" atau ayam dan perap selama 3 jam pada suhu bilik.

Tips tambahan
1. Perapan ni boleh juga guna untuk perap daging, sosej dan sebagainya.
2. Untuk ayam & daging, sebaiknya kelar-kelar sedikit isinya sebelum diperap supaya
bahan perapan lebih meresap.
3. Untuk mempercepatkan ayam masak sewaktu dipanggang dan memastikan ayam tak
jadi kering, sebaiknya kukus ayam yang dah diperap sehingga separuh masak dulu.
Kemudian baru panggang.
4. Baki perapan boleh disimpan dalam peti sejuk bahagian dingin-beku untuk digunakan
lagi pada masa-masa akan datang.
5. BBQ lebih sedap kalau diperap lama. Sebab tu, saya selalunya mula perap dalam 4
hari sebelum hari BBQ . Mula-mula perap selama 3 jam pada suhu bilik, kemudian saya
masukkan dalam peti sejuk bahagian dingin-beku. Pada hari saya nak BBQ nanti, baru
saya keluarkan dan biarkan ais mencair pada suhu bilik (jangan direndam atau
dipanaskan).

Perapan daging

Bbq lamb

8
bbq lamb - yg paling best dan simple..
garam,
cracked pepper
Worchestershire sauce
chopped rosemary.(beli yg dikeringkan – dlm botol)

peram kejap selepas itu BBQ Rosemary

Rosmery kering

BBQ chic wings


serbuk satay
garam,
chilli flake (serbuk cili – BABAs pun ok juga)
honey
Selepas itu BBQ

SOS BBQ/REMPAH UNTUK DIJADIKAN BAHAN “MARINATE”

SOS BBQ (Basic)

Bahan-bahannya
1 biji bawang, dicincang halus

9
Daging yang ditabur
Rosemary kering
2 sudu besar minyak sayuran
2 sudu besar cuka
2 sudu besar gula perang
4 sudu besar jus lemon
1 cawan sos tomato
3 sudu besar sos Worcestershire
½ sudu teh sos tobasco
garam secukup rasa

Cara-caranya
Panasakan minyak dan tumis bawang sehingga kuning dan masukkan bahan-bahan yang
lain. Reneh sos selama 30 min. Setelah sejuk masukkan kedalam belender untuk
mendapatkan sos yang halus. Boleh digunakan untuk ayam, daging, rusuk sewaktu
barbeku.

SOS PERAPAN YANG SESUAI UNTUK DAGING STEAK


(daging hendaklah diperab dengan sos sekurang-kurangnya 4 jam dan lebih baik
semalaman)

Bahan-bahannya
1/3 cawan soya sauce (Rempah) paprika powder
1/3 cawan minyak sayuran
2 sudu besar madu
2 sudu besar halia, diparut halus
1 ulas bawang putih, dicincang halus

Cara-caranya
Campurkan kesemua bahan-bahan dan gunakan untuk perap daging steak yang
hendak dibarbeku
Paprika powder dlm botol

10
BBQ rusuk kambing

REMPAH UNTUK RUSUK KAMBING

Bahan-bahannya
1 ¼ cawan gula
1 ¼ cawan gula perang
¼ cawan serbuk lada hitam
¼ cawan paprika
garam secukupnya

Cara-caranya
Campurkan kesemua bahan boleh digunakan untuk rusuk kambing yang hendak
dibarbeku. Lumurkan pada rusuk kambing 10 minit sebelum dibarbeku. Lebihan rempah
boleh disimpan dalam bekas ketap udara.

11
Roti disapu garlic butter

GARLIC BUTTER (sesuai untuk udang, kepah dan ketam) garlic butter juga boleh
dibeli dalam botol disupermarket (kalau malas nak buat)

Bahan-bahannya
1 cawan mentega
8 ulas bawang putih, dicincang halus

Cara-caranya
Bawang putih yang telah dicincang digaulkan dengan mentega. Lumurkan 10 minit
sebelum barbeku udang. Udang juga sedap dibarbeku begitu sahaja untuk
mengekalkan rasa manisnya.

Untuk ketam lumurkan dengan Garlic Butter sewaktu barbeku taburkan sedikit
lada hitam atas ketam. Fuhh sedap hingga menjilat jari. Kepah juga sesuai untuk
dilumur bersama garlic butter sebelum dibarbeku. Kalau suka boleh taburkan
dengan serbuk parsley.
Lee and Perrin sauce atau
Worchestershire sauce

12
DRUMSTICK/ KEPAK AYAM BBQ
24 keping drumstick ayam Tabasco Sauce

Bahan perapan
16 sudu besar sos tomato
16 sudu besar sos Worchestershire
9 sudu besar madu
250 gram gula perang
2 sudu the sos tobasco
garam dan lada hitam secukupnya

Cara-caranya
Atur drumstick ayam dalam bekas. Campurkan kesemua bahan perap dan tuangkan ke
atas drumstick. Perap dalam peti sejuk selama 12 jam. Kemudian boleh dibarbeku.

Nota : Boleh juga gunakan kepak ayam.

13
Lemon Rosemary BBQ Chicken Jeni

Lemon Rosemary Grilled Chicken Jeni


Bahan-bahan:
4 ketul boneless chicken@1 ekor ayam saiz 850 gm(kita pakai utk BBQ)
10 gm rosemary kering
1 tsp serbuk lada hitam
4 ulas bawang putih
2 tbsp minyak zaitun
Garam secukup rasa
1 biji Lemon direbus supaya berjuicy

Cara Membuatnya

1. Tumbuk rosemary bersama bawang putih.


2. Keringkan ayam dengan paper towel. Lumurkan ayam dengan minyak zaitun,
rosemary yang telah ditumbuk dengan bawang putih, serbuk lada hitam dan garam
secukup rasa.Letakkan lemon yg berjuicy disekeliling ayam(petua Diana)
3. Masak atas frying pan atas api yang sederhana supaya bahagian dalam ayam masak
sekata tanpa menghangitkan luar ayam

14
Ikan Kembong Balut Daun Pisang
Bahan-bahannya
Ikan kembung secukupnya
daun pisang (secukupnya)
10 helai daun limau purut dihiris halus
200 gram cili hidup merah
100gr lada kering
2 labu bawang besar
3 labu bawang putih
2 inci halia muda
1 biji limau kasturi
kicap manis secukup rasa
garam
serbuk perasa
minyak untuk menumis secukupnya

Cara-caranya
Kisar kesemua bahan kecuali ikan dan daun pisang. Letak ikan diatas daun pisang dan
lumurkan dengan rempah yang telah dikisar. Kemudian balut daun pisang dan disematkan
dengan lidi. Perap dalam peti sejuk dan sedia untuk dibarbeku.

15
Kebab daging

Kebab
capsicum
Bahan-bahannya
2 cawan jus tomato
½ cawan mentega
¼ cawan bawang besar, dicincang halus
1/3 cawan sos tomato
1 sudu teh garam
½ sudu teh serbuk lada hitam
1 ulas bawang putih, dicincang
1 sudu besar sos Worchestershire
1 sudu teh sos tobasco (yang pedas tu)
2 pound daging lembu, potong dadu 1 inci
200 gram cendawan butang segar, buang batangnya
tomato ceri secukupnya
1 biji bawang besar, dibelah empat
1 biji capsicum hijau, potong 1 inci persegi
lidi satay secukupnya (sebaik-baik lidi satay direndam dengan air, jadi bila dibarbeku lidi
tak mudah patah)

Cara-caranya
Panaskan kuali, campurkan jus tomato, mentega, bawang, sos tomato, garam, lada hitam,
bawang putih, sos Worcestershire dan sos tobasco. Biarkan ia reneh selama 30 minit.
Angkat dari atas api dan biarkan ia sejuk. Cucuk daging, cendawan, tomato ceri, bawang
dan lada capsicum ke lidi yang telah direndam air. Bila hendak barbeku, sos yang
dimasak tadi disapukan dan barbeku.

Satay
Bahan A
1kg daging kambing/ peha ayam/ lembu
250 gram gula pasir

16
garam secukup rasa
lidi sate

Bahan A - Untuk dikisar


2 sudu makan ketumbar biji
1 sudu makan jintan putih
1 sudu makan jintan manis
sejari halia
sejari kunyit hidup
2 batang serai
4 biji bawang putih

Bahan B
1 biji buah keras, ditumbuk
1 sudu teh gula pasir
1 sudu makan air
1 sudu makan minyak makan
(kesemua bahan B ini dibancuh)

Bahan C - Kuah Sate


600 gram kacang tanah, digoreng dengan sedikit minyak
60 gram asam jawa
240 gram gula pasir
2 batang serai, dititik
sejari lengkuas, dititik
minyak untuk menumis

Bahan C - Untuk dikisar


30 batang lada kering
3 biji bawang besar
6 biji bawang putih
8 biji buah keras
sejari kunyit hidup40 g belacan

Cara untuk Bahan A


Daging dicuci bersih dan ditoskan. Hiris daging mengikut citarasa anda, tetapi selepas
dihiris jangan dicuci lagi. Gaul hirisan daging in dengan Bahan A yang telah dikisar, gula
dan garam sehingga rata. Perap selama 2 atau 3 jam supaya rempahnya meresap. Barulah
dicucuk dengan lidi. Bakar diatas tempat pembakar sate dengan menggunakan bara
arang. Renjis dengan Bahan B dan bakarlah sehingga ia garing dan masak. Hidangkan
dengan kuah sate, ketupat, hirisan timun dan bawang.

Cara untuk Bahan C - Kuah Sate


Kacang tanah dikisar jangan terlalu halus. Asam jawa diramas dengan 6 cawan air dan
ditapis. Panaskan minyak. Tumis rempah kisar sehingga garing dan enak baunya.
Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik. Tuangkan air asam. Kacau rata..

17
Masukkan pula gula pasir dan garam Akhir sekali masukkan kacang tanah dan masaklah
sehingga mendidih dengan api yang sederhan. Kuah sate ini perlu dikacau selalu, supaya
dasarnya tidak hangus. Masaklah sehingga kepekatan yang diinginkan. Kuah sate enak
dimakan setelah disimpan semalaman.

RESIPI SAMPINGAN

Jagung BBQ
Bahan-bahannya
10 batang jagung
mentega secukupnya
garam dan gula secukupnya
sedikit air
aluminium foil

Cara-caranya
Sapukan mentega secukupnya pada jagung
dan taburkan sedikit garam dan gula secukupnya. Tuangkan satu sudu makan air dan
balut dengan aluminium foil. Kemudian boleh dibarbeku.

Sour Cream

18
Kentang BBQ
Bahan-bahannya
10 biji kentang (yang sedap kentang kulit merah)
sedikit hirisan daun bawang
aluminium foil

Cara-caranya
Balutkan kentang dengan aluminium foil, kemudian barbeku. Bila sudah masak buka
aluminium foil belah memanjang dan melintang dan tekan gunakan jari tepi kentang. Isi
kentang akan terkeluar sedikit. Tuangkan sedikit sour cream diatas kentang yang panas
itu dan hirisan daun bawang.

19
coleslaw

Coleslaw
Bahan-bahannya
200 gm kobis manis, diracik
1 batang carrot kecil, diracik
1 cawan mayonis
2 sudu besar air sejuk
1 sudu kecil lada sulah
garam

Cara-caranya
Gaulkan kesemua bahan dan disimpan didalam peti sejuk. Hidangkan bila hendak
dimakan.

Salad buah

20
Bahan-bahannya
2 cawan epal - dikiub
1 sudu teh jus lemon
1 cawan anggur hijau tanpa biji
1/2 cawan tembikai merah - dikiub
1 cawan tembikai susu - dikiub
1 sudu teh jus oren
1 cawan krim putar
2 sudu besar yoghurt
3 sudu besar mayonis Whipping cream
¼ cawan gula kastor - lebihkan, jika suka
secubit garam

Cara-caranya
Campurkan epal dengan jus lemon. Gaul dengan semua buah-buahan lain. Dalam
mangkuk kecil, satukan jus oren, krim putar, dadih, mayonis, gula dan garam hingga
sebati. Kacau rata dan simpan di dalam peti sejuk atau hidangkan segera.

21
Sos cendawan

Mushroom Sauce
Sos Cendawan dengan
daging bakar

Bahan-Bahannya :
¼ pound butter
1 pound cendawan butang fresh dibersihkan dan dihiris
1 cawan daun bawang dihiris halus
2 sudu besar bawang putih, dicincang
2 sudu besar pes tomato
1½ cawan stok daging lembu
1 cawan tomato puree
½ sudu teh serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Sos cendawan segera
Cara Membuatnya :
Panaskan periuk dan cairkan mentega dan masukkan cendawan.
Masak sehingga cendawan lembut.
Masukkan bahan-bahan yang lain dan masak atas api yang sederhana selama 1 jam.
Sos sedia untuk dihidang.

22
Ayam dan Daging dengan sos lada
hitam Sos lada hitam

Black Pepper Sauce


Bahan-Bahannya :
½ cawan mentega
2 sudu besar sos Worchestershire
¾ sudu besar lada hitam
2 titis sos tobasco
½ cawan jus lemon
1 biji bawang putih dicincang
½ sudu teh mustard kering
Garam secukup rasa

Cara Membuatnya :
Panaskan periuk dan masukkan kesemua bahan-bahan sehingga mentega cair.
Boleh juga tambahkan stok daging jika mahu kemudian masak hingga sos pekat.

Thousand Island Dressings

Bahan-Bahannya :
½ cawan mayonnaise
2 sudu besar sos chilli
2 sudu besar capsicum hijau dicincang
halus
1 biji telur rebus dicincang halus
Garam dan lada hitam secukup rasa
12 biji buah olives

23
1 sudu makan sweet pickles ( jeruk mentimun manis ) dicincang
2 sudu makan daun bawang dicincang

Cara Membuatnya :
Campurkan mayonnaise bersama sos chilli, gaul rata kemudian campurkan kesemua
bahan dan gaul sebati.
Simpan di peti sejuk sehingga tiba waktu menghidang.
Resipi ini boleh dapat 1½ cawan dressing.

Thousand Island Dressings Versi 2

Bahan-Bahannya :
1½ cawan celery dicincang halus
½ cawan dill relish ( jeruk mentimun )
2 sudu makan gula
1 susu besar sos Worcestershire
1 cawan sos tomato
1 sudu the sos tobasco

2 cawan mayonnaise
2 biji telur rebus dicincang Contoh sos 1000 island
dressing
Cara Membuatnya :
Campurkan kesemua bahan dan gaul sebati. Kemudian sejukkan.
Resipi ini boleh dapat 4 cawan dressing.

Thousand Island Dressings Express

Bahan-Bahannya :
2 biji telur rebus dilenyek hingga hancur
2 cawan mayonnaise
1 sudu makan sos tomato
Garam dan lada hitam

Cara Membuatnya :
Gaul semua bahan hingga sebati dan sejukkan. Menyediakan sos 1000 island

24
Beehoon Goreng Kering
Bahan-bahannya
1 biji bawang besar
sedikit bawang putih
2 biji telur
1 batang lada merah
sedikit lobak merah
8 ekor udang
sedikit kobis panjang
mee hoon - dicelur
1 sdt kicap pekat
1 sdm kicap cair
1 sdm sos tiram
taugeh

Cara-caranya
Panaskan minyak. Masukkan telur, bawang besar, bawang putih, lada merah dan lobak
merah. Gaul sehingga rata. Masukkan udang, kubis panjang, mee hoon, kicap pekat,
kicap cair, sos tiram dan taugeh. Gaul bahan-bahan ini sehingga rata.. Akhir sekali
masukkan kesemua bahan-bahan dan digaul selama 5 hingga atau 10 minit.

25
(Pasta)Makaroni goreng

Makaroni Goreng
Bahan-bahannya
500g makaroni (sudah direbus)
250g daging cincang
2 sudu besar gula madu
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar kicap cair
½ sudu kecil serbuk lada putih
1 biji bawang besar dihiris
minyak secukupnya
garam secukup rasa
2 sudu besar mentega
1 sudu besar bawang putih dikisar
½ sudu kecil serbuk buah pala
daun sup dan daun bawang secukupnya (hiris halus)
100g udang
100g lobak merah dihiris

Cara-caranya
Perapkan daging cincang dengan kicap cair dan gula madu. Panaskan sedikit minyak dan
goreng daging. Masukkan sedikit mentega, serbuk lada putih, garam dan sos tomato.
Gaul rata sebelum diangkat. Panaskan minyak di kuali baru dan tumis bawang putih
kisar. Kemudian masukkan bawang besar diikuti dengan udang dan makaroni. Masukkan
serbuk buah pala, serbuk lada putih dan sedikit mentega. Akhir sekali masukkan lobak
merah dan daun sup dan daun bawang. Hidangkan makaroni dengan meletak daging
cincang di atasnya.

Mee Goreng
Bahan-bahannya
500g mi kuning, cuci
250g taugeh
400g sawi
200g udang
150g sotong
4 sudu makan minyak tidak tepu
1 sudu makan kicap pekat

26
3 ulas bawang putih - dihiris halus
1 sudu teh garam

Bahan-bahan yang dikisar:


12 batang lada kering
4 batang lada merah
1 labu bawang besar

Cara-caranya
Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga kekuningan. Masukkan bahan-bahan
yang dikisar dan terus tumis hingga naik baunya. Masukkan kicap dan dikacau rata.
Masukkan sotong, udang dan tumis. Goreng selama 1 minit sebelum memasukkan sayur-
sayuran. Masukkan mi dan goreng lagi selama 4 minit. Akhir sekali, masukkan taugeh
dan gaul sebentar saja. Alihkan dari dapur dan hidangkan.

27
Contoh dessert

Cocktail Jelly
Bahan-bahannya
1 gelas agar-agar (basahkan utk disukat dlm gelas)
5 gelas air (saiz gelas yang sama)
I tin cocktail (asingkan isi dan air)
1 gelas air cocktail
3 sudu mangga juice (sebagai penyedap rasa dan penambah warna)
1 senduk gula (ikut citarasa masing-masing)
Contoh dessert
Cara-caranya
Masukkan agar-agar + air + gula ke dalam periuk kemudian masakkan sampai semua
sebati dan agar-agar benar-benar hancur kemudian masukkan air cocktail + mangga juice
kacau hingga mendidih susun buah cocktail dalam acuan kemudian tuangkan agar-agar
tadi kedalam acuan yang sudah sedia dengan buah cocktail biarkan sejuk kemudian
masukkan ke dalam peti ais.

Pudding jagong ….best

Puding Jagung
Bahan-bahan:

28
1 tin Jagung Krim
1 tin susu IDEAL
1 tin susu air
½ cawan gula pasir
8-10 sudu besar tepung kastard
2 helai daun pandan
Secubit garam

Cara-cara:

1. Larutkan tenpung kastard dengan sedikit air.


2. Campurkan kesemua bahan di dalam kuali (supaya senang kacau)dan masak
menggunakan api sederhana besar.
3. Kacau sehingga adunan menjadi likat. Masukkan ke dalam bekas dan boleh la
disejukkan.

BBQ Lazat
Barbeku yang enak pasti disukai ahli keluarga, mari kita cuba petua melazatkan barbeku.
Gaulkan bahan utama dengan garam, rempah ratus dan perap semalaman, masukan
sedikit air limau nipis untuk menghilangkan bau hanyir. Jika menggunakan daging,
bungkus daging tersebut dengan daun betik untuk melembutkannya. Bungkus dan
sejukan selama 48 jam

Ikan Segar
Mengetahui sama ada isi ikan lembut atau tidak Patahkan ekor ikan (hati-hati agar
penjual ikan tidak nampak). Jika mudah dilakukan bermakna isi ikan itu lembut. Jika
ekornya liat, ini bermakna isi ikan itu keras. Menghilangkan hanyir ikan pari atau ikan
duri Rendam ikan dengan air bercampur asam jawa selama 15 minit. Kemudian kikis
kulit ikan sebelum disiang. Cuci sehingga bersih dengan air.

Risiko Barbeku
Terdapat perbezaan antara panggang atas bara dgn panggang atas api,dengan pilihan lebih
baik adalah panggang atas bara.Api yg membakar lebihan lemak atau kulit pada daging
meninggalkan unsur karbon yg tidak elok dimakan(benzopyrene).Berita buruknya ialah ia
menjadi punca barah.

Maka sate yg anda gemari itu alangkah baiknya jika dimakan bersama bawang dan timun
dlm kuantiti yg sama banyak. Bawang dan timun itu sedikit sebanyak mengandungi agen
penentang yg dpt mengurangkan risiko ancaman benzopyrene dalam tubuh.

29
Ingat panggang atas bara lebih elok!!!

Antara langkah yg boleh dilakukan utk menangani masalah ini


adalah dgn memastikan makanan tidak dipanggang sehingga
kehitaman. Elakkan juga daripada membiarkan panggangan
terkena api secara langsung.Selain itu peraman daging sebelum
panggangan boleh mengelakkan pembentukan asid
hidrosisitrik.

30

You might also like