You are on page 1of 16

KECEDERAAN TISU LEMBUT (SOFT TISSUE INJURY)

PUNCA KECEDERAAN SUKAN


Aktiviti sukan seringkali mengakibatkan kecederaan tisu lembut. Kecederaan tisu-tisu ini memberi kesan kepada otototot, ligamen dan tendon. Terseliuh merupakan satu kecederaan ligamen dan sendi. Otot dan ligamen boleh menjadi tegang dan terkoyak oleh pergerakan yang tiba-tiba atau kasar. Selain itu, tulang mungkin terpatah atau retak, terkehel atau kedua-duanya.

APLIKASI RAWATAN RICE


Pada peringkat awal, rawataan mengikut kaedah RICE sudah mencukupi tetapi jika anda ragu-ragu mengenai tahap kecederaan, rawatlah ia sebagai keretakan atau fraktur: R (REST) - Melegakan/ merehatkan anggota yang tercedera I (ICE) - Menggunakan ais untuk membuat tuaman. (20-30 minit setiap 2 hingga 3 jam) C (COMPRESS) - membuat tuaman ke atas kecederaan E (ELEVATE) - mengangkat ke atas bahagian anggota yang tercedera.

Rawatan Bagi Kecederaan Tisu Lembut


Menyokong dan melegakan/ merehatkan anggota yang tercedera dalam posisi yang selesa terhadap mangsa Jika kecederaan itu baru berlaku, tuam tempat yang tercedera dengan ketulan ais atau membuat tuaman sejuk. Cara ini akan mengurangkan bengkak, lebam dan kesakitan. Buat tuaman yang lembut pada kawasan sekeliling anggota yang tercedera dengan menggunakan lapisan kapas yang tebal atau lapisan plastik (foam) yang dibaluti dengan pembalut. Angkat dan sokong bahagian anggota yang tercedera untuk mengurangkan pangaliran darah ke tempat yang tercedera dan mengurangkan lebam.

Jenis- jenis Kecederaan Tisu Lembut Contusion/Lebam - Kecederaan pelanggaran disebabkan tekanan pada otot dengan tulang - Berdarah - Bengkak dan berubah warna tisu

Strain/ Ketegangan
- Cedera pada tendon atau otot - Terjadi disebabkan regangan dan kontraksi melampau - Mempunyai 3 peringkat: Peringkat 1 - Mikrotearing/ koyak kecil - Sakit ringan/ lembut - ROM penuh

Peringkat 2 - Makrotearing/ Koyak besar - Sakit - Tidak upaya - Bengkak - Kurangnya ROM Peringkat 3 - Koyak terus - Sakit - Bunyi pop - Hilang fungsi

Sprain / Tergeliat - Cedera pada ligamen


- Berkaitan dengan sendi - Mempunyai 3 peringkat: Peringkat 1: - Sakit ringan semasa lebih regangan tetapi masih berupaya.

Peringkat 2: - Koyak pada fiber - Sakit - Bengkak - Tidak berupaya - Ligamen masih baik/

berfungsi

Peringkat 3: - Koyak terus - Bunyi pop - Sakit - Hilang upaya - Bengkak - Hilang fungsi ligamen

Pengenalan Kepada Balutan


Pembebat (dressings) digunakan untuk:
Mengawal

pendarahan Melindungi luka dan mencegah infeksi

Pembalut (bandages) digunakan untuk: Mengekalkan tekanan tepat ke atas pembebat. Memegang pembebat dan penganduh pada tempatnya Menghadkan bengkak Membekalkan sokongan ke atas anggota dan sendi Menghalang pergerakan

Jenis- jenis Balutan


Pembalutan Bergulung - Apabila pembalut dibuka, gulungan ini dipanggil kepala dan bahagian yang telah dibuka dipanggil ekor. Letakkan kepala kepala pembalut ini di atas sekali ketika membalut. - Pastikan anda berada pada arah depan kecederaan - Apabila memulakan pembalutan, letakkan ekor pembalut pada anggota - Buat lilitan spiral dengan pembalut berlula dari bahagian tepi dan bawah tempat kecederaan - Memeriksa peredaran darah dibahagian hujung (distal) pembalutan.

Pembalut Kepala
- Pembalut segitiga yang belum berlipat

boleh digunakan untuk memegang pembebat yang ringan pada kepala walaupun ia tidak cukup kuat untuk memberi tekanan bagi mengawal pendarahan - Mangsa hendaklah duduk untuk memudahkan pembalutan pada kepalanya.

Simpulan Buku Sila (Reef Knots)


- Anda hendaklah sentiasa

menggunakan simpulan buku sila apabila mengikat pembalut - Simpulan ini tidak mudah melurut dan senang dibuka.

Sling/ Anduh
- Sling / anduh boleh dibuat daripada pembalut segitiga atau sebarang kain yang teguh dan berukuran satu meter persegi sama ada dipotong atau dilipat. - 2 jenis sling/ anduh

Sling lengan
-

Digunakan untuk menyokong lengan dan pergelangan tangan yang tercedera atau menyokong berat lengan yang terkehel.
-

Sling pengangkat
Digunakan untuk menyokong lengan dalam kes kecederaan tulang selangka (clavicle) atau bahu. Ia boleh membantu mengawal pendarahan dan mengurangkan bengkak. Gunakan sling pada bahagian yang tercedera.

Pembalut Kaki dan Tangan


- Pembalut segitiga boleh digunakan untukk meneguhkan

pembebat pada tangan atau kaki walaupun pembalut jenis ini tidak dapat memberi tekanan yang cukup bagi mengawal pendarahan.

TAMAT

You might also like