You are on page 1of 5

Bil : VI (Edisi Zulqaedah)

05 Sept 2013 / 29 Syawal 1434

AWAL DAN AKHIR KEHIDUPAN

Kalam Hikmah
" Taubat itu wajib bagi seseorang, tapi lebih wajib baginya meninggalkan dosa. Perjalanan waktu itu menghairankan, namun lebih menghairankan lagi kelalaian manusia terhadap waktu. Sabar dalam menghadapi musibah itu sulit, tapi kehilangan kesabaran itu lebih sulit lagi akibatnya. Semua yang dapat dicapai itu dekat, tapi kematian lebih dekat dari semuanya."
(Sayidina Ali )

Ada satu fenomena yang amat jarang menjadi renungan. Mengapa setiap bayi yang lahir dalam keadaan telanjang dan jari jemarinya dalam keadaan menggenggam? Dan mengapa setiap orang yang mati jemarinya dalam keadaan terbuka? Keadaan ini cukup sederhana, namun memiliki makna. Bahkan pertama kali hadir di dunia ini TIDAK MEMBAWA APAPUN, namun memiliki keinginan MENGENGGAM dunia dengan hanya MENANGIS, bahkan belum memiliki apapun, sudah takut kehilangan bahkan jika sudah memiliki harta kekayaan yang banyak, itulah gambaran awal Makhluk yang bernama manusia. Namun, ramai manusia lupa bahawa di akhir kisah kehidupannya, tangan yang semula menggenggam erat itu terbuka lepas, tidak satupun jari yang kuasa menutup. Ya, semua harta tidak satupun mampu dibawa dalam kisah kehidupan seterusnya. Namun begitu, Allah masih memberi kesempatan agar sebahagian harta bahkan keseluruhan dapat selalu HADIR MENDAMPINGI KITA ?? Pasti !! Bagaimana ?? Iaitu semasa sebahagian harta mampu digunakan di jalan Allah, memuliakan Islam dan bermanfaat kepada orang lain. Sebahagian dilaburkan untuk GENERASI yang akan menjadi Penerus Amal Soleh. Juga Ilmu yang bermanfaat untuk orang lain. Sehingga semasa meninggal, tidak ada satu harta pun yang Parking di Bank, semuanya telah dibahagi, dan tidak lagi menjadi BEBAN, bahkan menjelma menjadi BEKAL yang akan mendampingi kita di kisah kehidupan yang seterusnya.

Lakaran GerakanGerakan-gerakan Dari Segala Penjuru Yang Ingin Menghancurkan Islam


Gerakan dari negara Barat, Khususnya Amerika dan UK Serta beberapa individu

Negara Iran Arab Saudi, Pendakyah fahaman Salafi Wahhabi

Musuh dalam Selimut Pluralism


(semua agama sama)

Syiah

Komunis Moden
(Kaum Chauvanis)

Salafi Wahhabi Keganasan Jihadi

Umat Islam di Seluruh Dunia

Missionaries Kristian

Jaringan Al-Qaedah

Gerakan Kristianisasi Antarabangsa

Ya Allah ! Selamatkanlah kami daripada bidah dan kekufuran

Fahaman Aqidah Wahhabi Yang Sesat Lagi Menyesatkan : Tauhid Tiga Serangkai (Menurut Aqidah Wahhabi) dan Kesannya
Tauhid Tiga Serangkai / Tauhid Tiga T

Tauhid Rububiyyah
Menjadikan orang kafir sebagai orang bertauhid. Sedangkan tauhid dan syirik/kufur tidak berkumpul

Tauhid Uluhiyyah
Menjadi kaedah Takfir bagi mereka yang bertawassul, beristigathah, bertabarruk, dan lain-lain Membuka pintu kufur dan syirik dengan seluas-luasnya sehingga mudah menghukum orang lain sebagai jatuh syirik atau kufur

Tauhid al-Asma dan Sifat


Menjadikan ayat Mutashabihat sebagai ayat ayat sifat zat dengan makna hakikat

Kesan Peringkat Pertama

(bizatihi haqiqatan)
Mentashbih (mencontohi) & dan mentajsimkan (menganggotabadankan) Allah SWT Yang Maha Qudus

Kesan Peringkat Kedua

Tidak Memerangi golongan Musyrikin (Kafir Harbi)

Mengkafirkan Umat Islam dan menghalalkan darah mereka (Rujuk sejarah kebangkitan wahhabi)

Saidina Rasulullah ada menyebut bahawa ciri-ciri golongan khawarij yang keluar di akhir zaman adalah Memerangi umat Islam dan meninggalkan perang dengan penyembah berhala. Riwayat Bukhari, Muslim dan lain-lain. Bahkan sejarah membuktikan golongan ini bekerjasama dengan golongan kafir dalam menjatuhkan Kerajaan Islam Turki Uthmaniyyah.

Renungan UJIAN
KAYA MISKIN SIHAT SAKIT TUA MUDA

HATI SAKIT
SOMBONG KELUH KESAH LUPA GELISAH MERANA LALAI

HATI SIHAT
PEMURAH REDHA SYUKUR SABAR TENANG BERINGAT

Orang barat memanggil Qailulah sebagai "nap". Di negara barat biasanya "nap" dilakukan dari pukul 2 hingga 4 petang. Dasi hasil kajian menunjukan amalan "nap' waktu te ng a ha r i d a p a t m e ng e l ak k a n penyakit jantung. Menurut kajian lagi, manusia perlu berehat setelah 6 sehingga 8 jam berjaga. Kita orang Islam akan bangun seawal jam 5.30 pagi untuk solat subuh. kalau dikira dari waktu subuh hingga pukul 12 sehingga 1 tengahari, ia sudah cukup 7 sehingga 8 jam kita berjaga. Jadi Qailulah @ nap ini adalah sangat sangat berpatutan untuk dilakukan pada masa itu. Ia sangat sesuai denga fitrah badan manusia. Menurut mereka yang istiqamah mengamalkan Qailulah, sebaik bangkit dari Qailulah, kita mungkin akan pening sedikit selama 5-20 minit. Tetapi selepas itu, kita akan mendapati perubahan mendadak dari segi emosi, kecerdasan dan fokus. Sama-samalah kita amalkan sunnah Qailulah ini.

Cuba kita praktikan Sunnah Sayidina Rasulullah ini dengan istiqamah. Sabda Sayidina Rasulullah : " Lakukanlah Qailulah, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak berani Qailulah" (Hadist Riwayat ai-Tabrani) Apa itu Qailulah ? Qailulah ialah tidur sebentar pada siang hari. Bila waktu paling sesuai untuk amalkan Qailulah ? Mengikut pengalaman mereka yang istiqamah mengamalkan Qailulah, waktu paling baik ialah antara pukul 12 tengahari sehingga sebelum Zohor. Namun boleh juga dilakukan selepas Zohor. Apakah kelebihan atau Kebaikan Qailulah ? Mengikut kajian, 1 minit Qailulah kualitinya bersamaan dengan 45 minit waktu tidur kita di waktu malam. Jadi, cukup sekadar dapat 15 minit Qailulah, kita sudah boleh bangun solat malam tanpa rasa mengantuk, insyaAllah. Qailulah @ tidur sekejap waktu tengahari akan memudahkan kita untuk bangun malam dan berqiamulail.

Surau Nurul Huda di alam maya Geng Surau Nurul Huda Kg. Airport Lama

www.surauwww.surau-nurulhuda.tk

You might also like