You are on page 1of 41

Bab 5 : Alat Artikulasi

Alat artikulasi ialah alat ujaran yang boleh membuat penyempitan dan boleh bergerak semasa menghasilkan bunyi bahasa. Antara alat artikulasiialah bibir atas dan bibir bawah, tulang rahang, lidah, lelangit lembut dan pita suara. Huraian alat alat artikulasi ini diberikan di sebelah (sila lihat Rajah 4.1)

Daerah Artikulasi
Daerah artikulasi ialah bahagian dalam rongga mulut yang tidak dapat bergerak atau digerakkan dalam penghasilan bunyi. Walau bagaimanapun, daerah daerah ini dapat disentuh oleh alat alat artikulasi tertentu. Daerah daerah artikulasi ini ialah gigi bawah, gigi atas, gusi, lelangit keras, dan venum (iaitu bahagian atas lelangit lembut).

Rajah 4.1 1. 2. 4. 8. 9. 10. Bibir atas Bibir bawah Gigi bawah Anak tekak Hujung lidah Hadapan lidah 11. 12. 14. 18. 19. 20. Tengah lidah Belakang lidah Epiglotis Rongga mulut Rahang Tenggorok

FUNGSI ALAT ARTIKULASI


a) Bibir Atas Dan Bibir Bawah Kedua dua bibir (atas dan bawah) dapat digerakkan, dihamparkan dan dibundarkan. Misalnya, untuk menghasilkan bunyi bunyi i, b, dan w. b) Tulang Rahang Tulang rahang terlibat dalam penghasilan bunyi bunyi bahasa dalam menentukan kedudukan bibir dan gigi. Mulut akan terbuka luas jika rahang dibuka dan tertutup jika rahang ditutup.

c)

Lidah Lidah merupakan alat artikulasi yang terpenting. Gerakan lidah ke daerah

daerah tertentu dalam rongga mulut menghasilkan bunyi bunyi bahasa yang berlainan. Lidah dibahagikan kepada lima bahagian berikut : 1. Hujung lidah, iaitu bahagian lidah yang bertemu dengan gigi. 2. Daun lidah, iaitu bahagian lidah yang bertemu dengan gusi. 3. Depan lidah, iaitu bahagian lidah yang bertentangan dengan lelangit keras atau bahagian lidah selepas daun lidah.

4. Belakang lidah, iaitu bahagian lidah yang paling belakang. 5. Akar lidah, bahagian lidah yang terdekat dengan anak tekak dan berfungsi mengubah keluasan rongga tekak. d) Lelangit Lembut Lelangit lembut bermula dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga mulut dan merupakan bahagian lelangit yang paling belakang dalam rongga mulut. Lelangit lembut dapat diturunnaikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga tekak dan saluran rongga hidung. Jika lelangit lembut dinaikkan, udara dari paru paru dapat keluar melalui rongga tekak. Jika lelangit lembut diturunkkan, udara akan keluar melalui rongga hidung, menghasilkan bunyi bunyi sengau. Kelihatan bahawa peranan lelangit lembut adalah untuk menentukan sesuatu bunyi itu sengau atau tidak sengau. e) Pita Suara Peti suara terletak dalam rongga rengkung. Dalam peti suara terdapat otot otot selaput nipis yang dikenali sebagai pita suara. Pita suara dapat dirapatkan dan direnggangkan. Ruang antara pita suara itu dipanggil glotis. Glotis boleh disempitkan, dikecilkan dan dirapatkan hingga tertutup sama sekali. Sewaktu pernafasan biasa, pita suara direnggangkan supaya arus udara lalu tanpa sekatan. Dengan kata lain, dalam pernafasan biasa, glotis terbuka. Jika glotis dirapatkan serapat rapatnya dan tekanan udara dari paru paru yang kuat mengakibatkan rapatan itu dilepaskan dengan serta merta, terjadilah bunyi letupan pita suara. Jika glotis dirapatkan tetapi tidak menutup keseluruhan ruang, udara dari paru paru dapat lalu. Jika laluan udara itu menggetarkan pita, bunyi yang dihasilkan dikatakan bunyi bersuara, contohnya [a]. Sebaliknya, jika pita suara tidak bergetar, bunyi yang dihasilkan dikatakan bunyi tidak bersuara, contohnys, [s].

Rajah 4.2

Peranan Udara
Setiap bunyi bahasa dihasilkan oleh alat ujaran yang berfungsi serentak dengan gerakan udara yang keluar dari patu paru. Paru paru digerakkan oleh otot otot untuk mengeluarkan dan memasukkan udara. Lazimnya bunyi bunyi bahasa dihasilkan sewaktu udara keluar dari paru paru, melalui rongga rongga rengkung, tekak, mulut, dan hidung.

Penggolongan Bunyi Bahasa


Bunyi bunyi bahasa dapat digolongkan kepada bunyi bunyi vokal dan bunyi bunyi konsonan. Bunyi bunyi Vokal

Bunyi bunyi vokal ialah bunyi bunyi yang bersuara yang ketika menghasilkannya udara dari paru paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa mendapat sebarang sekatan atau geseran. Dengan kata lain, bunyi bunyi vokal mempunyai ciri ciri berikut : 1. Bersuara, 2. Udara keluar dari paru paru berterusan, dan 3. Udara keluar tanpa sekatan atau geseran. Penghasilan bunyi bunyi vokal pula ditentukan oleh beberapa ciri tertentu, iaitu: 1. Keadaan bibir, iaitu sama ada dihamparkan atau dibundarkan. 2. Bahagian lidah yang terlibat, iaitu sama ada depan lidah atau belakang lidah, 3. Turun naik lidah, iaitu sama ada dinaikkan setinggi tingginya, dinaikkan sedikit atau diturunkan, 4. Keadaan lelangit lembut, iaitu sama ada dinaikkan, dan udara dari paru paru keluar melalui rongga mulut sahaja (menghasilkan bunyi bunyi vokal atau oral) atau dinaikkan tetapi tidak rapat sehingga udara dari paru paru keluar melalui rongga mulut dan juga rongga hidung (menghasilkan bunyi bunyi vokal yang disengaukan), dan 5. Keadaan glotis, iaitu glotis dirapatkan dan semasa udara keluar dari paru paru pita suara bergetar. Selain vokal, terdapat juga separuh vokal, diftong, dan vokal rangkap. Separuh Vokal Bunyi separuh vokal mempunyai ciri ciri bunyi vokal, tetapi tidak merupakan vokal sepenuhnya. Sewaktu menghasilkan bunyi bunyi separuh vokal, alat alat artikulasi, iaitu lidah dan bibir, berada pada suatu kedudukan vokal, kemudian dengan segera berubah kepada kedudukan vokal lain yang berlaku secara geluncuran. Oleh sebab itu, sepatuh vokal tidak digolongkan ke

dalam golongan vokal, tetapi sebagai konsonan. Contoh separuh vokal ialah / w/ dan /y/. Diftong Diftong ialah urutan vokal yang salah satunya terdiri daripada vokal penuh dan yang lainnya geluncuran. Penghasilan urutan vokal ini merupakan satu hembusan nafas sahaja dan mempunyai satu puncak kelantangan. Bunyi diftong dilambangkan dengan dua lambang vokal, misalnya /ai/,/ou/ dan /au/. Vokal pertama menunjukkan keadaan lidah pada masa mula mula hendak menyebut diftong dan vokal kedua menunjukkan keadaan lidah pada akhir sebutan diftong. Vokal Rangkap Vokal rangkap ialah urutan dua vokal penuh, dan tiap tiap vokal merupakan vokal pebuh yang tersendiri. Misalnya daun dan lain. Dalam daun, misalnya, a dan u ialah dua vokal penuh dan perkataan ini terdiri daripada dua suku kata, iaitu da dan un.

Cara menghasilkan bunyi bunyi Vokal. Vokal [ i ] Vokal ini dikenali juga sebagai vokal depan sempit. Untuk menghasilkannya, bahagian hadapan lidah dinaikkan ke bahagian hadapan

rongga mulut, tetapi tidak menyekat arus udara dari paru paru. Bibir dihamparkan. Glotis dirapatkan, lelangit lembut dinaikkan, udara ditekan keluar dari paru paru dan pita suara bergetar.

Vokal [ e ]

Vokal ini juga dikenali sebagai vokal depan separuh sempit. Untuk menghasilkannya, hujung lidah diturunkkan kira kira 1/3 daripada kedudukannya semasa menghasilkan vokal depan sempit [ i ] dan lidah tidak menyekat arus udara dari paru paru. Bibir dihamparkan dan glotis dirapatkan. Lelangit lembut dinaikkan. Udara ditekan keluar dari paru paru dan pita suara bergetar.

Vokal [ ] Vokal ini dikenali juga sebagai vokal depan separuh luas/lapang. Untuk menghasilkannya, hujung lidah diturunkkan kira kira 2/3 daripada kedudukan semasa menghasilkan vokal depan sempit [ i ], dan lidah tidak menyekat arus udara dari paru paru. Bibir dihamperkan, glotis dirapatkan dan lelangit lembut dinaikkan. Udara ditekan keluar dari paru paru dan pita suara bergetar.

Vokal [ a ] Vokal ini dikenali juga sebagai vokal depan luas/lapang. Untuk menghasilkannya, depan lidah diturunkkan serendah rendahnya dalam rongga mulut dan udara dari paru paru lalu tanpa sekatan. Bibir dihamparkan, glotis dirapatkan dan lelangit lembut dinaikkan. Udara ditekan keluar dari paru paru dan pita suara bergetar.

Vokal [ u ] Vokal ini juga dikenali sebagai vokal belakang sempit. Untuk menghasilkannya, belakang lidah dinaikkan setinggi tinggi mungkin, tetapi tidak menyekat arus udara dari paru paru. Bibir dibundarkan, glotis dirapatkan dan lelangit lembut dinaikkan. Udara ditekan keluar dari paru paru dan pita suara bergetar.

Vokal [ o ] Vokal ini dikenali juga sebagai vokal belakang separuh sempit. Untuk menghasilkannya, belakang lidah diturunkkan kira kira 1/3 daripada kedudukan semasa menghasilkan bunyi vokal belakang sempit [ o ], dan lidah tidak menyekat arus udara dari paru paru. Bibir dibundarkan, glotis dirapatkan dan lelangit lembut dinaikkan. Udara ditekan keluar dari paru paru dan pita suara bergetar.

Vokal [ ] Vokal ini dikenali juga sebagai vokal belakang separuh luas/lapang. Untuk menghasilkanny, belakang lidah diturunkan 2/3 daripada kedudukannya semasa menghasilkan vokal [ u ], dan lidah tidak menyekat arus udara dari paru paru. Bibir dibundarkan, glotis dirapatkan dan lelangit lembut dinaikkan. Udara ditekan

keluar dari paru paru dan pita suara bergetar. Vokal [ ], vokal [ ]hadir dalam dialek dialek dan dalam bahasa baku merupakan kelainanbagi vokal [ o ], misalnya [l h] untuk [oleh].

Di hadapan Belakang Orang Oleh [ rang] [ leh]

Di Tengah golok [g l k] bolot [b l t]

Di teko [tek [

soto [s t ]

Vokal []

Untuk menghasilkan vokal ini, bahagian tengah lidah dinaiikan pada kedudukan antara menghasilkan vocal separuh luas dan vocal separuh sempit, tetapi tidak menyekat arus udara dari paru peru. Bibir berada dalam keadaan biasa, glotis dirapatkan dan lelangit nlembut dinaiikan. Udara ditekan dari paru paru dan pita suara bergetar.

Bunyi bunyi konsonan Bunyi bunyi konsonan ialah bunyi bunyi selain bunyi vokal, sama ada bersuara atau tidak bersuara, yang ketika menghasilkannya udara dari paru paru menerima sekatan atau geseran, yang berlaku dalam rongga mulut, rongga tekak atau rongga hidung. Kesimpulannya, bunyi bunyi konsonan mempunyai ciri ciri berikut: 1. Ada konsonan yang bersuara dan ada konsonan yang tidak bersuara, bergantung sama ada pita suara digetarkan atau tidak, 2. Arus udara yang keluar dari paru paru menerima sekatan atau geseran, 3. Semasa menghasilkannya berlaku sekatan atau geseran dalam rongga tekak atau mulut hasil daripada sentuhan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi, dan 4. Ada konsonan sengau dan ada konsonan tidak sengau, bergantung kepada keadaan lelangit lembut semasa bunyi itu dihasilkan. Seperti vokal, penghasilan bunyi bunyi konsonan ditentukan oleh beberapa perkara, seperti yang berikut: 1. Keadaan glotis, iaitu sama ada glotis dirapatkan dan pita suara bergetar tatkala arus udara keluar dari paru paru, menghasilkan bunyi suara, atau glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar, menghasilkan bunyi tidak bersuara. Perlu diingat bahawa jika glotis dirapatkan dan pita suara tidak bergetar semasa arus udara dari paru paru melaluinya, bunyi yang terhasil ialah bisikan. Keadaan glotis semasa menghasilkan bunyi adalah seperti rajah di bawah:

2. Keadaan lelangit lembut, yang boleh dinaikturunkan. Jika lelangit lembut dinaikkan, bunyi bunyi konsonan yang dihasilkan bersifat bunyi bunyi oral. Jika lelangit lembut diturunkan, udara dari paru paru dapat keluar melalui rongga hidung, menghasilkan bunyi bunyi sengau atau bunyi nasal. 3. Cara arus udara keluar dari paru paru, yang akan menghasilkan pelbagai kategori bunyi konsonan, iaitu konsonan letupan, konsonan letusan, konsonan geseran, konsonan sengau, konsonan sisian, konsonan getaran, dan separuh vokal. 4. Sentuhan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi, yang akan menghasilkan pelbagai bunyi konsonan, antaranya konsonan dua bibir, konsonan bibir gigi, konsonan gigi, konsonan gelungan, konsonan gusi lelangit keras, konsonan lelangit lembut, dan konsonan anak tekak. Cara menghasilkan bunyi bunyi Konsonan Konsonan Letupan Letupan Dua Bibir [ p ] dan [ b ] menghasilkan konsonan letupan dua bibir adalah dengan Cara

merapatkan bibir bawah ke bibir atas dan menaikkan lelangit lembut rapat ke dinding belakang rongga tekak. Arus udara keluar dari paru paru melalui rongga mulut dan tersekat di belakang pertemuan dua bibir. Kemudiannya, sekatan itu dilepaskan dengan serta - merta

Jika semasa menghasilkan bunyi itu glotis direnggangkan, pita suara tidak bergetar, dan bunyi yang terhasil ialah konsonan letupan dua bibir tidak bersuara, iaitu [ p ]. Tetapi jika glotis dirapatkan dan pita suara bergetar, yang terhasil ialah konsonan letupan dua bibir bersuara [ b ].

Letupan Gusi [ t ] dan [ d ]

Cara menghasilkan konsonan letupan gusi adalah dengan merapatkan hujung lidah ke gusi dan menaikkan lelangit lembut rapat ke dinding belakang rongga tekak. Arus udara dari paru paru melalui rongga mulut dan tersekat di belakang pertemuan di antara hujung lidah dengan gusi. Kemudian, sekatan itu dilepaskan dengan serta merta. Jika semasa penghasilan bunyi ini glotis direnggangkan, pita suara tidak bergetar, dan bunyi yang terhasil ialah konsonan letupan gusi tidak bersuara, iaitu [ t ]. Tetapi jika glotis dirapatkan dan pita suara bergetar, yang terhhasil ialah letupan gusi bersuara [ d ].

Letupan Lelangit Lembut [ k ] dan [ g ]

Cara menghasilkan konsonan letupan lelangit lembut adalah dengan menemukan belakang lidah dengan lelangit lembut, sambil menaikkan lelangit lembut rapat ke dinding belakang rongga tekak. Arus udara dari paru paru keluar melalui rongga mulut dan tersekat di belakang pertemuan di antara belakang lidah dengan lelangit lembut. Kemudiannya, sekatan tersebut dilepaskan dengan derta merta. Jika semasa penghasilan bunyi itu glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar, bunyi yang terhasil ialah letupan lelangit lembut tidak bersuara [ k ]. Tetapi jika glotis dirapatkan dan pita suara bergetar, bunyi yang terhasil ialah letupan lelangit lembut bersuara [ g ].

Hentian Glotis [ ? ]

Konsonan hentian glotis dihasilkan dengan cara pita suara dirapatkan serapat rapatnya dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak. Arus udara keluar dari paru paru dan tersekat di belakang rapatan pita suara. Rapatan itu kemudiannya dilepaskan serta merta tanpa menggetarkan pita suara. Justeru, terhasillah bunyi hentian glotis. Hentian glotis hadir di akhir akhir perkataan yang dieja dengan huruf k.

Konsonan Letusan Konsonan letusan (atau afrikat) dihasilkan dengan membuat sekatan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi. Pertemuan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi ini menyekat arus udara dari paru paru. Kemudiannya, sekatan ini dilepaskan perlahan lahan, menghasilkan bunyi letusan.

Dalam bahasa melayu, terdapat hanya sepasang konsonan letusan, iaitu letusan lelangit keras tak bersuara [ c ] dan bersuara [ j ]. Berikut ialah cara menghasilkan konsonan konsonan ini. Konsonan letusan lelangit keras dihasilkan dengan cara depan lidah ditemukan dengan daerah lelangit keras dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak. Arus udara dari paru paru keluar melalui rongga mulut dan tersekat di belakang pertemuan antara depan lidah dengan lelangit keras. Kemudiannya, sekatan itu dilepaskan perlahan lahan. Jika sewaktu menghasilkan bunyi ini glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar, maka terhasillah konsonan letusan lelangit keras tidak bersuara [ c ]. Tetapi jika glotis dirapatkan dan pita suara bergetar, maka terhasillah konsonan letusan lelangit keras bersuara [ j ]

Konsonan Geseran Konsonan Geseran Gusi Tidak Bersuara [ s ]

Konsonan geseran gusi tidak bersuara dihasilkan dengan cara hujung lidah ditemukan dengan daerah gusi. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang dinding rongga tekak. Arus udara dari paru paru keluar melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser dengan daerah pertemuan hujung lidah dengan gusi. Glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar. Maka terhasilkan konsonan geseran gusi tak bersuara [ s ].

Konsonan Geseran Glotis [ h ]

Konsonan geseran glotis dihasilkan dengan cara glotis terbuka luas dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak. Arus udara dari paru paru keluar bergeser tanpa gangguan dan keadaan dalam rongga mulut seperti menghasilkan bunyi bunyi vokal. Konsonan Getaran

Konsonan getaran dihasilkan tanpa sebarang sekatan atau sentuhan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi dalam rongga mulut, tetapi dengan cara menggetarkan lidah. Dalam bahasa Melayu terdapat hanya satu konsonan getaran, iaitu konsonan getaran gusi [ r ]. Cara menghasilkan bunyi ini adalah dengan mengangkat hujung lidah ke arah gusi dan menggetarkan hujung lidah. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.

Konsonan Sisian Konsonan sisian dihasilkan dengan membuat sekatan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi di dalam rongga mulut, dan arus udara dari paru paru keluar melalui sisi lidah. Dalam bahasa melayu terdapat hanya satu konsonan sisian, iaitu sisian gusi, [ l ] Konsonan sisian gusi dihasilkan dengan cara hujung lidah diangkat ke arah gusi atas dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak. Arus udara dari paru paru keluar melalui kiri dan kanan lidah (sisi lidah). Glotis dirapatkanndan pita suara bergetar.

Konsonan Sengau Konsonan Sengau Dua Bibir [ m ] Konsonan sengau dua bibir dihasilkan dengan bibir bawah dirapatkan ke bibir atas, lelangit lembut diturunkan dan arus udara dari paru paru keluar melalui rongga hidung. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.

Konsonan Sengau Gusi [ n ]

Konsonan sengau gusi dihasilkan dengan hujung lidah ditemukan dengan gusi. Lelangit lembut diturunkan dan arus udara dari paru paru keluar melalui rongga hidung. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.

Konsonan Sengau Gusi - Lelangit Keras [ ]

Konsonan sengau lelangit keras dihasilkan dengandepan lidah ditemukan ke lelangit keras. Lelangit lembut diturunkan dan arus udara dari paru paru keluar melalui rongga hidung. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. Oleh sebab lambang [ ] tidak ada pada mesin taip, dalam sistem ejaan Rumi bahasa Melayu konsonan ini dilambangkan dengan dua huruf, iaitu ng.

Konsonan Sengau Lelangit Lembut [ ].

Konsonan sengau lelangit lembut dihasilkan dengan belakang lidah diangkat ke lelangit lembut. Lelangit lembut diturunkan dan arus udara dari paru paru keluar melalui rongga hidung. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. Dalam system ejaan Rumi bahasa Melayu, konsonan ini juga dilambangkan dengan dua huruf, iaitu ng.

Separuh Vokal Separuh Vokal Dua Bibir [ w ] Separuh vokal dua bibir dihasilkan dengan cara bibir dan belakang lidah mengambil kedudukan seperti menghasilkan vokal [ u ], iaitu bibir dibundarkan dan belakang lidah dinaikkan setinggi mungkin. Kemudian, berlaku geluncuran ke arah kedudukan vokal yang mengikutinya. Lelangit lembut dinaikkan untuk menutup rongga hidung dan pita suara bergetar.

Separuh Vokal Lelangit Keras [ j ]

Separuh vokal lelangit keras dihasilkan dengan cara bibir dan lidah mengambil kedudukan seperti menghasilkan vokal [ i ], iaitu bibir dihamparkan dan hujung lidah dinaikkan setinggi mungkin. Kemudian, berlaku geluncuran ke arah kedudukan vokal yang mengikutinya. Lelangit lembut dinaikkan untuk menutup rongga hidung dan pita suara bergetar.

Cara menghasilkan bunyi bunyian Konsonan Pinjaman. Konsonan Geseran Bibir Gigi [ f ] dan [ v ] Konsonan geseran bibir gigi dihasilkan dengancara bibir bawah dirapatkan ke gigi atas supaya menjadi sempitan. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak. Arus udara dari paru paru keluar melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser dengan sempitan bibir bawah dengan gigi atas. Jika semasa menghasilkan bunyi itu glotis direnggangkan, pita suara tidak bergetar. Maka bunyi yang terhasil ialah konsonan geseran bibir gigi tak bersuara, iaitu f. Tetapi jika glotis dirapatkan dan pita suara bergetar, maka bunyi yang terhasil ialah konsonan geseran bibir gigi bersuara, v.

Konsonan Geseran Gigi - [ th ] dan [ dh ]

Konsonan geseran gigi dihasilkan dengan cara hujung lidah berada di antara gigi atas dengan gigi bawah. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak. Arus udara dari paru paru keluar melalui rongga mulut dan dibiarkan di daerah gigi. Jika sewaktu menghasilkan bunyi ini glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar, konsonan yang dihasilkan ialah konsonan geseran gigi tak bersuara, yang dilambangkan dalam sistem ejaan sebagai deretan dua huruf, iaitu th. Jika glotis dirapatkan dan pita suara bergetar, bunyi yang terhasil ialah konsonan geseran gigi bersuara, yang dilambangkan dengan dh. Dalam ejaan Rumi baharu, th dan dh telah diubah menjadi s dan d.

Konsonan Geseran Bersuara [ z ]

Konsonan geseran gusi bersuara dihasilkan dengan cara hujung lidah ditemukan dengan daerah gusi. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang dinding rongga tekak. Arus udara dari pura pura keluar melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser dengan daerah pertemuan hujung lidah dengan gusi. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.

Konsonan Gusi Lelangit Keras Tak Bersuara [ sy ] Konsonan gusi lelangit keras tak bersuara ini dihasilkan dengan bahagian belakang depan lidah ditemukan dengan daerah antara gusi dengan lelangit keras. Lelangit lembut dinaikkan rapat ek dinding belakang rongga tekak.

Arus udara dari paru paru keluar melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser di daerah pertemuan antara depan lidah dengan sempadan gusi lelangit keras. Glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar. Dalam ejaan Rumi, bunyi ini dilambangkan dengan deretan dua huruf, sy.

Konsonan Geseran Lelangit Lembut [ kh ] dan [ gh ]

Konsonan geseran lelangit lembut dihasilkan dengan cara belakang lidah diangkat ke arah lelangit lembut, yang dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak. Arus udara dari paru paru keluar melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser di daerah pertemuan antara belakang lidah dengan lelangit lembut. Cara menghasilkan diftong Cara menghasilkan diftong [ ai ] Untuk menghasilkan diftong ai, lidah berada pada kedudukan untuk vokal depan [ a ] dan kemudian berpindah kepada kedudukan vokal depan sempit [ i ]. Dengan kata lain, bahagian depan lidah diangkat ke arah vokal [ i ], tetapi tidak sehingga berada pada kedudukan tersebut. Hujung lidah menyentuh bahagian gigi bawah. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding rongga tekak dan arus

udara dari paru paru keluar melalui rongga mulut. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. Bibir dihamparkan. Cara menghasilkan diftong [ au ]

Untuk menghasilkan diftong au, lidah berada kira kira pada kedudukan vokal [ a ] dan kemudian berubah kepada kedudukan vokal belakang sempit [ u ]. Pada mulanya, bibir terhampar tetapi menjadi semakin bundar. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding rongga tekak dan arus udara dari paru paru keluar melalui rongga tekak. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. Cara menghasilkan diftong [ oi ]

Untuk menghasilkan diftong oi, lidah mula mula berada pada kedudukan vokal belakang separuh sempit [ o ] dan kemudian berubah kepada kedudukan vokal depan separuh sempit [ i ]. Pada mulanya, bibir dibundarkan, tetapi kemudian menjadi semakin hampar. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding rongga tekak dan arus udara dari paru paru keluar melalui rongga tekak. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. Carta di bawah menunjukkan kedudukan lidah dalam penghasilan ketiga tiga diftong di atas. Anak panah menunjukkan arah geluncuran.

BIBLIOGRAFI.

i.

Nik Safiah Karim. (2007). Bahasa Malaysia Kertas 1 dan 2. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

ii.

Norlidza Shamsuddin. (2007). Bahasa Malaysia Kertas 1 dan 2. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

iii.

Arbak Othman. (1999). Kamus Bahasa Melayu. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

RUJUKAN.
i. Ace Ahead Bahasa Malaysia kertas 1 dan 2.

DIFTONG
Diftong berasal daripada perkataan phtong yang terdapat dalam bahasa Yunani yang bermakna suara atau disuarakan. Daripada makna tersebut, terhasillah diphthong yang bermakna dua vokal atau dua bunyi yang hanya menduduki satu suku kata. Dalam bahasa Melayum, diphthong disebut sebagai diftong. Diftong didefinasikan sebagai huruf difting dieja dengan gabungan dua huruf vokal yang dilafazkan sebagai bunyi geluncuran. Dalam bahasa Melayu, terdapat tiga jenis huruf diftong yang dieja dengan gabungan huruf vokal seperti [ai], [au] dan [oi]] Dalam bahasa Melayu, diftong dianggap sebagai satu suku kata yang dilambangkan oleh dua fonem vokal, tetapi disebut sebagai satu bunyi. Diftong mempunyai puncak kelantangan dan terdapat cirri geluncuran dalam membunyikannya, iaitu lidah pada mulanya diletakkan pada keadaan sebagaimana hendak membunyikan sesuatu vokal, kemudian digeluncurkan ke arah membunyikan vokal lain.

You might also like