You are on page 1of 49

1

KAJIAN TERHADAP STRES DIKALANGAN GURU SEKOLAH RENDAH DI ZON PERMAS JAYA, JOHOR BAHRU DARI ASPEK PERSONALITI

NOORNAZIFAH BINTI MD SUANDI

Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi Sebahagian daripada syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik).

FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APRIL, 2008

ABSTRAK

Stres dan personaliti adalah perkara yang lumrah dalam kehidupan kita pada masa kini. Oleh yang demikian, kajian punca dan tahap stres dikalangan guru merupakan satu senario yang agak subjektif. Ianya merupakan satu kajian tinjauan bagi melihat punca, tahap stres dan tahap stres dari aspek personaliti dikalangan guru sekolah rendah di zon Permas Jaya, Johor Bahru. Seramai 118 orang responden telah dipilih secara rawak berstrata (kuota) dalam menjayakan kajian ini. Enam buah sekolah rendah di zon ini telah dijadikan oleh penyelidik sebagai tempat kajian. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah set soal selidik, skala likert 5 mata digunakan bagi tahap stres manakala bagi tahap stres dari aspek personaliti skala berpandukan kepada set ujian Malek Mukamat Said (2004). Data di analisis menggunakan perisian komputer Statistical Packages for Social Science (SPSS 15.0). Hasil dapatan kajian dinyatakan dalam bentuk diskriptif (frekuensi dan peratusan). Dapatan kajian menunjukkkan bahawa guru sekolah rendah mengalami tahap stres yang rendah dan mereka juga menghadapi tahap stres dari aspek personaliti yang sederhana tinggi. Ini menunjukkan bahawa tahap stres tidak dipengaruhi oleh personaliti responden. Faktor-faktor seperti bebanan kerja, hubungan interpersonal dan masalah pelajar tidak mempengaruhi tahap stres guru.

ABSTRACT

It is important nowadays, for every individual to know their level of stress and personality. This research on the causes and the level of stress is very subjective. It is the survey researches that focus on causes, level and stress from the personality aspects among teachers in Permas Jaya zone. Altogether, they were 118 stratified random sample, involved in this research. The instrument used in this research were sets of questionnaire, five points likert scale were used to evaluate the level of stress while the level of personality stress was adapted from the test instrument by Malek Mukamat Said (2004). Data was collected and analysed by Statistical Packages for Social Science (SPSS 15.0). The finding showed that the level of stress among the primary school teachers was low, but at the same time they also had medium levels of personality stress. This showed that the level of stress was not dependent on the personality of the respondent. Generally, the stress among teacher was not influenced by several factors such as the workload, interpersonal relationship and students problem.

KANDUNGAN

BAB

PERKARA

MUKA SURAT

JUDUL PENGAKUAN PENGESAHAN PENYELIA DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN

i ii iii iv v vi vii viii xii xiii xiv

PENDAHULUAN

1.0 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 1.7 1.8

Pengenalan Latar Belakang Masalah Penyataan Masalah Objektif Kajian Persoalan Kajian Hipotesis Kajian Batasan Kajian Kepentingan Kajian Definisi Istilah 1.8.1 Guru-guru 1.8.2 Stres

1 2 5 6 7 7 7 8

9 9

5 1.8.3 Punca Stres 1.8.4 Personaliti 1.8.5 Demografi 1.9 Penutup 9 10 10 11

II

SOROTAN KAJIAN

2.0 2.1 2.2

Pengenalan Kajian-kajian Faktor dan Tahap Stres Teori Personaliti 2.2.1 Teori Personaliti Carl Jung 2.2.1.1 Personalti Ekstrovert 2.2.1.2 Personalti Introvert 2.2.1.3 Personalti Ambivert

12 12

19 19 20 20 21 22

2.3 2.4

Kajian Tentang Personaliti Penutup

III

METODOLOGI KAJIAN

3.0 3.1 3.2 3.3 3.4

Pengenalan Reka Bentuk Kajian Populasi dan Sampel Kajian Pembentukan Instrumen Kajian Insturmen Kajian 3.4.1 Bahagian A - Maklumat Peribadi /Demografi 3.4.2 Bahagian B - Ujian Tahap Stres 3.4.3 Bahagian C - Ujian Stres dari Aspek Personaliti

23 23 24 25 26

26

26

27 29

3.5

Tatacara Kajian

6 3.6 3.7 3.8 Kajian Rintis Penganalisaan Data Penutup 30 30 31

IV

ANALISIS DATA

4.0 4.1 4.2

Pengenalan Latar Belakang Responden Tahap Stres 4.2.1 Analisis Stres (Lebihan Kerja) 4.2.2 Analisis Stres (Hubungan Interpersonal) 4.2.3 Analisis Stres (Masalah Pelajar) 4.2.4 Analisis Tahap Stres

32 33 35 36 38 40 42 43

4.3

Stres Dari Aspek Personaliti 4.3.1 Analisis Tahap Stres Dari Aspek Personaliti Berdasarkan Item

43

4.3.2 Analisis Tahap Stres Dari Aspek Personaliti 46 4.4 Hubungan Tahap Stres Dan Stres Dari Aspek Personaliti 4.5 Penutup 48 50

RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.0 5.1 5.2 5.3 5.4

Pengenalan Ringkasan Kajian Perbincangan Hasil Kajian

51 52 53

Perbincangan Analisis Latar Belakang Responden 53 Perbincangan Analisis Tahap Stres Mengikut Faktor Stres (Lebihan Kerja, Hubungan Interpersonal, Masalah Pelajar) 5.4.1 Perbincangan Analisis Stres (Lebihan Kerja) 55 54

7 5.4.2 Perbincangan Analisis Stres (Hubungan Interpersonal) 5.4.3 Perbincangan Analisis Stres (Masalah Pelajar) 5.5 5.6 Perbincangan Analisis Tahap Stres Perbincangan Analisis Tahap Stres Dari Aspek Personaliti 5.7 Perbincangan Analisis Hubungan Tahap Stres Dengan Stres Dari Aspek Personaliti 5.8 5.9 5.10 5.11 5.12 Kesimpulan Implikasi Kajian Cadangan Kajian Cadangan Kajian Lanjutan Penutup 58 59 60 61 62 63 57 56 56 55

Bibliografi

64

Lampiran

70

BAB I

PENDAHULUAN

1.0

Pengenalan

Kamus Oxford mendefinisikan stres sebagai satu tekanan atau desakan, usaha, tuntutan ke atas keupayaan fizikal atau mental. Ini bermaksud stres adalah suatu keadaan dimana kekuatan fizikal, mental dan emosi seseorang individu teruji melampaui keupayaan tubuh dan mindanya yang tidak mampu menahan dan menanggungnya lagi. Seorang ahli psikologi terkenal, Walter Cannon (1920), menyatakan bahawa stres bermaksud gerak balas lawan atau lari ( fight or flight ).

Hans Selye (1963), telah memberikan maksud yang baru mengenai stres dengan membuktikan di dalam kajiannya terhadap binatang. Beliau menunjukkan bahawa stres boleh menyebabkan penyakit, seterusnya penyakit yang dihidapi akibat daripada stres yang berlebihan boleh membawa maut. Ini boleh berlaku ke atas manusia.

Sebenarnya stres adalah sebahagian daripada kehidupan setiap insan, setiap gologan masyarakat tidak mengira usia akan berisiko untuk mengalami stres, cuma yang membezakannya adalah mengetahui kehadirannya atau tidak dan cara mengendalikan stres di dalam kehidupan seharian seseorang itu.

9 Menurut kajian yang telah dilakukan oleh Institut Of Stress di New York, Amerika, didapati bahawa 90 peratus daripada lelaki dewasa mengalami stres yang amat tinggi sekurang-kurangnya dua kali seminggu, manakala 25 peratus mengalami stres setiap hari.

Perangkaan ini menunjukkan bahawa stres dalam kehidupan seseorang individu yang semakin menjadi trend semasa. Kebanyakan dari kita hanya mengetahui atau mengganggap stres dari aspek yang negatifnya sahaja. Ini termasuklah kecenderungan untuk melakukan keganasan serta meningkatkan risiko penyakit mental. Tetapi jika dilihat dari satu aspek lagi, sebenarnya stres juga mempunyai kebaikan apatah lagi dalam kehidupan yang serba moden dan canggih kini.

1.1

Latar Belakang Masalah

Peranan guru amat penting dewasa ini, ia adalah domain utama yang perlu dilaksanakan dengan penuh amanah dalam proses penerapan dan penyampaian ilmu kepada anak bangsa. Ledakan era globalisasi dalam multimedia, menuntut warga pendidik untuk membangunkan diri, sama ada secara rela atau tidak dalam bidang pendidikan yang sering berubah dan mempunyai pembaharuan dari masa ke semasa. Situasi inilah secara umumnya telah mengakibatkan warga pendidik terpaksa berhadapan dengan pelbagai tugas dan tanggungjawab yang lebih mencabar, lebih berat dan semakin terbeban.

Justeru itu, stres merupakan satu penyakit yang sering dikaitkan dengan tahap kesihatan mental dan sering menyerang warga pendidik khasnya. Bahkan selagi bernama manusia, setiap daripada kita pastinya pernah merasai pengalaman tertekan atau stres dalam kehidupan seharian.

10 Dipetik daripada Utusan Online oleh Tajaiyah Ihsan di dalam artikelnya yang bertajuk Tekanan melawan atau lari: Pakar Psikitri Kanak-kanak, Remaja dan Dewasa, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Dr. Subash Kumar berkata, "Walaupun stres atau tekanan dikategorikan sebagai penyakit yang serius tetapi sayangnya ia tidak diberi perhatian. Ini mungkin kerana masyarakat bertanggapan bahawa stres hanya memberikan kesan seketika tanpa menyedari bahawa stres boleh menjejaskan seluruh badan dan minda. Beliau juga menyatakan bahawa kanakkanak boleh mengalami stres, lebih menyedihkan apabila ibu bapa tidak mengambil peduli atau memberikan perhatian terhadap masalah ini.

Menurut

Pertubuhan

Kesihatan

Sedunia

(WHO),

kesihatan

mental

didefinisikan sebagai kebolehan mengekalkan hubungan yang harmoni dengan orang lain, Kebolehan dalam mengambil bahagian di dalam aktiviti kemasyarakatan dan kebolehan menyumbang khidmat kepada masyarakat, (Kempen Cara Hidup Sihat, Kementerian Kesihatan Malaysia). Menurut Anthony Yeo (1985), berpendapat stres adalah bentuk tekanan yang memberi kesan dalam kehidupan individu, kesan positif atau negatif bergantung kepada reaksi individu.

Selain itu, stres adalah tindakbalas bagi memenuhi tuntutan bagi menyesuaikan diri ke arah keadaan yang stabil (Shepherd P.C, 1987). Justeru itu, stres warga pendidik boleh didefinisikan sebagai perasaan tidak selesa, emosi negatif seperti marah, kebimbangan, tekanan serta kekecewaan yang berpunca dari aspek kerja sebagai seorang guru (Kyriacou & Sutcliffe, 1978).

Setiap insan diciptakan oleh Allah yang maha esa ada keistimewaannya yang tersendiri. Malahan keistimewaan inilah telah menyebabkan tiada insan yang dilahirkan dengan ciri yang sama. Kamarudin Hj. Hussin (1996, dalam Yong, 1998), tiada seorang pun termasuk kembar seiras yang benar-benar menyamai antara satu sama lain khasnya tingkahlaku. Ini menunjukkan bahawa setiap insan mempunyai personaliti yang tersendiri. Personaliti individu dapat dibayangkan melalui kecenderungannya untuk bertingkahlaku mengikut cara tertentu. Personaliti adalah sesuatu yang kompleks dan boleh beubah-ubah mengikut peredaran masa, malahan ianya juga boleh ditentukan oleh pengaruh luaran dan dalaman.

11 Menurut Asmawati Baharudin dan Norhalim Ibrahim (1996, dalam Yong, 1998), personaliti merupakan natijah kepada interaksi faktor genetik dan faktor persekitaran. Faktor-faktor dalaman yang mempengaruhi personaliti seperti baka dan keturunan, aspek-aspek fizikal, fisiologi dan biokimia, pengaruh endokrin, proses pertumbuhan dan kematangan.

Manakala faktor luaran yang mempengaruhi personaliti pula termasuklah pengaruh ibu bapa dan keluarga, guru-guru, media massa, faktor sosial dan budaya, pengalaman hidup, kerencatan fizikal dan mental serta reaksi terhadap penyakit.

Habibah dan Noran (1997, dalam Nooraini, 2002) melaporkan bahawa personaliti seseorang bergantung kepada interaksi terhadap beberapa faktor termasuklah faktor baka dan pengaruh persekitaran yang mempengaruhi cara didikan keluarga seperti ibu bapa, budaya dan perbezaan kaum.

Secara umumnya personaliti individu boleh diukur dan dikategorikan kepada 11 aspek utama, iaitu asertif, analitikal, keterbukaan, kritik diri, kepimpinan, jati diri, prihatin, intelektual, pencapaian, integriti, dan ketidakselarasan. Namun aspek ini hanya akan dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu jenis A meliputi individu yang agresif, bertenaga, bercita-cita tinggi dan berdaya saing dan jenis B iaitu bagi individu yang penyabar, sederhana dan kurang daya saing.

Personaliti memainkan peranan penting bagi seseorang dalam menangani stres. Ia merupakan satu cara bagi setiap individu khususnya guru untuk mengekalkan daya kerja disamping mengawal emosi melalui trait personaliti yang mereka miliki. Biasanya suasana kerja, tindakbalas psikologikal ( keletihan dan kemurungan ), fisiologi ( penyakit seperti sakit kepala dan darah tinggi ) dan sikap sering diberi perhatian. Sebenarnya trait personaliti juga turut mempengaruhi seseorang itu terdedah kepada stres yang kritikal atau sukar diatasi.

12 Seterusnya, faktor stres turut menyumbang kepada suasana kerja yang kurang memuaskan di ikuti dengan tiada kepuasan bekerja dan keinginan untuk meninggalkan kerjaya guru semakin meningkat. Akibatnya, guru menjadi agresif, bimbang mengalami kekecewaan, sifat suka mengelak, tahap kehadiran yang kurang memuaskan dan prestasi kerjanya juga merosot.

1.2

Penyataan Masalah

Apakah faktor utama yang menjadikan guru stres ( lebihan kerja, hubungan interpersonal, dan persekitaran kerja) dan faktor yang paling dominan

mempengaruhi tahap stres yang tinggi.

Kajian sejauh mana personaliti individu mempengaruhi stres dan jenis personaliti yang bagaimana menyebabkan seseorang individu itu mudah terdedah kepada stres. Persoalan yang sering timbul, personaliti yang dimiliki oleh guru mempengaruhi mereka dalam menghadapi stres.

Menurut Hans Selye (1936), punca stres berkait rapat dengan masalah rumahtangga dan juga sosial. Melalui pembacaan pengkaji, didapati tiga punca stres yang dominan berlaku di kalangan guru. Ini akan dijadikan asas dalam membina item soal selidik yang akan dilaksanakan kemudian. Tiga punca stres itu ialah bebanan kerja, hubungan interpersonal dan masalah pelajar yang dikenalpasti daripada kajian yang lalu.

Apakah faktor ini masih menjadi punca utama yang menyebabkan guru stres sama ada lebihan kerja, hubungan interpersonal dan masalah pelajar. Masalah yang ingin dikaji oleh pengkaji adalah adalah faktor stres iaitu lebihan kerja, hubungan interpersonal dan masalah pelajar dari aspek jenis personaliti seperti jenis A (agresif, bertenaga, bercita-cita tinggi, berdaya saing) dan jenis B (penyabar, sederhana, kurang daya saing). Ini berikutan kedudukan sekolah di zon Permas Jaya adalah di

13 pinggir bandar dan memungkinkan fenomena stres berlaku di kalangan guru. Ini ditambah lagi dengan latarbelakang pelajarnya yang tinggal di kawasan setinggan.

Tambahan pula, bilangan guru yang tidak mencukupi berbanding dengan nisbah pelajar di dalam sebuah kelas. Secara amnya bilangan pelajar dalam sebuah kelas di zon Permas Jaya di antara 44 hingga 47 orang. Ini menyukarkan guru untuk mengurus dan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara berkesan dan efektif.

Disamping itu, jumlah waktu mengajar guru juga bertambah dan sekurangkurangnya 32 waktu seminggu, selain dari menguruskan hal yang berkaitan dengan tugas pengkeranian, ko-kurikulum termasuklah organisasi dan berpersatuan.

Kajian ini juga diharapkan agar dapat mengesan serta memperbaiki masalah stres yang dialami oleh para guru dari aspek personaliti, seterusnya dapat mencapai wawasan pendidikan.

1.3

Objektif Kajian

Secara keseluruhannya, kajian ini adalah untuk mengenalpasti faktor, tahap dan stres dari aspek jenis personaliti yang dimiliki oleh guru. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk:

1.3.1 Mengenalpasti tahap stres ( lebihan kerja, hubungan interpersonal dan masalah pelajar ) di kalangan guru sekolah rendah. 1.3.2 Mengenalpasti jenis personaliti guru sama ada jenis A - agresif, bertenaga, bercita-cita tinggi, berdaya saing atau jenis B - penyabar, sederhana, kurang daya saing. 1.3.3 Mengenalpasti perkaitan antara tahap stres guru dengan personaliti guru.

14 1.4 Persoalan Kajian

Untuk memenuhi objektif kajian yang dinyatakan beberapa persoalan dikemukakan di dalam kajian ini.

1.4.1 Apakah tahap stres ( lebihan kerja, hubungan interpersonal dan masalah pelajar ) di kalangan guru sekolah rendah ? 1.4.2 Apakah jenis personaliti guru sekolah rendah yang dikaji? 1.4.3 Adakah terdapat perkaitan di antara tahap stres dengan personaliti guru?

1.5

Hipotesis Kajian

1.5.1 Hipotesis H0 H1
:

Tiada terdapat hubungan yang signifikan antara stres dari aspek personaliti.

Terdapat hubungan yang signifikan antara stres dari aspek personaliti.

1.6

Batasan Kajian

Kajian ini dilaksanakan di beberapa

buah sekolah di zon Permas Jaya,

daerah Johor Bahru. Responden yang di pilih secara rawak berstrata (kuota) adalah seramai 118 orang guru sekolah rendah. Tumpuan kajian adalah untuk melihat faktor stres yang paling dominan di kalangan guru sekolah rendah dan seterusnya melihat adakah terdapat hubungan di antara stres dari aspek personaliti.

15 1.7 Kepentingan Kajian

Kajian ini adalah penting kepada para guru, pihak pentadbiran sekolah dalam pendidikan mahupun di peringkat Jabatan Pelajaran. Ia amat penting kepada :

1.7.1 Guru-guru

Ia boleh dijadikan sebagai panduan dan maklumat kepada warga guru tentang cara menangani stres dengan berkesan mengikut persekitaran yang dihadapi khususnya mengenai aspek personaliti.

1.7.2 Pihak Pentadbiran Sekolah

Dapatan ini dapat membantu pihak pentadbir sekolah membuat pertimbangan dalam merancang aktiviti-aktiviti staf di sekolah.

1.7.3 Pihak Jabatan Pelajaran

Boleh menggunakan maklumat daripada dapatan kajian ini untuk membantu warga guru menangani persoalan stres. Selain itu, pihak Jabatan Pelajaran boleh merangka suatu program secara menyeluruh kepada warga guru dalam menangani stres agar ia akan dijadikan perangsang serta memberi kesan yang positif dalam memperkasakan profesion perguruan.

1.8

Definisi Istilah

Terdapat beberapa definisi istilah dalam kajian ini dan akan diperbincangkan dengan terperinci sebagaimana yang berikut :

16 1.8.1 Guru-guru

Guru boleh ditakrifkan sebagai orang yang mengajar, mendidik, pengajar dan pengasuh (Noresah Bahrom, 1995:420). Dalam Kajian ini guru yang dimaksudkan adalah guru sekolah rendah tanpa mengira tahap pendidikan.

1.8.2 Stres

Menurut Zaba (1963), stres adalah satu paksaan atau desakan kepada sesuatu perkara yang diutamakan atau yang terpenting. Hans Selye (1963) pula, mendefinisikan stres sebagai suatu tindakbalas tubuh kepada tuntutan-tuntutan dalaman dan luaran terhadap dirinya sehingga melibatkan kadar Wear and tear of the living body . Menurutnya lagi, stres merupakan satu komponen kehidupan yang memberikan kesan positif mahupun sebaliknya terhadap seseorang. Kesan yang positif disebut sebagai eutress dan kesan negatif pula dipanggil distress. Stres boleh menjadi positif sekiranya dipandang sebagai satu cabaran yang boleh meningkatkan potensi diri dan produktiviti.

1.8.3 Punca Stres

Punca stres dikenali sebagai stressor adalah rangsangan yang bertindak terhadap seorang individu yang melebihi keupayaannya atau kebolehannya untuk mengawal, menurut Nariah (1994).

Tanggapan individu terhadap punca stres adalah berbeza-beza di mana suatu peristiwa boleh bertindak sebagai punca stres kepada individu A, tetapi tidak kepada individu B. Antara punca-punca stres adalah sesuatu yang berkaitan dengan personaliti seseorang, persekitaran tempat tinggal, situasi semasa dan peristiwa hidup seseorang itu.

17 Dalam kajian ini, ia merujuk kepada punca-punca stres dari aspek personaliti guru sama ada mereka mudah terdedah kepada stres atau sebaliknya.

1.8.4 Personaliti

Personaliti biasanya digambarkan sebagai diri individu. Ia berasal daripada perkataan Latin iaitu persona, yang merujuk kepada topeng yang digunakan oleh pelakon dalam pementasan. Disini ianya bermaksud ciri-ciri yang dinamik dan tersusun yang dimiliki oleh seseorang yang unik mempengaruhi kognitif, motivasi dan tingkahlakunya dalam pelbagai situasi (Ryckman, 2000).

Menurut Allport (1973), beliau mentafsirkan personaliti sebagai : - Keseluruhan kualiti peribadi yang ada pada seseorang. - Satu cara penampilan seseorang pada pandangan orang lain dan mungkin bukan dirinya yang sebenar. - Peranan yang dimainkan oleh seseorang dalam kehidupan. - Kualiti perubahan pada individu.

1.8.5 Demografi

Demografi yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah latar belakang responden yang meliputi jantina, umur, tahap pendidikan dan pengalaman mengajar.

18 1.9 Penutup

Stres adalah sebahagian daripada kehidupan setiap individu, semua lapisan tidak mengira usia berisiko untuk mengalami stres, Cuma yang membezakannya ialah mereka mengetahui atau tidak tentang kehadirannya di dalam kehidupan. Adalah kurang bijaksana sekiranya seseorang individu yang mengalami stres pada peringkat awal tidak dapat mengawalnya atau membiarkannya sahaja. Pengkaji berminat untuk mengkaji mengenai stres dari aspek personaliti di kalangan guru sekolah rendah khususnya untuk membantu para guru mengenalpasti personaliti mereka terdedah kepada stres atau tidak. Perlu difahami bahawa stres yang berlebihan atau tidak ditangani akan menjejaskan kesihatan mental dan fizikal.

19

BAB II

SOROTAN KAJIAN

2.0

Pengenalan

Di dalam bab ini, akan membincangkan dan meninjau kajian-kajian yang lalu berkaitan dengan tajuk kajian iaitu faktor stres, tahap stres dan personaliti. Kajian yang berkaitan dengan stres atau tekanan memang banyak dilaksanakan sama ada di dalam mahupun luar negara. Malah ianya dibincangkan secara meluas terutamanya stres pekerjaan dan stres belajar. Kedua-dua cabang stres ini adalah berbeza dari segi situasi. Walaubagaimanapun, belum ada kajian yang berkaitan tahap stres dari aspek personaliti dilaksanakan khususnya di kalangan guru sekolah rendah. Tujuan utama tinjauan ini dibuat adalah untuk melihat persamaan, perbezaan dan hubungan yang akan didapati dari dapatan yang akan dijalankan.

2.1

Kajian-Kajian Faktor dan Tahap Stres

Terdapat

banyak

kajian

terhadap

stres

telah

dilaksanakan

tetapi

kebanyakkannya di luar negara. Menurut Gerhard Vossel (1987), peristiwa kehidupan yang berbeza akan membawa kepada konsep stres yang berbeza. Bagi membuat perbandingan kajian yang lepas masalah ini boleh dilihat dari aspek yang terhampir, memandangkan tiada kajian terhadap stres dari aspek personaliti terhadap guru sekolah rendah.

20 Borget, et al (1991) telah membuat kajian ke atas 1074 orang guru sekolah rendah di Malta dan mendapati 32.6 peratus atau 710 responden mengakui pekerjaan mereka menyebabkan stres yang tinggi kepada diri. Justeru itu, Dodge, D. Dan Martin (1993) juga telah menggunakan kajian yang sama ke atas guru-guru sekolah menengah di Malta dan mendapati bahawa 50 peratus responden mengalami tahap stres yang sederhana, 30.7 peratus pada tahap rendah dan 15 peratus responden bertanggapan bahawa pekerjaan mereka mendatangkan stres yang tinggi.

Menurut Freeman, Longan dan Mc Coy (1989) telah menyenaraikan bahawa wanita bekerja sepenuh masa lebih terdedah kepada stres yang lebih tinggi iaitu 90 peratus manakala bagi pekerja lelaki pula hanya 10 peratus. Ini mungkin disebabkan atau berpunca dari masalah kewangan, keadaan tempat kerja, diskriminasi di tempat kerja, bidang tugas, hypertension dan kesukaran mendapat kepuasan yang sama dengan pasangan.

Tidak dapat dinafikan bahawa stres dan pertukaran perasaan (mood) biasanya akan berlaku serentak. Ia adalah faktor semulajadi, hanya cara individu mengawalnya akan menjadikan ianya positif atau sebaliknya. Ini telah disokong oleh fakta yang dinyatakan oleh WHO bahawa stres merupakan pembunuh terbesar

penduduk dunia. Statistik menunjukkan bahawa stres adalah penyakit gaya hidup moden.

Kajian stres dari segi pekerjaan dan staf akademik oleh Kyriacou & Sutcliffe (1977,1978 &1979) di England telah dijadikan sebagai rujukan. Dari kajian ini didapati bahawa guru mengalami masalah stres iaitu antara 29.3 peratus hingga 30.7 peratus dan seterusnya mendapati bahawa stres guru wanita lebih tinggi daripada guru lelaki.

Fletcherdan Payne (1982) dalam Ahmad Shakri, (1998) telah membuat kajian terhadap stres di kalangan guru di United Kingdom dan hasilnya didapati bahawa 44 peratus responden mengalami stres dan ianya boleh diatasi sendiri. Manakala 25 peratus mengalami stres dan menyukainya. Dua puluh lima peratus lagi yang

21 mengalami stres beranggapan ia sebahagian dari kehidupan dan selebihnya enam peratus menginginkan stres dalam pekerjaan agar tidak bosan.

Donald Meichenbaum dan Matt E. Jaremho (1983), menunjukkan bahawa punca stres guru yang paling utama ialah beban tugas. Beban tugas pula boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu:

i. ii.

Tugas Kuantitatif ( jumlah banyak kerja dilakukan ) Tugas Kualitatif (kurang keupayaan untuk melaksanakan tugas).

Kedua-duanya berbeza tetapi mempunyai perkaitan. Ini bermaksud bahawa jika seorang guru diberikan tugas yang banyak, kesannya ialah mengalami stres yang tinggi. Kesannya akan bertambah buruk sekiranya ia berpunca dari daya upaya guru itu sendiri. Hasilnya stres guru berganda disebabkan guru tidak mampu melakukan beban tugas untuk dilaksanakan.

Selain itu kajian oleh Mc Cormick & Solmon (1992), di New South Wales Mendapati bahawa guru-guru yang memegang kelas mempunyai tahap stres lebih tinggi berbanding guru yang berjawatan pengetua atau penolong kanan. Seterusnya didapati bahawa guru-guru di sekolah menengah mengalami stres lebih tinggi

berbanding guru-guru di sekolah rendah.

Di Malaysia, kajian mengenai stres telah mula dijalankan walaupun sebelum ini tidak ramai pengkaji yang berminat. Antaranya Siti Radziah (1982), dalam kajiannya ke atas 71 orang guru di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mendapati bahawa guru-guru mengalami stres pada tahap sederhana. Chang Fui Chin (1996) pula membuat kajian terhadap pentadbir sekolah di George Town dan mendapati tiga perpuluhan dua peratus responden mengalami stres pada tahap amat tinggi, 57.1 peratus alami tahap stres yang tinggi, 38.1 peratus tahap stres sederhana dan satu perpuluhan enam peratus tahap rendah.

22 Majalah Skudai Post ( Januari 2000 ), stres boleh mengawal hati, perut dan tekanan darah. Stres boleh berlaku disebabkan :

Faktor intrinsik pekerjaan seperti panas, kebisingan, kemudahan yang tidak lengkap atau kurang sesuai. Struktur organisasi. Pembangunan karier / pekerjaan yang terhalang Peraturan organisasi yang mengongkong. Perhubungan di tempat kerja.

Steven Bellman, Nick Forster, Leonie, Cary L.Cooper (2002) telah melakukan kajian terhadap 204 orang pengurus di Australia dan mendapati 55 peratus adalah wanita dengan purata umur 41.4 tahun mempunyai perbezaan stres dari segi jantina. Selain dari itu, satu kajian yang dilakukan di New York State (1979) mendapati punca stres yang paling tinggi adalah menangani masalah kenakalan murid, pengurusan yang tidak cekap dan pengawalan diri apabila marah.

Ini sokong dengan adanya satu lagi kajian yang dibuat di Chicago oleh Cichon dan Koff (1980), mendapati bahawa antara punca stres yang tertinggi di kalangan guru-guru di situ ialah perpindahan yang terpaksa, masalah murid yang nakal, dan tiada kepuasan kerja.

Satu kajian telah dibuat oleh NUTP, pada tahun 2005 mengenai stres di kalangan kakitangan perguruan. Seramai 9328 guru telah memberikan maklumbalas terdiri daripada guru kelas, pengetua, pensyarah dan pegawai jabatan pelajaran. Daripada kajian itu, didapati seramai 69 peratus responden bersetuju bekerja dalam keadaan stres dan faktor utama yang menyebabkan stres ialah tekanan daripada ibu bapa dan pelajar yang sering menimbulkan masalah sehingga ada yang ingin menyaman dan membawa kes kesalahan guru ke mahkamah. Faktor lain seperti bebanan kerja dan prospek kenaikan pangkat yang tidak mencukupi iaitu daripada 320 000 orang guru, hanya 40 000 kekosongan sahaja untuk kenaikan pangkat.

23 Oleh yang demikian, ramai guru yang kecewa sehingga mereka bersara. Ini ditambah lagi dengan ketidakadilan dalam penilaian kenaikan gaji oleh pengetua sedangkan prestasi guru cemerlang. Akibatnya stres berpanjangan ketidakpuasan dalam bekerja menyebabkan guru ingin berhenti kerja atau meluahkan ketidakpuasan melalui tingkahlaku yang tidak sepatutnya.

Senario

yang lain pula ialah tahap menghadapi tekanan kerja tidaklah

bergantung pada jenis jantina sama ada lelaki ataupun wanita. Sebaliknya ia bergantung kepada indvidu itu sendiri. Ini telah disokong oleh ungkapan ucapan sempena Hari Guru tahun 1998, yang menyatakan bahawa :

.........warga pendidik selaku tunggak yang akan berdepan dengan pelbagai masalah tentu akan lebih tabah dan yakin apabila seluruh anggota masyarakat berdiri teguh dibelakangnya. Warga pendidik sebenarnya tidak perlu bersendirian memperjuangkan nasib anak-anak didiknya kerana tanggungjawab yang berat itu boleh dipikul bersama bagi melahirkan generasi pewaris yang kental daya

saingnya, berbudaya ilmu serta berani mengharungi apa jua gelombang yang melanda.........

Y. Bhg. Dato Dr. Abdul Shukor Abdullah Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia.

Menurut Schafer (1987), stres boleh dikategorikan kepada empat faktor utama iaitu fizikal, mental (pemikiran), emosi dan tingkahlaku. Fizikal biasanya merujuk kepada keletihan, kemalasan, pening kepala, sakit pinggang, hilang selera makan dan sakit perut. Mental atau pemikiran pula berkaitan dengan kesukaran untk memberikan tumpuan. Emosi pula merujuk kepada perasaan sedih, bimbang, takut gagal, dan tidak sabar. Seterusnya ialah tingkahlaku yang sering dikaitkan dengan suka marah, bergaduh dan sifat yang agresif.

24 Dilaporkan oleh Berita Harian 30 Mac 1985, lebih 3 000 orang guru di sekolah rendah dan menengah seluruh Malaysia telah bersara awal untuk berkhidmat di sektor swasta di antara tahun 1982 hingga 1985. Ini disebabkan oleh stres pekerjaan itu sendiri disamping peluang berniaga, masalah keluarga dan kehendak pasangan. Kesetiaan guru terhadap kerjayanya adalah alat pengukur kepada tahap stres yang rendah.

Dalam satu temuramah bersama Menteri Pendidikan, Dato Seri Najib Tun Razak oleh wartawan Berita Harian pada 5 Februari 1998, beliau menyatakan bahawa;

Kementerian memahami ada guru berasa tertekan (stres) dengan bebanan tugas yang diberikan terlalu banyak, sehinggakan ianya mengganggu kelancaran proses pembelajaran di bilik darjah.

Ini menunjukkan bahawa memang terdapat masalah stres di kalangan guru.

Secara keseluruhnya, stres membawa maksud tindakbalas dan bukan rangsangan. Ini adalah petunjuk tekanan termasuklah aspek fizikal, psikologi, dan sosial. Tahap tekanan pula sebagai tahap amaran, tahap penahanan yang maksimum dan tahap tenat. Kesan negatifnya hingga boleh menyebabkan hilang pertimbangan dan membunuh diri. Kaedah psikoterapi boleh digunakan untuk mengatasi masalah stres.

Kini tidak dapat dinafikan lagi, bahawa tugas dan tanggungjawab Menteri Pelajaran Malaysia, YB Dato Seri Hihamuddin Tun Hussien, adalah untuk menjamin kebajikan guru tanpa kompromi. Ini berikutan tanggapan sesetengah pihak kerjaya guru adalah kakitangan kerajaan kelas kedua bukan kakitangan kerajaan yang tulen. Hak mereka telah diumumkan untuk menikmati kerja lima hari seminggu, tetapi masih menerima aduan mengenai kerja pada hari Sabtu.

25 Kajian terbaru oleh NUTP bagi tahun 2006 mendapati bahawa inventori stres guru telah meningkat walaupun masih berada pada tahap sederhana. Jumlah sampel yang terlibat 9 300 orang guru terdiri daipada pelbagai peringkat termasuk guru besar dan pengetua. Malah faktor-faktor yang menyebabkan stres juga turut bertambah. Ini dapat dilihat daripada jadual di bawah:

Setuju Bil. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Faktor-faktor Stres Tekanan Ibu Bapa / Pelajar Beban Tugas Kenaikan Pangkat dan Laluan Kerjaya Ketidakadilan Penilaian Prestasi Minat Infrastruktur Lokasi Sekolah Sampel 9 300 9 300 9 300 9 300 9 300 9 300 9 300 (%) 83 79 74 72 60 60 32

Tidak Setuju (%) 17 21 26 28 40 40 66

Jadual 2.1 Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Stres

Lantaran itulah, NUTP telah bekerjasama dengan Pusat Perundingan dan Latihan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) menjalankan satu kursus iaitu Kursus Pengurusan Stres dalam Kerjaya Perguruan , pada Jun 2006 di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Kuala Lumpur. Di antara topik yang diperbincangkan adalah Pengurusan Stres Dalam Organisasi, Kejuruteraan Semula Sikap Dan Budaya Dalam Menghadapi Stres, Derita Dalam Diam, Stres: Sejauh Mana Memusnahkan Kehidupan dan Membina Jati Diri Dalam Menangani Stres. Seramai 45 orang pemimpin NUTP telah menyertai kursus ini dan program ini akan dijadikan acara tahunan serta terbuka kepada ahli NUTP pada tahun berikutnya.

Tanggungjawab Kesatuan (NUTP) untuk membela nasib warga guru masih tidak padam walaupun menghadapi pelbagai masalah akibat ledakan semasa dalam pendidikan.

26 2.2 Teori Personaliti

Setiap individu mempunyai cara yang berbeza untuk bertindak mengikut situasi yang dihadapi oleh mereka. Psikologi personaliti telah mengklasifikasikan sikap dan personaliti manusia kepada beberapa teori dan model. Ianya wujud disebabkan manusia dan pengkaji terdahulu mempunyai pendapat dan pandangan yang berlainan. Justeru itu, pengkaji telah mengambil beberapa teori dan model yang mempunyai kaitan dengan stres dan personaliti bagi melihat hubungan diantara kedua-duanya.

2.2.1 Teori Personaliti Carl Jung

Telah diperkenalkan pada tahun 1971 Telah memperkenalkan personaliti individu boleh dikategorikan kepada 3 kumpulan utama iaitu ekstrovert, introvert dan ambivert (Jung, 1971).

Pengelasan ini memudahkan untuk diperhatikan perkaitannya dalan kehidupan seharian seseorang individu berdasarkan ciri-ciri yang condong kepada sesuatu kategori yang melampau.

Individu yang normal pula, personaliti dizahirkan dalam keadaan yang biasa dilakukan atau menerusi pengalaman lampau yang dilaluinya. ( Alsagoff, 1984 ).

2.2.1.1 Personaliti Ekstrovert

Individu yang memiliki personaliti ini biasanya akan menonjolkan ciri-ciri yang boleh menyesuaikan diri dari aspek sosial dan amat berminat dengan orang lain ( Alsagoff, 1987 dalam Ee Ah Meng, 1995 ). Ciri-ciri lain yang amat ketara seperti :

Lancar pertuturan Bebas daripada risiko Tidak mudah malu Konservatif

27 Mempunyai minat kepada aktiviti luar Peramah Cepat bertindak Gemar kepada perubahan

2.2.1.2 Personaliti Introvert

Merujuk kepada individu yang bersifat introvert yang dikatakan sebagai kurang berminat dari aspek sosial tetapi berminat kepada perasaan dan dirinya sendiri ( Alsagoff, 1987 dalam Ee Ah Meng, 1995 ). Ciri-ciri individu yang introvert adalah cenderung kepada :

Lebih baik dalam bidang penulisan daripada pertuturan Bersifat pemalu, pasif, sensitif dan suka bersendirian Kurang berminat bergaul dengan orang atau bersosial Mudah merasa bimbang Minat membaca majalah dan buku-buku Sentiasa berfikir sebelum membuat keputusan.

2.2.1.3 Personaliti Ambivert

Ambivert pula merujuk kepada personaliti yang menunjukkan bukti berlakunya perubahan dalam keadaan yang sebenar, sentiasa berubah dan berkemungkinan seseorang individu itu akan bersikap introvert dan ekstovert pada waktu lain ( Crow & Crow, 1983 dalam Ee Ah Meng 1995). Ini bermaksud individu yang mempunyai kedua-dua ciri, sama ada introvert dan ekstovert.

28 2.3 Kajian tentang Personaliti

Menurut Holland ( 1985 ), melihat faktor keupayaan menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja dalam bentuk jenis personaliti seseorang dengan persekitarannya. Jenis personaliti yang tidak kongruen atau tidak sepadan dengan persekitaran dianggap sebagai punca kepada sikap tiada minat terhadap kerjaya mahupun perkembangnnya.

Faktor-faktor seperti tugas yang dilaksanakan, tanggungjawab, kemahiran yang diperlukan, peranan yang perlu dimainkan, kemudahan-kemudahan yang disediakan dan individu di sekitar tempat bertugas perlulah bersesuaian dengan ciriciri personaliti yang ada pada diri seseorang individu. Atau sekurang-kurangnya ia berkaitan dengan apa yang dipersepsikan tentang dirinya sendiri.

Individu yang terlibat dalam bidang pendidikan mempunyai personaliti berbentuk sosial, menurut Holland (1973). Ini bermaksud mereka (warga guru) menyukai aktiviti-aktiviti yang melibatkan memberitahu, memahami, melatih, mengajar dan membantu orang lain. Tetapi hari ini, tidak semua guru yang ada dalam sistem pendidikan Malaysia mempunyai personaliti tersebut, malah sebaliknya.

Ini berikutan, mereka (warga guru) menceburi bidang ini hanya untuk mempunyai sumber pendapatan yang stabil, personaliti mereka tidak sepadan dengan persekitaran kerja pendidikan. Adalah tidak wajar untuk mengharapkan guru yang tidak berminat dalam profesionnya untuk memperkembangkan kerjayanya kerana pengembangan kerjaya memerlukan pengorbanan yang besar.

Kajian yang dilakukan sebelum ini lebih memberi penekanan terhadap trait personaliti dan ciri personaliti dengan pencapaian akademik. Namun yang demikian, terdapat pengkaji yang mengambil berat tentang stres guru khususnya dari aspek personaliti.

29 Satu laporan dari New Straits Times bertarikh 29 Mac 1990 menyatakan bahawa, seramai 1175 guru-guru bukan siswazah yang kebanyakkannya mengajar di sekolah rendah dilaporkan mengalami masalah sakit mental (psikosis atau neourosis). Walaupun bilangannya kecil tetapi jika dilihat daripada sudut nisbah seorang guru dengan jumlah murid yang diajarnya maka implikasinya adalah sangat besar dan penting. Guru merupakan model, pemikiran, sikap dan tingkahlakunya mempunyai kesan terhadap muridnya sama ada secara langsung atau tidak.

Menurut Furhan dan Schaeffer (1984), Albert dan Levina (1990) serta Noraini (1984), telah mendapati keadaan yang dikaitkan dengan tidak kongruen antara personaliti individu dengan persekitaran kerja akan menyebabkan keupayaan, bakat dan minat yang dimiliki adalah bukan keupayaan yang sebenar. Atau dalam erti kata lain, ia bukanlah keupayaan, bakat dan minat yang diperlukan oleh tugas yang dilaksanakan.

Oleh yang demikian, cabaran-cabaran dalam tugas yang terpaksa dilakukan tidak dapat dilaksanakan dengan baik dan sempurna. Seterusnya jika individu tersebut menghadapi masalah kerja ia sukar untuk menanganinya, ini akan menyebabkan kekecewaan dan tekanan yang tidak terkawal. Faktor ini juga didapati mempunyai kaitan dengan tindakan berhenti kerja (mengajar).

2.4

Penutup

Bab ini telah membincangkan kajian stres yang lepas dan kajian tentang kerjaya dari aspek personaliti. Dari kajian-kajian yang lalu didapati bahawa kebanyakkan guru mengalami stres dan ianya berpunca dari pelbagai masalah. Antaranya ialah tekanan daripada ibu bapa, kenakalan murid, ketidakadilan dalam kenaikan pangkat atau kenaikan gaji, jawatan yang disandang, pengurusan yang tidak cekap, bebanan kerjaya yang bertambah dan sebagainya. Dalam kajian yang akan dilaksanakan oleh pengkaji, pengkaji berminat untuk melihat hubungan stres dari aspek personaliti. Adakah ianya signifikan atau sebaliknya?.

30

BAB III

METODOLOGI KAJIAN

3.0

Pengenalan

Metadologi kajian adalah merujuk kepada cara yang paling berkesan untuk mendapatkan maklumat yang berguna dengan kos yang sangat minimum, bagi mendapatkan keputusan sesuatu penyelidikan. Ia juga merupakan komponen yang penting dalam usaha untuk mencapai keputusan yang objektif, jelas, tepat dan boleh dipercayai. Peranan bab ini adalah untuk membincangkan kaedah yang digunakan dalam menjalankan kajian. Ia merangkumi aspek reka bentuk kajian, sampel dan populasi, kaedah pengumpulan data dan instrumen yang digunakan serta kaedah analisis yang diguna pakai.

3.1

Reka Bentuk Kajian

Simon (1978), menyatakan bahawa analisis data yang baik adalah analisis yang dapat menunjukkan data-data yang penting dalam bentuk yang mudah difahami oleh pembaca. Kajian berbentuk diskriptif iaitu tinjauan. Kajian tinjauan ini adalah proses pengumpulan data dimana sekumpulan individu tertentu perlu menjawab soalan yang disediakan. Tinjauan diskriptif bertujuan mendapatkan ukuran ataupun gambaran berkaitan keadaan dan ciri populasi.

31 Soal selidik dibina sebagai alat ukur untuk mendapatkan data. Soal selidik merangkumi aspek yang berhubung dengan latarbelakang responden, tahap stres (yang meliputi faktor-faktor stres) dan stres dari aspek personaliti. Menurut Mohd Najib (1998), kajian diskriptif hanya untuk menerangkan keadaan atau perhubungan antara pembolehubah. Melalui kaedah soal selidik, semua maklumat yang diperolehi diklasifikasikan mengikut aspek yang telah ditentukan seterusnya ditafsirkan secara kuantitatif.

Marshall & Rossman (1995), analisis diskriptif digunakan untuk kajian yang hanya menjelaskan sesuatu fenomena yang hendak dikaji. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah korelasi yang menguji hubungan di antara stres dari aspek personaliti. Pengkaji juga mengkaji faktor stres yang mempengaruhi personaliti dengan melihat perkaitan/ hubungan.

3.2

Populasi dan Sampel Kajian

Kajian dijalankan di beberapa buah sekolah rendah di zon Permas Jaya, Johor Bahru. Jumlah populasi sebenar ialah 170 orang guru tetapi hanya 118 yang dipilih, ini berdasarkan Jadual Krejcie, R.V and Morgan D.W yang telah menetapkan kadar tertentu jumlah sampel daripada populasi bagi kajian pendidikan dan pengukuran psikologi, 1970. Saiz sampel kajian seramai 118 orang yang dipilih secara rawak berstrata (kuota). Dimana sekolah yang mempunyai ramai guru maka pecahan sampel yang diambil adalah lebih ramai ini dapat menunjukkan bahawa semua guru mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai responden kajian ini.

32 Pecahan sampel adalah seperti berikut : Jadual 3.1 Pecahan Sampel Responden SK. Zon Permas Jaya, Johor Bahru Sekolah Kebangsaan Taman Permas Jaya 1 Sekolah Kebangsaan Taman Permas Jaya 2 Sekolah Kebangsaan Taman Permas Jaya 3 Sekolah Kebangsaan Taman Permas Jaya 4 Sekolah Kebangsaan Taman Permas Jaya 5 Sekolah Kebangsaan Senibong Jumlah Responden Sampel 30 24 20 20 16 8 118 orang

Kaedah persempalan yang digunakan bagi kajian ini ialah kelompok atas kelompok.

3.3

Pembentukan Instrumen Kajian

Alat ukur tahap stres ialah Job Related Tension Index dibentuk oleh Khn, Wolfe dan Resenthel (1964) diterjemah oleh Lem Boon (1981) dengan menggunakan markat index. Ini telah dibuktikan oleh pengkaji yang lalu yang telah menggunakan alat ukur ini ialah : Jadual 3.2 Nilai Alpha alat ukur pengkaji yang lalu Pengkaji Noriah (1994) Anuar Md Som (1999) Halan Malaka & rakan-rakan (2005) Tempat UUM UTM UTM Responden 180 46 35 Nilai Alpha 0.8110 0.8315 0.7781

Alat ukur stres dari aspek personaliti pula dibentuk oleh Friedman, M dan Rosenman, R.H dan diterjemah oleh Malek Mukamat Said.

33 3.4 Instrumen Kajian

Instrumen ialah cara atau alat untuk mengumpulkan data. Kaedah yang digunakan untuk mendapatkan data ialah

3.4.1 Bahagian A : Maklumat Peribadi / Demografi

Pada bahagian ini, ia mengandungi soalan-soalan yang berkaitan dengan maklumat peribadi atau latarbelakang responden. Antaranya ialah jantina, umur, status dan pengalaman mengajar.

3.4.2 Bahagian B : Ujian Tahap Stres

Berpandukan kepada Anuar Mohd Som (1999), dengan pengubahsuaian sebanyak 15 item telah dibentuk berkaitan dengan tahap stres. Pengubahsuian dibuat kerana kajian yang dibuat oleh pengkaji sebelumnya dijalankan ke atas guru elektrik yang berkhidmat di sekolah menengah teknik. Semua pengubahsuian item soalan adalah berdasarkan situasi guru di sekolah rendah yang mungkin berlaku. Semua responden yang terlibat dikehendaki menjawab semua soalan berdasarkan arahan yang lengkap telah diberikan di dalam borang soal selidik.

Skala yang digunakan ialah skala likert 5 mata seperti jadual di bawah: Jadual 3.3 Skala Likert 5 Mata Amat Setuju 1 2 Setuju Tidak Pasti 3 Tidak Setuju 4 Amat Tidak Setuju 5

34 Secara keseluruhannya skala likert yang digunakan mempunyai peranannya sama ada ia bersifat positif atau negatif. Jika responden merasakan mereka mengalami stres yang rendah atau sedikit skor 4 atau 5 akan diberikan, tetapi sebaliknya jika responden merasakan mereka mengalami stres yang serius atau kuat skor 1 atau 2 akan diberikan dan ianya bersifat negatif. Skor 3 pula diberikan sekiranya mereka tidak pasti sama ada mereka mengalami stres atau tidak.

3.4.3 Bahagian C : Ujian Stres dari aspek Personaliti

Berpandukan kepada Malek Mukamat Said (2004), sebanyak 20 item akan diguna pakai sebagai alat ukur stres dari aspek personaliti. Tiada pengubahsuian dibuat kerana kajian yang dibuat oleh pengkaji sebelumnya dikhaskan untuk guru. Semua responden yang terlibat dikehendaki menjawab semua soalan berdasarkan arahan yang lengkap telah diberikan di dalam borang soal selidik. Skala yang digunakan pula telah ditetapkan seperti berikut :

Jadual 3.4 Skala Likert 4 Mata Kerapkali Selalu Kadangkadang 1 2 3 Tidak Pernah 4

Secara keseluruhannya skala yang digunakan mempunyai peranannya. Responden perlu tahu keadaan yang mereka alami dan skor 1 akan diberikan sekiranya ia acapkali berlaku (terlalu kerap), skor 2 jika dialami selalu, skor 3 jika jarang mengalami situasi yang diberikan dan skor 4 bagi tidak pernah mengalaminya.

35 Cara pemarkatan indeks stres dari aspek personaliti telah ditetapkan seperti berikut : Jadual 3.5 Pemarkatan Skala Likert 4 Mata Skala 1 2 3 4 Kerapkali Selalu Kadang-kadang Tidak Pernah Darabkan dengan 5 4 2 0 Jumlah Jumlahkan untuk menentukan jenis personaliti guru

Berdasarkan 20 item yang digunakan untuk mengukur stres dari aspek personaliti responden akan dikategorikan mengikut skor yang ditetapkan iaitu : Jadual 3.6 Alat Ukur Stres Dari Aspek Personaliti Mengikut Skor Skor 0 - 49 Lebih 50 50 - 70 Lebih 70 Penerangan Memiliki personaliti jenis B Memiliki personaliti jenis A Memiliki personaliti jenis A Positif Memiliki personaliti jenis A dan berpotensi menghadapi pelbagai risiko Lebih 80 Memiliki personaliti jenis A Negatif

Tret atau ciri personaliti yang dimaksudkan jenis A dan B adalah seperti : Jadual 3.7 Tret / Ciri Personaliti Personaliti Jenis A Ciri ciri (tret-tret) Personal Agresif, bertenaga, bercita-cita tinggi, terdorong serta berdaya saing. Individu yang terdedah kepada stres. Jenis B Penyabar, sederhana, kurang daya saing. Individu yang memberi stres kepada orang lain.

36 3.5 Tatacara Kajian

Kajian yang dijalankan oleh pengkaji perlu mendapat kelulusan dari pihak tertentu supaya memudahkan lagi proses pengambilan data atau maklumat. Kajian ini melibatkan responden dari luar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kampus Skudai. Antara prosedur yang perlu diikuti ialah : (i) (ii) Mendapatkan kelulusan daripada pihak EPRD. Mendapatkan kebenaran daripada pihak Pengarah Pendidikan Negeri Johor dan guru besar sekolah-sekolah rendah yang terlibat.

(iii) (iv) (v)

Membuat pemilihan sampel Membuat kajian rintis Membuat kajian sebenar. Penyelidik mengedarkan soal selidik sendiri kepada responden (guru sekolah rendah) untuk dijawab dalam masa yang ditetapkan dan diawasi oleh penyelidik.

(vi)

Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical package of Social Science ( SPSS ) for Window version 15.0.

(vii)

Menyiapkan laporan dan dihantar kepada penyelia.

37 3.6 Kajian Rintis

Tujuan

utama

kajian

rintis

dijalankan

adalah

bagi

menentukan

kebolehpercayaan soalan soal selidik. Selain itu, ia juga dapat menguji kefahaman responden terhadap struktur ayat dan item-item tertentu dalam soal selidik dan dapat meninjau masalah sebelum kajian sebenar dijalankan. Menurut Mohd Najib (1998), sekiranya mendapat nilai koefisien yang tinggi iaitu 0.8 ke atas, maka kebolehpercayaan adalah tinggi. Nilai kebolehpercayaan alat kajian yang diperolehi adalah seperti berikut : Jadual 3.8 Nilai Alpha alat ukur pengkaji Item Tahap Stres Stres dari aspek Personaliti Nilai Alpha 0.874 0.844

3.7

Penganalisaan Data

Program Statistical package of Social Science ( SPSS ) for Window version 15.0 digunakan untuk mendapatkan kekerapaan dan peratusan. Item-item pada bahagian A diuji berdasarkan ujian statistik frekuensi bagi mendapatkan nilai kekerapan dan peratusan.

Item pada bahagian B pula ia berkaitan dengan tahap stres yang merangkumi faktor-faktor stres yang telah ditetapkan oleh pengkaji iaitu beban kerja, masalah interpersonal dan masalah pelajar yang menjadi keutamaan diuji berdasarkan statistik frekuensi.

Pada bahagian C, stres dari aspek personaliti pengkaji melihat jenis personaliti guru dan mengkategorikannya kepada dua jenis yang utama yang telah ditetapkan.

38 3.8 Penutup

Kajian ini dilakukan kepada 118 orang responden di kalangan guru sekolah rendah di Zon Permas Jaya, Johor bahru. Kajian ini berbentuk deskriptif dan Statistical

penganalisian secara berkomputer dengan menggunakan perisian

Package Social Science (SPSS) versi 15.0 bagi peratusan data yang diperolehi tepat dan jitu. Soal selidik yang dijalankan menggunakan mengikut skala yang telah ditetapkan. Instrumen kajian pula pernah dijalankan dan diakui kesahannya. Dengan menggunakan prosedur yang betul dalam kajian ini diharap dapat menghasilkan kajian yang menepati tujuan penyelidikan.

39 BIBLIOGRAFI

Allport. ( 1973 ). The New Direction in Educational research . Alterable Variables Phi Delta Kappa

Ahmad Shakri. ( 1998 ). Tinjauan Tahap dan Punca Stres Di Kalangan Guru-guru Sekolah Menengah Di negeri Perlis. Kertas Projek Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Anthony Yeo. ( 1985 ). A Helping Hand : Coping With Personal Problem. Singapura : Time Books International.

Anuar Mohd Som. ( 2000 ). Tahap dan Punca Stres Di Kalangan Guru-guru Elektrik Sekolah Menengah Teknik, Negeri Johor. Kertas Projek Sarjana Muda Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Asmawati Baharudin dan Norhalim Ibrahim (1996, dalam Yong, 1998). Ciri-ciri Personaliti dan Hubungannya Dengan Pencapaian Akademik Pelajar : Satu Tinjauan Di SMK Bahau, Bahau, Negeri Sembilan. Kertas Projek Sarjana Muda Pendidikan, Universiti Utara Malaysia.

Azlina Abu Bakar @ Mohd. ( 2002 ) . Psikologi Personaliti Individu, Siri Pendidikan Karisma. Shah Alam : Karisma Publication Sdn. Bhd.

Borget, M. G & Fazlon, J. M. ( 1991 ). Sources of Teachers Stress in Maltese Primarys School. Research in Education. Volume 4: 44-49.

Chang Fui Chin. ( 1996 ). Psikologi Pendidikan untuk Perguruan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Cichon & Koff ( 1980 ), An introduction to the sociology of learning. USA : Houghton Mitlin Co.

40

Crow & Crow. ( 1980 ). Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan .Kuala Lumpur : Penerbitan Fajar Bakti.

Dodge, D. & Martin (1993 dalam Anuar Mohd Som 2000 ). Tahap dan Punca Stres Di Kalangan Guru-guru Elektrik Sekolah Menengah Teknik, Negeri Johor. Kertas Projek Sarjana Muda Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.)

Fletcher & Payne (1982 dalam Ahmad Shakri 1998). Tinjauan Tahap dan Punca Stres Di Kalangan Guru-guru Sekolah Menengah Di negeri Perlis. Kertas Projek Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Freeman, Logan & Mc Coy. ( 1989 ). The New Direction in Educational Research. Alterable Variables Phi Delta Kappa.

Friedman, M & Rosenman, R.H. ( 1996 ). Psikologi Pendidikan untuk Perguruan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Furhan & Schaeffer (1984), Albert dan Levina (1990) serta Noraini (1984 dalam Anuar Mohd Som 2000 ). Tahap dan Punca Stres Di Kalangan Guru-guru Elektrik Sekolah Menengah Teknik, Negeri Johor. Kertas Projek Sarjana Muda Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.,

Ghazali Othman, ( 1998 ). Kesilapan Biasa Dalam Penyelidikan Pendidikan. Institut Aminudin Baki. Jilid 08, Bil 02. 31-50.

Habibah Elias, Noran Fauziah. ( 1997, dalam Nooraini, 2002 ). Gaya Hidup Sebagai Ciri Personaliti, Faktor-faktor yang Mempengaruhinya dan Hubungannya Dengan Pencapaian Akademik. Tesis Sarjana Muda, Universiti Teknologi Malaysia. Hassan b. Hashim. ( 1994 ). Pengurusan Stres dan Kesan Terhadap Kualiti Kerja. Buletin PKPSM Perak, 1 (3), 15-17.

41

Holland, J.L. ( 1973 ). Making Vocation Choices : A Theory of Career. Englewood Cliffs, N.J. Prentice - Hall.

Holland, J.L. (1985). Personality dynamics, Development and Assessment . New York : Harcourt, Brace & World, Inc.

Kamarudin Hj. Hussin (1996, dalam Yong, 1998). Ciri-ciri Personaliti dan Hubungannya Dengan Pencapaian Akademik Pelajar : Satu Tinjauan Di SMK Bahau, Bahau, Negeri Sembilan. Kertas Projek Sarjana Muda Pendidikan, Universiti Utara Malaysia. Khn, Wolfe & Resenthel. ( 1964 ). The Personality Puzzle. 2nd Edition : New York.

Kyriacou, C & Sutcliffe, J. ( 1979 ). Jurnal Pendidikan. The Stress And Satisfaction. Volume 21 ( 2 ), 89-96.

Kyriacou, C & Sutcliffe, J. ( 1978 ) . A Model of Teacher Stress Educational Review, Volume 53 (1), 27-35.

Lem Boon. ( 1981 ). Psikologi Pendidikan untuk Perguruan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Malek Muhamat Said. ( 2004 ). Siri Motivasi : Studi Smart. Kuala Lumpur : PTS Publication and Distributors Sdn. Bhd. Marshall, C., & Rossman G. G. ( 1995 ). Designing Qualitative Research, 3rd Edition. Thousand Oaks: Sage.

Mc Cormick & Solmon. ( 1992 ). Pengujian Dalam Psikologi dan Kaunseling. Serdang : Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia.

42 Meichenbaum, D . & E. Jaremho, M. (1983 dalam Anuar Mohd Som 2000 ). Tahap dan Punca Stres Di Kalangan Guru-guru Elektrik Sekolah Menengah Teknik, Negeri Johor. Kertas Projek Sarjana Muda Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.),

Mohd Majid Konting. ( 1994 ) . Kaedah Penyelidikan Pendidikan . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Najib Abdul Ghafar. ( 1999 ) . Kaedah Penyelidikan Pendidikan . Skudai : Universiti Teknologi Malaysia.

Nariah. (1994). Pola Pemilihan ResponMenangani Ketegangan Dan Hubungan Dengan Punca Ketegangan Di Kalangan Guru-guru. Kertas Projek Ijazah Sarjana Pendidikan : Universiti Kebangsaan Malaysia.

Othman b. Lebar. ( 2006 ). Penyelidikan Kualitatif : Pengenalan Kepada Teori dan Metod. Tajung Malim : Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Ryckman. ( 2000 ). Behavior Modification : What it is and How to do it. Englewood Cliffs, New Jersey : Prentice-Hall, Inc.

Schafer. ( 1987 ). Stress Management for Wellness. Chicago : Holt, Rinehart and Winston, Inc.

Sharifah Alwiah Al- Sagoff. ( 1990 ). Sosiologi Pendidikan . Kuala Lumpur : Utusan Publication and Distributors Sdn. Bhd

Selye, H. (1963). The Stress of Life. N. York : McGraw-Hill Book Co. Shepherd P.C, ( 1987 ). Organize Your Way to Greater Success. 2nd Edition. Kuala Lumpur : The Credo Trust.

Sidang Pengarang. ( 2000 ). Tekanan dan Cara Mengendalikannya Dengan Berkesan. Skudai Post: Universiti Teknologi Malaysia, Skudai ( Januari ).

43 Simon. (1978), Teacher Stress and Burnout. Organizing Systems to Support Competent Social Behaviour In Children and Youth : Volume III.

Siti Radziah. ( 1982 ). Stress and Mental Health in Society. Singapura : Heinemann Publishers Asia Pte. Ltd.

Subash Kumar, ( 2005 ). Tekanan melawan; Pakar Psikitri Kanak-kanak, Remaja dan Dewasa. Utusan Online.

Vossel, G. (1987), The Relationship of Home Environment and Home Classroom performance. London : University of Wisconsin.

Zuria Mahmud et. al . ( 1999 ). Perkembangan Kerjaya Dalam Sistem Pendidikan Di Malaysia. . Institut Aminudin Baki. Jilid 08, Bil 02. 51- 66.

44

LAMPIRAN A BORANG SOAL SELIDIK

45

Universiti Teknologi Malaysia

SOAL SELIDIK KAJIAN TERHADAP STRES DIKALANGAN GURU SEKOLAH RENDAH DI ZON PERMAS JAYA, JOHOR BAHRU, JOHOR DARI ASPEK PERSONALITI.

Soal selidik ini adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan kajian terhadap stres dikalangan guru sekolah rendah di zon permas jaya, johor bahru, johor dari aspek personaliti.. Jawapan yang diberikan adalah sangat penting dalam membantu kesahihan kajian ini. Penyelidik memberi jaminan bahawa segala maklumat yang diberikan akan dirahsiakan. Jangan tulis nama anda supaya jika berlaku keciciran tiada siapa yang dapat mengenali kertas soal selidik anda. Tiada jawapan yang betul atau salah. Jawablah dengan jujur supaya kajian ini dapat menunjukkan keadaan sebenar yang berlaku.

Soal selidik ini mengambil masa 10 hingga 15 minit untuk disempurnakan. Pastikan anda menjawab kesemua soalan dan pulangkannya kepada penyelidik. Sebelum menjawab , sila baca dan fahami setiap arahan dan perkataan yang diberikan.

Terima kasih di atas masa yang diberikan dan menjayakan kajian yang penting ini.

Disediakan Oleh : Noornazifah Md Suandi 4 SPT PKPG

46

Bahagian A - Demografi
ARAHAN : Sila tandakan ( ) pada petak yang disediakan. 20 hingga 29 tahun 1. Umur 30 hingga 39 tahun 40 hingga 49 tahun Lebih 50 tahun Lelaki 2. Jantina Perempuan Bujang 3. Status Berkahwin Duda / Janda Kurang 1 tahun 4. Pengalaman mengajar 1 tahun hingga 5 tahun 6 tahun hingga 10 tahun Lebih 10 tahun

Bahagian B- Tahap Stres


Kenyataan di bawah menunjukkan beberapa situasi di persekitaran yang anda hadapi. Sila BULATKAN nombor pada jawapan yang anda fikirkan paling sesuai dengan kenyataan ynag disediakan. Amat Setuju 1. Saya merasakan yang saya silap memilih kerjaya. 2. Saya berfikir yang diri saya disisihkan oleh rakan sekerja. 3. Saya cepat marah jika diarahkan oleh pihak pentadbiran termasuklah ketua panitia. 1 2 Setuju Tidak Pasti 3 Tidak Amat Tidak Setuju 4 Setuju 5

47

Amat Setuju 4. Saya tidak akan berjumpa pihak pentadbiran jika mempunyai masalah tugas. 5. Saya menolak pandangan dan pendapat orang lain di sekolah. 6. Saya merasakan tugas yang saya lakukan tidak dihargai. 7. Saya merasakan tidak selesa jika dibebani tugas yang banyak. 8. Saya berfikir yang saya mungkin perlu untuk membunuh diri. 9. Saya berfikir untuk meletakkan jawatan. 1

Setuju

Tidak Pasti

Tidak Amat Tidak Setuju 4 Setuju 5

10. Saya rungsing memikirkan masa depan saya selepas bersara.

11. Saya merasakan tugas pengkeranian yang saya lakukan adalah amat berat. 12. Saya berfikiran yang saya terpaksa datang ke sekolah untuk bertugas. 13. Saya merasa bimbang untuk bertugas. 14. Saya merasakan tugas di dalam bilik darjah membebankan. 15. Saya merasakan bahawa pelajar akan sentiasa mendatangkan masalah kepada saya.

48

Bahagian C : Ujian Personaliti Stres Arahan : Sila tandakan [ ] pada kotak yang sesuai di sebelah setiap pernyataan (item) yang berkaitan dengan anda. Jawab semua soalan.

Bil.

Item

Kerapkali Selalu

Kadangkadang

Tidak pernah

1.

Saya lebih suka bermain ataupun menonton sukan yang pantas / lasak.

2.

Pemandu yang memandu perlahan di hadapan saya menjijikkan saya.

3.

Saya hanya bercakap perkara penting sahaja pada diri saya.

4.

Saya makan sambil membaca akhbar ataupun menonton TV.

5.

Saya rasa bersalah apabila tidak melakukan apa-apa.

6.

Saya suka pertandingan atau sukan yang mencabar.

7.

Saya selalu mengambil berat untuk menyiapkan tugasan tepat pada masanya.

8. 9.

Saya makan lebih cepat daripada orang lain Saya suka berjalan atau bergerak dengan pantas.

10.

Saya boleh melakukan dua atau lebih tugasan pada masa yang sama.

11.

Saya cuba menghabiskan semua tugas dalam masa yang ada.

12.

Saya menggigil apabila bercakap di khalayak ramai.

13.

Saya suka memotong percakapan orang lain semasa perbincangan/ perbualan.

49

Bil.

Item

Kerapkali Selalu

Kadangkadang

Tidak pernah

14.

Saya tidak suka berbaris ataupun menunggu lama.

15.

Saya lebih banyak tidur berbanding orang lain.

16.

Saya suka bercakap lebih laju daripada orang lain.

17.

Bagi memastikan sesuatu perkara itu dibuat dengan betul, saya akan menyemak semula kerja yang telah disiapkan.

18.

Saya ada alasan untuk menepati masa temu janji yang telah ditetapkan.

19.

Saya mengukur kejayaan saya dalam hidup dengan keupayaan saya mengumpul harta.

20.

Saya tidak sabar apabila melihat orang lain melakukan sesuatu yang dapat saya lakukan dengan cepat ataupun lebih baik.

Untuk kegunaan : Penyelidik sahaja 1. Bilang jumlah yang ditandakan ( ) pada setiap lajur. 2. Darabkan bilangan ruang yang ditandakan dengan 3. Jumlahkan semua skor bagi setiap lajur bagi mendapatkan skor keseluruhan. 5 4 2 0

You might also like