2. LAPORAN AKTIVITI
2.1 Kumpulan Sasaran2.1.1
Dalam kursus ini, kumpulan sasaran adalah Ketua Kelas dan PenolongKetua Kelas dari semua kelas menengah rendah dan menengah atastermasuk lah Tingkatan Satu sehingga Tingkatan Enam Atas. Para pelajar telah dimaklumkan tentang program ini dan mereka dimintamelengkapkan Surat Kebenaran daripada ibubapa masing-masing.
2.2 Tentatif Program2.2.1
SMKEB telah mengadakan kursus ini pada 19 April 2008 bersamaandengan hari Sabtu. Program yang telah bermula seawal pukul 7.30 pagi inididahului oleh Pendaftaran peserta yang terdiri daripada Ketua-ketua danPenolong-penolong Ketua Kelas dari semua tingkatan. Seramai 118 orangmurid mengambil bahagian dalam kursus ini dan seramai 22 orang guruterlibat secara keseluruhannya.
2.2.2
Seterusnya, Ceramah Kepimpinan telah diaturkan sebagai program pembukaan. Pihak pengurusan berbesar hati telah menjemput En. MorjaniMokri, iaitu Kauselor Sekolah sebagai penceramah untuk slot pertama ini.Aktiviti seterusnya memerlukan pelajar melakukan tugasan secara berkumpulan. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah Escapisme, Rakitdan Kapal Karam.
2.2.2.1
Escapisme merupakan aktiviti yang memerlukan pelajar berkerjasama secara berpasangan. Mereka diberi tali yang diikatseperti gari serta perlu disilangkan antara pasangan masing-masing. Mereka dikehendaki meloloskan diri dari ikatan tali rafiatersebut tanpa perlu memutuskan tali atau mengangkat talimelepasi kepala mahu pun kaki. Rasionalnya aktiviti ini diadakanialah untuk memupuk kemahiran penyelesaian masalah dalamkalangan para pelajar.
2.2.2.2
Aktiviti Kapal Karam pula menggalakkan pelajar supaya dapatmebuat keputusan yang tepat, padat dalam masa yang singkatuntuk menyelesaikan sesuatu masalah. Di dalam aktiviti ini, pelajar dikehendaki membayangkan mereka berada dalam sebuah kapalyang hampir karam dan mereka perlu memilih individu yangtersenarai yang perlu dibuang. Dalam hal ini, pelajar dikehendakimembincangkan secara berkumpulan dan mencapai keputusan bersama individu mana yang perlu dibuang dan alasan merekamemilih individu terbabit.3