1.0 SOLAT
Solat dari segi bahasa ialah doa, istilahnya ialah ibadat yang dimulakan dengan takbir dandiakhiri dengan salam.Dalam solat terhimpun bermacam jenis ibadat yang tidak ada pada ibadat lain seperti bersuci, berdiam diri, mengadap kiblat, membaca ayat-ayat dari Al-Quran, rukuk, dan sujud.Ibadat solat suatu ibadat yang mendekatkan hubungan di antara seorang hamba denganTuhannya, sebagaimana sabda baginda Rasulullah s.a.w. dalam hadisnya yang bermaksud:“Sehampir-hampir se seorang hamba itu kepada Tuhannya ialah semasa ia sujud.”Saidina Umar r.a berkata, dalam kitab al-Muwatta', sesiapa yang memelihara solat dantetap mengerjakannya, bererti dia memelihara agamanya dan mereka yang mensia-sia kannya,dia akan mensia-siakan kewajipan lain dalam agama.Menurut Sidi Ahmad bin Ata'illah dalam kitab at-Tanwir, solat amat besar kemuliaannya,malah keadaannya di sisi Allah amat berat dan kerana itulah Allah berfirman, maksudnya:“Sesungguhnya solat itu mencegah perbuatan keji dan mungkar.”Rasulullah s.a.w ketika ditanya mengenai semulia-mulia amal, baginda menjawab,maksudnya: “(Semulia-mulia amal) ialah solat yang dikerjakan pada waktunya.”Berdasarkan hadith-hadith di atas jelas menunjukkan bahawa solat itu amat penting di sisiAllah s.w.t. Jika sempurna solat seseorang itu, maka sempurnalah segalanya. Solat ibarat tiang bagi sesebuah rumah, jika tiada tiang tersebut,runtuhlah rumah tersebut. Jika seseorang itu tidak mengerjakan solat, ia seolah-olah telah meruntuhkan Agama.3
Leave a Comment