“Majid, aku memang budak tak berguna”. Samad memulakan perbualan memecah ketenangan bunyi ombak di pantai Kampung Sebiru . “Kau jangan cakap macam tu Samad , cikgu mungkin tak faham bagaimana keadaan kausekarang ini , hanya aku sahaja yang tahu kau bagaimana” . Majid cuba mententeramkan keadaan. Samad menangis, dihatinya timbul rasa hiba dan sayu mengenang dirinya yang sering malang. Masing-masing senyap , melihatkumpulan ombak yang tidak henti-henti memukul sang pantai sebiru. Sudah hampir seminggu Samad sudah tidak hadir ke sekolah , cikgu-cikgu yang lain sudah bertanya-tanya ke mana perginya Samad , namun bagi cikguHamidah dia seolah-olah tidak ambil peduli ketiadaan Samad di dalam kelas.“Puan hamidah , kamu guru kelas 6 sentosa kan? Tahu ke mana perginya pelajar bernama Samad? Sudah hampir semiggu dia tidak hadir ke kelas saya”, tanya cikgu Radzi pada cikgu Hamidah. “Budak tu memang pemalas , selalusaja datang lewat dan tidur di dalam kelas”, rungut cikgu Hamidah. Marahnya mungkin masih belum hilang.Suasana di dalam kelas agak bising , kelas belum bermula . Dihujung tempat duduk Majid berlaku sebuah perbincangan diantara Majid , Sofi dan Ah Leong , mereka Nampak serius seolah-olah membincangkan sesuatuyang penting. “Majid , kau tahu tak kemana perginya si Samad?”, soal si Sofi kerisauan. “Aku pun dah seminggu tak nampak dia, rumahnya juga macam tiada orang , selalu bila waktu petang dia rajin ke tepi pantai dekat rumah akuuntuk mengambil angin,tapi sejak seminggu ni tak ada pula aku nampak”, balas Majid. “Tapi semalam dia datangkedai ayah saya , beli peralatan nelayan, ayahnya suruh barangkali . Tapi aku tak sempat bersembang dengannya” beritahu si Ah leong. “Hairan juga..” tambah Majid. Timbul riak wajah yang penuh tanda tanya di sesama mereka bertiga.“Majid , lusa ni dah Sambutan Hari Guru , kamu dah bersedia nak buat persembahan?”, tanya Sofi mengubah topik perbualan. “Insyallah , eh , Ah Leong kau pandai main gitar kan? Nanti kau mainkan utuk aku ya” pinta Majid. “Ok , kawan-kawan tak ada hal punya” .Ah Leong bersetuju. “Habis tu aku nak jadi apa?”. Sofi juga mahu turut serta.“Haa..Sofi kau jadi pengurus kami lah , kau kan pengurus artis”, gurau Ah leong. Mereka bertiga ketawa sesamasendiri. Selepas asar , Majid mahu mengambil angin di pantai berhadapan rumahnya , tiba-tiba dia ternampak Samad, dengan segera dia mendapati Samad. “Samad , mana kau pergi ? dah seminggu aku cari” , Majid beriya-iyamenanyakan soalan pada Samad. “Majid , aku dah berhenti sekolah” jawab Samad . Mukanya tenang tetapi riaknyasedih. “Kenapa ?” Majid semakin hairan. “Ayahku , dia tidak mampu lagi nak menanggung perbelanjaan persekolahan aku dan aku memutuskan untuk mengikut ayah ke laut”, jawab Samad. Majid hanya diam , wajahnyamula kesedihan dan simpati. “Memang aku nak jumpa dengan kau Majid , aku tahu esok kan hari guru , aku nak kau berikan surat ini untuk cikgu Hamidah , aku tak ada hadiah nak diberi” Samad mengeluarkan sebuah kertas lusuhdaripada kocek seluarnya. “Apa ni Samad?” tanya si Majid. “Sekadar luahan hati aku pada cikgu Hamidah , akutuliskan sajak untuknya”, balas Samad tenang dan berterus-terang. Majid memeluk Samad , kali ini dia benar-benar sedih dengan keluhuran hati Samad.Mereka menangis. Pantai Sebiru jadi saksi.Hari persembahan untuk sambutan hari guru sudah tiba. Majid akan membuat persembahan. “Kau dah bersedia”,tanya Ah Leong dan Sofi. “Hari ni aku tak menyanyi , aku bersajak , tapi Ah Leong , kau main gitar juga ya untuk aku”, balas Majid. “Kenapa tukar plan?”, Sofi kehairanan. Majid menunjukkan kertas lusuh yang diberikan Samad padanya. “Hadiah untuk cikgu Hamidah daripada Samad”. Majid senyum , namun senyumannya nampak sedih.“Samad dah tak sekolah lagi dah , dia ke laut dengan bapanya”, Majid menambah. Suasana sepi. Masing diam tidak bersuara. “Baiklah , mari kita bersiap” Majid menutup suasana itu . Persembahan tinggal lagi setengah jam.
Di atas pentas
“Assalamualaikum , saya Majid dan di sebelah saya Ah Leong , hari ini kami akan menyampaikan sebuah sajak yan bertajuk ,
“Samudera Buat Guru”
, sajak ini di tulis khas oleh sahabat kami , Samad”. Majid memulakan biacara.“Sajak ini untuk guru-guru Sekolah Kebangsaan Seroja terutamanya cikgu Hamidah..” Ah Leong menambah.Seluruh dewan memberikan tepukan gemuruh. Timbul rasa hairan di wajah cikgu Hamidah . Terdiam dan ingintahu. Ah Leong mula memetik gitarnya dengan perlahan , sayu rentaknya. “Sajak ini kutujukan buat guru-gurukuyang tersayang , ampunan maaf juga buat kalian kerana saya pelajar yang malas dan tidak menghormati kalian.Kalian juga tidak perlu risau lagi dengan anak muridmu yang tidak berguna ini , saya hanya akan ke laut sahajaselepas ini , namun saya juga teringin seperti anak-anak murid yang memberi hadiah buat guru yang disayangisempena hari yang berbahagia ini , tidak mampu saya berikan hadiah yang mahal-mahal , cumanya sebuah sajak …khas untuk guru-guruku terutamanya cikgu Hamidah” isi surat tersebut..
SAMUDERA BUAT GURU
Leave a Comment