Keadaan ini telah menyebabkan kesukaran dan kesulitan pembelajaran dikalangan setengah-setengah pelajarWalau bagaimana pun masalah,kesukaran dan kesulitan ini boleh di atasi melalui penggunaan teknologikomputer.Dari segi kemahiran pula, ia perlu dijalankan secra berperingkat-peringkatmengikut tahap pelajar itu sendiri dan bukan berbentuk paksaan memahami danmelakukan sesuatu di luar kebolehannya. Kemahiran dan keketrampilan ini juga perlu memasukkan unsur-unsur kerja sama, pemikiran analitikal dan kritikalserta penyelesaian masalah komunikasi yang berkesan. Walaupun unsur kepintaran dalam teknologi komputer ini didapati telah mula mengambil alihtugas manusia, namun masih terlalu banyak proses yang tidak dapat 100%diaplikasikan. Malah teknik kuantitatif dan statistik moden sekali pun hanyamenjadi pemangkin kepada membuat keputusan dan bukan menguasai prosesmembuat keputusan.Dalam pada itu berdasarkan kepada beberapa kajian yang telah dijalankan,didapati pelajar yang menggunakan komputer pembelajaran matematik didapatimempunyai sikap yang lebih p[ositif terhadap dirinya sebagai ahli matematik danberkeupayaan menyelesaikan masalah yang lebih kompleks. Perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran akan dapatmembantu pelajar memahami konsep dan prinsip matematik dengan mudah.Kumpulan pelajar yang belajar berbantukan komputer mempunyai kemampuanmengekalkan maklumat dalam jangka masa yang lebih lama dan dapatmenggunakannya dalam bidang-bidang lain.Kelembapan dan kebuntuan perkembangan pengajaran berbantukan komputer dalam pendidikan matematik khususnya, pada pertengahan tahun-tahun 70andan 80an adalah disebabkan oleh kos perkakasan komputer yang terlalu tinggi,bilangan perisian yang terhad, kemahiran dan pengetahuan tentang komputer rendah dan tidak kurang juga kebimbangan serta kurang keyakinan di kalanganpendidik. Walau bagaimana pun, keadaan telah berubah di mana hargakomputer telah banyak menurun dan mampu dibeli oleh ramai orang sertaberbagai kursus telah dan sedang dianjurkan oleh pihak kerajaan untuk memberikesedaran, keyakinan, pengetahuan serta kemahiran dalam penggunaankomputer. Dalam pendidikan matematik, komputer boleh berperanan untukmelasanakan aktiviti-aktiviti berikut :1.
Penghasilan bahan kurikulum2.
Latih tubi3.
Tutorial4.
Pemulihan dan pengayaan
Add a Comment