Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
93Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Proposal Asas

Proposal Asas

Ratings: (0)|Views: 4,729 |Likes:
Published by mohaini663155

More info:

Published by: mohaini663155 on Jun 20, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/29/2014

pdf

text

original

 
BAB 1PENDAHULUAN
Bab ini akan membincangkan tentang pengenalan kepada subjek matematik dan penyelesaian masalah matematik, tentang apakah pernyataan masalah yang diutarakanoleh penyelidik, juga mengenai persoalan kajian berdasarkan daripada pernyataanmasalah. Hipotesis kajian juga turut dibincangkan di dalam bab ini. Selain itu dalam babini penyelidik akan menghuraikan mengenai kesignifikan kajian yang dijalankan danapakah sebabnya penyelidik tertarik untuk membuat penyelidikan tentang perkaratersebut. Akhir sekali dalam bab ini penyelidik akan menyatakan tentang batasan kajianserta kekangan yang dihadapi.
1.1Pengenalan
Subjek matematik merupakan subjek yang perlu dikuasai oleh murid-murid kerana iaadalah mata pelajaran teras sama ada di sekolah rendah mahupun menengah di seluruhnegara. Pendidikan matematik ini bermatlamat agar murid-murid dapat menguasaikemahiran matematik serta konsep asas matematik sejak mereka di bangku sekolahrendah lagi. Matlamat ini perlu dicapai oleh setiap pelajar supaya mereka tidamenghadapi kesukaran apabila ke sekolah menengah nanti. Apabila melangkah kesekolah menengah, sukatan pelajaran lebih susah dan mencabar lagi.Justeru itu, Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang telah diperkenalkan pada tahun 1983 dan lanjutan kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada 1989 yang digubal turut memberi fokus kepada keseimbangan di antara kefahamankonsep dan penguasaan kemahiran menyelesaikan masalah serta membina cara pemikiranlogik, mantik, kritis dan kreatif (Nik Aziz Nik Pa, 1992, dalam Ismail Raduan, 1995,m.s.138). Penggubalan KBSM adalah berpandukan kepada prinsip-prinsip kesepaduanunsur-unsur intelek, rohani, emosi jasmani serta Pendidikan seumur hidup. Kurikulummatematik ini turut memberi tumpuan terhadap pengukuhan serta penguasaan operasiasas dan kemahiran penyelesaian masalah.Menurut Lilia Abdullah (1989, dalam Heng Ah Bee & Norbisham Had, 2002, m.s.95), mata pelajaran matematik pada amnya adalah susah kerana ia berkait denganhubungan abstrak, akan tetapi ada sesetengah bahagian yang mudah kerana ia berkaitdengan manipulasi simbol. Subjek matematik merupakan subjek yang bertumpu kepada penguasaan kemahiran di mana seseorang itu perlu menguasai sesuatu kemahiransebelum mereka menguasai kemahiran yang lain. Oleh itu pelajar perlu menguasai setiapkemahiran di dalam proses pembelajaran, termasuklah kemahiran penyelesaian masalahmatematik.Ini membuktikan bahawa kemahiran penyelesaian masalah matematik merupakansatu perkara yang perlu diberi penekanan di dalam pembelajaran matematik selain iamenjadi asas di dalam kehidupan seharian kita. Penyelesaian masalah ini dapat membantukita mempelajari dan berfikir tentang masalah yang dikemukakan dan dikaitkan dengansituasi yang sebenar. Seseorang pelajar akan dapat mengetahui bagaimana memindahkan pengetahuan yang diperolehi kepada situasi yang sebenar. Oleh itu, pembelajaran penyelesaian masalah yang dianggap sukar oleh murid-murid perlu dijadikan sesuatuyang menyeronokkan supaya dapat menarik perhatian murid-murid untuk meminatinya.
1
 
Selain itu, Program Matematik KBSR juga bertujuan untuk membimbing murid-murid agar dapat menguasai kemahiran asas mengira iaitu operasi tambah, tolak, darabdan bahagi. Manakala penyelesaian masalah di dalam matematik pula merentasi semuatajuk di dalam sukatan pelajaran yang turut memberi tumpuan kepada pemahaman danaplikasi proses mengira yang asas dalam kehidupan seharian.
1.2Pernyataan Masalah
Murid-murid yang memperolehi pencapaian cemerlang di dalam peperiksaan mempunyai peluang yang tinggi untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Marrison(1971, dalam Adam Saif & Azhar Zahidi, 2002, m.s. 3), menyatakan bahawa,
“Pencapaian akademik yang tinggi bagi seseorang  pelajar merupakan satu kebanggaan dan harapan iaitubukan sahaja kepada sekolah dan ibu bapa tetapi jugaterhadap murid itu sendiri. Ini selaras dengan matlamat asas pendidikan formal iaitu untuk mencapai kejayaandalam bidang akademik”.
 Berdasarkan kenyataan di atas, kejayaan di bidang akademik amat penting bagi seseorang pelajar kerana ia akan menjamin masa depan mererka. Oleh itu, pelbagai langkah perludiatur agar murid-murid dapat menguasai setiap topik dan kemahiran yang diajar bagimenjamin kecemerlangan mereka.Kita juga sering mendengar keluhan, rungutan dan komen daripada guru-gurutentang kelemahan pelajar-pelajar dalam menyelesaikan soalan yang berkaitan penyelesaian masalah matematik. Justeru sudah menjadi tanggung jawab semua pihak untuk mencari jalan penyelesaian bagi meninggikan lagi mutu pendidikan matematik dikalangan pelajar.Penyelesaian masalah dalam matematik merupakan idea-idea atau konsep-konsepmatematik yang disatukan dalam bentuk cerita atau karangan dalam bahasa matematik.Cerita tersebut adalah berkisar sekitar keadaan kehidupan sebenar atau keadaan sekeliling pelajar. Penyelesaian masalah merupakan kemuncak bagi pembelajaran matematik.Penyelesaian masalah disifatkan sebagai segala yang dilakukan oleh seseorang individuapabila berhadapan dengan situasi yang tidak terdapat satu jalan penyelesaian yang nyata.Pelajar harus berfikir, membuat keputusan dan memikirkan strategi-strategi yang sesuai bagi mencari jalan keluar.Krulik dan Rudnik (1980, dalam Mohd Johan Zakaria, 2002, m.s. 128),mendefinisikan penyelesaian masalah sebagai satu proses di mana seseorang individuakan menggunakan kemahiran serta pemahamannya yang lepas untuk mencari penyelesaian kepada sesuatu masalah yang dihadapi.Penyelidik ingin mengenal pasti apakah hubungan sikap pelajar dengan kemahiranmurid-murid dalam menyelesaikan masalah matematik di SM Sultan Alauddin RiayatShah 1, Pagoh Muar, Johor. Faktor yang dijangkakan menyumbang kepada kelemahanmurid adalah berkaitan dengan sikap mereka. Namun sejauh mana kesahihannya, makasudah menjadi tanggungjawab penyelidik bagi mempastikannya.
2
 
1.3Soalan dan Hipotesis KajianPersoalan:
Adakah terdapat hubungan di antara sikap pelajar dengan kemahiran di dalam penyelesaian masalah matematik di kalangan pelajar Tingkatan 2? 
Hipotesis:
Terdapat hubungan yang signifikan di antara faktor sikap dengan kemahiran penyelesaianmasalah matematik di kalangan pelajar Tingkatan 2.
1.4Kesignifikan Kajian
Penyelidik berharap agar dengan adanya maklumat ini, guru matematik dapat merancang pengajaran penyelesaian masalah dengan berkesan serta dapat menggunakan strategi yang pelbagai. Dapatan ini penting kepada guru matematik kerana dengan adanya maklumatini, guru tersebut akan menyedari kemampuan muridnya di dalam menyelesaikan soalan penyelesaian masalah matematik.Hasil daripada kajian ini diharapkan agar guru matematik di sekolah tersebutdapat mengenal pasti segala faktor yang mempengaruhi masalah ini dan mengorak langkah mencari jalan penyelesaian bagi meningkatkan tahap keupayaan murid dalammenyelesaikan soalan penyelesaian masalah matematik berayat.Guru juga boleh merancang aktiviti kumpulan dengan memperkenalkan kaedah pembelajaran koperatif agar guru dapat melihat dengan jelas sikap yang ditonjolkan olehmurid di dalam menjalankan aktiviti kumpulan. Sekiranya murid menunjukkan sikapyang positif terhadap pembelajaran, di mana mereka mengambil bahagian di dalamaktiviti kumpulan yang dirancangkan, guru seharusnya dapat mengambil peluang iniuntuk mempermudahkan langkah pengajaran berpandukan langkah penyelesaian sepertiyang disarankan oleh Polya (1957, dalam Noor Shah Saad, 2002, m.s.148).Dapatan ini juga boleh digunakan oleh guru matematik bagi memudahkan merekamenyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran supaya ia sesuai dengan kebolehanmurid. Di samping itu guru matematik turut boleh mengenal pasti tahap kemahiranmurid-murid dalam menyelesaikan masalah matematik.Murid-murid juga diharapkan agar dapat mengubah persepsi mereka terhadapsoalan berbentuk penyelesaian masalah matematik yang dikatakan susah. Kesukaran iniadalah disebabkan mereka tidak tahu dan kurang didedahkan dengan teknik menyelesaikan soalan berbentuk penyelesaian masalah. Murid-murid perlu mengubahsikap mereka agar rajin membuat latih tubi bagi membantu dan memudahkan merekamemahami segala persoalan yang ditimbulkan di dalam soalan tersebut.Menerusi kajian ini, adalah diharapkan agar satu penjelasan tentang apakahkelemahan murid dari aspek langkah-langkah penyelesaian masalah dan sikap merekaterhadap soalan berbentuk penyelesaian masalah matematik akan diperolehi. Analisiskelemahan ini akan dapat membantu guru mengenal pasti kelemahan murid danmengambil tindakan yang sesuai dengan kesilapan yang telah dilakukan.
1.5Batasan Kajian
Kajian yang dijalankan ini terbatas kepada pelajar Tingkatan 2 yang melibatkan seramai40 orang responden. Kajian ini hanya bertumpu kepada hubungan di antara sikap pelajar 
3

Activity (93)

You've already reviewed this. Edit your review.
Heah Ks liked this
1 thousand reads
1 hundred reads
shafarin liked this
muhd_nazri liked this
Hossain Baharun liked this
tanjungsofiera liked this
tanjungsofiera liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->