BAB 1PENDAHULUAN1.0Pendahuluan
Bab ini akan menerangkan mengenai latar belakang kajian , kenyataan masalah,kesignifikan kajian , tujuan kajian, objektif kajian am dan spesifik, soalan kajian dandefinisi operasi.
1.1 Latar Belakang
Dewan bersalin merupakan sebuah unit kritikal yang ditempatkan di bawah JabatanObstetrik dan Ginekologi, Hospital Seberang Jaya. Tenaga kerja di unit ini terdiri dari 7orang doktor pakar Kebidanan dan Sakit Puan, 13 orang Pegawai Perubatan dan 13 orang pegawai perubatan pelatih yang bertugas mengendalikan 5 unit di bawah jabatan Obstetrik dan Ginekologi secara bergilir gilir.Unit sokongan pula terdiri dari 2 orang Ketua Jururawat, 26 orang Jururawat Terlatihtermasuk 2 orang yang sedang menyambung pengajian di peringkat ijazah, 11 orangJururawat Masyarakat dan 7 orang Pembantu Perawatan Kesihatan yang bertugas secara shif.Sebagai sebuah unit di bawah Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, unit ini berfungsisebagai pusat penerimaan ibu-ibu yang bakal bersalin secara biasa, secara paksaan(kemasukan ubat untuk mempercepatkan kelahiran) dan juga secara pembedahan yang telahdirancang kerana menghadapi masalah kesihatan semasa kehamilan atau kandungan yang bermasalah dari sudut perubatan.Fungsi lain bagi unit ini ialah sebagai pusat menyambut kelahiran biasa, kelahirandengan bantuan seperti forcep , vakum dan kelahiran songsang.. Unit ini juga menerima kes-kes kehamilan berisiko tinggi seperti kes darah tinggi, kencing manis, kes tumpah darahsebelum (
antepartum haemorhage
) atau selepas kelahiran (
post partum haemorhage
) jugakes-kes yang dirujuk dari hospital lain kerana masalah kelahiran .Selain itu kes-kes kelahiran pramatang dan keguguran juga dikendalikan di unit ini.Unit ini juga mengendalikan kes-kes pembedahan kecemasan sekiranya ibu atau bayimengalami sebarang komplikasi semasa proses kelahiran seperti bayi lemas, kesukarankelahiran peringkat kedua , proses kelahiran tersekat atau sebarang masalah kelahiran lain