Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
411Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
contoh Proposal

contoh Proposal

Ratings: (0)|Views: 27,530 |Likes:
Published by mohaini663155

More info:

Published by: mohaini663155 on Jun 20, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/11/2014

pdf

text

original

 
BAB 1PENDAHULUAN1.0Pendahuluan
Bab ini akan menerangkan mengenai latar belakang kajian , kenyataan masalah,kesignifikan kajian , tujuan kajian, objektif kajian am dan spesifik, soalan kajian dandefinisi operasi.
1.1 Latar Belakang
Dewan bersalin merupakan sebuah unit kritikal yang ditempatkan di bawah JabatanObstetrik dan Ginekologi, Hospital Seberang Jaya. Tenaga kerja di unit ini terdiri dari 7orang doktor pakar Kebidanan dan Sakit Puan, 13 orang Pegawai Perubatan dan 13 orang pegawai perubatan pelatih yang bertugas mengendalikan 5 unit di bawah jabatan Obstetrik dan Ginekologi secara bergilir gilir.Unit sokongan pula terdiri dari 2 orang Ketua Jururawat, 26 orang Jururawat Terlatihtermasuk 2 orang yang sedang menyambung pengajian di peringkat ijazah, 11 orangJururawat Masyarakat dan 7 orang Pembantu Perawatan Kesihatan yang bertugas secara shif.Sebagai sebuah unit di bawah Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, unit ini berfungsisebagai pusat penerimaan ibu-ibu yang bakal bersalin secara biasa, secara paksaan(kemasukan ubat untuk mempercepatkan kelahiran) dan juga secara pembedahan yang telahdirancang kerana menghadapi masalah kesihatan semasa kehamilan atau kandungan yang bermasalah dari sudut perubatan.Fungsi lain bagi unit ini ialah sebagai pusat menyambut kelahiran biasa, kelahirandengan bantuan seperti forcep , vakum dan kelahiran songsang.. Unit ini juga menerima kes-kes kehamilan berisiko tinggi seperti kes darah tinggi, kencing manis, kes tumpah darahsebelum (
antepartum haemorhage
) atau selepas kelahiran (
 post partum haemorhage
) jugakes-kes yang dirujuk dari hospital lain kerana masalah kelahiran .Selain itu kes-kes kelahiran pramatang dan keguguran juga dikendalikan di unit ini.Unit ini juga mengendalikan kes-kes pembedahan kecemasan sekiranya ibu atau bayimengalami sebarang komplikasi semasa proses kelahiran seperti bayi lemas, kesukarankelahiran peringkat kedua , proses kelahiran tersekat atau sebarang masalah kelahiran lain
 
yang berkaitan. Penerimaan bayi selepas pembedahan yang dirancang juga dikendalikan diunit ini.Bancian bersalin bagi tahun 2003-2007 telah menunjukkan data seperti yang berikut.Jumlah keseluruhan kemasukan ialah seramai 8641 bagi tahun 2003, 8335 bagi tahun 2004dan 8561 pada tahun 2005. Sementara itu, bagi tahun 2006 jumlah kemasukannya ialahseramai 8853 dan 9034 bagi tahun 2007.Dari jumlah tersebut,jumlah keseluruhan kes bersalin yang telah direkodkan adalahseperti berikut. Bagi tahun 2003 jumlah kelahirannya ialah 8166 dan dikuti oleh 6625 padatahun 2004. Jumlah ini seterusnya meningkat kepada 6730 bagi tahun 2006 danmeningkatlagi pada tahun 2006 dengan kadar kelahiran sebanyak 6961. Bagi tahun 2007 jumlah kelahirannya ialah 7392.Pecahan statistik kadar kelahiran biasa menunjukkan sebanyak 6321 kes telahdirekodkan pada tahun 2003 dan diikuti dengan 4850 kes pada tahun 2004. Sementara itusebanyak 5056 kes direkodkan pada tahun seterusnya yang menunjukkan peningkatansebanyak 206 kes. Pada tahun 2006 pula terdapat peningkatan sebanyak 381 kes yangmenjadikan rekod kelahiran biasa melonjak kepada 5437 kes dan jumlah itu terusmenunjukkan peningkatan pada tahun 2007 dengan kelahiran biasa sebanyak 5559. Inimenunjukkan bahawa kadar kelahiran biasa di unit ini semakin meningkat saban tahun.Bagi kelahiran berkomplikasi pula, rekod telah mencatatkan kelahiran sebanyak 163 pada tahun 2003 dan pada tahun berikutnya sebanyak 205. Pada tahun 2005 pula, sebanyak 228 kes telah direkodkan dan diikuti sebanyak 215 pada tahun 2006 dan kes komplikasi padatahun 2007 menurun kepada 136 kes.Pecahan melalui kes pembedahan pula adalah seperti berikut. 1682 kes bagi tahun2003, 1570 pada 2004. Ini dikuti dengan 1446 pada tahun 2005 dan 1309 pada tahun 2006.Jumlah ini meningkat kepada 1697 pada tahun 2007. Kesemua data statistik ini dapat dilihatdengan jelas seperti yang tercatat dalam
Jadual 1
di bawah .
 
Bancian Bersalin tahun 2003-2007 Hospital Seberang Jaya
20032004200520062007Jumlah Kemasukan86418335856188539034Bersalin “Vaginal Deliveries”Kes Bersalin Biasa63214850505654315559Kes Bersalin Komplikasi(Breech,Vacuum, Forcep dll)163205228215136
Jumlah64845055528456525695
Pembedahan CaesareanElective LSCS442445410419603Emergency LSCS1240112510368901094
Jumlah16821570144613091697Jumlah keseluruhan Kes Bersalin 81666625673069617392Jadual 1
Bagi kes kes yang berisiko tinggi, data yang diperolehi menunjukkan bahawa jumlahkes yang direkodkan semakin menurun iaitu dari 5808 pada tahun 2005 kepada 5681 padatahun 2006 dan 4676 pada tahun 2007. Bagi pecahan peratusan pula, kadar kelahiran yang berisiko adalah sebanyak 86.3%bagi tahun 2005, 81.8% bagi tahun 2006 dan diikuti penurunan yang ketara pada tahun 2007 sebanyak 18.6% iaitu kepada 63.2%. Secararingkasnya peratus kelahiran ynag berisiko dapat dilihat dalam
Jadual 2
dibawah.
Statistik Kes-Kes Berisiko Tinggi bagi tahun 2005-2007Butiran200520062007
Bilangan Berisiko Tinggi580856814676Jumlah Kelahiran673069617392Peratus Kes Berisiko Tinggi86.3%81.8%63.2%

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->