· Pelbagai kegiatan dalam usaha mencari jalan memajukan industri pelancongan di negaraini dijalankan. Persatuan Pengembaraan Asia Pasifik (PATA) yang mempunyai pengaruh besar dalam industri pelancongan di rantau ini telah mengadakan persidangan tahunannyadi sini. Forum Pelancongan Majlis Ekonomi Asia Pasifik (APEC) Kedua turut diadakan.Begitu juga dengan Pesta Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan AntarabangsaMalaysia (MATTA) 2001 telah dianjurkan di sini.· Atas kesedaran ini juga, kerajaan telah mengadakan pelbagai program untuk memajukanindustri pelancongan. Kejayaan industri ini bergantung kepada usaha pacuan sektor swasta dengan sokongan sektor awam. Usaha sektor awam atau kerajaan ini tidak akan berjaya tanpa digerakkan dan didorong oleh sektor swasta. Sektor swastalah yangmenggerakkan perniagaan pelancongan sama ada daripada kalangan ejen pelancongan, pengangkutan, perhotelan, rekreasi, penyusun acara, ataupun pusat-pusat membeli-belah.· Pihak kerajaan boleh menggalakkan perniagaan industri-industri ini seperti mengadakan pelbagai kempen serta menyediakan dan mencekapkan infrastruktur.· Namun begitu, pada keseluruhannya, kita percaya bahawa kejayaan sebenar industri pelancongan memerlukan kesedaran dan kerjasama rakyat Malaysia sendiri. Selain pihak kerajaan dan sektor swasta bekerjasama untuk memajukan pelancongan, rakyat jugaharus bersedia untuk memiliki sikap menyumbang kepada industri ini.· Contohnya, bermula daripada kesedaran memelihara kebersihan di tempat-tempat awamhinggalah kepada mengambil kira soal pelancongan negara dalam membuat sebarangkeputusan semasa menjalankan kerja-kerja seharian.Untuk lebih memahami keperluan pelancong, rakyat negara ini juga harus sendiri menjadi pelancong dalam negeri.· Dengan menjadi pelancong dalam negeri, bukan saja boleh meningkatkan kualiti hidupdiri sendiri dan keluarga melalui rekreasi pelancongan, tetapi juga dapat mengukuhkankekuatan ekonomi industri itu.· Apabila tempat-tempat pelancongan di dalam negeri menjadi lebih kukuh, maka inidapat mempertingkatkan kualiti perkhidmatannya yang akan memudahkannya menerima pelancong luar negara. Selain itu, dengan sering kali melakukan perjalanan, seseorang ituakan memperoleh idea-idea baru bagaimana hendak meningkatkan industri pelancongandi negara ini.· Selain dari sudut komersial pelancongan, peningkatan kunjungan pendatang luar kenegara ini dengan sendirinya akan memasyhurkan kemakmuran Malaysia di matadunia.Pelancongan berasaskan pertanian untuk memberi pengalaman kepada penggunamerasai hidup kampung dan merasai nikmat alam semula jadi melawat ladang buah- buahan, ladang sayur-sayuran, ternakan ikan dan sebagainya.FAKTOR-FAKTOR YANG MENJADIKAN SESUATU KAWASAN BERPOTENSISEBAGAI KAWASAN PELANCONGAN
Leave a Comment
input yang bagus :) terima kasih =)
isu faedah melancong takde ke
ade info pelancongan yang latest x??sbb info 2 dr tahun 2000.yg dr 2010 x de ke?
awak da jumpa x info yg dr 2010?
bagus,isi padat....semua y diperlukan adew..
ribuan terima kasih atas contoh yang anda bagi,ia amat sesuai untuk rujukan spm tahun ini...NICE!
nice!
isi bez,,mantap..padat.... memang ssuai sbg rujukan...
bgos gak krngn nie.. taon ni aq PMR..! hmpir sume jens krngan aq carik contoh nyer..~