Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
32Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Cerita Hutan

Cerita Hutan

Ratings:

5.0

(1)
|Views: 2,288 |Likes:
Published by PENGAKAP MANJUNG

More info:

Published by: PENGAKAP MANJUNG on Jun 20, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/11/2013

pdf

text

original

 
WATAK-WATAK CERITA HUTAN
 
AKELA BAGHEERA ANAK GAJAH
 
MOWGLI ERENG SHERE KHAN
 
BALOO ITN KINGKAA
 
AKELA
Diterima Sebagai Ahli Kumpulan Serigala
 
Ada suatu adat Kumpulan Serigala yang tinggal di hutan. Apabilaanak-anak serigala sudah agak besar, mereka mestilah ditunjukkankepada semua anggota Kumpulan. Mereka mengadakan Sidang Kumpulansebulan sekali pada malam bulan purnama di kawasan berbatu-batu yangdipanggil Batu Sidang. Di sinilah nasib anak-anak serigala ditentukan, sama ada diterima sebagai anggotaKumpulan atau sebaliknya. Apabila seekor anak serigala sudah diterima sebagai anggota Kumpulan, tidakseekor serigala lain pun boleh membunuhnya, dan jika ada yang membunuh, hukumannya ialah bunuh juga.Bapa Serigala menunggu sehingga anak-anaknya termasuk Mowgli, sudah boleh berlari-lari.Kemudian, pada suatu malam bulan purnama, Bapa dan Ibu Serigala pun membawa anak-anak mereka keBatu Sidang itu. Apabila semua anggota Kumpulan sudah berada di situ dengan anak masing-masing,Ketua Kumpulan, seekor Serigala Jantan yang gagah lagi bijaksana bernama Akela, mula menyuruh ibu-ibu serigala menunjukkan anak masing-masing untuk dilihat oleh anggota-anggota Kumpulan.Akhirnya tibalah kepada giliran Mowgli. Dia sedikit pun tidak menunjukkan rasa takut sebaliknyabergurau dengan anak-anak serigala lain seolah-olah dia pun serigala juga. Apabila Akela menyuruhanggota-anggota Kumpulan melihat Mowgli dan membuat keputusan, tiba-tiba Shere Khan mengaum daribelakang batu besar. "Anak manusia milikku. Berikan dia kepadaku semula kerana anak manusia tidaklayak hidup bersama kumpulan Serigala!" katanya.Setelah senyap seketika, mulalah beberapa ekor anak serigala yang sudah agak dewasamenyatakan rasa tidak setuju mereka menerima Mowgli. Mengikut Undang-undang Hutan, apabila timbulperselisihan begitu, dua anggota Kumpulan yang bukan ibu atau bapa kepada anak serigala itu mestilahbercakap menyokongnya baru dia diterima menjadi anggota Kumpulan."Siapakah antara anggota Kumpulan yang bersedia menyokong?" tanya Akela, Ketua Kumpulan.Tidak seekor pun anggota Kumpulan itu bersuara dan Ibu Serigala pun bersedialah hendak bertempurbermati-matian utnuk mempertahankan Mowgli.Seekor binatang lain yang bukan anggota Kumpulan itu tetapi dibenarkan bercakap dalam SidangKumpulan ialah Baloo, seekor beruang tua yang menjadi guru mengajar anak-anak serigala Undang-undang Hutan. Setelah tidak ada serigala yang lain bercakap, Baloo berdiri di tempatnya di belakangBatu Sidang dan menyokong supaya Mowgli diterima sebagai anggota Kumpulan. Dia sendiri berjanji akanmengajar Mowgli.Tetapi Mowgli memerlukan lagi satu suara menyokongnya. Ketika Akela meminta sokongan lagi,Bagheera, seekor Harimau Kumbang yang tangkas tetapi baik hati, tiba-tiba bercakap. Walaupun diatidak berhak bersuara, tetapi mengikut Undang-undang Hutan, nyawa seekor anak serigala bolehditebus dengan seekor buruan. Dia akan menghadiahkan seekor lembu jantan yang baru dibunuhnya dandisembunyikan tidak jauh dari situ untuk menebus nyawa Mowgli supaya diterima sebagai anggotaKumpulan.Anggota-anggota Kumpulan segera bersetuju menerima Mowgli sebagai anggota apabilamendengar hadiah lembu jantan yang ditawarkan oleh Bagheera itu. Mereka turun dari bukit dan pergiberamai-ramai mendapatkan buruan itu dan tinggallah Akela, Bagheera, Baloo dan keluarga Mowgli sajadi Batu Sidang itu. Shere Khan mengaum lagi sekuat hatinya, terlalu marah kerana budak itu tidakdiserahkan kepadanya. Tetapi Akela berkata keputusan itu amat baik kerana manusia dan anak merekamemang baik dan Mowgli akan dapat memberi pertolongan kepada mereka suatu hari kelak.
 
MOWGLI
Mowgli Menjadi Anak Serigala
Di pedalaman India pada zaman dahulu ada seekor harimautua yang tempang kakinya dan paling dibenci oleh binatang-binatang yang hidup aman dalam sebuah kawasan hutan. Harimau ini bernamaShere Khan. Pada suatu malam ketika dia menghendap-hendapmencari makanan Shere Khan ternampak sebuah khemah pemotongkayu. Di dalam khemah itu, pemotong kayu suami isteri dan seorang anak meeka yang masih kecil sedangtidur dengan nyenyak. Di sisi khemah itu, unggun api menyala dengan maraknya.Kerana terlalu gembira menemuimangsanya itu Shere Khan terus menerkam.Malangnya Shere Khan terpijak bara unggun api yang ada di sisi khemah itu. Dia pun melolongkesakitan sehingga menggemparkan satu keluargaserigala yang tinggal dalam sebuah gua batu tidak jauh dari situ.Sedang Bapa Serigala berlari keluar dariguanya hendak menyiasat kejadian itu, tiba-tibadia terdengar sesuatu merayap di dalam semak.Apabila dia bersedia hendak menerkam, diaternampak seorang anak manusia sedangmerangkak ke arahnya dengan berani. Budak ituadalah anak pemotong kayu yang tertinggal didalam khemah ketika ibu bapanya melarikan diriapabila terdengar lolongan Shere Khan tadi.Bapa serigala menggonggong budak itu dan membawanya ke dalam gua. Ibu serigala kasihan dantertarik hati kepadanya kerana budak itu sedikit pun tidak takut kepada mereka malah berebut-rebutdengan anak serigala yang lain menghisap susu Ibu Serigala. Kedua-dua Ibu dan Bapa Serigala bersetujumenerima budak itu sebagai anak mereka sendiri dan menamakannya Mowgli. Anak-anak serigala yanglain juga sayang kepadanya dan menganggap Mowgli sebagai saudara mereka sendiri.Tetapi tidak lama kemudian Shere Khan datang ke mulut gua itu dengan dipandu Tabaqui, seekorrubah(jackal), yang memang hidupnya memakan sisa tangkapan binatang-binatang lain. Tabaqui terdahuludaripada itu telah dapat mengesan ke mana budak kecil pemotong kayu itu pergi dan mengharap dapatmakan sisa-sisa Shere Khan jika harimau tempang itu memakan budak itu nanti.Bagaimanapun apabila Shere Khan menuntut supaya Bapa Serigala menyerahkan budak itu, yangdidakwanya sebagai haknya, Bapa dan Ibu Serigala menentang. Shere Khan cuba hendak mengambilbudak itu dari dalam gua, tetapi badannya tidak muat melalui pintu gua. Dengan marah dia akhirnyameninggalkan gua itu tetapi bersumpah yang suatu hari nanti budak itu akan tetap menjadi mangsanya.Semenjak itu, Mowgli tinggal bersama-sama keluarga serigala itu dan benar-benar sebagai anakserigala di dalam hutan.

Activity (32)

You've already reviewed this. Edit your review.
Faeeqah Zahari liked this
1 thousand reads
1 hundred reads
Shirley Jong liked this
Farah Azryena liked this
jp sia liked this
Muhåmmåd FäIq liked this
Kim Soon liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->