You are on page 1of 6

UNTUK BERJAYA MILIKI 7 KEMAHIRAN INI

Dunia pekerjaan seperti juga perniagaan ada pasang surut


kerana ia banyak bergantung kepada prestasi syarikat. Ada
ketikanya graduan-graduan universiti tidak perlu memohon
pekerjaan kerana peluang sentiasa menanti. Dan ada
ketikanya terutama semasa negara dilanda kemelesetan
ekonomi pertengahan 1980-an lalu, graduan yang baru
menerima ijazah terpaksa berpuas hati dengan gali lebih
rendah daripada sepatutnya.

Kini di era Internet, peluang pekerjaan tidak dinafikan


semakin banyak dan luas, begitu juga dengan persaingan
bukan sahaja di antara syarikat-syarikat yang berlumba-
lumba merebut peluang perniagaan tetapi juga di kalangan
kakitangan.

Pekeria yang banyak pengalaman mempunyai lebih banyak


peluang dan mampu 'demand' untuk mendapatkan gaji yang
tinggi.

Oleh itu setiap pekeria di sektor swasta perlu sentiasa


bersedia dan tidak berkira untuk menambah pengalaman
dan pengetahuan kerana dengan cara ini mereka boleh dan
mampu bersaing secara sihat untuk terus naik setiap anak
tangga kejayaan. Ingat setiap tingkah laku, penampilan dan
pergerakan anda di pejabat tidak kira bidang apa yang
diceburi akan menjadi perhatian dan secara tidak langsung
menggambarkan imej syarikat.

Tujuh kemahiran di bawah ini bukan sahaja akan membuka


peluang yang luas untuk anda meningkat ke tahap lebih
tinggi dari jawatan sekarang tetapi juga membolehkan anda
bertukar ke profesyen lain dengan lebih mudah.
1. Suara yang meyakinkan

Kebanyakan tugas hari ini memerlukan kemahiran


berkomunikasi terutama melalui telefon. Ada ketikanya
dengan hanya satu panggilan, tugas kita mudah diselesaikan
dengan jayanya. Ini bermakna suara yang dibuat menerusi
panggilan telefon berjaya meyakinkan pihak yang berurusan
dengan kita.

Seperti kata penulis buku Winning With Your Voice,


Morton Cooper, H kira-kira 80 peratus daripada komunikasi
harian bergantung kepada suara. Kebanyakan kita menjual
suara untuk menjalin perhubungan terutama dalam
perniagaan.

Percakapan yang kurang jelas melalui telefon akan


mengurangkan keyakinan pihak yang satu lagi membuatkan
mereka mendapat gambaran negatif terhadap kita sehingga
mereka bertemu empat mata dengan kita.

Bagaimana caranya untuk memperbaiki pertuturan? Nancy


Friedman, pemilik dan presiden apa yang dipanggil Doktor
Telefon di Saint Louis mencadangkan agar berlatih sendiri
untuk memperbaiki cara pertuturan. Caranya mudah,
letakkan cermin kecil di atas meja supaya anda dapat
melihat sama ada anda tersenyum atau tidak ketika
mengangkat gagang telefon. Apabila tersenyum, suara akan
lebih meyakin, seolah-oleh orang yang kita hubungi
dapat'mendengar' kita tersenyum.

Cara pertuturan amat penting. Apa jua profesyen kita sama


ada wartawan, penerbit, eksekutif jualan malahan mereka
yang bekeria sendiri juga memerlukan keyakinan diri untuk
meyakinkan orang lain.
2. Pena yang tajam

Kemampuan bercakap dengan baik hanyalah salah satu


daripada kemahiran berkomunikasi kerana penulisan yang
tersusun dan lancar juga mempunyai peranan penting.

Apabila memohon sesuatu pekerjaan, pastikan surat


permohonan dibuat dengan tersusun memberitahu
bagaimana tugas yang dipohon dan diri anda adalah
gandingan sepadan.

Mungkin ramai berpendapat kurang kemahiran berbahasa


Inggeris membuatkan mereka tidak yakin untuk menulis
surat permohonan keria. Sebenarnya kemahiran ini boleh
dipelajari melalui kursus atau buku-buku di samping melihat
surat permohonan rakan-rakan yang telah beriaya dalam
permohonan mereka.

3. Luahan idea

Jangan takut untuk memberi idea. Tidak semestinya setiap


idea yang datang daripada ketua boleh dan sesuai
digunakan dan tidak selalu idea yang dihasilkan oleh pekeria
tidak berfaedah.

Perkembangan teknologi begitu pesat kini sehingga setiap


hari ada sahaja perkara baru yang diperkenalkan. Bukan
hanya melalui media elektronik, malahan melalui media
cetak banyak perkara baru boleh dijadikan panduan untuk
memberikan idea yang boleh digunakan dalam tugas
seharian.

Ini bermakna setiap pekeria perlu peka dengan perubahan


dan perkembangan yang berlaku bukan hanya di sekitar
mereka tetapi juga di seluruh dunia.

Semakin banyak kita sedar dan peka mengenai tren semasa,


semakin banyak idea yang boleh dikembangkan dan
semakin luas peluang kita dalam dunia pekerjaan.

4. Pengetahuan teknologi

Kajian yang dijalankan di Amerika menunjukkan berbanding


lelaki, wanita lebih bimbang terhadap perkembangan
teknologi terutama komputer.

Kemahiran teknikal adalah penting dalam menjalani


kehidupan dalam dunia pekerjaan yang semakin kalut
berkejar dengan penggunaan teknologi terkini. Tanpa
pengetahuan ini, ramai yang akan ketinggalan. Usah malu
untuk bertanya dan mempelajari sekiranya tidak tahu.

Walaupun tugas harian tidak memerlukan penggunaan


komputer, tetapi adalah lebih menguntungkan jika kita
mempelajarinya atas inisiatif sendiri.

5. Tingkatkan pendapatan syarikat

Dalam temuduga untuk mendapatkan pekerjaan, majikan


akan bertanyakan sumbangan yang boleh diberikan kepada
syarikat. Walaupun jawapan yang diberikan "saya akan cuba
me" ningkatkan jualan, meningkatkan pendapatan syarikat
dan sebagainya namun ia masih belum mencukupi.
Pekerja yang beriaya membawa hasil yang banyak kepada
syarikat akan sentiasa disanjung tinggi dan menjadi aset
kepada syarikat tersebut.

Oleh itu anda perlu ada keyakinan diri untuk meyakinkan


syarikat tempat anda memohon pekerjaan bahawa anda
mampu membawa peluang perniagaan yang besar kepada
syarikat berkenaan.

6. Luaskan rangkaian

Alat yang penting dalam mengembangkan karier adalah


rangkaian yang pelbagai. Tetapi ia tidak bermakna hanya
menghadiri majlis sosial, bertukar-tukar kad perniagaan
dengan kenalan baru atau sering berbual melalui telefon.

Yang penting selepas setiap pertemuan, anda perlu


berhubungan selalu bagi bertukar-tukar pandangan,
mendapatkan nasihat dan maklumat yang diperlukan.

Kita sering bertemu ramai orang dari pelbagai bidang, tetapi


jika kita tidak sering berhubungan walaupun sekadar
bertanya khabar, rangkaian hubungan kita tidak akan
meluas. Ia akan hanya menjadi sekadar kenangan dalam
pertemuan. Rangkaian adalah kritikal untuk pengurusan
karier kerana ahli-ahli perniagqan hanya akan berurusan
dengan orang yang mereka kenal dan boleh dipercayai.

Kunci utama mengembangkan rangkaian kita ialah dengan


mengadakan perhubungan yang pelbagai. Sertai
pertubuhan-pertubuh an sosial, pertubuhan profesional,
kelab-kelab dan tidak ketinggalan mereka yang ditemui
ketika beriadah di kelab atau bersiar-siar di taman.

Kejayaan dalam pekerjaan dan perniagaan bukan sahaja


bergantung kepada siapa yang kita kenali tetapi juga siapa
yang mengenali kita.

7. Susulan

Apabila memulakan sesuatu tugas, kita hendaklah sentiasa


memastikan tindakan susulan dibuat segera. Tidak kurang
yang bersemangat berkobar-kobar untuk melakukan sesuatu
tetapi kemudiannya dibiarkan begitu sahaja tanpa susulan
lanjut membuatkan segalanya gagal.
Ada juga yang menghantar permohonan pekerjaan tetapi
tidak mengambil inisiatif untuk membuat panggilan telefon
bertanyakan mengenai pemohonannya. Ini menunjukkan
dari awal lagi individu ini tidak bersungguh-sungguh dalam
usahanya.

You might also like