Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
2Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Nani Herlin_Facebook Dlm Pendidikan

Nani Herlin_Facebook Dlm Pendidikan

Ratings: (0)|Views: 892 |Likes:

More info:

Published by: شمسو دين محمد روسلي on Sep 07, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

09/30/2013

pdf

text

original

 
1
Laman Jaringan Sosial Facebook ; Media Sosial Dalam Talian SebagaiMedium Pengurusan Komunikasi Kepemimpinan
Nani Herlin Binti JaminBahagian Buku Teks,Kementerian Pelajaran Malaysiaherlin.jamin@moe.gov.my 
ABSTRAK
Fenomena global media sosial dalam talian menjadi saluran utama masa kini dalamusaha penyebaran dan pemerolehan maklumat. Rangkaian media sosial dalam talianyang popular di Malaysia seperti penggunaan laman jaringan sosial Facebook, Twitter dan media Blog mendapat sambutan kepenggunaan yang meningkat saban tahun.Justeru, objektif kertas kerja ini adalah sebagai cetusan idea dan cadangan kepada para pemimpin khususnya pemimpin sekolah untuk menggunakan laman jaringan sosial dalam talian sebagai media mengurus permasalahan yang wujud dalam pendidikan.Kajian ini juga bertujuan untuk mendedahkan kepada para pemimpin sekolah tentang kewujudan laman jaringan sosial yang boleh memberikan manfaat dalam memperbaiki komunikasi kepemimpinan. Dapatan kajian melalui kaedah tinjauan merumuskan tiga perspektif penggunaan laman jaringan sosial Facebook terhadap pemimpin iaitu ; 1)melihat contoh-contoh interaksi yang berlaku di kalangan pendidik menggunakan
‘ 
kumpulan guru
’ yang wujud 
dalam dinding perbincangan (discussion wall), 2)menganalisis satu contoh interaksi yang berlaku dalam
‘kumpulan guru’ 
tersebut danmembuat andaian-andaian yang boleh berlaku dalam komunikasi kepemimpinan dan 3)cadangan kepada pemimpin untuk melihat isu kepemimpinan yang lebih luas melalui laman jaringan sosial Facebook khususnya melalui 
‘kumpulan guru’ 
 
PENGENALAN
Kepelbagaian isu dan masalah yang timbul dalam pendidikan masa kinimendorong para pemimpin untuk bersiap siaga sebagai barisan hadapan dalammemacu organisasinya. Pemimpin merupakan orang yang bertanggungjawabterhadap corak kepimpinannya dalam menetapkan hala tuju dan jatuh bangunorganisasi yang dibawanya. Menurut David M. Traversi (2007) dalam Sarvinder Singh dan Ahmad Esa (2008) faktor kepimpinan yang membezakan antarasebuah organisasi yang berjaya atau sebaliknya. Justeru, seorang pemimpinperlu memilih pendekatan bersesuaian dengan cabaran yang dihadapinya.Salah satu gaya kepemimpinan yang sesuai dilaksanakan apabilapemimpin menghadapi sesuatu isu ialah melalui komunikasi kepemimpinan. Aktiviti komunikasi masa kini tidak lagi bergantung kepada komunikasi terkawaldalam organisasi semata-mata seperti antara Pengetua dan guru di sekolahnyasahaja. Komunikasi masa kini lebih meluas dengan kewujudan media baruteknologi maklumat seperti teknologi Web 2.0 yang menjadi alat media sosialyang berkeupayaan untuk menyampaikan kandungan media dan menyediakankemudahan interaksi antara pengguna secara pantas.Oleh sebab kemampuan media sosial ini membolehkan komunikasi dalamkalangan pengguna tanpa batasan dan penyebaran maklumat berlaku secara
 
2
global, laman media sosial digunakan dengan meluas oleh pelbagai kumpulanpengguna seperti ahli akademik, ahli politik, organisasi korporat, agensikerajaan, pelajar dan sebagainya untuk pelbagai tujuan : perniagaan, pengajarandan pembelajaran, ideologi politik, komunikasi, perhubungan awam dan alatperiklanan (Siti Ezaleila Mustafa & Azizah Hamzah, 2010). Justeru, media sosialdalam talian ini selayaknya wajar dijadikan sebagai salah satu media dalamaktiviti komunikasi kepemimpinan.
ICT Dalam Komunikasi Kepemimpinan
Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) semakin berkembang denganadanya kepelbagaian dalam aplikasi internet. Kemunculan internet sebagai alatkomunikasi terkini menjadikan satu bentuk fenomena penyebaran maklumatyang lebih global dan pantas. Kehadiran teknologi Web 2.0 menyebabkanpenggunaan internet telah banyak berubah daripada penggunaan e-mel danlaman web secara klasiknya kepada laman jaringan sosial. Rangkaian mediasosial yang popular di Malaysia seperti laman jaringan sosial Facebook, Twitter dan Blog mendapat sambutan kepenggunaan yang meningkat saban tahun diMalaysia. Pendidikan di Malaysia turut mendapat tempias kesan pembangunanmedia sosial ini apabila dilihat kemunculan pelbagai media sosial tempatanberbentuk pendidikan seperti Cikgu.net dan terbaru ialah Frog VLE.Dalam konteks pendidikan, pemimpin iaitu pentadbir sekolah memainkanperanan besar sebagai pemimpin teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).Kajian sebelum ini banyak melihat kepada peranan pentadbir sekolahmenggunakan ICT dari sudut pengurusan sekolah serta proses pengajaran danpembelajaran sahaja. Misalnya dapatan kajian yang dibuat oleh Lokman, Mohd Anuar, M.Al-Muzammil dan Phoon Ai Ling pada tahun 2010 mendapati gurubesar sekolah rendah sangat prihatin terhadap penggunaan ICT denganmemberi galakkan terhadap guru-guru sekolah dengan mengadakan pelbagaikursus dan latihan berkaitan ICT. Maklumbalas responden iaitu guru-gurutersebut mendapati pentadbir sekolah sedikit sebanyak memberikan semangatdan motivasi kepada guru untuk terus memperbaiki dan meningkatkankemahiran penggunaan ICT yang sedia ada.Pengkaji melihat selain daripada aspek keprihatinan pentadbir sebagaipemimpin ICT, aspek penguasaan turut penting dan harus dimiliki oleh setiappentadbir sekolah. Pentadbir perlu melihat penggunaan ICT ini secara lebih luasbukan sekadar pengurusan sekolah seperti pengurusan data peperiksaan(SAPS), membuat jadual waktu dan yang terkini sistem Penilaian BerasaskanSekolah (PBS) sahaja, malah menjadikan ICT sebagai alat komunikasi utamadalam proses mempengaruhi orang bawahannya.
Facebook : Laman Jaringan Sosial dan Komunikasi
 
3
Kebelakangan ini, trend komunikasi paling popular yang digunakan ialahmelalui laman jaringan sosial. Perkembangan laman jaringan sosial Facebooktelah mewujudkan fenomena yang tersendiri di pelusuk dunia. Menurut laporanInternet World Stats yang dikeluarkan pada September 2012 menunjukkan lebihdaripada 835 juta orang di seluruh dunia melawat laman jaringan sosial pada2011-2012, iaitu meningkat 4% berbanding tahun sebelumnya. Dalam konteks diMalaysia, laman sosial menjadi aktiviti utama dalam kehidupan digital denganpurata 1-3 minit di dalam talian (Nguyen, 2010).Tahun 2008 dilihat sebagai tahun pembangunan media sosial terutamalaman jaringan sosial Facebook menjadi pilihan utama. Data statistik daripadaInternet World Stat menunjukkan 44.8% pengguna Internet adalah dari Asia.Malaysia tergolong dalam Top 10 di Asia dengan 17.7 juta pengguna sehinggaJun 2012. Laporan Persatuan Digital Malaysia (MDA), laman jaringan sosialFacebook adalah laman web paling popular di Malaysia.Daripada 17.7 juta pengguna talian internet di Malaysia, 13.6 jutamerupakan pengguna yang menggunakan laman sosial Facebook (Jadual 1)iaitu hampir 76.7% lebih tinggi daripada negara-negara Asia lain seperti India,Jepun, Korea Selatan dan Vietnam. Walaupun, China merupakan negara Asiayang mempunyai jumlah pengguna Internet paling ramai, namun pengguna jaringan laman sosial masih berada pada tahap rendah.
Jadual 1 : Penggunaan Laman Jaringan Sosial Berdasarkan NegaraAsia, 2012. Malaysia berada di tangga ke-10.
 
Bil Negara JumlahPenggunaInternetsehingga Jun2012PenggunaJaringan SosialFacebooksehinggaDisember 2012%
1 China 538,000,000 633,300 0.122 India 137,000,000 62,713,680 45.83 Jepun 101,228,736 17,196,080 16.94 Indonesia 55,000,000 51,096,860 92.95 Korea Selatan 40,329,660 10,012,400 24.86 Filipina 33,600,000 29,890,900 88.97 Vietnam 31,034,900 10,669,880 34.48 Pakistan 29,128,970 7,984,880 27.49 Thailand 20,100,000 17,721,480 88.210 Malaysia 17,723,000 13,589,520 76.7Sumber : InternetWorldStats.ComKini, penggunaan Facebook bukan lagi hanya untuk berinteraksi secaraperibadi, malah berkembang sebagai medium perantara dalam menyampaikanmaklumat, menjalankan perniagaan, pendidikan mahupun perkongsian gambar dan video. Kelebihan Facebook yang paling ketara menurut Carrera (2008)

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->