/  5
 
PEKELILING PERUMAHAN KEDUAPERUBATAN CAWANGAN MANSURAH 2008/2009
1)Borang permohonan pemilikan rumah.
Borang tersebut hendaklah diisi dengan lengkap sekiranya anda ingin mendapatkanrumah sewa dengan bantuan unit perumahan. Borang tersebut kemudiannyahendaklah diserahkan kepada ajk perumahan.
Borang yang diisi secara soft copy seperti yang dilampirkan bersama pekeliling iniboleh dihantar ke e-melim_zul@hotmail.com(ikhwah) ataucarteblanche_q187@yahoo.com(akhawat)
Unit perumahan akan memaklumkan kembali kepada pemohon sekiranya terdapatrumah sewa kosong dan bertepatan dengan ciri-ciri seperti yang diminta olehpemohon.
2)Sekiranya terdapat pelajar yang pulang awal sebelum mendapat rumah baru;
 Tetapkan dahulu ahli rumah yang baru.
 Tentukan harga rumah yang dipersetujui dan kawasan rumah yang bakal diduduki.
Sekiranya anda pulang lewat (Julai, Ogos), anda dicadangkan supaya mencari rumahsewa pada bulan tersebut. Lebih banyak rumah kosong pada waktu itu danseterusnya memudahkan anda untuk membuat pilihan tanpa dalam keadaan tergesa-gesa.
 Jika anda terpaksa keluar dari rumah tetapi masih tidak menjumpai rumah sewa yangbaru, anda dicadangkan untuk menumpangkan barang-barang anda di rumah rakanbuat sementara waktu. Namun, hendaklah mendapat persetujuan ahli rumah yanganda tumpangkan barang-barang anda itu.
3)Bagaimana untuk mencari rumah?
Berjalan ke setiap lorong dan rajinkan bertanya kepada pemilik kedai , bawwab(penjaga bangunan) tentang rumah kosong untuk disewakan kepada pelajar. Gunakanistilah-istilah bahasa arab seperti yang diedarkan dalam fail unit perumahan yangtelah diedarkan sebelum ini.
Sekiranya terdapat kenalan di kalangan arab mesir, anda digalakkan untuk memintamaklumat daripada mereka tentang kekosongan rumah untuk pelajar.
Simsar (‘aqarat)(broker rumah) ;
 
Minta pertolongan dari senior atau rakan-rakan yang fasih berbahasa arab untukmengelakkan salah faham. (kerana terdapat syarat-syarat yang boleh membebankanpelajar).
Bayaran upah hanya dilunaskan kepada simsar setelah akad selesai dibuat danditandatangani.
Sekiranya simsar meminta wang sebelum melihat rumah, elakkan dari membayardengan jumlah yang terlalu besar. (dicadangkan LE 5-10). Ini adalah untukmengelakkan rumah yang ditawarkan tidak memuaskan dan wang tersebut tidak akandikembalikan.Terdapat juga simsar yang tidak mengambil sebarang upah sebelummelihat rumah dan ini adalah lebih baik.
Bayaran kepada simsar minimum LE 150-200 dan maksimum LE 100 setiap orangatau mengikut budi bicara mereka. Seeloknya kita mengadakan tawar-menawar untukmenjimatkan kos.
Hubungi unit perumahan untuk mendapatkan senarai simsar yang boleh dipercayai.
Elakkan daripada berurusan terus dengan tuan rumah (dengan niat tidak mahumembayar upah simsar) kerana ini akan mencalarkan hubungan pelajar Malaysiadengan golongan simsar.
 Jelaskan kepada simsar tentang ciri-ciri rumah yang ingin dimiliki.Cth ; Sewa LE700-8003 bilik,diduduki 4 orangmafrusyah (berperabot)dan kawasan yang diigini
Simsar akan berurusan dengan tuan rumah untuk membantu anda untukmendapatkan rumah seperti yang diinginkan.
Pemilihan simsar adalah bergantung kepada kawasan rumah yang ingin dicari.Namun terdapat juga simsar yang mempunyai maklumat tentang kekosonganrumah di kawasan lain.
4)Apabila telah sepakat untuk menduduki sesebuah rumah ;
Membuat akad (disertakan bersama salinan passport)
Meminta penjelasan dari tuan rumah tentang bayaran tambahan seperti bilelektrik, air dan dsb sama ada termasuk dalam sewa bulanan atau tidak.
Cagaran (takmin) kebiasaannya bersamaan sewa sebulan rumah tersebut.
 
Anda juga boleh menawarkan cagaran (arbun)(duit cop rumah) sekiranya andamahukan rumah tersebut namun tidak dapat pindah masuk pada masa yangterdekat. (sekitar LE100-300)
5)Rumah yang telah disenarai hitam.
Minta maklumat daripada unit perumahan atau senior tentang rumah yang telahdisenarai hitam untuk mengelakkan masalah berlarutan.
Sebelum anda berpindah masuk ke sesebuah rumah, minta maklumat kepadapenghuni terdahulu jika terdapat masalah pada rumah terbabit.6)
Hubungan antara pelajar dengan pelajar lain serta tuan rumah
Pelajar-pelajar Malaysia perlu menjaga kepentingan antara satu sama lain, iaitudengan memastikan harga rumah berpatutan dan tidak terlalu mahalwalaupun mampu.
Pelajar tidak dibenarkan mengambil rumah yang sedang diduduki oleh pelajarlain walau dengan apa cara.
 Jika tuan rumah menyatakan yang telah ada pelajar Malaysia yang berminatdengan rumah yang anda lihat dan belum lagi membuat keputusan, elakkandari menawarkan harga yang lebih tinggi dari mereka ataupun terus memberibayaran pendahuluan kepada tuan rumah dengan harapan mendapat rumahtersebut.
Bayaran sewa utk bulan2 yg anda berada di Malaysia perlu diselesaikansebelum pulang ke Malaysia, kecuali atas budi bicara tuan rumah, anda bolehmembayar setelah pulang dari Malaysia (kerana dikhuatiri anda melanggarperjanjian dalam akad iaitu 'Bayaran perlu dibayar pada setiap awal bulan').
7)Hal-hal berkaitan
Harga rumah secara purata ketika ini adalah dalam lingkungan LE 800 - LE1000 untuk 3 bilik berperabot dan LE 1000 - LE 1200 untuk rumah 4 bilikdengan perabot. Purata harga rumah akan berkurang pada bulan Julai,Ogos dan September kerana semakin banyak pilihan rumah kosong untukdisewa
Elakkan dari menawarkan harga yang tinggi apabila tuan rumah bertanyakepada pelajar tentang harga yang sanggup dibayar walaupun andamampu. Dikhuatiri harga yang anda tawarkan akan menyusahkan pelajar-pelajar lain yang kurang berkemampuan untuk mencari rumah.
Bagi rumah yang kosong tanpa perabot (dalam lingkungan LE 500-LE 850),anda dinasihatkan untuk membuat belanjawan terlebih dahulu supayasemua ahli rumah setuju dan mampu untuk membeli perabot sertaperalatan.

Share & Embed

More from this user

Add a Comment

Characters: ...