You are on page 1of 2

JTW111_Intipati 2 Disediakan oleh : Dr.

Zulnaidi Yaacob

Pusat Pengajian Jarak jauh


Universiti Sains Malaysia
Sidang Akademik 2008/2009

Terma-terma Utama
Aset:
• sumber yang dimiliki oleh sesebuah perniagaan yang dapat memberi manfaat masa hadapan untuk
sesebuah perniagaan.
• Terbahagi dua: aset semasa dan aset bukan semasa
• Aset semasa:
-senang ditukar bentuk
-lazimnya sama untuk kebanyakan perniagaan iaitu stok/inventori, tunai, bank, penghutang
• Aset bukan semasa:
- perlu lebih jangkamasa panjang untuk ditukar bentuk
- Cth: kenderaan, perabot, bangunan milik
- Kenderaan adalah aset bukan semasa bagi perniagaan runcit, tapi aset semasa bagi
perniagaan menjual kereta! (kenapa?)
- Perabot adalah aset bukan semasa bagi perniagaan menjual kereta tapi aset semasa bagi
perniagaan perabot (kenapa?)

Liabiliti:
• Obligasi perniagaan kepada pihak luar seperti hutang bank, hutang jangka panjang, sewa belum
dibayar
• Liabiliti terbahagi 2: Liabiliti semasa dan liabiliti bukan semasa
• Kedua-dua dibezakan oleh jangkamasa yang diperlukan untuk menyelesaikannya
• Jika dapat diselesaikan kurang 1 tahun – liabiliti semasa
• Jika perlu masa lebih 1 tahun untuk diselesaikan – liabiliti bukan semasa

Ekuiti Pemilik:
• Tuntutan pada perniagaan bagi pihak pemilik

Ambilan
• Ambilan yang dibuat oleh pemilik sama ada berbentuk tunai, barangniaga/stok atau aset tetap

Hasil
• Pendapatan yang diperoleh daripada aktiviti operasi
• Lazimnya dari jualan barangniaga / bayaran perkhidmatan yang diberi

Belanja
• Kos yang perlu ditanggung oleh firma untuk mendapatkan hasil
• Cth: sewa, gaji, komisen
JTW111_Intipati 2 Disediakan oleh : Dr. Zulnaidi Yaacob

Persamaan Perakaunan

Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik

Contoh urusniaga Aset Liabiliti Ekuiti Pemilik


Beli kenderaan secara kredit + + Tiada kesan
Dt Ak. Kenderaan (Dt) (Kt)
Kt Ak. Pemiutang
Bayar pemiutang menggunakan cek - - Tiada kesan
Dt Ak. Pemiutang (Kt) (Dt)
Kt. Bank
Penghutang bayar hutang secara tunai +/- Tiada kesan Tiada kesan
Dt Ak. Tunai + (Dt)
Kt Ak. Penghutang -(Kt)
Pemilik membawa masuk kenderaan peribadi + Tiada Kesan +
untuk perniagaan (Dt) (Kt)
Dt. Ak. Kenderaan
Kt. Modal
Ambilan tunai oleh pemilik - Tiada Kesan -
Dt. Ambilan (Kt) (Dt)
Kt. Tunai

You might also like