• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
Assalamualaikum...RENUNGAN BERSAMA..
*** Kisah 2 Orang MALAIKAT ***
Rasulullah s.a.w. ada bersabda,"Setiap anak Adam akan dijaga oleh dua malaikat.Malaikat yang di sebelah kananlebih berkuasa dari yang sebelah kiri.Sekiranya seseorang anak Adam melakukandosa maka malaikat yang di sebelah kiri akan bertanya pada malaikat di sebelahkanan katanya, "Apakah yang harus aku catit?" Kata malaikat di sebelah kanan,"Jangan kamu catit dahulu dosanya sehingga ia melakukan 5 kesalahan.Malaikat yang di kiri bertanya lagi, "Kalau ia telah melakukan kesalahan,apayang harus aku catitkan?" Jawab malaikat kanan,"Biarkannya,sehingga ia membuat kebaikan kerana kami telah diberitahu oleh Allahs.w.t bahawa satu kebaikan akan mendapat 10 pahala.Oleh itu hapuskanlah 5kesalahannya yang lalu sebagai tebusan dan kami masih simpankan untuknya 5pahala lagi."Tercenganglah syaitan mendengarkannya lalu berkata, "Kalau macam inisampai bilakah aku dapat merosakkan anak Adam." Demikianlah rahmat Allah padahambanya,kasih sayangNya melimpah ruah tiada terbatas hanya hambanya sajayang lalai dan leka dengan keseronokkan serta kemewahan dunia.Wallahu A'lam..
*** SATU SYAWAL ***
SAMPAI saatnya,Ramadhan al-Mubarak akan berlalu meninggalkankita.Lalu bulan Syawal akan menggantinya.Berlalunya bulan Ramadhanmencetuskan rasa sayu dan sedih di hati para salihin.Mereka sedih dan menangiskerana peluang untuk mendapat pahala beribadah yang berlipat-ganda sudah tiadalagi.Diriwayatkan,kesedihan ini bukan dialami oleh manusia sahaja,malahdirasakan juga oleh para malaikat dan makhluk-makhluk lain.Riwayat daripadaJabir r.a : Sabda Rasulullah s.a.w, mafhumnya:"Menjelang akhir malam Ramadhan,maka menangislah tujuh petala langit dan tujuhpetala bumi dan para malaikat,kerana dengan berlalunyaRamadhan,maka berlalulah fadhilatnya.Ini merupakan musibah bagiumatku".Ditanya orang, "Apakah musibah itu,ya Rasulullah?". Jawab Rasulullahs.a.w,"Dalam bulan itu segala doa mustajab,sedeQah maQbul,segala kebajikandigandakanpahalanya dan seksaan kubur terkecuali,maka apakah musibahyang terlebih besar apabila semuanya itu sudah berlalu?".Walau bagaimanapun,bulan Ramadhan tidak terus berlalu begitusahaja.Ibadat puasa sebagai satu perjuangan sepanjang bulan Ramadhanitu,sebenarnya akan menemui kemuncaknya pada hari satu Syawal yang dinamakan
 
Hari Raya Puasa atau Hari Raya Fitrah ('Idul-Fitri) yang merupakan harikemenangan bagi perjuangan Itu. Sekiranya perjuangan itu disempurnakan sebaik-baiknya dengan niat yang suci,ikhlas,penuh kesedaran,kebaktian danketaQwaan,nescaya tercapailah kemenangan atau kejayaan yang hakiki di duniadan di akhirat.a) Sambutan Hari Raya Fitrah:HARI Raya Fitrah disambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraanoleh seluruhumat Islam di seluruh dunia.Malah,dikatakan disambut juga oleh paramalaikat.Tersebut dalam khabar (hadis) :"Pada malam satu Syawal,atas perintah Allah Tabaraka wa Taala,paramalaikat turun ke bumi.Mereka berdiri di segenap jalan dan berseru dengan suarayang dapat didengar oleh segala makhluk kecuali jin dan manusia : "Hai umatMuhammad.Keluarlah (beribadatlah) kamu kepada Tuhan yang Maha Pemurah!"Pada pagi hari raya,apabila berhimpun para muslimin dan muslimat ditempat-tempat ibadat,Allah Taala berfirman,"Hai sekalian malaikat-Ku.Apakah balasan kepada orang-orang yang mengambilupah(mengerjakan ibadat mereka)?"Sembah para malaikat,"Hai Tuhanku,Balasannya,disempurnakan upahan (pahala) bagi mereka".Allah berfirman lagi,"Persaksikanlah sekalian kamu,hai malaikat-Ku,bahawa Aku sesungguhnya telahmenjadikan pahala puasa Ramadhan itu keredhaan-Ku dan keampunan-Ku.Haisekalianhamba-Ku (umat Muhammad).Demi ketinggian-Ku dan kebesaran-Ku,Akuperkenankanpermohonan kamu pada hari ini.Demi ketinggian-Ku dan kebesaran-Ku,sesungguhnyaAku tawaQuf (menamatkan) segala dosa kamu.Sesungguhnya kamu telahmeredhakan Akudengan keredhaan kamu".Kurniaan Allah S.W.T untuk umat Muhammad s.a.w itu disambut oleh paramalaikat dengan rasa amat sukacita.Sejarah memperlihatkan satu Syawal menjadi pilihan Allah Taala untukmelakukan sesuatu yang teristimewa.Pada hari satu Syawal,Allah menciptakansyurga.Pada hari satu Syawal juga Syajaratul-Thuubaa (Pokok Kebahagiaan)ditanam.Pada hari Fitrah juga tukang-tukang sihir Fir'au diampunkan Allah dosamereka.1) Fadhilat 1 Syawal:DIRIWAYATKAN: Anas r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda,mafhumnya:
 
"Barangsiapa membaca : Laa ilaaha illallaahu wahdahuu laa syariikalah,lahul-mulku wa lahul-hamdu yuhyii wa yumiit,wa huwa haiyun laa yamuutubiyadikhal-khayr wa huwa 'alaa kulli syayin Qadiir sebanyak empat ratus kalisebelum daripada sembahyang sunat hari raya (sama ada 'Idil-Fitri atau'Idil-Adha),dia akan dikahwinkan oleh Allah Taala dengan empat ratus bidadari(Hawrul-'Ayn) dan mendapat pahala seperti memerdekakan seratus raQabah(hamba)."Mengikut riwayat Abu Umamah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda,mafhumnya,"Barangsiapa mengerjakan ibadat pada kedua-dua malam raya,tidak mati hatinyapada hari yang dimatikan segala hati".b) Hikmat Hari Raya:SEBENARNYA setiap detik peristiwa pada kedua-dua hari raya tersebutadalah mengandungi hikmah dan makna atau merupakan gambaran simbolikkepada apa yang akan berlaku ke atas manusia selepas mati.Inilah hikmah,selain hikmat-hikmat yang sering diperkatakan menegenai hal yangberkaitan dengan kemanusiaan dan kemasyarakatan.Mengikut hukama' / ulama' :"Hari raya itu adalah untuk mengingatkan hamba Allah kepada hari akhirat (harikiamat).Apa yang berlaku pada hari raya adalah tamsilan kepada detik-detikperistiwa yang akan berlaku pada hari kiamat ..."Justeru,hukama' menganjurkan agar setiap peristiwa pada hari rayadirenungi dan dibayangkan sebagai ibarat atau tamsilan kepada peristiwa yang akanberlaku pada hari kiamat kelak,sebagaimana berikut:- Saat berlalunya bulan Ramadhan diibaratkan sebagai ketibaan saat kematianseseorang hamba Allah.- Bunyi mercun atau riang gembira hilai ketawa kanak-kanak pada hari rayadiibaratkan sebagai bunyi tiupan sengkakala pada hari kebangkitan manusia darikubur mereka.- Panggilan (tuntutan) sembahyang hari raya diibaratkan sebagai seruan Israfilpada Hari Kebangkitan di atas shakhrah (batu besar) di Baitul-MaQdis, "Haisegala tulang yang hancur! Hai segala kulit yang lebur!Hai segala bulu yanggugur.Telah diperkenankan kamu dibawa mengadap Allah".- Keluarnya muslimin dan muslimat beramai-ramai ke masjid atau ke padang untukmengerjakan ibadah sembahyang sunat hari raya ditamsilkan dengan keluarnya(kebangkitan) manusia bertaburan dari kubur masing-masing pada hari kebangkitan (yaumul-ba'ts) lalu bergerak ke padangMahsyar.- Pelbagai cara orang pergi ke masjid,ada berjalan kaki dan juga menaikikenderaan.Keadaan yang berjalan kaki,ada yang perlahan,ada yang cepat atauterburu-buru.Dan yang berkenderaan pula dengan pelbagai jeniskenderaan,daripadabasikal hingga kepada kereta mewah. Keadaan ini diibaratkan kepada pelbagaikeadaan perjalanan manusia dari kubur mereka ke padang Mahsyar kelak.
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...