_________________________________________________________________________________________________________________
2.0 TINDAKAN MENJAYAKAN PROJEK
Saya telah mengadakan lawatan sambil belajar bersama Persatuan Kemahiran Hidup ke KualaLumpur pada 20 November 2008 . Di sana kami berkesempatan berkunjung ke Aquafair 2008. Ianya merupakan acara dwitahunan anjuran Jabatan Perikanan. Aquafair berlangsungselama empat hari di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) . Aktiviti dijalankan di situadalah pameran, Pertandingan Ikan Hiasan Tercantik dan seminar.Berdasarkan pengalaman ketika melawat ke Aquafair, saya menyambut cadangan Guru Besar untuk melaksanakan amali ikan hiasan air tawar dalam akuarium bagi mata pelajaranKemahiran Hidup Sekolah rendah (KHSR) secepat mungkin dan menguruskannya. ___________________________________________________________________________
HBLS 2103PENGENALAN AGROTEKNOLOGI
2Dalam mesyuarat guru awal tahun, Guru Besar sekolah mencadangkan anda menggunakan pengalaman ketika melawat pameran ikan hiasan yang diadakan di Kuala Lumpur ConventionCentre (KLCC) pada 20 November 2008 untuk melaksanakan amali ikan hiasan air tawar dalam akuarium bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah (KHSR). Sebagaiguru KHSR, anda menyambut cadangan beliau untuk melaksanakan projek tersebut secepatmungkin dan menguruskannya sehingga akhir tahun.1. Huraikan tindakan yang akan anda lakukan bagi menjayakan projek tersebut berpandukan aspek-aspek berikut:(a) Menentukan spesies-spesies dan bilangan ikan yang sesuai dipelihara dalam akuariumanggaran saiz 37 cm x 28 cm x 37 cm. Penyenaraian hendaklah disertakan gambar foto ikantersebut. Ikan famili CYPRINIDAE mesti dimasukkan sebagai salah satu spesies yangdisenaraikan.