You are on page 1of 5

LAPORAN PENGENDALIAN PROJEK DRAMA 3 SAHABAT i.

Laporan Sebelum

Drama ini adalah rekaan sendiri dan dibantu oleh ahli keluarga dan rakan-rakan sepanjang membina plot cerita dan watak. Sebelum sesebuah cerita dihasilkan, beberapa kemahiran drama atau boneka perlu diambil kira untuk memastikan kelancaran dan keberkensanan proses pengajaran dan pembelajaran. Pelbagai

pearncangan telah dilakukan antaranya ialah skrip cerita, cara menyampaikan cerita, pentas cerita, membuat bahan bantu mengajar iaitu membuat 3 watak boneka iaitu Sang Burung, Sang Arnab dan Sang kura-kura. Teknik penyampaian dirancang agar menggalakkan daya kreativiti pendengaran murid-murid. . Skrip cerita dijadikan sebagai garis panduan pencerita dan boleh

diubahsuai sewaktu guru menyampaikan cerita.Saya membuat latihan pelbagai teknik menggerakkan lakonan boneka supaya dialog yang dituturkan selaras dengan gerak laku boneka . Walaupun pengalalam mengajar menjangkau 10 tahun, saya harus membuat latihan agar penyampaian drama boneka berkesan semasa melaksanakan pengajarandan pembelajaran. Saya telah menggunakan teknik pentas meja semasa menjalankan aktiviti drama berunsurkan boneka. ii. Laporan Semasa

Pada 27 oagos 2012, iaitu hari Isnin, saya telah menjalankan proses pengajaran di kelas prasekolah Kreatif. Sebelum Drama bermula, saya memperkenalkan diri dan memberitahu aktiviti yang akan dijalankan. Semua murid nampak bergembira dan teruja menunggu watak-watak haiwan yang akan muncul di pentas meja. Semua murid dikumpulkan di sudut tunjang perkembangan bahasa. Guru menggunakan dialog skrip yang tidak panjang agar murid mudah memahami cerita yang disampaikan.Semasa menyampaikan cerita, guru membuat pelbagai variasi suara mengikut kesesuaian dengan boneka yang digunakan. Guru menggunakan pentas meja. Penggunaan pentas akan membantu keberkesanan penyampaian sesebuah

cerita. Semasa proses penyampaian cerita, guru menggabungjalinkan beberapa kemahiran tunjang KSPK antaranya ialah penerapan nilai-nilai murni, kemahiran mendengar dan memahami isi cerita. Tiada bercerita berlangsung. hubungan 2 hala semasa aktiviti

Guru juga menggunakan unsur-unsur bunyi alam bagi menarik minat murid dan untuk mewujudkan suasana alam semulajadi yang sebenar. Bunyi yang berunsur alam termasuklah bunyi air sungai, bunyi unggas dan bunyi burung berkicau. Kawalan kelas agak baik. Murid kurang bergerak dan sentiasa menanti cerita yang akan disampaikan serta wujud sikap ingin tahu tentang plot cerita yang seterusnya. Semasa menyampaikan cerita, beberapa kemahiran bercerita harus dikuasai oleh guru agar cerita yang disampaikan berkesan dan murid dapat memahami isi cerita. Nada suara, gerakan boneka, dialog yang mudah dan bahan bantu mengajar yang menarik haruslah diaplikasikan semasa menjalan proses pengajaran dan

pembelajaran guru. Semasa aktiviti bercerita guru juga mendapat bantuan pembantu pengurusan murid untuk memegang satu dialog watak haiwan. iii. Laporan Selepas

Aktiviti bercerita berjalan selama 8 minit. Pengurusan masa agak baik. Selepas sesi bercerita, guru menjalankan aktiviti penilaian. Sesi soal jawab dilaksanakan bagi menguji kefahaman murid. Antara soalan yang diajukan ialah, nama watak dalam cerita, sikap watak, nilai-nilai murni yang boleh di ambil di dalam cerita dan pengajaran cerita. Selain itu guru juga memberi peluang kepada murid untuk membuat dialog spontan dengan menggunakan boneka yang dibuat oleh guru. Murid Nampak berminat, secara tidak langsung akiviti ini dapat mencungkil bakat murid dan mengembangkan sosioemosi dan daya kreativiti murid. Akhir sekali, guru membuat refleksi terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang telah disempurnakan. Teguran dari guru Praekolah dan pembantu pengurusan murid memberi satu input yang positif bagi penambahbaikkan proses pengajaran di masa akan datang

KEKUATAN DAN KELEMAHAN SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG TELAH DILAKSANAKAN AKTIVITI : DRAMA BONEKA 3 SAHABAT KEKUATAN P&P 1. Aktiviti bercerita sanat menarik minat murid kerana ia jarang dilaksanakan di dalam kelas prasekolah. 2. Cerita yang menggunakan pelbagai jenis boneka telah membantu guru memberi kesan yang mendalam kepada pelaksanaan dan penyampaian isi pelajaran. 3. Plot cerita yangmudah dan pendek membantu murid memahami jalan cerita dan isi cerita yang disampaikan. 4. Guru membuat perancangan yang sempurna seperti menyediakan bahan bantu mengajar yang menarik dan menjalankannya dengan menghiasa meja menjadi pentas meja. 5. Kepelbagian teknik semasa memnyampaikan isi pelajaran dengan menggunakan unsure sosiodrama menarik minat murid untuk belajar sekaligus membantu guru dalam mengawal kelas. 6. Variasi suara dan pergerakkan boneka menarik minat murid dan dapat mengembangkan daya imaginasi muridmurid. 7. Penggunaan boneka dapat mengembangkan daya kreativiti muridmurid. KELEMAHAN P&P 1. Guru kurang peka dengan murid semasa sesi soal jawab. Guru tidak dapat melayan pelbagi soalan yang diajukan serentak oleh murid. 2. Suara guru kadang kala tidak beberapa jelas kerana membuat variasi suara yang kecil. 3. Ada murid yang kurang memahami isi cerita. Ini mungkin kerana murid tidak faham plot cerita. Ini mungkin berlaku disebabkan perbezaan individu dan perkembangan murid. 4. Guru menggunakan pentas meja sahaja. Aktiviti lebih menarik jika guru menggunakan pentas/panggung boneka yang menarik.

8. Cerita yang disampaikan mengandungi unsur-unsur penerapan nilai murni seperti bekerjasama, pandai mengisi masa lapang, bantu membantu dan jangan bebuat jahat. 9. Cerita tidak terlalu panjang iaitu selama 8 minit dapat memudahkan murid menguasai jalan cerita. 10. Watak dalam cerita tidak terlalu banyak dan tidak mengelirukan murid-murid. 11. Semasa pelaksanaan aktiviti ini, guru dan pembantu pengurusan murid turut membantu guru, secara tidak langsung guru dapat memberikan perhatian penuh semasa menyampaikan cerita. 12. Pelbagai kemahiran dapat dikuasai oleh murid seperti kemahiran berkomunikasi, mendengar dengan teliti, kemahiran bersoaljawab semasa sesi penilaian. 13. Kemahiran KBKK turut diaplikasikan seperti kemahiran membanding dan membeza, kemahiran menjana idea dan kemahiran mengelas. 14. Guru menjalankan sesi penilaian. Hal ini akan membantu guru untuk mengetahui sejauhmana penguasaan murid dan keberkesanan sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan.

REFLEKSI KESELURUHAN Sebaik sahaja mendapat tugasan daripada pensyarah, perasaan yangterdetik di dalam hati ialah sama ada mampu atau tidak untuk menyiapkan tugasan ini sebelum tibanya tarikh penghantaran. Persoalan-persoalan ini .Saya dan rakan telah cuba mencari bahan mengenai tajuk yang telah dipilih. Saya telah melayari internet untuk mendapatkan bahan-bahan serta isu semasa yang berkaitan dengan tajuk yang dipilih.

Selain menggunakan kemudahan internet, saya juga telah mencaribahan-bahan berkaitan dengan isu ini daripada sumber bacaan yang ada seperti keratan akhbar, Namun, Paling mencabar ialah untuk menyiapkan boneka yang memakan masa hampir 5 hari. Ini adalah kerana saya terpaksa membahagiakn masa untuk Guru bukan sahaja perlu kreatif malah perlu lebih inovatif serta mampu berfikir secara analitik dalam

memastikanproses pembelajaran berjalan dengan lancar dan sempurna. Tugasan y angdiberi secara tidak langsung dapat memupuk minat yang tinggi dalammenghasilk an bahan p&p yang pelbagai walaupun memakan masa danmemerlukan pengorbanan dari segi wang

ringgit.Diharapkan pendedahan yang diberikan oleh pensyarah sepanjangmenyiapka n tugasan ini dapat membantu saya dalam menghasilkan bahan 40

pengajaran dan pembelajaran yang bermutu tinggi agar bersesuaian dengantahap penerimaan murid sekolah rend

You might also like