You are on page 1of 4

NOR NARJIHAH BINTI MUSLIM Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya, program perkhemahan

Bina Insan Guru (BIG) Fasa 1 Siri 4 telah saya lalui dengan jayanya. Program BIG yang diadakan selama 4 hari 3 malam di Taman Pertanian Sekayu ini telah menggabungkan unit TESL 3 dan PAI 2. Banyak perkara yang telah saya pelajari yang dapat saya ambil sedikit sebanyak untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian dan seterusnya memperbaiki kelemahan diri saya sendiri. Pertama sekali, melalui program BIG ini, saya telah mempelajari banyak nilai yang sudah pastinya tidak dapat saya peroleh melalui pembelajaran di dalam kelas. Antaranya ialah semangat kerjasama yang sebarnya sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Saya sedar bahawa kita tidak akan mampu hidup sendirian tanpa pertolongan daripada orang lain dan di sinilah wujudnya semangat kerjasama dalam diri setiap individu. Dalam program BIG ini, kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil seperti kumpulan Latihan Dalam Kumpulan (LDK), kumpulan masakan, kumpulan perkhemahan dan kumpulan kawalan keselamatan pada waktu malam. Sebenarnya, dengan terbentuknya kumpulan-kumpulan ini, saya dengan sendirinya berasa bertanggungjawab untuk saling bekerjasama dengan ahli kumpulan untuk memastikan setiap tugasan dapat dilaksanakan dengan sempurna. Contohnya, semasa saya ditugaskan untuk memasak makan malam bersama ahliahli kumpulan memasak, kami dapat bekerjasama dengan baik. Meskipun bilangan ahli kumpulan agak ramai iaitu seramai 10 orang, kami mampu membahagikan tugas agar makanan dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan. Saya belajar untuk berkomunikasi dengan berkesan supaya kami dapat bekerjasama dengan baik. Demi memupuk jiwa guru yang merdeka dan perkasa, aktiviti-aktiviti seperti water confident dan jungle trekking telah diaturkan. Keberanian dan keyakinan diri telah diterapkan dalam diri saya sepanjang mengikuti program BIG ini. Mengatasi trauma dan rasa takut dalam diri terhadap air bukanlah suatu perkara yang mudah buat saya. Pengalaman dua kali hampir lemas menyebabkan keyakinan diri untuk berada di dalam air sangat rendah. Akan tetapi, saya sedar bahawa saya perlu belajar untuk membebaskan diri saya daripada rasa takut dan mengatasi trauma. Dengan adanya jaminan keselamatan daripada jurulatih dan keyakinan diri yang dipupuk melalui sokongan moral daripada rakan-rakan dan tutor, saya menyahut

cabaran untuk mengatasi rasa takut. Akhirnya, saya berjaya meningkatkan keyakinan diri saya untuk berada di dalam air meskipun saya sendiri tidak pandai berenang. Saya sedar bahawa ini adalah latihan kecil untuk saya menghadapi kemungkinan mengajar di kawasan yang memerlukan saya mengharungi air pada masa akan datang. Oleh itu, aktiviti water confident ini telah memabntu saya memupuk keyakinan diri, memerdekakan rasa takut dalam diri dan seterusnya memperkasakan jiwa seorang guru unruk menghadapi sebarang cabaran yang mendatang. Selain itu, program BIG ini juga telah menyemai nilai-nilai kerohanian dan keagamaan. Contohnya, kami diwajibkan untuk solat secara berjemaah pada setiap waktu solat. Jika di asrama saya jarang untuk solat berjemaah, tetapi semasa program ini, saya langsung tidak rasa terbeban atau terpaksa untuk solat berjemaah. Saya melihat bahawa program BIG ini mampumenerapkan nilai-nilai kerohanian melalui tazkirah-tazkirah selepas solat Maghrib dah Subuh. Sedikit sebanyak, saya dapat menambahkan ilmu agama di dada yang saya rasakan sangat cetek dalam diri. Di samping itu, semasa jungle trekking, saya belajar untuk tidak mementingkan diri sendiri. Sepanjang aktiviti tersebut, kerjasama antara rakan sangat penting. Saya berasa sangat bertuah kerana memiliki sahabat-sahabat yang baik hati dan suka menolong. Kami saling membantu untuk mendaki cenuram yang tinggi dan licin dengan memegang tangan masing-masing serta memberi sokongan moral antara satu sama lain. Semasa saya tergelincir dan hampir jatuh, rakan-rakan saya cuba membantu walaupun mereka juga sebenarnya dalam bahaya. Saya juga memperoleh ilmu-ilmu baru seperti cara untuk membuang pacat yang melekat pada anggota badan tanpa menggunakan sebarang bahan-bahan kimia dan asid serta cara untuk menentukan arah kiblat dengan hanya berpandukan urat pada batang pokok. Sebenarnya, sebagai bakal guru, ilmu seperti ini sangat penting untuk diajarkan kepada pelajar-pelajar saya semasa perkhemahan. Di sinilah segala ilmu di dada dapat diamalkan dan dicurahkan. Semasa aktiviti river crossing, saya belajar untuk menyeberangi sungai menggunakan tali dan saya sedar bahawa ini merupakan latihan yang boleh saya aplikasikan ketika saya bergelar guru suatu hari nanti. Hal ini kerana river crossing ini amat membantu semasa banjir dan

kemungkinan untuk mengajar di kawasan sungai juga ada. Oleh, itu, ilmu ini dapat saya amalkan.Berilmu, beramal dan berbakti. Seterusnya, program BIG ini juga telah meningkatkan tahap kemahiran berfikir secara kritikal serta menonjolkan kreativiti yang selama ini tidak dapat saya serlahkan. Kemahiran berfikir secara kritikal dapat dilihat melalui aktiviti-aktiviti LDK seperti problem solving. Tugasan problem solving kami yang pertama tidak dapat diselesaikan kerana kami tidak serius untuk berfikir serta tiada perancangan untuk menyelesaikannya. Di sini, kemahiran berfikir secara kritikan tidak berlaku. Akan tetapi, setelah diberi tugasan-tugasan seterusnya, kami cuba untuk berfikir di luar kotak untuk memastikan soalan yang diberi dapat diselesaikan. Akhirnya, untuk tugasan yang ketiga, saya cuba memberi pandangan dan merangka perancangan serta langkah-langkah untuk menyelesaikannya. Dengan itu, saya sedar bahawa sebagai seorang bakal guru, saya seharusnya menggunakan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritikal untuk menyelesaikan sesuatu masalah serta tidak mengambil sikap sambil lewa terhadap masalah tersebut walaupun kecil. Walaubagaimanapun, saya tidak mengaplikasikan kemahiran berfikir secara kritikal dan kreatif ini dalam sesetengah perkara semasa program BIG. Misalnya, semasa waktu makan, saya sedar bahawa pengurusan kami sangat tidak teratur dan kami langsung tidak berfikir cara untuk menyelesaikan masalah ketidakaturan tersebut. Hal ini kerana kami hanya menganggap perkara pengurusan seperti ini adalah hal remeh temeh. Sepatutnya, kami perlu berfikir untuk menyelesaikannya. Namun, saya belajar untuk bermuhasabah dan berefleksi agar saya tidak mengulangi kesalahan yang sama pada masa akan datang. Selain itu, program BIG ini juga telah menerapkan nilai amanah dan akauntabiliti yang seharusnya wujud dalam diri seorang guru. Salah satu aktiviti yang sangat membantu dalam penerapan nilai ini ialah semasa ice breaking. Semasa aktiviti ini, kami disuruh mengambil sebatang lidi setiap seorang dan saiz lidi ini yang menetukan kumpulan LDK kami yang baru. Setelah itu, kami perlu menyimpan lidi tersebut dan jangan hilangkannya. Di sinilah sikap amanah dapat dipupuk kerana kami perlu bertanggungjawab terhadap barang milik kami. Saya berasa

bertanggungjawab untuk menjaga barang yang diamanahkan. Saya sedar bahawa lidi tersebut merupakan analogi kepada pelajar-pelajar saya pada masa hadapan kerana pelajar merupakan amanah seorang guru untuk mendidik mereka menjadi

modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang dan seterusnya dapat berbakti kepada mayarakat. Di samping itu, saya juga belajar untuk menjadi seorang yang bertanggungjawab ketika diberi tugasan untuk menyediakan makanan kepada rakanrakan saya. Saya dan ahli-ahli kumpulan masakan saya perlu mengagihkan makanan secara adil kepada rakan-rakan. Dengan itu, saya tidak boleh bersikap pilih kasih dan makanan yang diagihkan mestilah mencukupi untuk semua orang. Itulah tanggungjawab dan amanah yang perlu saya jalankan. Kesimpulannya, program BIG ini banyak memberi faedah dan manfaat kepada semua peserta, termasuklah diri saya sendiri. Hal ini kerana setiap ilmu yang diperoleh akan diaplikasikan pada masa akan datang, khususnya apabila bergelar seorang guru. Semoga semua ilmu ini akan membantu saya dalam membina jati diri dan juga membentuk modal insan yang harmonis dari segi intelek, rohani dan jasmani pada masa hadapan.

You might also like