You are on page 1of 8

SMK TUNKU SYED IDRUS 73000 TAMPIN, NEGERI SEMBILAN

KERTAS KERJA KEJOHANAN BADMINTON TERTUTUP PPKI SMKTSI 2013 (1 MURID 1 SUKAN)
28 OGOS 2013 / RABU

Anjuran : KELAB PERMAINAN BADMINTON (PENDIDIKAN KHAS) SMK TUNKU SYED IDRUS

Dengan Kerjasama :

KERTAS KERJA KEJOHANAN BADMINTON TERTUTUP PPKI SMKTSI 2013

R. B SPORTS & TRAVEL BUKIT KATIL, MELAKA

Page 2

KERTAS KERJA KEJOHANAN BADMINTON TERTUTUP PPKI SMKTSI 2013

KERTAS KERJA KEJOHANAN BADMINTON TERTUTUP PPKI SMKTSI 2013 (1 MURID 1 SUKAN)

1.0

PENGENALAN Pertandingan Badminton ini adalah salah satu aktiviti riadah yang dianjurkan oleh Kelab Permainan Badminton PPKI SMKTSI. Pertandingan ini disertai oleh para pelajar pendidikan khas sahaja. Ia akan diadakan di Dewan Gemilang dan Dataran Gelanggang SMKTSI pada 28 Ogos 2013. Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani melalui penyertaan dalam aktiviti sebegini seterusnya mengaplikasikan konsep 1 Murid 1 Sukan. Pengalaman yang ditimba melalui pertandingan badminton ini bakal diaplikasikan apabila menempuhi pertandingan ke peringkat yang lebih tinggi.

2.0

OBJEKTIF DAN MATLAMAT 3.1 Mengadakan satu pertandingan sebagai satu pengalaman bertanding kepada para pemain yang akan mewakili PPKI SMKTSI di peringkat pertandingan yang lebih tinggi. 3.2 Mencungkil bakat-bakat untuk kejohanan badminton peringkat daerah, dimana Johan dan Naib Johan bagi setiap kategori secara automatik akan mewakili sekolah. 3.3 Mendedahkan para pelajar pendidikan khas kepada teknik pengurusan dan

peraturan pertandingan. 3.0 TEMPOH / MASA PROGRAM 3.1 3.2 Program ini dijalankan selama 1 hari iaitu pada hari Rabu. Masa perlaksanaan program ini melibatkan waktu siang sahaja di mana ia bermula seawal 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 4.00 petang (rujuk lampiran / tentatif program)

Page 3

KERTAS KERJA KEJOHANAN BADMINTON TERTUTUP PPKI SMKTSI 2013

4.0

TARIKH PERLAKSANAAN PROGRAM 28 Ogos 2013 (Rabu)

5.0

LOKASI / TEMPAT 5.1 5.2 Dewan Gemilang SMK Tunku Syed Idrus Dataran Gelanggang Badminton Smk Tunku Syed Idrus

6.0

SASARAN PESERTA 6.1 6.2 Para pelajar Pendidikan Khas SMK Tunku Syed Idrus, Tampin (27 orang) Semua guru dan pembantu pengurusan murid PPKI (8 orang)

7.0

RINGKASAN AKTIVITI / PROGRAM Aktiviti akan dikendalikan oleh guru guru dan pembantu pengurusan murid (ppm) pendidikan khas dengan kerjasama tiga jurulatih permainan badminton dari R&B Sports & Travel yang bertindak sebagai pengadil dalam kejohanan ini. Para pelajar pendidikan khas akan dibahagikan kepada 2 kumpulan di mana para pelajar kelas Amanah dan Bahagia akan bermain sebagai satu kumpulan dan para pelajar kelas Cergas dan Dedikasi dibahagikan kepada satu kumpulan.

8.0

KATEGORI / FORMAT PERTANDINGAN Kategori acara yang akan dipertandingkan ialah perseorangan lelaki dan perempuan bawah 15 tahun, perseorangan lelaki dan perempuan bawah 18 tahun, beregu lelaki dan perempuan bawah 15 tahun serta beregu lelaki dan perempuan bawah 18 tahun.

9.0

FORMAT PERTANDINGAN Cadangan sistem pertandingan akan diadakan adalah liga kumpulan untuk pusingan pertama dengan kiraan 30 mata terus. Pusingan kedua adalah kalah singkir dengan kiraan mata 21. Format pertandingan juga akan mengambil kira bilangan penyertaan. Pendaftaran penyertaan lewat tidak akan dilayan kerana menyukarkan proses menentukan format pertandingan dan jadual pertandingan serta masa perlawanan. Page 4

KERTAS KERJA KEJOHANAN BADMINTON TERTUTUP PPKI SMKTSI 2013

10.0

SYARAT PERTANDINGAN Terbuka kepada ahli kelab permainan badminton PPKI SMKTSI sahaja. Pertandingan dijalankan mengikut peraturan terkini yang telah ditetapkan oleh Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF). Pertandingan dijalankan secara liga sebanyak 2 pusingan. Acara yang dipertandingkan ialah perseorangan dan beregu. Peserta yang lewat 5 minit akan dikira walk over. Keputusan pengadil perlawanan adalah muktamad. Segala bantahan tidak akan diterima.

11.0

SENARAI JAWATANKUASA JAWATANKUASA PENGURUSAN Penaung Penasihat Penyelaras PPKI JAWATANKUASA PERLAKSANA Pengerusi Program Setiausaha Bendahari Pengacara Majlis AJK Buku Program / Pertandingan AJK Peralatan / Persiapan Tempat AJK Disiplin AJK Kebajikan / First Aid AJK Dokumentasi AJK Sijil / Cenderahati : Pn. Nur Rawaidah Binti Rahmat : Pn. Nur Rawaidah Binti Rahmat : Pn. Siti Zubaidah Binti Mohd Muhagirin : Pn. Faizol Azni Binti Azazi : Pn. Nur Rawaidah Binti Rahmat Pn. Nur Ilyani Binti Mamat : Pn. Faizol Azni Binti Azazi Pn. Nur Ilyani Binti Mamat : En. Jaafar Bin Md. Zin : Pn. Nur Ilyani Binti Mamat : Pn. Nurafidah Binti Razali Pn. Siti Zubaidah Binti Mohd Muhagirin : Pn. Azura Binti Rosli Pn. Nurafidah Binti Razali Page 5 : Pn. Hjh. Nurul Azmi Binti Zaini : Tn. Hj. Mohammad Jeffry Bin Mohd Isa : Pn. Syazrah Binti Sahrani

KERTAS KERJA KEJOHANAN BADMINTON TERTUTUP PPKI SMKTSI 2013

AJK Makanan

: Pn. Azura Binti Rosli Pn. Nurafidah Binti Razali Pn. Navamani A/P Raman

12.0

TENTATIF / PENGISIAN PROGRAM TARIKH MASA


8.00 am -

AKTIVITI
Berkumpul di Dewan Gemilang SMK Tunku Syed Idrus

CATATAN
Semua pihak

28 OGOS 2013 RABU

8.30 am

Pelajar kumpulan

dibahagikan

kepada

Semua pihak

9.00 am

Kejohanan bermula (Pusingan 1) Dewan Gemilang Kategori Perseorangan (Bawah 15) Kategori Perseorangan (Bawah 18) Dataran Gelanggang Kategori Kategori Beregu Beregu (Bawah (Bawah 15) 18) AJK Makanan Semua pihak AJK Peralatan / Persiapan Tempat Semua pihak AJK Peralatan / Persiapan Tempat

10.00 am 10.30 am

Rehat / Makan Pagi Sambungan Kejohanan (Pusingan 1) Dewan Gemilang Kategori Perseorangan (Bawah 15) Kategori Perseorangan (Bawah 18) Dataran Gelanggang Kategori Beregu (Bawah 15) Kategori Beregu (Bawah 18)

1.00 pm 2.30 pm

Rehat / Makan Tengahari / Solat Sambungan Kejohanan (Pusingan 2) Dewan Gemilang Kategori Perseorangan (Bawah 18)

AJK Makanan Semua pihak AJK Peralatan / Persiapan

Page 6

KERTAS KERJA KEJOHANAN BADMINTON TERTUTUP PPKI SMKTSI 2013

Dataran Gelanggang Kategori Beregu (Bawah 18) 3.30 pm Sesi penyampaian sijil dan

Tempat

AJK Sijil / Cenderamata AJK Dokumentasi

cenderamata Sesi bergambar kenangan

4.00 pm

Bersurai

13.0

ANGGARAN PERBELANJAAN BUTIRAN a) Makanan -RM 2.50 x 12 x 1 hari (sarapan pagi) -RM 4.50 x 12 x 1 hari (makan tengahari) a) Hadiah / Cenderahati -Johan (RM 6.00 x 12 hadiah) -Naib Johan (RM 2.00 x 12 hadiah) -Ketiga (RM 1.50 x 12 hadiah) c) Saguhati / Cenderahati - Saguhati / Cenderahati a) Peralatan Teknikal - Jaring / Badminton Net ( 2 Jaring x RM 24.00) - Raket Badminton Futtua (5 Set x RM 18.00) - Raket Badminton Sunsaki (5 Set x RM 12.00) JUMLAH BESAR : RM RM RM RM 48.00 90.00 60.00 596.00 RM 200.00 RM RM RM 72.00 24.00 18.00 RM RM 30.00 54.00 ANGGARAN

14.0

SUMBER KEWANGAN 14.1 14.2 14.3 Peruntukan PCG Matapelajaran Pendidikan Khas (Wajib) Peruntukan PCG Bantuan Kokurikulum Pendidikan Khas (BKK) Peruntukan PCG Bantuan Sukan Sekolah Pendidikan Khas (BSS)

15.0

PENUTUP Page 7

KERTAS KERJA KEJOHANAN BADMINTON TERTUTUP PPKI SMKTSI 2013

Adalah diharapkan agar Kejohanan Tertutup Permainan Badminton Pendidikan Khas ini akan dapat membantu mengembangkan semua aspek potensi pelajar pendidikan khas yang berteraskan semangat kesukanan ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar di bawah program Satu Murid Satu Sukan yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Selain itu, dengan adanya anjuran seperti ini akan dapat membentuk jati diri para pemain badminton yang terdiri daripada para pelajar bekeperluan khas. Pengalaman dan pengajaran yang diterima dapat memajukan sukan badminton pendidikan khas. Semoga dengan penyertaan pertandingan ini dapat memberi kebaikan kepada semua pihak yang terlibat sekaligus mengeratkan hubungan silaturahim yang sedia terjalin.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

(PN. NUR RAWAIDAH RAHMAT) Pengerusi Kejohanan Badminton PPKI SMK Tunku Syed Idrus 73000 Tampin, Negeri Sembilan

(PN. SYAZRAH SAHRANI) Penyelaras Pendidikan Khas Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Tunku Syed Idrus 73000 Tampin ,Negeri Sembilan

Disokong oleh, (TN.HJ MOHAMMAD JEFFRY MOHD ISA) GPK Kokurikulum SMK Tunku Syed Idrus 73000 Tampin, Negeri Sembilan

Diluluskan oleh, (HJH. NURUL AZMI BINTI ZAINI) Pengetua SMK Tunku Syed Idrus 73000 Tampin ,Negeri Sembilan

Catatan / Ulasan : .............................................................................................................................................. ..............................................................................................................................................

Page 8

You might also like