You are on page 1of 51

NOT A EDITOR

Email: fai@majalahniaga.com

Syed Bistro:

Empayar Bisnes 3 Generasi

PENASIHAT Idris Husin, Hasbul Arif, Adly Mukhtar CEO Hasbul Aqill Hassan Zaki EDITOR Faisal Isa PENULIS Hasbul Aqill, Aqif Azizan, Hafiszi Othman, Rosli Baharuddin Afyan Mat Rawi, Eruwan Gerry, Meor Zaidee, Ikram Adi, Azizi Zulkefli PEREKA GRAFIK Marlia Muhamad PENGURUS WEB Ridhwan Razak & Marlia Muhamad EKSEKUTIF PENGIKLANAN Hasbul Aqill EKSEKUTIF PEMASARAN Hasbul Aqill & Hasbul Ariff DITERBITKAN OLEH INNOVATIC SOLUTION (Part Of Flarebiz Network) 18-3-1 Jalan Semarak Api 3, Dimond Square Business Centre, 53000 Setapak Kuala Lumpur. Tel: +603-4023 4641 Email: majalahniaga.com www.facebook.com/MajalahNiaga www.twitter.com/majalahniaga Hak Cipta Terpelihara: Dilarang sama sekali menerbit semula dalam lain-lain bentuk atau mempergunakan e-majalah ini untuk tujuan keuntungan kecuali dengan kebenaran bertulis dari pihak Majalah Niaga.com. Namun begitu, anda dibenar bahkan digalakkan menyebar e-majalah ini untuk tujuan kebaikkan, tetapi haruslah dikekalkan sifatnya tanpa sebarang ubahan.

ssalamualaikum, Pertama sekali kami ingin mengucapkan syukur kepada Allah SWT kerana masih lagi diberikan peluang untuk terus menerbitkan Majalah Niaga edisi khas kali ini. Alhamdulillah, dalam edisi kali ini kami menampilkan secara eksklusif 3 tokoh usahawan dalam bidang makanan yang telah berjaya membawa perniagaan mereka ke tahap tertinggi pada hari ini. Mewarisi perniagaan keluarga dari generasi ke generasi merupakan suatu perkara yang kelihatan mudah tetapi hakikatnya ia memerlukan kerjasama keluarga dan keazaman yang kuat serta bijak mencari pelbagai peluang baru untuk bertahan dan berjaya sehingga kini. Tokoh yang kami maksudkan ini ialah 3 generasi hebat yang telah berjaya membina empayar Syed ke mata dunia. Mereka ialah Tuan Syed Kadir (Pengasas), DatoHj Syed Jamarul (Pengarah Urusan) dan Tuan Syed Aziz Khan (CEO) yang bertanggungjawab membawa jenama Syed berdiri megah dan dipercayai ramai. Banyak perkara yang telah mereka kongsikan bersama para pembaca Edisi Khas Majalah Niaga kali ini. Antaranya ialah berkenaan dengan strategi bagaimana mereka mampu mengekalkan jenama Syed yang diasaskan sejak 5 generasi terdahulu sehingga kekal relevan di hati masyarakat di Malaysia hari ini. Edisi ini padat dengan ilmu dan motivasi yang dapat membantu anda serta perniagaan anda berjaya pada masa depan. Kami amat yakin inilah satu-satunya edisi khas yang anda tidak akan lupakan sepanjang tahun ini. Selamat membaca kami ucapkan dan jangan lupa untuk memberitahu rakan-rakan anda mengenai edisi kali ini agar mereka juga mendapat manfaat daripada seluruh kisah kejayaan empayar Syed dan juga semua artikel dalam edisi khas kali ini. Akhir kata, kami dari seluruh tim Majalah Niaga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri serta Maaf Zahir dan Batin kepada semua pembaca Majalah Niaga yang amat kami hormati selama ini.

FAISAL ISA EDITOR MAJALAH NIAGA

faisal

1 Majalah Niaga Edisi Khas 2013

ISI KANDUNGAN

EDISI KHAS 2013

WAWANCARA EKSKLUSIF
Empayar Bisnes 3 Generasi Syed Bistro

03

12 Berita Bisnes
Rahsia Bijak Jutawan Dana Ilmu

Kaya & Berjaya 10 Billionaire Termuda Dunia

26 Tip Jualan

15 Tip Kewangan 17 Tip Pemasaran


5 Cara Untuk Memenangi Persaingan Dengan Lebih Efektif

5 Persediaan Penting Bagi Menghadapi Penolakan Jualan

27

BIOGRAFI

KOMIK NIAGA

Memaparkan cerita keluarga Syed Bistro dalam edisi komik.

19 Tip Blogging 21 Dekorasi Bisnes 23 Motivasi Bisnes

5 Angka Sebulan Dengan Blog. 10 Tip Daripada Pengasas Oh Media

Pejabat Idaman Setiap Usahawan

37 TIP PEMASARAN ONLINE 39 TIP PERNIAGAAN ONLINE 41PELABURAN HARTANAH 42 TIP PELABURAN 44TIP PERNIAGAAN 45 TIP KOMUNIKASI

Haluan Yang Berbeza

2 Majalah Niaga Edisi Khas 2013

Dari Kiri : Shihabudeen, Dato Hj.Syed Jamarul, Hj.Syed Kamaludeen, Hj.Syed Habib dan Syed Aziz Khan.

sejarah dan dikenali ramai sehingga ke hari ini. Ia sudah beroperasi sejak 5 generasi yang lepas lagi oleh Tuan Syed Mohamad Kadir yang berasal dari India yang berhijrah ke Malaysia. Daripada sebuah restoran yang dibuka di Pulau Pinang, kini Restoran Syed mempunyai 15 cawangan di seluruh negara dan mempunyai ramai pelanggan tetap. Jika suatu masa dahulu bisnes hanya tertumpu pada bisnes restoran semata, kini empayar bisnes Syed ini telah berkembang kepada bisnes katering serta industri makanan. Dalam edisi istimewa kali ini, kami akan menampilkan kisah 3 tokoh usahawan yang bertanggungjawab membina empayar jenama Syed sehingga berjaya dan dikenali serta mendapat pelbagai anugerah dalam dan luar negara. Mereka antara individu hebat yang telah mengembangkan lagi empayar bisnes jenama Syed ini dengan lebih meluas.

Empayar . . . . . . . . . . .Bisnes . . . . . . . .3 . .Generasi .......... Rangkaian restoran Syed merupakan antara restoran Indian Muslim yang telah berjaya mencipta

Syed Bistro

3 Majalah Niaga Edisi Khas 2013

anak jika diikat, mereka


tidak akan berjaya. Jadi dengan memberikan kebebasan kepada mereka, mereka perlu berusaha lebih untuk berjaya dalam perniagaan mereka
-SYED KADIR SYED MOHAMAD-

TUAN SYED KADIR SYED MOHAMAD


PENGASAS EMPAYAR SYED BISTRO
SEJARAH
isnes Syed telah dimulakan di Pulau Pinang pada 1912 oleh datuk Tuan Syed Mohamad Kadir. Ketika itu beliau hanya berumur 12 tahun. Selain berniaga gerai makan, datuk beliau juga menjalankan aktiviti pertanian dan penternakan serta menjual susu dengan menaiki basikal menggunakan buruh dari India. Malangnya datuk beliau telah meninggal dunia ketika usianya mencecah 33 tahun akibat sakit terpijak paku karat yang tidak dirawat dengan baik. Ayahanda Tuan Syed Mohamad Kadir, Tuan Syed Mohamad meneruskan perniagaan yang ditinggalkan oleh ayahnya. Namun beliau terpaksa berhijrah ke Alor Setar, Kedah semasa penjajahan Jepun di Pulau Pinang demi keselamatan keluarga beliau. Ketika di sana, ayahanda Tuan Syed telah berkahwin untuk kali kedua dan tinggal selama enam bulan sebelum berpindah ke sebuah estet di Baling. Di situ beliau telah membuka sebuah gerai menjual roti canai dan mendapat reaksi positif daripada masyarakat setempat. Perniagaan beliau menjadi maju sehingga beliau berjaya membuka 3 cawangan. Pada tahun 1948 Tuan Syed telah dibawa dari India oleh ayahanda beliau untuk bersama kekandanya yang telah pun dibawa lebih awal iaitu sebelum penjajahan Jepun lagi untuk membantu perniagaan beliau yang semakin maju. mencubamencuba nasib memulakan perniagaan beliau sendiri. Beliau telah membuka sebuah gerai menjual mee rebus secara kecil-kecilan di Malacca Street. Setelah berniaga selama enam bulan Tuan Syed telah meminta bantuan abangnya untuk menjaga gerai apabila beliau bercadang menyewa sebuah kedai di Gombak pada Mei 1969 untuk memulakan perniagaan restoran. Malang menimpa beliau ketika restoran semakin maju, pemilik kedai ingin mengambil alih kedai tersebut walaupun perjanjian sewa masih berbaki setahun lebih. Kecewa dengan kejadian tersebut, Tuan Syed telah mengambil keputusan membawa diri ke Kedah bersama isteri dan anak sambil mencari peluang mendapatkan tapak perniagaan sendiri. Ketika di Kedah, Tuan Syed telah bertemu dengan rakan lama yang mengajak beliau berniaga di Singapura. Selepas 8 bulan berada di sana, Tuan Syed Mohamad Kadir kembali ke Malaysia dan membuka sebuah restoran sendiri di Petaling Jaya menggunakan hasil pulangan perniagaan di Singapura. Bermula dengan sebuah restoran, kini telah berjaya membuka 15 cawangan dengan bantuan anak-anak beliau termasuk satu cawangan di Hong Kong. mempunyai pendirian tidak menggalakkan anak-anak beliau bekerja dengan orang lain. Ini kerana bekerja dengan orang lain boleh menjadikan kita terlalu selesa dan akan menjadi malas untuk berusaha lebih. Beliau menasihatkan anak beliau, Dato Hj Syed Jamarul untuk memulakan perniagaan sendiri dalam bidang makanan. Dato Syed Jamarul telah berjaya membuka sendiri sebuah restoran di Shah Alam pada tahun 1981. Dari situ, ia telah membuka banyak peluang untuk mengukuhkan jenama dan bisnes Tuan Syed pada hari ini. Untuk menguruskan cawangancawangan restoran Syed dengan lebih lancar, Tuan Syed memberikan kepercayaan kepada anak-anak beliau untuk menjaga dan menguruskan kedai tersebut sendiri sepenuhnya. Mereka bebas untuk melakukan apa yang mereka mahukan dan beliau tidak mengongkong atau mengganggu sebarang urusan restoran yang diuruskan oleh anak-anak beliau. Menurut beliau lagi, anak jika diikat, mereka tidak akan berjaya. Jadi dengan memberikan kebebasan kepada mereka, mereka perlu berusaha lebih untuk berjaya di dalam perniagaan. Prinsip beliau terbukti membuahkan hasil. Pada hari ini anak dan cucu beliau bijak menguruskan empayar Syed ini. Walaupun begitu, situasi ini tidak mempengaruhi beliau untuk bersara awal.

GALAKKAN BISNES KEPADA ANAK-ANAK

PENGHIJRAHAN
4 Majalah Niaga Edisi Khas 2013

Pada tahun 1968, Tuan Syed telah berhijrah ke Kuala Lumpur untuk

Walaupun anak-anak Tuan Syed mempunyai pendidikan yang tinggi dan mampu membina kerjaya sendiri, namun Tuan Syed Kadir tetap

RAHSIA KEPERCAYAAN PELANGGAN

Apabila ditanya mengenai rahsia mengekalkan jenama Syed sehingga melebihi 30 tahun, beliau hanya senyum dan mengatakan bahawa tiada yang lebih penting selain memastikan para pelanggan benar-benar berpuas hati dengan mereka. Kualiti makanan amat diutamakan. Apabila beliau mendapati pelanggan tidak berpuas hati dengan makanan, pelanggan tidak perlu membayarnya. Beliau memberikan satu contoh. Apabila terdapat 4 orang makan di satu meja dan 3 daripadanya tidak menghabiskan makanan, beliau pasti ada sesuatu yang tidak kena dengan kualiti makanan tersebut. Daripada situ beliau melihat respon pelanggan dan memperbaiki kualiti makanan sedikit demi sedikit sehingga ia mampu menyelerakan majoriti pelanggan yang berkunjung ke kedai-kedai beliau. Sehingga kini, restoran Syed telah mendapat kepercayaan ramai pelanggan

kerana kualiti makanannya yang sedap dan lazat. Bayangkan walaupun kedai sebelah menjual tosai dengan harga yang lebih murah, para pelanggan tetap akan berkunjung ke restoran Syed untuk merasai tosai tersebut walaupun harganya lebih mahal. Selain menjalankan bisnes, Syed Bistro juga banyak melakukan aktiviti kebajikan serta tanggungjawab sosial. Ketika bulan puasa, mereka banyak menyumbang kepada masyarakat terutamanya menaja jamuan berbuka puasa. Syed Bistro juga amat mementingkan kebajikan para pekerjanya dan akan menghantar para pekerja terpilih untuk menunaikan haji setiap tahun. Antara nasihat Tuan Syed Kadir kepada bakal-bakal usahawan yang mahu menceburi bidang ini ialah jangan sekali-kali malas atau curi tulang ketika melakukan perniagaan. Selain itu beliau turut menasihatkan kepada mereka agar mengawal cashflow serta sentiasa mengasingkan duit syarikat dan duit sendiri.
Syed Kadir Syed Mohamad

5 Majalah Niaga Edisi Khas 2013

DatoHj Syed Jamarul Syed Kader

Dari kiri: DatoHj Jamarul, Tuan Syed Kader dan Syed Aziz Khan

DATOHJ SYED JAMARUL SYED KADIR

PENERAJU EMPAYAR SYED BISTRO

Profile yang pernah diperolehi

elepas menamatkan pembelajaran di Kolej Tunku Abdul Rahman (TAR), beliau mendapat tawaran untuk sambung belajar ke peringkat ijazah dalam bidang kejuruteraan. Beliau sedar beliau mempunyai latar belakang bisnes makanan sudah lama dan mahu mengembangkan lagi potensi bisnes ini. Akhirnya beliau membuat keputusan untuk memulakan bisnes. Dato Hj Syed Jamarul mula membuka sebuah restoran di Shah Alam dengan menggunakan nama restoran Syed pada tahun 1981. Jika 3 generasi sebelum ini memfokuskan kepada bisnes makanan secara kecil-kecilan, beliau mengorak langkah baru memulakan restoran ini di bawah label Syed sehingga menjadi satu jenama pilihan ramai hari ini. Selain itu, Dato Hj Syed Jamarul juga memulakan perkhidmatan katering kepada orang ramai di bawah syarikat Syed Catering Sdn Bhd pada tahun yang sama. Beliau mahu melakukan sesuatu yang lain daripada sekadar membuka restoran yang biasa. Setelah mengkaji potensi bisnes katering ini, beliau telah memulakannya secara kecilkecilan dan kini menjadi antara bisnes utama di bawah jenama Syed Bistro. Untuk memulakan bisnes restoran ini, ia bukanlah sesuatu yang mudah kerana banyak perkara yang perlu diambil perhatian. Bagi memastikan operasi restoran ini lancar, beliau memerlukan kerja berpasukan yang mantap daripada pihak pengurusan dan para pekerja. Sepanjang menguruskan bisnes ini, beliau sentiasa belajar dari setiap kesilapan yang dihadapi dan memperbaiki diri dari semasa ke semasa.

PROSES PENJENAMAAN SYED

Antara strategi penjenamaan yang beliau gunakan untuk memastikan jenama Syed Bistro ini menonjol di mata masyarakat ialah dengan memberikan kualiti yang sangat tinggi dalam setiap makanannya dan meletakkan harga yang mampu. Beliau mengakui usaha bagi memastikan jenama Syed melekat di minda orang ramai tidak boleh dicapai dalam masa yang singkat. Ia mungkin mengambil masa 5 tahun hingga 20 tahun. Apa yang penting, usaha penjenamaan ini harus dimulakan hari ini. Selain itu, beliau dan ahli pasukan berusaha untuk menonjolkan keunikan resepi makanan yang berbeza daripada restoran sedia ada. Melihat majoriti restoran India Muslim yang lain memilih Nasi Kandar, pihak Syed memilih untuk mempopularkan Nasi Briyani. Setelah melalui pelbagai proses untuk memastikan resepi Nasi Briyani itu betulbetul diterima orang ramai, pihak Syed melancarkan satu label yang dipanggil Nasi Briyani Bukhara. Sehingga hari ini, Nasi Briyani Bukhara menjadi menu pilihan utama pelanggan restoran Syed. Pihak syarikat juga tidak pernah mengiklan secara besar-besaran. Bagi beliau, pengiklanan yang terbaik ialah bualan mulut ke mulut. Daripada satu pelanggan, mereka bercerita kepada 10 pelanggan lain tentang pengalaman mereka merasai kesedapan makanan di restoran. Itu sudah cukup untuk meyakinkan orang ramai.

Restoran Syed Bistro

6 Majalah Niaga Edisi Khas 2013

Apabila bercerita mengenai kualiti setiap resepi yang dihasilkan, beliau sentiasa menganggap diri beliau sebagai pelajar kepada tukang masak. Mengurus lebih 20 orang tukang masak ketika itu memberikan satu pengalaman berharga untuk beliau. Menurut beliau, setiap tukang masak ada kelebihan dan kelemahan masing-masing. Apabila perkara ini dapat dikenalpasti, fokus sahaja pada kelebihan mereka. Ia lebih banyak mendatangkan hasil positif daripada fokus kepada kelemahan mereka. Menurut beliau, untuk menguruskan restoran yang mempunyai 15 cawangan ini, manpower amat penting bagi memastikan kelicinan setiap operasi.Beliau berpegang kepada prinsip Staff is always right kerana apabila para pekerja bagus, sudah pasti servis yang mereka berikan kepada para pelanggan juga bagus. Jika layanan bagus, sudah tentu para pelanggan akan datang kembali pada masa depan. Berkongsi mengenai kejayaan bisnes restoran, beliau memberitahu bisnes ini tidak sama seperti bisnes trading yang menjual barang sudah siap. Bisnes restoran ada flow chart operasinya sendiri. Bermula dengan proses pembuatan seperti pemilihan dan pembelian pukal bahan mentah, pemprosesan dan proses memasak. Kemudian ia diikuti dengan peringkat memperkenalkan resipi kepada pelanggan, aktiviti pemasaran dan aktiviti jualan. Kegagalan awal segelintir bisnes restoran berlaku apabila pemiliknya hanya nampak proses akhir iaitu ambil untung sahaja tanpa melihat proses-proses awal yang lebih penting. Dalam aspek pengurusan pula, pihak Syed Bistro mengambil serius mengenai pendekatan untuk memastikan perkhidmatan mereka berkualiti. Syed Bistro merupakan restoran India Muslim pertama yang menggunakan PDA POS System (Sistem Point of Sales menggunakan PDA). Walaupun sistem ini mahal pada masa dahulu iaitu sekitar RM 75,000 tetapi ia sangat berbaloi. Ramai pelanggan kagum dengan sistem tempahan menggunakan PDA di Syed Bistro. Hasilnya, tiada lagi jeritan-jeritan daripada pekerja di meja makan kepada pekerja di dapur setiap kali tempahan dilakukan. Tahap kebisingan setiap restoran dapat dikawal dan memberikan keselesaan kepada pelanggan. Selain itu, Syed Bistro juga turut mengguna pakai konsep central kitchen untuk menguruskan makanan-makanan di setiap cawangan restoran mereka. Di central kitchen ini, makanan akan dimasak dan diproses di satu kilang khas dan diedarkan kepada cawangancawangan restoran Syed Bistro setiap hari. Konsep ini sangat bagus bagi memastikan setiap makanan mereka mempunyai kualiti yang sama. Melalui pemerhatian beliau, banyak restoranrestoran Muslim gagal apabila mula membuka banyak cawangan kerana tidak dapat mengurus kualiti makanan. Ketua-ketua di setiap

KELEBIHAN TUKANG MASAK DAN PEKERJA NADI KEJAYAAN

Antara sajian yang terdapat di Restoran Syed Bistro

Dekorasi Pejabat (Ruang Tamu) Syed Bistro

Dekorasi Pejabat (Perhiasan) Syed Bistro

cawangan masing-masing mahu menjadi raja menyebabkan kualiti makanan berbeza-beza walaupun di bawah satu jenama yang sama. Konsep central kitchen mengelak perkara ini berlaku di rangkaian restoran Syed.

PENGIKTIRAFAN DARI LUAR NEGARA

Syed Bistro telah menerima pengiktirafan tertinggi daripada pelbagai pihak dalam dan luar negara. Sehingga ke hari ini, Syed Bistro telah menerima 10 anugerah yang mengiktiraf kejayaan jenama mereka ini. Anugerah pertama yang diperolehi mereka ialah Anugerah 1 Malaysia Enterprise Award yang dihakimi oleh tokoh-tokoh hebat dan berpengaruh. Anugerah ini meletakkan nama Syed Bistro sebaris dengan penerima anugerah daripada industri lain yang terdiri daripada nama-nama besar seperti Dato Seri Nazir Razak (perbankan), Tan Sri Tony Fernandes (penerbangan), Jakel Trading (tekstil) dan lain-lain lagi. Kejayaan mereka ini menjadi buah mulut setiap masyarakat di Malaysia.

JAGA REPUTASI

Antara cabaran yang Syed Bistro terpaksa hadapi sehingga kini ialah terdapat ramai pesaing yang meniru konsep yang dibuat oleh mereka. Namun begitu, mereka sekali-kali tidak gentar ditiru kerana untuk menjadikan mereka sentiasa lebih berjaya ialah mereka perlu sentiasa membuat perubahan sehingga satu

tahap ianya sukar ditiru lagi oleh para pesaing yang lain. Selain menghadapi cabaran-cabaran luar, Dato Hj Jamarul menitikberatkan reputasi syarikat. Ia antara perkara-perkara dalaman yang wajib dijaga. Antara perkara yang merosakkan reputasi sesebuah bisnes ialah perasaan tamak. Mengambil contoh perkhidmatan Syed Catering yang mampu menguruskan maksima 4 katering perkahwinan setiap hari. Itu adalah had yang telah ditetapkan berdasarkan kemampuan syarikat. Pihak syarikat terpaksa menolak apabila permintaan melebihi kemampuan. Ia bakal merosakkan reputasi syarikat jika tidak dapat memenuhi kehendak pelanggan. Jenama yang dibina selama berpuluh-puluh tahun boleh rosak jika kita tamak mengambil tempahan sehingga melebihi kemampuan. Hasil daripada reputasi yang dibina dan dipelihara, perkhidmatan Syed sentiasa menjadi pilihan nama-nama besar seperti menguruskan katering untuk 30,000 pelanggan ketika program 1Malaysia For Youth (1M4U) di bawah Kementerian Belia dan Sukan. Selain itu, Syed juga menjadi pilihan syarikat penerbangan Air Asia untuk penyediaan makanan di dalam penerbangan (in-flight service). Bermula dengan menghantar 24 tempahan, kini kilang Syed menguruskan lebih 4800 tempahan daripada Air Asia setiap hari.

7 Majalah Niaga Edisi Khas 2013

AKTIVITI-AKTIVITI KEBAJIKAN

Sebagai umat Islam, beliau menekankan bahawa kepentingan sembahyang berjemaah.Ini bermakna usahawan Muslim perlu bercampur dengan masyarakat untuk berjaya dan bahagia dalam kehidupan serta bisnes yang mereka jalankan. Dato Hj Jamarul merupakan antara individu yang aktif dalam persatuan dan telah menjadi Presiden dalam beberapa persatuan India Muslim, antaranya ialah Persekutuan Pertubuhan India Muslim. Syed Bistro merupakan entiti perniagaan yang sangat memberikan komitmen yang tinggi setiap tahun dalam projek-projek kebajikan. Antara projek kebajikan yang ditaja oleh pihak Syed Bistro termasuklah program-program remaja serta ceramah agama dan kemasyarakatan. Mereka juga telah mendapat satu pengiktirafan dari pihak lain dengan menerima anugerah khas untuk aktiviti CSR yang dijalankan. Dato Hj Syed Jamarul menasihatkan usahawan baru agar sentiasa sedar bahawa menjalankan perniagaan merupakan satu ibadah. Walaupun 9/10 daripada sumber rezeki datangnya daripada perniagaan, mereka harus sentiasa jujur dan tidak tamak dalam menguruskan bisnes selain berusaha membina kredibiliti yang mantap. Setiap tindakan itu juga harus dilakukan langkah demi langkah kerana jika mereka naik terlalu cepat, mereka juga boleh jatuh dengan cepat.

8 Majalah Niaga Edisi Khas 2013

SYED aziz khan

datoHj SYED jamarul


PElopor era baru empayar SYED BISTRO
yed Aziz Khan Bin Dato Hj Syed Jamarul merupakan CEO Syed Food Industry Sdn. Bhd. Syarikat ini memiliki satu pusat central kitchen yang dinamakan Syeds Central Food Production Plant (SCFPP). Syarikat ini bertanggungjawab di dalam penghasilan makanan berskala besar untuk dihantar kepada rangkaian restoran Syed dan tempahan-tempahan perkhidmatan katering. Selain itu, ia terlibat di dalam penghasilan dan penghantaran makanan kepada syarikat syarikat korporat, badanbadan kerajaan, syarikat penerbangan, hospital, hotel dan sebagainya. penyediaan makanan kepada delegasi Arab Saudi yang datang ke Malaysia. Itulah kali pertama Syed Catering menyediakan perkhidmatan kepada badan kerajaan.

CABARAH DAHULU VS CABARAN SEKARANG

PENDEKATAN TRADISIONAL DI DALAM PEMASARAN

Apabila ditanya mengenai strategi pengiklanan dan pemasaran, Tuan Syed Aziz mengakui bahawa untuk menaikkan jenama bisnes Syed sehingga berjaya seperti hari ini tidak memerlukan sebarang pengiklanan besar besaran kerana jenama dan kredibiliti Syed sudah dibina lebih 30 tahun. Kelompok pelanggan setia sudah terlalu ramai sehingga sampai generasi ke 3. Walaupun tanpa pengiklanan besar besaran, tempahan untuk majlis-majlis sepanjang 2014 sudah mula dibuka. Pihak syarikat masih menggunakan pendekatan tradisional untuk membina jenama Syed ini. Kepuasan setiap pelanggan pasti membawa kepada lebih ramai pelanggan baru.

Tuan Syed Aziz berpendapat menjalankan bisnes pada hari ini jauh lebih sukar jika dibandingkan dengan zaman dahulu. Sekarang, apabila terdapat pusat komersial baru dibangunkan, sekurang-kurangnya 5 kedai makan akan dibuka. Pertambahan mendadak bilangan pemain di dalam industri ini menjadikan persaingan bertambah sengit dan pihak syarikat sentiasa perlu menambahbaik di setiap sudut supaya kekal relevan.

atau mamak ini merupakan tempat mendapatkan makanan dengan harga yang murah dan servis yang cepat. Pulangan modal juga lebih cepat kerana bisnes restoran merupakan cash business. Bisnes katering pula mempunyai para pelanggan yang terdiri daripada golongan yang berbilang bangsa dan status termasuk Perdana Menteri dan Sultan Brunei. Bisnes jenis ini lebih mementingkan perkhidmatan, kekemasan, persembahan dan presentasi yang menarik dan profesional berbanding bisnes restoran. Pelaburan di dalam perkara-perkara eksklusif ini adalah tinggi dan pulangannya lebih memakan masa. Katering memerlukan pasukan yang benar-benar profesional dalam bidang hospitaliti dan pengurusan pasukan katering agar kualiti perkhidmatan yang diberikan mencapai piawaian tinggi. Syarikat meletak kelayakan minimum ialah mempunyai Diploma di dalam bidang katering. Apabila bakat baru masuk di dalam syarikat, akan ada inovasi yang mereka lakukan. Berbeza dengan restoran, biasanya pihak syarikat mengambil pekerja yang kurang kemahiran seperti pekerja dari Indonesia, India atau Bangladesh.

PERBEZAAN RESTORAN DAN CATERING

SYED FOOD INDUSTRY SDN BHD

Menurut Tuan Syed Aziz, antara perbezaan bisnes restoran Syed dan katering Syed ialah restoran India Muslim tidak memerlukan dekorasi yang elegan kerana pada pandangan masyarakat,

Syed Food Industry Sdn Bhd ialah satu syarikat di bawah Syed Group of Companies Bisnes industri makanan ini diilhamkan oleh bapa beliau, Dato Hj Jamarul. Selepas setahun menubuhkan

KATERING BADANBADAN KERAJAAN

Menurut Tuan Syed Aziz, mereka betul-betul berterima kasih kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana memberikan kepercayaan kepada syarikat. Segalanya bermula apabila Tun Mahathir sempat mencuba makanan Syed Catering di dalam satu majlis di Dataran Merdeka dan beliau melahirkan rasa suka apabila mencubanya. Selepas itu, Tun Mahathir memberikan kepercayaan kepada Syed Catering untuk

central kitchen ini, beliau mendapati bahawa ia mampu memberikan makanan yang sedap dan bermutu serta mampu menjimatkan kos 14 cawangan restoran beliau. Jika sebelum ini, masalah utama rangkaian Restoran Syed ialah rasa makanan mereka berbeza-beza di setiap cawangan. Apabila menggunakan central kitchen, rasa dan kualiti makanan di semua cawangan adalah sama. Begitu juga dengan pembelian bahan mentah, sudah pasti jauh perbezaan apabila membeli untuk 1 cawangan dengan membeli pukal untuk 14 cawangan sekaligus. Selain itu, untuk memaksimakan penggunaan central kitchen, Syed Food Industry juga menawarkan penyediaan makanan kepada syarikat-syarikat lain seperti Air Asia.

Syed Aziz Khan DatoHj Syed Jamarul

9 Majalah Niaga Edisi Khas 2013

Selain itu, Syed Food Industry juga membekalkan produk seperti Pearl Bebola Roti Canai kepada restoran-restoran . Selari dengan hasrat kerajaan mahu mengurangkan jumlah tenaga pekerja asing, pembekalan bebola roti canai ini mampu mengurangkan masa untuk menguli roti canai di restoranrestoran seterusnya mampu mengurangkan jumlah pekerja. Bebola yang diuli sangat berkualiti kerana ia menggunakan mesin sepenuhnya. Menurut Tuan Syed Aziz, jika dahulu proses menguli roti canai untuk 20 buah restoran memerlukan 20 orang pekerja. Dengan central kitchen, pihak beliau hanya memerlukan 3 orang pekerja sahaja untuk membekalkan bebola roti canai ini kepada 45 buah restoran. Selain itu, jika ada di kalangan para peniaga yang ingin membuka restoran tetapi kekurangan modal untuk menggaji tukang masak profesional, mereka boleh outsources seluruh dapur mereka kepada Syed Food Industry. Apa yang mereka perlu lakukan ialah memberikan resepi pilihan dan pakar tukang masak Syed Industry akan siapkan makanannya. Setiap hari pada pukul 10 pagi, pihak syarikat akan menghantar makanan tersebut ke setiap restoran. Oleh itu, pihak restoran tidak perlu risau jika ada tukang masak melarikan diri atau jatuh sakit kerana proses memasak sudah dilakukan oleh Syed Food Industry. Jika pemilik restoran itu masih tiada resepi khas, mereka boleh berbincang dengan pakar masakan Syed Industry untuk mencipta resepi dan selepas siap, resepi itu akan dipatenkan Dengan cara outsources ini, restoran milik klien beliau tidak perlu lagi membina dapur. Mereka boleh fokus kepada cara membina bisnes yang menguntungkan sahaja. Ini betul-betul menjimatkan kos operasi sesebuah restoran. Menurut beliau, model bisnes ini sudah digunakan oleh syarikat-syarikat ternama lain seperti Secret Recipe dan Starbucks. Mereka hanya menjalankan bisnes sahaja. Seluruh operasi dapur mereka outsources kepada central kitchen.

PEARL BEBOLA COTI CANAI

Dari kiri Hj.Syed Kamaludeen, DatoHj Syed Jamarul dan Hj.Syed Habib semasa Asia Pasific Award.

Catering Syed Bistro

perkara penting untuk menembusi pasaran lebih besar. Perkara pertama ialah sijil pengiktirafan. Central kitchen kepunyaan Syed Food Industry mempunyai sijil halal Jakim. Kelebihan sijil halal Jakim ialah ia diiktiraf hampir seluruh dunia. Ini memudahkan pihak syarikat untuk menembusi pasaran luar negara satu hari nanti. Pihak syarikat juga mendapat pengiktiran Hazard Analysis And Critical Control Points (HACCP) dan Good Manufacturing Practice (GMP). Dengan sijil-sijil pengiktiran ini, ia memainkan peranan penting untuk mempromosi kilang syarikat. Selain itu, betapa pentingnya pihak beliau mempunyai alat-alat dan mesin yang cukup. Untuk meyakinkan klien-klien antarabangsa, pihak beliau akan melakukan pelaburan untuk memiliki mesin-mesin yang mampu menghasilkan pelbagai jenis makanan. Bukan setakat Malay, Chinese dan Indian cuisine tetapi ia mampu juga menghasilkan Western, European, Arabic, Asian Cuisine dan lain-lain lagi.

MENEMBUSI PASARAN KLIEN ANTARABANGSA

Menurut Tuan Syed Aziz, terdapat 2

Untuk perancangan masa hadapan, Tuan Syed Aziz dan pasukan mempunyai perancangan khas untuk membangunkan sebuah syarikat dengan jenama baru yang lebih global, khusus untuk pelanggan-pelanggan antarabangsa yang lebih high-end. Ini kerana mentaliti masyarakat sudah mengganggap Syed merupakan restoran mamak. Menurut beliau, ia satu proses yang sukar untuk membawa nama mamak ini ke peringkat global. Walaupun pengalaman syarikat melebihi 30 tahun, majoriti pelanggan ialah pelanggan tempatan. Oleh itu, beliau memerlukan satu lagi syarikat yang menggunakan nama sesuai untuk menembusi pasaran global. Untuk menubuhkan bisnes baru ini, beliau memerlukan pekerja yang betul-betul berkelayakan yang sudah ada pengalaman luas di peringkat antarabangsa. Bisnes baru ini juga memerlukan strategi pemasaran besar besaran untuk penjenamaan, berbeza dengan pendekatan tradisional yang digunakan Syed. Antara perancangan lain yang beliau mahu lakukan ialah menembusi pasaran industri makanan halal di negara seperti Jepun dan China. Ini kerana untuk mendapatkan makanan halal terutamanya di China adalah sangat sukar. Ia umpama suatu ibadah untuk membekalkan makanan halal ke seluruh dunia supaya masyarakat Islam mudah mencari dan menikmati makanan halal yang sedap.

PERANCANGAN MASA HADAPAN

Syed Aziz Khan

Industri Syed Bistro

Asean Franchise Retail Awards

10 Majalah Niaga Edisi Khas 2013

CABARAN BISNES KELUARGA

Tuan Syed Aziz turut mengakui bahawa ia merupakan suatu cabaran yang agak sukar dalam menguruskan sebuah empayar bisnes keluarga. Ini kerana keluarga menganggap beliau masih seperti anak kecil yang sukar membuat keputusan penting. Antara kelemahan dalam bisnes keluarga ini ialah setiap perubahan dalam bisnes ini berlaku dengan sangat perlahan. Buktinya, ia mengambil masa 2 tahun untuk beliau mengimplimentasikan Sistem POS di setiap restoran Syed kerana pada masa itu harganya sangat mahal sehingga menjangkau RM 75 000. Tetapi hari ini, sistem itu terbukti menjadi keperluan syarikat. Apabila bapa beliau berada di mana-mana sahaja termasuk di luar negara, bapa beliau boleh menyemak jualan harian restoran hanya menggunakan telefon pintar.

Tuan Syed Aziz menasihatkan para usahawan supaya sentiasa keluar dari kepompong dan mula belajar dari negara-negara membangun yang lain untuk pergi lebih jauh di dalam perniagaan. Untuk memajukan bisnes, setiap usahawan perlu belajar dengan cara melihat syarikat yang lebih besar. Mereka tidak boleh lagi membandingkan syarikat mereka dengan pesaing-pesaing yang sama di dalam pasaran tempatan. Sentiasa berani meneroka peluang-peluang baru dan ambil peluang menyertai pelbagai event dan pameran bisnes di luar negara. Dengan cara ini, para usahawan mendapat peluang untuk bergaul dengan pemilik-pemilik bisnes bertaraf antarabangsa yang lain. Selain itu, beliau turut memberi sumbangan dengan cara berkongsi pengalaman dan pengetahuan kepada usahawan-usahawan muda lain. Beliau juga mempunyai satu portal Internet khas di mana beliau berkomunikasi dan bertukar pendapat dengan usahawan-usahawan Muslim daripada negara lain seperti Hongkong, China, Jepun, Indonesia dan Sri Lanka. Kata-kata akhir beliau ialah, Aim high, you will achieve high.

BELAJAR DARI BISNES LAIN

11 Majalah Niaga Edisi Khas 2013

BERIT A BISNES
Tim Majalah niaga

0
12 Majalah Niaga Edisi Khas 2013

KA

YA

BI JAY TE L A RM L I UD O A N D A

&B

ER

Alang-alang berniaga biar sampai menjadi Jutawan... Begitulah antara prinsip yang dipegang rapi dalam diri setiap usahawan serta bakal usahawan yang ingin menceburi bidang perniagaan. Dalam era globalisasi ini, semakin ramai jutawan serta billionare dari pelbagai bisnes mula menyertai senarai orang terkaya di dunia. Secara umumnya, kita telah mengetahui bahawa Carlos Slim Helu merupakan orang terkaya di dunia dengan jumlah kekayaannya mencecah $73 billion pada tahun 2013. Pada hari ini juga sudah semakin ramai golongan muda bawah 40 tahun yang telah berjaya menjadi jutawan hasil daripada perniagaan dalam industri masing-masing. Menurut Forbes.com, sehingga ke hari ini terdapat 29 orang usahawan muda yang telah menjadi billionaire dan berjaya disenaraikan dalam senarai orang terkaya di dunia.

UN

I IA R E

DUSTIN MOSKOVITZ (28TAHUN)

Merupakan antara bilionaire termuda di dunia dan lebih muda 2 bulan berbanding rakan karibnya Mark Zuckerberg. Walaupun beliau antara pengasas bersama Facebook dan memiliki pegangan saham dalam syarikat tersebut, kini beliau tidak lagi bersama dengan gergasi media sosial tersebut. Merupakan orang ke-353 terkaya di dunia. Jumlah Kekayaan: $3.8 bilion 2

ALBERT VON THURN UND TAXIS (29TAHUN)

EDUARDO SAVERIN (30TAHUN)

Mula memasuki senarai Forbes sejak berumur 8 tahun lagi tetapi mewarisi kekayaan tersebut secara rasmi ketika umur 18 tahun pada tahun 2001. Antara aset yang beliau miliki termasuklah hartanah, seni serta lebih 36,000 hektar hutan di Jerman. Beliau tinggal di Schloss Emmeram dan merupakan pemandu kereta lumba. Merupakan orang ke-974 terkaya di dunia. Jumlah Kekayaan: $1.5 bilion 4

Dilahirkan di Brazil dan memiliki kewarganegaraan Amerika Syarikat, beliau merupakan salah seorang daripada pengasas Facebook. Bekas rakan baik Mark Zuckerberg ini memiliki lebih 2% daripada saham Facebook dan mula membuat pelaburan dalam syarikat startup seperti Qwiki dan Jumio. Merupakan orang ke-670 terkaya di dunia. Jumlah Kekayaan: $2.2 bilion 6

MARK ZUCKKERBERG (28TAHUN)

HUIYAN YANG (31TAHUN) SCOTT DUNCAN (30TAHUN)

Merupakan pengasas, pengerusi serta CEO Facebook Inc (Facebook.com) iaitu media sosial terbesar di internet pada hari ini. Sejak Facebook tersenarai di bursa saham, kekayaan beliau semakin melonjak dan adakalanya sedikit menyusut mengikut pasaran saham. Merupakan orang ke-66 terkaya di dunia. Jumlah Kekayaan: $13.3 bilion

Merupakan anak bongsu daripada 4 adik beradik mewarisi kekayaan Dan Duncan, seorang usahawan energy-pipeline yang merupakan pengasas kepada Enterprise Products Partners. Bisnes yang hanya bermula dengan 2 buah trak pada tahun 1968 dan menjalankan perniagaan dari pintu ke pintu ini berkembang pesat. Pada hari ini syarikat tersebut memiliki 50,000 km salursan gas asli, minyak dan petrokimia. Merupakan orang ke239 terkaya di dunia. Jumlah Kekayaan: $5.1 bilion

Merupakan anak perempuan kepada salah seorang pengasas syarikat hartanah Country Garden Holding 46% saham syarikatnya. Sehingga kini telah memiliki pelbagai portfolio hartanah termasuk 110 projek yang telah dilancarkan pada pertengahan tahun lepas dan menambah 17 hotel terkemuka. Merupakan orang ke-211 terkaya di dunia. Jumlah Kekayaan: $5.7 bilion

13 Majalah Niaga Edisi Khas 2013

10

FAHD HARIRI (32TAHUN)

SEAN PARKER (33TAHUN)

AYMAN HARIRI (34TAHUN)

Merupakan anak bongsu kepada bekas Perdana Menteri Lebanon, Rafik Hariri. Ketika sedang belajar, beliau telah membuka sebuah syarikat reka bentuk dalaman di sebuah pinggir bandar dan menjual perabot untuk pelanggan di Arab Saudi. Merupakan orang ke-1088 terkaya di dunia. Jumlah Kekayaan: $1.35 bilion 8

Merupakan bekas presiden Facebook yang sentiasa sibuk mencari serta memberikan dana untuk syarikat startup baru dan berpotensi. Antara syarikat-syarikat yang beliau asaskan ialah Airtime, sebuah syarikat perkhidmatan video chat serta Napster, sebuah website yang menyediakan perkhidmatan perkongsian musik secara online. Merupakan orang ke-736 terkaya di dunia. Jumlah Kekayaan: $2 bilion

Beliau merupakan anak kepada bekas Perdana Menteri Lebanon, Rafik Hariri. Beliau terlibat dalam perniagaan Saudi Oger, salah sebuah syarikat pembinaan terbesar di Arab Saudi dan sumber kekayaan utama keluarga Hariri. Merupakan orang ke-1088 terkaya di dunia. Jumlah Kekayaan: $1.35 bilion

MARIE BESNIER BEAUVALOT (32TAHUN)

Bersama dua orang adik-beradiknya yang lain, beliau mewarisi kekayaannya daripada syarikat Lactalis, syarikat gergasi pengeluar tenusu di Perancis yang menguasai pasaran jenama susu, keju dan yogurt. Mewarisi kekayaan dengan mewarisi perniagaan syarikat Lactalis yang telah diasaskan pada tahun 1930an oleh datuk beliau. Merupakan orang ke-974 terkaya di dunia. Jumlah Kekayaan: $1.5 bilion

14 Majalah Niaga Edisi Khas 2013

TIP KEWANGAN
Hafiszi Othman Fasilitator Pembelajaran Profesional Teknik Master My Money

Kali ini kita bongkarkan habis-habisan, bahawa


dengan hanya melaburkan 10% dari pendapatan setiap bulan, tuan dapat meningkatkan kuasa ganda (leverage) dan kuasa rawat yang menghampirkan impian tuan untuk mencapai bebas kewangan.

Mari kita ikuti perjalanan dua sahabat kita ini. Sahabat A, Encik Umar. Beliau berumur 24 tahun. Beliau adalah eksekutif muda di sebuah syarikat. Pendapatan beliau ialah RM1,800 sebulan. Beliau amat meminati sukan berbasikal. Beliau telah bertunang dan merancang untuk berkahwin dua tahun lagi. Beliau seorang yang berjimat. Beliau menyimpan sekitar RM200 sebulan. Sahabat B, Encik Khairul. Beliau sebaya umurnya dengan Encik Umar iaitu 24 tahun. Beliau juga adalah seorang pembantu pegawai di sebuah syarikat yang bergaji RM1,800 sebulan. Beliau ada bakat memasak yang diakui teman-temannya. Mungkin sekali diwarisi daripada keluarganya. InsyaAllah jika tiada aral beliau juga bakal berumah tangga dua tahun lagi. Beliau seorang yang sukakan cabaran.

Rahsia Bijak JutawanDANA ILMU

KISAH ENCIK UMAR - Perangkap Pelaburan


Begini kisahnya. Wajah Encik Umar mungkin nampak serius, beliau sebenarnya peramah juga orangnya. Sering juga beliau keluar minum bersama-sama teman. Kerap juga beliau menyertai konvoi berkayuh bersama teman rapatnya. Apabila bersama teman, pasti banyak topik perbualan akan timbul. Topik yang paling biasa kedengaran pastinya tentang D.U.I.T. Encik Umar tidak akan melepaskan peluang untuk pasang telinga setiap kali topik ini dibualkan. Manalah tau ada lubang rezeki yang menarik. Satu hari, sahabat baik beliau ada berkongsi satu peluang pelaburan yang menarik. Seperti bulan jatuh ke riba, Encik Umar ditawarkan peluang itu. Mungkin ini rezeki orang hendak kahwin, katanya sendiri. Beliau tidak usik langsung simpanan RM200 sebulan itu. Dia memilih untuk menyimpan simpanan itu di dalam tabungan saham amanah pilihannya. Sebagai modal pelaburan berkenaan, beliau membuat sedikit pinjaman peribadi. Dengan jaminan manis pulangan sehingga 30% beliau sudah mencongak-congak keuntungan yang bakal beliau dapat nanti. Pinjaman pun selamat lulus, beliau membayar RM350 sebulan bagi tempoh 10 tahun sebagai tempoh bayaran balik. Kini beliau bergelar pelabur. Tinggi impian beliau. Perbelanjaan hariannya semakin hari semakin tinggi. Mana tidaknya, ansuran kereta, sewa rumah, bil-bil utiliti, petrol, tol dan parking. Itu belum belanja wajib makan dan minum. Dek kerana beliau penjimat, dapatlah beliau sisakan sekitar RM50 RM100 setiap bulan, dan simpanan tetap RM200 masih lagi berlangsung dengan rutin. Maka dalam tempoh 24 bulan, beliau untung RM592. Apapun kerana mahu berkahwin, simpanannya yang sekarang berjumlah RM5,392 itu terpaksa dikeluarkan semuanya. Beliau untung RM192 dengan simpanan RM2,400 setahun pada tahun itu. Beliau tekad untuk terus melabur semula untung dan pokok simpanan berkenaan untuk tahun yang kedua. Keuntungannya untuk tahun kedua (8%) ialah RM400. Alhamdulillah, katanya. Dijadikan cerita, pelaburan beliau gagal. Beliau rasa tertipu. Terpaksa redha, walaupun terperangkap dengan ansuran pinjaman peribadi itu. Berat rasa hatinya. Apapun dalam tempoh itu mujur tabungan amanah sahamnya peroleh sedikit dividen dan bonus sebanyak 8% setahun.

15 Majalah Niaga Edisi Khas 2013

KISAH ENCIK KHAIRUL Impak Dana Ilmu


En Khairul halus sedikit orangnya. Orangnya teliti dan jujur. Dia mengamalkan amalan pengurusan kewangan yang teratur. Mungkin daripada berkat pembacaannya. Selepas membuat simpanan wajib untuk tabungan masa hadapan dan tabungan hajat beliau, beliau disiplinkan diri untuk simpan (sebenarnya belanja) 10% lagi pendapatannya untuk Dana Ilmu. Beliau mencongak kasar, jika sebulan RM180 bermakna beliau ada bajet sekitar RM2,160 setahun untuk dilaburkan. Daripada bajet berkenaan secara berkala, beliau peruntukkan untuk membeli buku-buku kegemarannya, termasuk buku motivasi, buku masakan dan buku agama. Beliau juga ada melanggan beberapa ebook How To secara online. Beliau juga melanggan dua buah majalah, satu majalah bina diri dan satu lagi majalah masakan.Jumlah keseluruhan perbelanjaan beliau sekitar RM1,000 untuk tujuan itu pada tahun itu. Beliau juga menggunakan bajet 10% Dana Ilmu berkenaan untuk hadir ke bengkel bina diri dan bengkel masakan. Bak kata orang, baik bertambah baik. Semasa hadir di bengkel berkenaan beliau berkenalan dengan ramai rakan baru. Mereka saling berhubung. Ada juga sesetengah bengkel menawarkan sesi networking sesama alumni.

KUASA GANDA DAN KUASA RAWAT


Ternyata kisah seperti En Umar dan En Khairul bukanlah asing dalam kehidupan kita. Malah ada juga dalam kalangan kita adalah sebahagian daripada kisah berkenaan. Apa yang saya mahu tuan puan fokuskan di sini ialah bagaimana jumlah sekecil 10% sebulan itu dapat memberi efek besar dalam kehidupan Encik Khairul. Samada susah semakin susah akibat jahil. Atau baik semakin baik kerana ilmu. Jelas, ia menggandakan pelaburan Encik Khairul (dalam Dana Ilmu) sebanyak 60% di atas kertas (melalui perniagaan pastri kecil-kecilan yang dijalankan). Itu belum lagi ia merawat sakit-sakit minda. Encik Khairul hari ini sangat yakin diri, bersemangat dan jelas matlamat masa hadapan. Bagaimanapun ini tidak bermakna beliau tidak akan melakukan kesilapan. Namun, dengan ilmu, pengalaman dan pergaulannya menyebabkan beliau kembali fokus kepada matlamat besarnya bebas kewangan. Oleh itu pembaca budiman, aturkan Dana Ilmu masing-masing bermula hari ini juga. 10% sahaja. Aturkan satu akaun bank khas. Atau satu sampul khas. Atau satu tabung khas untuk Dana Ilmu 10% ini. Catat dan pasang telinga peluang baca, peluang belajar dan peluang bergaul di sekitar anda. Ada yang percuma, cuma banyak juga yang berbayar. Berlumbalumbalah kita mencari ilmu dan pengalaman. Bukankah masa kita di sini tidak lama. Malah bukankah hukumnya wajib dalam agama! Jumpa lagi kita di kesempatan seterusnya.

Alhamdulillah, selain rakan sedia ada dan rakan pejabat, Encik Khairul ada satu lagi komuniti sahabat. Perbelanjaan beliau untuk hadir ke bengkel seperti ini dibiayai penuh dengan Dana Ilmu yang 10% itu. Berkat suasana dan persekitaran itu, Encik Khairul celik akal dan hati. Beliau mengawal kewangannya. Beliau juga melabur. Melalui sedikit modal, beliau juga mula berjinak-jinak dengan perniagaan pastri secara kecilan dalam komunitinya. Beliau juga pasarkan perniagaan itu secara dalam talian dan di laman sosial. Ini semua berdasarkan ilmu pembacaannya, rujukan bengkel yang dihadirinya dan saranan idea teman-teman barunya. Setelah dua tahun berlalu, pelaburan 10% beliau berjumlah RM4,320 itu hangus. Dengan tidak disangkanya, melalui pelaburannya dan perniagaannya telah membolehkan beliau menambah simpanan. Alhamdulillah, berkat kesabaran dan kerja keras, beliau berjaya mengumpul RM7,000 duit tambah bagi tempoh 24 bulan berkenaan. Simpanan tetapnya sebanyak 20% sebulan untuk Dana Bebas Kewangan dan Dana Hajat masih lagi berjalan. Beliau dapat tambah lagi RM7,000 lagi bagi dana berkenaan. Alhamdulillah, beliau dapat menempuh dunia baru perkahwinan dengan yakin dan bersemangat!

Anak jiran memakai suasa, Jalan perlahan pergi kuala, Baca,belajar bergaul sentiasa, Barang yang baik berguna pula.

16 Majalah Niaga Edisi Khas 2013

TIP PEMASARAN
Rosli Baharuddin Motivator Kakitangan Jualan

Ia sememangnya sungguh merisaukan apabila mengetahui produk yang kita jualkan kini mempunyai pesaing.. Lebih menggerunkan pula bila melihat penerimaan orang ramai terhadap produk pesaing lebih hebat dan ternyata mempunyai nama yang sungguh dikenali di pasaran. Terdiam seketika memikirkannya kerana mereka bukanlah calang-calang pesaing yang mampu ditewaskan dengan mudah. Usah panik dan rasa berputus asa dengan apa yang telah berlaku. Ini kerana ianya merupakan perkara yang biasa dalam pasaran. Tiada satu produk pun yang akan berkekalan di atas sampai ke hari kiamat. Dalam perniagaan, turun dan naik sesuatu jualan atau produk merupakan perkara yang sangat normal. Apa yang anda perlu lakukan ialah teruskan usaha anda dan jangan sama sekali menyerah kepada takdir semata-mata serta usah mudah patah semangat akibat terlalu menghormati pesaing.

5 CARA UNTUK MEMENANGI PERSAINGAN DENGAN LEBIH EFEKTIF

17 Majalah Niaga Edisi Khas 2013

1 3 5

PERANG HARGA BUKANLAH SEGALANYA - Tak perlu mengambil pusing sangat jika andai kata
harga yang anda tawarkan di pasaran agak tinggi jika dibandingkan dengan harga pesaing anda.

Ini kerana bukan semua bakal pembeli atau pelanggan akan melihat harga yang ditawarkan. Apa yang penting adalah bagaimana kita memberikan penerangan secara jelas dan tepat dengan menawarkan apakah perkhidmatan nilai tambah kepada produk yang ditawarkan. Ini wajib kerana kebiasaannya bakal pembeli atau pelanggan menerimanya bukan disebabkan oleh produk tetapi hanya kerana cara kita menjualnya.

Anda tidak boleh menjual ubat kuruskan badan kepada orang yang kurus, jadi anda perlu kenali siapakah sebenarnya bakal pembeli produk anda dan ketahui kemahuan mereka. Mungkin ada satusatu masa mereka seolah-olah menolak produk jualan anda tetapi percayalah bahawa penolakan itu sebenarnya bukanlah pengakhiran kerana kalau kita cerdik dan bijak serta pandai memberikan sebabsebab relevan sudah pasti bakal pembeli atau pelanggan pada akhirnya akan menerima juga apa yang kita tawarkan.

2 4

mengikut nafsu, sasarkan jualan produk anda kepada bakal pembeli atau pelanggan yang sepatutnya sahaja.

KENAL PASTI PELANGGAN & BAKAL PEMBELI - Jangan menyasarkan secara membuta

KETAHUI SEPENUHNYA KELEBIHAN & KEKUATAN PRODUK - Pengetahuan berkenaan


dengan produk anda serta pasaran merupakan aset penting yang menentukan kejayaan anda.

KAJI KELEMAHAN & KEKURANGAN PESAING ANDA - Ada sesetengah pihak yang men-

ganggap bahawa persaingan di pasaran ini ibarat seperti peperangan dan pesaing ibarat pihak musuh yang perlu

Tanpa pengetahuan serta ilmu, anda tidak akan ke mana-mana. Usah risaukan pesaing dahulu, risaukan dulu kewibawaan kita adakah kita sudah memiliki pengetahuan yang jelas dan lengkap berkenaan produk dan pasaran atau tidak. Ini penting kerana jika bakal pembeli bertanya maklumat lanjut berkenaan produk, kita mampu menjawabnya dengan penuh yakin dan keyakinan inilah yang akan membuatkan mereka membeli. Kajilah ilmu serta pengetahuan sedalam-dalamnya berkenaan dengan produk anda bagi mengelakkan kita akan dipandang rendah serta kurang diyakini oleh bakal pembeli.

dikalahkan. Semua ini KARUT! Anda perlu bersahabat dengan pesaing anda dan bukannya bermusuh dengan mereka. Kita bukan sahaja dapat membina networking bersama mereka tetapi kita juga boleh mengetahui segalanya berkenaan produk mereka termasuklah kelebihan dan kekurangan produk mereka. Anda tidak akan dapat apa-apa jika bermusuh dengan mereka.

yakin dengan apa yang kita tawarkan. Kita bukannya menjual produk-produk keperluan asas seperti gula,

PERCAYA & YAKIN SEPENUHNYA PADA PRODUK ANDA - Jika kita mahu menjual, kita kena

garam , tepung dan sebagainya yang semuanya telah diketahui tanpa perlu penerangan yang mendalam. Kerana itu kita kena sangat yakin tentang segala keupayaan dan kelebihan yang ada pada produk yang kita mahu tawarkan ini. Jika kita yakin, sudah pasti keyakinan kita tersebut boleh dipindahkan pula kepada bakal pembeli atau pelanggan tanpa ragu-ragu. Kesimpulannya, jika anda menghadapi persaingan dalam perniagaan anda, ingatlah bahawa usah mudah mengalah dan tidak yakin dengan keupayaan diri serta produk anda.Hilangkan semua unsur-unsur negatif yang menghalang kejayaan anda dan berubahlah menjadi lebih yakin serta lebih berwibawa. Ingatlah bahawa tiada satu perkara pun yang mudah dan senang melainkan kena tempuh juga melalui dengan segala ketabahan, kecekalan, kesabaran dan ketenangan. Jangan mudah terpengaruh dengan kata-kata orang tapi jadikanlah diri kita terpengaruh dengan hasil kejayaan kita menjual produk yang ditawarkan. Sesungguhnya itulah pendorong dan pencetus semangat kita untuk bertindak ke arah mencari kejayaan yang hakiki.

18 Majalah Niaga Edisi Khas 2013

TIP BLOGGING
Aqif Azizan Central Intelligence Agency(CIA) Write To Wealth

5 ANGKA SEBULAN DENGAN BLOG

10 TIP DARIPADA PENGASAS OH MEDIA


ELEMEN 1 - PENDIRIAN DIRI
Bagaimana Khai membuat keputusan untuk memilih platfom blogging sebagai satu kerjaya, sedangkan ketika itu peluang untuk hidup sepenuh masa dengan blog menerusi pasaran tempatan adalah berisiko tinggi? Dalam elemen pertama ini, terdapat 4 perkongsian beliau yang dapat memberikan inspirasi kepada kita untuk memulakan langkah pertama sebagai blogger.
1. MAHU HIDUP BEBAS DAN MENJADI BOS UNTUK DIRI SENDIRI Perasaan untuk mengawal aliran kewangan dan
punca pendapatan secara total membuatkan beliau membuat keputusan untuk menjadikan blogging sebagai satu kerjaya. Ini juga yang menyebabkan beliau berminat untuk menjelajahi dunia blogging tempatan, meskipun ia tidak menjanjikan sebarang kemewahan ketika itu.

2. BLOGGING SEBAGAI KARIER, BUKAN SEKADAR HOBI


Ramai orang yang mempunyai hobi dalam kehidupan mereka. Tetapi hobi semata-mata tidak dapat memberikan pulangan yang lumayan. Justeru itu, Khai bertukar gaya fikir tentang blogging dengan menganggap ia sebagai satu karier atau kerjaya. Dengan ini, beliau memegang tanggungjawab bagi memastikan blog-blog kendaliannya mempunyai strategi untuk menjana pendapatan secara berterusan.

ELEMEN 2 - RAHSIA PEMASARAN BLOG OH MEDIA


Kunci utama untuk membangunkan blog yang mempunyai nilai aset sehingga puluhan ribu, adalah jumlah komuniti yang mempercayai pada jenama blog kita. Menurut Khai, berikut adalah cara yang beliau lakukan sehingga hari ini untuk meningkatkan jumlah pelawat, dan memperoleh kepercayaan daripada mereka.
5. TIDAK PADA SEO, YA PADA KILLER CONTENT
Mengoptimasikan artikel untuk menarik perhatian penyedia servis enjin carian tidak dapat menjamin kejayaan blog. Ini kerana manusia yang akan membaca dan menilai kualiti setiap artikel dalam blog kita. Justeru itu, Khai tidak menumpukan 100% terhadap SEO (Search Engine Optimization / Optimasi Enjin Carian). Tetapi beliau menumpukan artikel yang berkenaan dengan isu semasa, isu terkini, menarik perhatian, dan mempunyai manfaat kepada para pembaca.

3. ADA STRATEGI DAN PERANCANGAN A plan is a list of actions arranged in whatever sequence is thought likely to achieve an objective. John Argenti, author and founder of the Strategic Planning Society. Melakukan sesuatu secara tergopoh-gopoh dan membabi buta akan menyebabkan kita tersesat di pertengahan jalan. Manusia yang berjaya adalah manusia yang mempunyai strategi dan perancangan dalam kehidupannya. Begitu juga pemilik jenama Oh Media ini. Beliau merancang perjalanan blognya sebelum membuat sebarang keputusan atau tindakan. Ini bagi memastikan syarikatnya dapat meminimakan risiko sebaik mungkin. 4. BUAT SESUATU UNTUK DAPATKAN SESUATU Apabila ditanya mengenai rahsia produktiviti Khai, beliau menjawab, Saya melakukan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu. Kenyataan ini jelas menunjukkan, apabila kita sudah jelas dengan hasil yang bakal kita peroleh, maka estim dan keyakinan diri akan meningkat untuk terus bertindak sehingga ia tercapai.

6. FACEBOOK PAGES Kekuatan Oh Media juga bergantung pada


kekerapan mereka meluangkan masa untuk berinteraksi dengan komuniti. Kewujudan Facebook Pages yang mempunyai lebih 400,000 pengikut setia ini menyebabkan blog-blog kendalian beliau sentiasa meningkat dari semasa ke semasa.

7. MENGKAJI KEPRLUAN PEMBACA Untuk menghasilkan


artikel yang berkualiti dan sentiasa viral, Khai menyatakan kajian terhadap keperluan pembaca adalah kunci utama. Dengan mengetahui maklumat yang pembaca perlukan, kita dapat mengumpulkan bahan-bahan rujukan dari pelbagai sumber. Secara tidak langsung, pembaca akan rasa teruja dan gembira kerana kita berjaya memikat hati mereka dengan artikel yang mereka inginkan.

19 Majalah Niaga Edisi Khas 2013

ELEMEN 3 - CARA BUAT DUIT DENGAN BLOG


Antara motivasi pemilik Oh Media memilih medium blog sebagai kerjaya adalah potensi untuk menjana pendapatan. Sehingga kini, beliau menyatakan blogblog kendaliannya sudah mencapai keuntungan sebanyak 5 angka setiap bulan. Antara medium buat duit yang digunakan sehingga hari ini adalah:
8. PENGIKLANAN Pengiklanan ini tidak terhad kepada advertising
network seperti Innity, Nuffnang, Advertlets dan sebagainya. Di mana kita sendiri boleh bertindak untuk menawarkan harga iklan yang sesuai kepada syarikat yang berminat.

ELEMEN 4 - TIP BERJAYA & HIDUP MEWAH DENGAN BLOGGING


Berdasarkan perkongsian pemilik jenama Oh Media mengenai rahsia kejayaan beliau dalam dunia blogging, kami dapat simpulkan kepada:
10. FORMULA 3K Formula ini yang beliau gunakan berkali-kali untuk memperoleh kejayaan dalam setiap blog yang dikendalikan. Maksud 3K ini adalah: Kerja keras Buat duit lumayan dengan blog mengambil masa yang lama. Ramai yang mengaku kalah sebelum bekerja keras. Konsisten Sentiasa bertindak setiap hari untuk meningkatkan jumlah pelawat, penerbitan artikel dan aktiviti-aktiviti yang membawa kepada kejayaan blog. Keluar daripada zon selesa Kebanyakan blogger bermula daripada rumah. Ia adalah zon selesa yang membuatkan kita liat untuk melakukan formula pertama iaitu kerja keras. Cari jalan penyelesaian untuk keluar daripada zon selesa setiap hari.

9. SERVIS Katanya, Gunakan kemahiran diri yang kita ada untuk


buat duit lumayan. Khai menggunakan kemahiran beliau dalam dunia blogging untuk menawarkan servis. Salah satu daripadanya adalah servis pemasangan dan konsultansi blog. Servis ini sahaja akan memberikan jumlah keuntungan sehingga 3 hingga 5 angka untuk setiap satu klien.

20 Majalah Niaga Edisi Khas 2013

DEKORASI BISNES
Tim Majalah Niaga

INSPIRASI BISNES -

PEJABAT IDAMAN SETIAP USAHAWAN

Menyediakan sebuah pejabat yang selesa untuk diri sendiri serta para pekerja merupakan antara tanggungjawab yang perlu dititikberatkan oleh seorang usahawan yang berjiwa besar. Para pekerja adalah aset penting dalam sesebuah syarikat. Jadi jika kita menyediakan tempat bekerja yang selesa dan menyeronokkan untuk mereka bekerja, secara tidak langsung ia menyumbang kepada peningkatan kepada produktiviti syarikat. Bayangkanlah jika anda bekerja di sebuah syarikat yang sangat sempit dan berasak-asak serta mempunyai persekitaran yang agak membosankan sudah tentu anda berasa malas untuk bekerja. Berlainan pula jika anda bekerja di sebuah syarikat yang sangat selesa, sejuk mata memandang serta mempunyai persekitaran yang menyeronokkan, sudah tentu anda tidak berasa penat walaupun seharian anda bekerja di situ. Ini menunjukkan bahawa keselesaan, suasana serta persekitaran merupakan antara faktor penting yang mampu membuatkan para pekerja bekerja dengan lebih gembira. Apabila mereka berasa gembira dan bahagia, mereka akan berkerja dengan lebih gigih. Banyak syarikat besar dan kecil pada hari ini semakin mengambil berat berkenaan dengan persekitaran kerja. Jika suatu masa dahulu pejabat hanyalah sekadar untuk bekerja semata dengan meja dan kerusi, kini ia sudah berubah menjadi tempat untuk bekerja dengan lebih gembira.

21 Majalah Niaga Edisi Khas 2013

..................................

mindvalley

22 Majalah Niaga Edisi Khas 2013

..................................

MOTIV ASI BISNES


Afyan Mat Rawi Perancang Kewangan Bertauliah Islamic Financial Planner(IFP)

Assalamualaikum, Afyan sapa satu suara. Waalaikumsalam, Eh, satu wajah yang dikenali, tapi saya agak lupa namanya. Apa awak buat di sini?, tanya beliau. Saya masih belum cam namanya. Jumpa klien, jawab saya ringkas. Otak saya ligat mengimbas kawan-kawan ketika belajar dahulu. Wah, mesti banyak kes awak ye?, tanya beliau lagi. Namanya masih belum menjengah ke pemikiran saya. Kes? Adalah sikit-sikit.., saya dapat rasakan yang perkataan kes di dalam pemikiran beliau, tidak seperti perkataankes yang saya maksudkan. Wah, awak dengan firma mana sekarang?, tanyanya lagi. Betul jangkaan saya. Dia ada satu tanggapan awal kepada saya yang tidak tepat. Kali ini saya baru teringat namanya. Seorang kenalan yang pernah sekelas ketika menuntut di universiti dahulu.

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . Awak tubuhkan firma lepas chambering-

HALUAN YANG BERBEZA

kah?, betul tekaan saya. Dia menyangka saya memiliki firma guaman sendiri. Adalah, kata saya sambil tersenyum lagi. Sambil mengeluarkan dompet untuk mengambil bisnes kad. Lantas saya menunjukkan kad saya kepada beliau sambil menunggu reaksinya. Haaaaa???!!!, kaget sekali nampaknya kawan saya itu. Takaful??? Awak ejen takaful???, dahinya berkerut. Dia benar-benar terkejut. Melihat kad bisnes saya. Yang tertulis nama saya, dengan logo syarikat takaful dan di bawahnya tertera perunding takaful.

.............................

Kami sama-sama mengambil jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Kami tidaklah serapat mana dahulu. Hmm sendiri, saya tidak pasti sama ada jawapan saya menjawab soalannya. Oh, awak ada firma sendiri!?, dia agak terkejut. Saya hanya tersenyum. Tersenyum kerana dapat mengingati namanya. Tersenyum dengan ayat terakhir daripadanya. Tentu dia menyangka saya memiliki firma guaman sendiri.

Dua kali dia tekejut. Kejutan pertama kerana disangkanya saya memiliki firma guaman sendiri. Kejutan kedua, kerana firma guaman yang disangkanya, rupa-rupanya firma takaful!.

23 Majalah Niaga Edisi Khas 2013

KAMUS KEHIDUPAN
Sepanjang belajar di Kuliah Undangundang Ahmad Ibrahim, UIAM, banyak yang saya belajar. Saya belajar erti sebuah kehidupan. Bukan sekadar kuliah, tutorial, assignment, presentation, dan exam. Ilmu kehidupan saya perolehi melalui persatuan, jemaah, pilihanraya kampus, usrah, tamrin, mesyuarat dan sebagainya. Ia mematangkan saya. Walaupun kadangkala terbabas dek kesuntukan masa untuk menyeimbangkan antara akademik dan persatuan, namun akhirnya saya bergelar graduan juga. Seperti rakan-rakan lain yang sama sekuliah dengan saya. Alhamdulillah, dalam kekangan masa membahagikan antara akademik dengan persatuan, kelas dengan mesyuarat, tutorial dengan usrah, assignment dengan kertas kerja program, presentation dengan tamrin, pensyarah dengan naqib, akhirnya saya bergelar siswazah.

FRENQUENTLY ASKED QUESTION (F.A.Q)


Kadang-kadang ada juga orang bertanya:

Tidak menyesalkah menghabiskan masa kira-kira 6 tahun (termasuk matrikulasi), belajar undang-undang, tetapi akhirnya tidak mempraktiskan apa yang saya dipelajari?.
Atau...

Sia-sia awak belajar tinggi-tinggi, hendnak belajar undang-undang ni bukan senang. Kena hafal kes itu kes ini, akta itu akta ini, seksyen itu seksyen ini. Orang lain susah payah nak dapat degre LL.B, nak jadi lawyer, awak senang-senang sahaja sia-siakannya.
Jawapan klise saya ringkas, Oh ya, saya belajar erti kehidupan sepanjang berada di kampus dahulu. Noktah. Tidak dinafikan dalam tiga tahun pertama saya menongkah arus, soalan-soalan (baca: kritikan-kritikan) seperti di atas banyak menjengah ke telinga saya. Lama-lama ia menjadi semakin kalih malah mungkin boleh dibukukan menjadi FAQ (Frequently Asked Question) untuk saya berikan kepada mereka yang bertanya.

24 Majalah Niaga Edisi Khas 2013

SEBUAH PENCARIAN
Semenjak dari pusat matrikulasi pada 1998, saya tidak pernah bercita-cita untuk menjadi peguam. Tetapi cita-cita lain yang ada kaitan dengan undang-undang masih di dalam perancangan saya. Namun sepanjang pengajian, saya tidak sempat untuk memikirkan perancangan selepas grad, akibat disibukkan dengan aktiviti kampus kehidupan. Hanyalah pada tahun akhir pengajian, saya memikirkan perancangan selepas grad. Sebenarnya sudah agak lewat pada usia 22 tahun untuk memikirkan hala tuju selepas grad.

MENYOKONG ARUS
Saya betul-betul terpengaruh dengan tulisan Robert Kiyosaki. Ia membawa satu pandangan terbalik: belajar bersungguhsungguh, masuk universiti, kemudian selepas grad jadi usahawan. Berbanding dengan pandangan biasa belajar bersungguh-sungguh, masuk universiti, kemudian selepas grad jadi chambering dan menjadi peguam, atau menjadi pegawai PTD atau paling tidak memohon KPLI atau JQAF. Akibat terpengaruh dengan saranan inilah saya melawan arus, konon-konon ingin menjadi usahawan. Aduh, memang penat kerja melawan

Mujurlah

pembelajaran

di

kampus

kehidupan mengajar saya erti tabah, jika tidak, tentu saya sekarang seorang peguam. Dan ternyata bisnes dan kerjaya sebagai perunding takaful benar-benar mencabar minda, emosi, jasmani malah rohani. Mana tidaknya, bisnes ini merupakan bisnes yang paling banyak penolakan atau rejection berbanding bisnes-bisnes lain di muka bumi ini. Daripada sepuluh panggilan telefon yang dibuat, hanya lima sahaja yang sudi untuk menerima untuk diadakan temujanji. Daripada sepuluh temujanji, mungkin lima orang sahaja yang menepatinya. arus ini. Di kala orang lain selepas grad menulis resume, saya merangkak-rangkak menulis business plan. Ketika orang lain menghadiri temu duga kerja, saya terhegeh-hegeh ditemuduga klien. Sedang dalam pencarian cari diperkenalkan sebuah buku tulisan Robert Kiyosaki, Rich Dad Poor Dad. Seorang rakan yang memperkenalkan saya buku tersebut. Ternyata buku tersebut mengubah persepsi saya tentang kehidupan bekerjaya. Saya kira pencarian saya sudah berakhir. Ketika orang lain membelek akhbar mencari kerja kosong, saya membelek akhbar mencari peluang berniaga. Ketika orang lain hujung bulan mendapat gaji bulanan, saya belum tentuItulah padahnya belajar daripada buku semata-mata. Daripada sepuluh orang yang ditemui, selalunya tiga sahaja yang menjadi pelanggan. Mujurlah pembelajaran di kampus kehidupan mengajar saya erti tabah, jika tidak, tentu saya sekarang seorang peguam.

Saya tercari-cari arah tuju saya selepas grad serta tercari-cari bakal pasangan hidup saya. Ya, pada tahun akhir, dengan dua pencarian.

DARI 6 BISNES MENJADI 1


Daripada bisnes kad pra-bayar, percetakan, membekal bahan bantu mengajar, konsultan latihan, menjual bunga, menjual dadih, hinggalah yang saya komited sehingga hari ini bisnes takaful. Pengalaman-pengalaman seperti jualan tidak laku, dimarahi pegawai keselamatan kerana tidak mempunyai lesen (ketika menjual bunga waktu konvokesyen), mengutip hutang lapuk, modal RM1,000 untung RM10, dan pelbagai lagi, betulbetul membuat saya hampir serik. Apapun, pelayaran ini masih jauh. Sekarang ini mungkin hanya suku palayaran hidup yang sudah saya tempuhi. Banyak lagi liku pelayaran hidup yang bakal menjengah tiba. Saya tidak mampu untuk mengawal angin yang bertiup atau badai yang melanda dalam arus yang saya tempuhi ini, namun saya boleh mengawal arah layar dan dayungan kapal yang saya naiki. Alhamdulillah, nasib saya tidaklah seteruk KassimSelamat

25

Majalah Niaga Edisi Khas 2013

TIP JUALAN
Rosli Baharuddin Motivator Kakitangan Jualan

5 PERSEDIAN PENTING BAGI MENGHADAPI PENOLAKAN JUALAN


Jangan merasa bersalah untuk memujuk orang membeli barangan atau perkhidmatan yang mereka tidak perlukan, sentiasalah menawarkan produk yang cukup berguna kepada mereka atau berikan mereka kegembiraan dan perkhidmatan yang akan mereka gunakan pada masa depan.. Victor Dunstan (Penulis Buku How to Earn Big Money Selling)

Begitulah halnya dalam melakukan sesuatu jualan. Produk yang ditawarkan kepada bakal pelanggan bukan sahaja perlu dipersembahkan serta diterangkan dengan baik, ia juga memerlukan proses perundingan pujukan untuk mempengaruhi seseorang dalam membuat satu-satu keputusan sama ada untuk menerimanya ataupun tidak. Ada juga dikalangan mereka hanya tertarik dengan luaran produk sahaja tetapi tidak berminat untuk memiliki produk yang kita tawarkan. Tetapi hasil daripada penyampaian serta penerangan kita yang lancar, mendalam serta memberikan maklumat yang jelas dan mudah difahami, mereka akan turut terpengaruh untuk memiliki produk tersebut. Kebolehan menjual inilah yang perlu ada dalam diri kita untuk lebih berjaya menjual produk. Sentiasa bersedia memberikan penerangan dan penyampaian yang lancar, jelas dan mendalam kepada semua bakal pelanggan yang kita temui. Ini akan mewujudkan keyakinan mereka untuk memiliki produk anda. Memang benar pada permulaannya mungkin mereka tidak berminat untuk memiliki produk tersebut tetapi selepas itu secara perlahan-lahan mereka akan mulai tertarik untuk memiliki produk yang anda tawarkan, walaupun pada awalnya mereka tidak memerlukannya. Ia bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dilakukan.

.......................................................................................

Untuk mencapai kejayaan dalam jualan produk, anda juga perlu menguasai 5 perkara berikut

ILMU MENGENAI PRODUK


Ilmu pengetahuan dan maklumat kajian yang mendalam terutamanya berkenaan dengan manfaat serta kelebihan produk anda kepada bakal pelanggan anda.

SKILL JUALAN HEBAT


Skil menjual yang mantap dan sering diperbaiki dari semasa ke semasa hasil daripada pengalaman, pengetahuan serta pembelajaran kita daripada pembacaan, mentor ataupun rakan-rakan usahawan lain.

SKILL PENYAMPAIAN MANTAP


Menguasai cara untuk menyampaikan serta menerangkan produk dengan jelas, mudah difahami dan padat dengan maklumat yang mampu menarik minat bakal pelanggan.

NIAT IKHLAS UNTUK MENOLONG


Berniat untuk bersungguh-sungguh membantu memberikan satu penyelesaian masalah terbaik untuk setiap masalah yang dihadapi oleh bakal pelanggan.

JUJUR & KEPERIBADIAN TINGGI


Sentiasa jujur dan berkata benar serta tidak sama sekali mencuba untuk mengambil kesempatan ke atas bakal pelanggan anda.

.......................................................................................
Sama juga kesnya apabila kita berkunjung ke hypermarket seperti TESCO atau GIANT. Pada awalnya kita tidak merancang untuk membeli apa-apa tetapi setelah melihat harga yang ditawarkan, secara tidak langsung kita akan tertarik untuk membeli barangan di situ. Ia mampu mempengaruhi emosi kita untuk memilikinya. Jadi selain daripada mempunyai 5 perkara di atas, anda juga perlu sentiasa kelihatan yakin untuk menjual produk anda kepada bakal pelanggan anda. Dengan menyerlahkan keyakinan tersebut dan bersandarkan kepada 5 perkara di atas, anda pasti mampu melakukan jualan dengan jayanya.

26 Majalah Niaga Edisi Khas 2013

27 Majalah Niaga Edisi Khas 2013

28 Majalah Niaga Edisi Khas 2013

29 Majalah Niaga Edisi Khas 2013

30 Majalah Niaga Edisi Khas 2013

31 Majalah Niaga Edisi Khas 2013

32 Majalah Niaga Edisi Khas 2013

33 Majalah Niaga Edisi Khas 2013

34 Majalah Niaga Edisi Khas 2013

35 Majalah Niaga Edisi Khas 2013

36 Majalah Niaga Edisi Khas 2013

TIP PEMASARAN ONLINE


Hasbul Aqill CEO Majalah Niaga & Komik Niaga

MENGUPAH PENULIS ARTIKEL-

SATU KEPERLUAN ATAU MEMBAZIR WANG?

Meskipun kita memiliki blog, namun adakah ia satu kewajipan untuk kita menjadi penulis? Jawapannya, mungkin ya, dan mungkin tidak. Ini kerana tidak semua blogger memiliki skil penulisan yang baik. Begitu juga dengan penulis yang mempunyai skil penulisan yang baik. Tidak semestinya mereka mengetahui cara untuk menguruskan blog. Skil penulisan dan skil menguruskan blog adalah berbeza. Namun kedua-duanya saling berkait dan memerlukan satu sama lain. Sekiranya salah satu daripada skil ini tiada dalam blog, kelak ia akan menjadikan blog kita tidak ubah seperti sawang labah-labah. Iaitu blog yang sudah tidak dikemaskini untuk berbulan lamanya. Sudahlah hilang pembaca, blog pula hancur lebur jadinya. Namun begitu, bagaimana untuk memastikan penulis artikel yang kita upah dapat menjalankan tugas mereka dengan baik? 37 Majalah Niaga Edisi Khas 2013

JELAS SEBAB KITA PERLUKAN MEREKA


Pertama, jangan terburu-buru untuk membuat keputusan mengupah penulis artikel. Desakan ini biasanya berlaku terhadap blogger yang ketandusan idea. Apabila kita membuat keputusan dalam keadaan terdesak, 90% daripada hasilnya akan membawa kepada penyesalan. Justeru itu, sebelum membuat keputusan untuk mengupah penulis artikel, lihat kembali mengapa kita memerlukan mereka. Adakah kita menghadapi situasi-situasi berikut?

ALTERNATIF BAGI YANG PUNYAI MODAL


Meskipun bunyi mengupah penulis itu agak seronok didengari, namun kita perlu tahu kos yang perlu ditanggung apabila membuat keputusan untuk mengupah mereka. Jangan kerana terlalu mahukan penulis mengisi ruang kekosongan artikel blog, kita pula yang menghadapi kerugian besar. Cara ini hanya sesuai digunakan bagi blogger yang mempunyai modal wang yang banyak. Berikut adalah kos yang perlu ditanggung secara rawak, sebaik sahaja kita mahu mengupah penulis artikel: RM40 per artikel x 3 hari (Isnin, Rabu, Jumaat) = RM120 seminggu RM120 seminggu x 4 minggu = RM480 sebulan RM480 sebulan x 12 bulan = RM5,760 setahun Jumlah di atas adalah kiraan kos yang relevan untuk mengupah penulis artikel. Pastikan kita mempunyai modal terlebih dahulu sebelum mula membayar mereka. Atau kita boleh berfikir secara luar kotak?

> > >

Tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk menulis entri blog. (Akibat kerja, berniaga dan sebagainya). Baru mula belajar menulis. Sudah berusaha untuk mempelbagaikan idea penulisan, tetapi masih gagal berkali-kali.

Dengan mengenal pasti situasi yang kita hadapi sekarang, maka kita akan memperoleh sebab yang jelas untuk kita mengupah penulis artikel.

JANGAN BUANG MASA UNTUK MENULIS

BERFIKIR LUAR KOTAKJOINT VENTURE


Selain daripada mengupah penulis artikel (sekiranya kita mempunyai modal), kita juga boleh berusaha untuk mewujudkan hubungan kerjasama dengan mereka. Bagi melaksanakan cara ini, strategi menang-menang perlu ditekankan, agar penulis tidak rasa seperti mereka dipergunakan. Sebagai contoh, kita boleh membahagikan komisyen terhadap jumlah jualan yang berlaku pada blog. Sekiranya kita mempunyai masa yang banyak, dan tidak gentar untuk terus belajar daripada kesilapan, maka abaikan poin ini. Tetapi sekiranya kita seorang yang sentiasa sibuk akibat aktiviti harian, maka aspek belajar untuk menulis perlu dipertimbangkan sebaik mungkin. Ini kerana proses pembelajaran tidak menjanjikan bila kita akan berjaya mencapai tahap penulisan yang diinginkan. Bagi blogger yang baru bertapak, faktor ini cenderung membuatkan mereka untuk mengangkat bendera putih dalam masa 3 bulan pertama. Oleh yang demikian, lihat diri kita terlebih dahulu. Adakah kita sanggup untuk meluangkan masa untuk belajar menulis? Sekuat manakah azam dalam diri kita untuk belajar? Sekiranya jawapan kita mempunyai unsur ragu-ragu, maka pertimbangkan untuk mengupah penulis artikel. Mereka adalah solusi yang terbaik. Sekiranya blog kita memperoleh tempatan slot pengiklanan yang bernilai RM50, kita boleh berikan 50% daripada jumlah jualan itu kepada penulis, iaitu sebanyak RM25. Namun kelemahannya di sini, kita perlu sentiasa aktif dan berusaha untuk membina strategi wang masuk, supaya dapat meningkatkan keyakinan penulis untuk bekerjasama dengan kita. Apa yang penting, lihat kembali keperluan kita sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakan penulis artikel. Sekiranya perlu, adakah kita mempunyai modal dan strategi yang terancang, untuk mengelakkan sebarang kerugian?

38 Majalah Niaga Edisi Khas 2013

TIP PERNIAGAAN ONLINE


Eruwan Gerry Pakar Bisnes Internet dan Usahawan Makan Gaji

TIP PERNIAGAAN EBAYOUTSOURCING ATAU TERUS MUNDUR?


Dari tahun ke tahun terdapat peningkatan yang ketara dari segi jumlah penjual di portal eBay. Jumlah ini termasuk peningkatan penjual baru di portal eBay yang berasal dari Malaysia. Ini bukanlah satu perkara yang menghairankan kerana pihak eBay sentiasa bertindak agresif, untuk meningkatkan jumlah penjual dan pengunjung yang menyertai portal mereka setiap tahun. Di samping itu, usaha berterusan daripada ramai usahawan eBay veteran yang terdapat di Malaysia untuk membantu orang lain, yang ingin berjinak-jinak dengan eBay juga amat berkesan. Pada masa kini, kita sudah boleh berbangga kerana terdapat ramai usahawan berjaya di portal eBay yang datang dari Malaysia. Ramai di kalangan usahawan yang mencapai kejayaan di portal eBay sudah berupaya menguasai teknik dan strategi penjualan di portal tersebut, untuk menjana keuntungan yang baik secara konsisten pada setiap bulan.

BERJAYA TIDAK MAKNA BERJAYA SELAMANYA


Selalunya apabila mereka sudah berjaya mencapai satu tahap keuntungan yang optimum di portal eBay, mereka sudah tidak mampu mencapai kejayaan yang lebih tinggi daripada itu. Pada tahap ini, keuntungan mereka adalah lebih bersifat sustaining atau mendatar. Keadaan ini disebabkan mereka sudah mencapai tahap optimum di dalam strategi penjualan mereka. Sama ada dari segi jumlah barang jualan yang boleh dijual, harga barangan yang mereka jual dan masa yang boleh mereka luangkan untuk menguruskan perniagaan di portal eBay. Apabila dikaji dengan lebih mendalam, faktor keuntungan yang mendatar secara berterusan ini adalah banyak disebabkan oleh kekangan masa yang dihadapi oleh si usahawan tadi. Setiap individu di dunia ini cuma memiliki 24 jam sahaja dalam sehari. Selepas ditolak dengan perkara-perkara lain dalam kehidupan kita seperti tidur, bekerja (untuk yang berkerja secara sepenuh masa), beriadah, melayan anak-anak dan sebagainya, kita cuma memiliki beberapa jam sahaja dalam sehari untuk meluangkan masa dalam perniagaan di portal eBay.

BISNES EBAYMASA ITU EMAS


Situasi ini menjadikan kita tidak mampu untuk mengembangkan perniagaan kita di portal eBay, kerana sentiasa dihadkan oleh jumlah masa yang boleh kita luangkan pada setiap hari untuk menguruskan perniagaan tersebut. Bayangkan dalam masa 1 atau 2 jam sehari, itu adalah masa yang anda akan lakukan segala-galanya. Dari membuat listing baru, menguruskan pembelian, membungkus barangan, mengepos barangan, mencari barangan baru untuk dijual dan 1,001 macam perkara lain yang perlu dilakukan, untuk memastikan perniagaan anda di portal eBay berjalan dengan lancar. Tanpa masa yang mencukupi, anda akan mula mencuri masa berharga anda yang lain seperti untuk bersama keluarga, tidur dan beriadah. Walaupun sebaik mana pengurusan masa anda sekali pun, anda masih tidak akan mampu melakukan segalagalanya dalam jangkamasa 24 jam sehari yang amat terhad itu. Dalam pada itu, langkah terbaik untuk memastikan perniagaan sentiasa berkembang dan meningkatkan keuntungan adalah dengan mengaplikasikan strategi outsourcing atau memberikan tugas kepada orang lain.

39 Majalah Niaga Edisi Khas 2013

3 RAHSIA OUTSOURCING PASTI UNTUNG


Membuat Listing
Apabila anda sudah memiliki banyak barangan untuk dijual pada setiap minggu, anda memerlukan bantuan untuk membuat listing atau paparan barangan tersebut di portal eBay. Salah satu cara yang paling mudah untuk anda berbuat demikian adalah dengan menggunakan perkhidmatan, atau perisian pengurusan listing seperti Auctiva dan juga Turbolister. Pengunaan perkhidmatan atau perisian ini memudahkan anda untuk memaparkan barang jualan anda yang terkini dengan mudah dan pantas. Bayangkan anda boleh membuat listing beratus-ratus barangan dalam masa hanya beberapa minit. Sudah pasti ia akan dapat memudahkan tugas anda sebagai seorang penjual.

BONUS - PEKA DENGAN ALIRAN TUNAI


Sebagai seorang usahawan, anda juga perlu peka terhadap kedudukan kewangan perniagaan anda. Jika anda tidak tahu jumlah wang yang keluar dan jumlah wang yang masuk ke dalam perniagaan anda di portal eBay pada setiap bulan, maka akan sukar untuk anda mengenalpasti masalah yang terdapat di dalam perniagaan anda. Oleh itu, anda boleh bertindak menguruskan status kewangan anda pada setiap bulan secara sendiri, atau anda boleh memberikan tugas tersebut kepada orang lain. Jika anda sudah menjual beratus-ratus barangan pada setiap bulan, maka akan menjadi satu tugas yang mencabar untuk anda menguruskan status kewangan anda disebabkan jumlah yang besar itu. Justeru itu, memberikan tugasan tersebut kepada pihak lain adalah lebih wajar. Anda boleh memberikan tugasan tersebut kepada rakan-rakan atau ahli keluarga anda yang mempunyai pengetahuan dalam menguruskan akaun. Anda juga boleh menyerahkan tugasan tersebut kepada syarikat berkelayakan untuk membantu anda.

Membungkus Barangan
Satu tugasan yang pasti akan mencuri banyak masa anda sebagai seorang usahawan eBay adalah pembungkusan barangan untuk dihantar kepada pembeli. Jika anda cuma mempunyai beberapa barangan untuk dibungkus pada setiap masa mungkin tidak menjadi masalah. Tetapi bayangkan jika perniagaan anda sudah bertambah maju dan anda perlu membungkus berpuluh-puluh atau beratus-ratus barangan pada setiap minggu. Sudah pasti anda tidak akan cukup tangan untuk membungkus kesemua barangan tersebut. Pengalaman saya sendiri di awal perniagaan saya di portal eBay, di mana saya terpaksa berjaga sehingga pukul 4 pagi untuk membungkus barang. Oleh itu, langkah terbaik untuk menjimatkan tenaga dan masa anda adalah memberikan tugasan tersebut kepada orang lain. Anda boleh menyerahkan tugasan tersebut kepada rakanrakan, atau ahli keluarga dengan memberikan ganjaran yang sewajarnya kepada mereka. Atau anda boleh berikan kepada syarikat pembungkusan yang profesional. Dengan berbuat demikian, maka anda akan mempunyai lebih banyak masa dan tenaga untuk digunakan untuk tugas-tugas anda yang lain.

OUTSOURCING - JIMAT MASA, CEPAT KAYA


Secara ringkasnya, setiap urusan outsourcing yang saya sarankan di sini atau sebarang idea outsourcing lain yang anda boleh fikirkan adalah bertujuan untuk mengurangkan masa, dan tenaga anda dalam menguruskan perniagaan anda dari sehari ke sehari. Jika anda berkerja di dalam perniagaan anda, maka sukar untuk anda melihat keadaan sebenar perniagaan secara menyeluruh. Ini seterusnya akan membantutkan pengembangan perniagaan anda. Jika perkembangan perniagaan anda terbantut, maka jumlah keuntungan yang anda perolehi juga akan kekal pada satu tahap yang optimum sahaja dan tidak akan mampu untuk naik lebih tinggi daripada itu. Dengan ini, jangan anggap strategi outsourcing sebagai satu kos kepada perniagaan anda. Anggap ia sebagai satu pelaburan jangka masa panjang yang penting untuk kejayaan perniagaan anda.

Membungkus Barangan
Satu lagi tugasan yang mencabar buat seorang usahawan eBay adalah membuat penghantaran barangan. Jika anda mula menjual barangan dalam kuantiti yang banyak dan mendapat banyak pembelian, maka anda perlu sentiasa berulang-alik ke pusat penghantaran barangan anda di Pos Malaysia, atau di mana-mana syarikat kurier yang lain. Perjalanan anda ini akan mengambil banyak masa dan tenaga. Jika anda perlu bergerak ke tempat penghantaran yang jauh, maka akan lebih banyak masa dan tenaga anda yang akan habis. Begitu juga dengan wang anda sekiranya anda perlu membayar tol atau mengisi minyak. Jika anda juga merupakan seorang pekerja sepenuh masa, maka sudah pasti anda tidak memiliki banyak masa terluang untuk mengunjungi pusat penghantaran barang. Oleh itu, langkah terbaik adalah untuk outsource tugasan ini samaada kepada rakan-rakan atau ahli keluarga anda. Jika mereka tidak boleh membantu anda, cuba aturkan dengan syarikat penghantaran anda untuk mengambil bungkusan tersebut terus dari rumah anda. Selain itu, anda juga boleh mengubah strategi penjualan anda kepada dropshipping iaitu pihak ketiga yang akan bertindak membekalkan barangan. Seterusnya membuat pembungkusan dan penghantaran untuk anda.

40 Majalah Niaga Edisi Khas 2013

PELABURAN HART ANAH


Meor Zaidee Blogger Hartanah Sepenuh Masa

DEPOSITPENDINDING DARI PENYEWA CULAS


Gua tension la beb.. rungut Aslam tidak puas hati. Kenapa Bro? soal Ardi yang cuba menyelongkar masalah dihadapi Aslam. Penyewa gua keluar dari rumah sewa gua semalam dan berlonggok-longgok pula jumlah bil yang ditinggalkannya belum dibayar, keluh Aslam. Bukan ke lu boleh guna deposit tu untuk cover bil-bil yang ditinggalkannya? usul si Ardi. Masalahnya gua dah bagi balik duit deposit tu kat penyewa gua bila dia beritahu gua, dia nak keluar hari tu, keluh Aslam.

JENIS - JENIS DEPOSIT


DEPOSIT SEWA RUMAH Merupakan satu bentuk cagaran kepada pemilik rumah bagi memastikan bahawa bakal penyewa ini tidak culas dalam melaksanakan tanggungjawab mereka untuk melunaskan sewa bulanannya. Jumlah yang perlu disediakan oleh mereka bergantung kepada persetujuan di antara pemilik rumah dan juga bakal penyewa. DEPOSIT BIL - BIL UTILITI Jika deposit sewa rumah merupakan cagaran bagi sewa rumahnya, deposit utiliti ini pula dijadikan sebagai cagaran untuk bil-bil utiliti seperti air, elektrik malahan mungkin juga termasuk fi (bayaran) penyelenggaraan. Sama seperti deposit sewa rumah, amaun yang diperlukan untuk deposit jenis ini juga bergantung kepada persetujuan di antara kedua belah pihak.

TIP BUAT PELABUR HARTANAH


Memandangkan deposit ini dijadikan sebagai cagaran, terdapat beberapa tips mudah yang ingin saya kongsikan untuk anda yang ingin berjinakjinak menjadi pelabur hartanah, iaitu: Inilah antara perkara yang biasa terjadi kepada mereka yang baru pertama kali bergelar tuan rumah atau landlord ini. Malahan saya sendiri pun pernah melalui pengalaman yang sama ini sewaktu pertama kali berhadapan dengan penyewa saya suatu masa dahulu. Sebelum berbicara dengan lebih jauh lagi, mari kita cuba fahami apakah yang sebenarnya dimaksudkan dengan deposit dan mengapakah ia penting untuk anda sebagai tuan rumah. Deposit atau dalam bahasa mudahnya wang pendahuluan (wang komitmen), merupakan sejumlah wang yang perlu disediakan oleh bakal penyewa kepada pemilik rumah sebagai cagaran untuk penyewa memberikan komitmen yang serius untuk menyewa rumah tersebut. -Ambil deposit semaksimum mungkin sebagai cagaran (mengikut persetujuan bakal penyewa). -Laburkan deposit tersebut dalam instrumen pelaburan yang mampu menggandakan wang anda. -Jangan kembalikan deposit kepada penyewa yang akan keluar sebelum melihat keadaan rumah. Pesanan terakhir saya ialah beringatlah kita sebagai tuan rumah serta bakal tuan rumah bahawa hanya dengan Deposit sahajalah yang mampu meneruskan niat, semangat dan minat anda untuk membuat pelaburan hartanah. Jadikanlah hartanah anda bekerja untuk anda secara pasif!

41 Majalah Niaga Edisi Khas 2013

TIP PELABURAN
Ikram Adi Perunding Bebas 1 Pelaburan Perak Di Malaysia

PETUA MURAH REZEKI DENGAN MENYIMPAN PERAK


Pada hari ini harga emas dan perak benar-benar berada pada paras mampu dimiliki oleh semua orang. Ini kerana harga emas sudah jatuh kira-kira 13% dan harga perak pula jatuh 20% sejak 2 bulan yang lalu. Kebiasaannya, kebanyakan daripada kita yang membeli emas dan perak adalah kerana mahu melindungi kuasa membeli dan mahu mengambil peluang mengaut keuntungan simpanan emas dan perak, di mana harganya terus meningkat sejak 10 tahun lepas. Tetapi kita tidak tahu bahawa simpanan emas dan perak juga mampu menarik rezeki. Antara sedar ataupun tidak, sebenarnya mempunyai simpanan emas dan perak adalah termasuk dalam kategori zakat harta, ia wajib dizakatkan setelah cukup nisab dan haulnya sama seperti zakat pendapatan dan sebagainya. Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatlah kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat- Surah An-Nur (ayat 56) Ibadat zakat merupakan rukun Islam keempat merupakan kewajipan seseorang muslim yang berkemampuan. Amatlah rugi jika seseorang muslim yang berkemampuan itu tidak menunaikan kewajipan mereka untuk membayar zakat walaupun sudah cukup nisab dan haulnya. Ini kerana membayar zakat untuk simpanan emas dan perak bukan sekadar dapat menyucikan harta, ia juga dapat membantu meningkatkan ummah serta dapat meringankan beban golongan fakir miskin. Malah hidup kita bukan sahaja akan diberkati, rezeki kita juga turut dimurahkan serta setiap urusan kita turut dipermudahkan setelah melakukan ibadah ini. InsyaAllah.

42 Majalah Niaga Edisi Khas 2013

Infografik berikut menunjukkan maklumat ringkas mengenai zakat harta yang perlu dikeluarkan untuk simpanan emas, perak dan wang.

MENGIKUT INFOGRAFIK INI:


1. Zakat simpanan (RM) dikenakan jika anda menyimpan sebanyak RM14,066 dalam tempoh satu tahun hijrah. 2. Zakat emas pula dikenakan jika anda mengeluarkan belanja sebanyak RM11,573.60 untuk membeli emas pada hari ini dan menyimpannya selama setahun. 3. Zakat perak berlainan sedikit di mana anda hanya perlu membelanjakan RM1,368.50 sahaja untuk membeli perak dan layak untuk membayar zakat harta. Sumber dari pakdi.net dan zakat.com.my Jika anda ingin merebut peluang mengeluarkan zakat harta dengan cara yang paling mudah, anda amat disyorkan untuk membeli dan menyimpan perak. Berdasarkan harga spot semasa, anda hanya perlu keluarkan RM1,368.50 sahaja untuk layak berzakat pada tahun depan. Walaupun begitu, anda mungkin perlu mengeluarkan sedikit wang, lebih kurang 20% atau dalam lingkungan RM1650 untuk membeli perak. Ini kerana harga jualan produk pelaburan perak di Malaysia mempunyai sedikit caj tambahan. Hakikatnya, syarat kelayakan untuk membayar bagi harta perak adalah 8 kali lebih rendah daripada menyimpan wang. Jom rebut peluang berzakat harta tahun hadapan!

43 Majalah Niaga Edisi Khas 2013

TIP PERNIAGAAN
Azizi Zulkefli Konsultan Harta Intelek

9 TIP DAFTAR CAP DAGANGAN


(Do & Donts)
Guna Nama Syarikat - Nama
syarikat yang unik dan tidak mempunyai kaitan dengan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan adalah cap

Sepanjang saya mengendalikan proses permohonan cap dagangan, saya telah menemui pelbagai jenis dan versi cap dagangan yang dicipta oleh para usahawan kita. Ada cap dagangan yang baik untuk didaftarkan dan ada juga yang tidak sesuai untuk didaftarkan, kerana tidak memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Akta Cap Dagangan 1976. Seksyen 10 & 14 Akta Cap Dagangan 1976 telah menggariskan beberapa panduan cap dagangan yang boleh dan tidak boleh didaftarkan.

1 2 3 4

.......................................
untuk buah epal, ayam sedap untuk produk ayam, mi halus untuk mi, kerepek rangup untuk kerepek, kedai makan nasi campur untuk kedai makan, dan perkhidmatan dobi untuk kedai dobi. Kesemua jenis yang disebutkan di atas adalah cap dagangan yang tidak baik dan tidak boleh didaftarkan.

dagangan yang baik untuk didaftarkan. Sebagai contoh, cap dagangan Celcom, Maxis, Nestle dan Samsung adalah cap dagangan berdaftar yang diambil daripada nama syarikat. Walaubagaimanapun, nama syarikat seperti Perusahaan Tekstil Sdn Bhd, Kedai Makan Enterprise dan Klinik Telinga tidak sesuai untuk didaftarkan sebagai cap dagangan. Kerana nama syarikat atau perniagaan tersebut mempunyai kaitan dengan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.

5 6 7

Perkataan Meruju Produk - Cap-cap dagangan seperti Apple

menggugat keselamatan negara adalah contoh cap dagangan yang tidak boleh didaftarkan.

mempunyai logo, imej, rajah atau bentuk adalah cap dagangan yang baik. Cap-cap dagangan seperti Proton, Nestle, KFC dan LG ditampilkan dalam bentuk logo dan imej yang unik adalah contoh cap dagangan yang baik.

Unik dan Kombinasi Multimedia - Cap dagangan yang

Elakkan daripada menggunakan nama-nama tempat seperti Bangi, Kajang, Gemas, Seremban dan Ipoh sebagai cap dagangan kerana ia tidak sesuai untuk didaftarkan. Namun, nama-nama tempat luar Malaysia yang tidak mempunyai sebarang kepentingan atau tidak wujud di Malaysia boleh dipertimbangkan untuk pendaftaran.

Menggunakan Nama Tempat Di Malaysia -

8 9

Wujud Elemen Ancaman Cap-cap dagangan yang memaparkan perkataan atau imej lucah, perkataan kesat, dan simbol-simbol yang boleh

gan yang menggunakan lambang atau berkaitan tentera diraja adalah dilarang.

Ada Lambang atau Jata Tentera Diraja - Cap dagan-

Panduan di atas adalah panduan asas berdasarkan Akta Cap Dagangan 1976 dan pengalaman saya sepanjang mengendalikan proses permohonan cap dagangan. Untuk maklumat lanjut, para usahawan sekalian boleh menghubungi saya atau mendapatkan konsultasi ejen cap dagangan berdekatan. Semoga perkongsian di atas membantu usahawan mencipta cap dagangan yang baik untuk dijadikan sebagai jenama produk atau perkhidmatan yang ditawarkan mereka.

Perkataan yang dicipta atau tidak mempunyai sebarang makna di dalam bahasa tempatan adalah cap dagangan yang baik. Sebagai contoh, cap dagangan Adidas, Nike dan Nintendo adalah contoh perkataan yang dicipta, atau perkataan yang tidak mempunyai makna di dalam bahasa tempatan yang telah dijadikan sebagai cap dagangan.

Perkataan Tidak Mempunyai Makna -

gan yang menggunakan perkataan sedia ada yang tidak merujuk kepada produk atau perkhidmatan yang ditawarkan, adalah cap dagangan yang baik. Cap Dagangan Apple untuk komputer, Citizen untuk Jam, Windows untuk perisian dan Puma untuk pakaian adalah contoh cap dagangan yang baik.Ia menggunakan perkataan sedia ada tetapi tidak menggambarkan atau merujuk produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.

Perkataan Tidak Merujuk Kepada Produk - Cap dagan-

By Royal Letters Patent, Registered, Registered Design and Copyright. Perkataan To counterfeit this is forgery, Registered Trade Mark, Registered Service Mark atau perkataan yang sama di dalam sebarang bahasa. Perkataan Bunga Raya dan imej bunga raya. Perkataan Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong dan Raja-Raja Negeri. Representasi atau imej istana atau sebarang bangunan milik kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri. Perkataan dan logo ASEAN. Perkataan Red Crescent atau Geneva Cross dan representasi Red Crescent, the Geneva Cross dan sebarang imej palang bewarna merah, atau representasi Swiss Federal Cross di dalam warna putih atau perak pada latar merah.

Mempunyai Simbol atau Perkataan - Patent, Patented,

44 Majalah Niaga Edisi Khas 2013

TIP KOMUNIKASI
Rosli Baharuddin Motivator Kakitangan Jualan

Sabda Rasulullah SAW bermaksud

5 KELEBIHAN BERSANGKA BAIK SEBELUM MENJUAL

Jauhilah kamu dari prasangka, kerana sesungguhnya prasangka itu adalah sebohong-bohong rekaan rasa hati (berita hati). (Hadis disepakati oleh Al-Bukhari-Muslim)

Begitulah antara saranan Rasulullah SAW mengenai kepentingan berbaik sangka sesama manusia serta menjauhi sama sekali sikap berburuk sangka kerana kelak nanti ia akan memakan diri sendiri. Pelbagai hikmah yang dapat kita pelajari jika kita sentiasa berbaik sangka. Sikap berbaik sangka ini juga penting ketika kita melakukan jualan. Janganlah sesekali anda berniat serta mempunyai prasangka yang tidak baik terhadap prospek ataupun para pelanggan anda tidak kira dalam apa juga situasi sekalipun. Kita tidak mempunyai kuasa untuk menghakimi orang lain. Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Ke-4 (Terbitan Dewan Bahasa & Pustaka), Perkataan sangka membawa maksud, pendapat yang hanya di agak-agak sahaja, dugaan, kira-kira, menaruh syak, berasa sangsi, ragu-ragu, waswas dan menganggap seperti. Jadi, perkataan sangka adalah merupakan pendapat yang berdasarkan kepada agakkan, keraguan, kesangsian, anggapan, kewaswasan, kiraan, syak dan dugaan (maksudnya bukan ujian tetapi menduga atau meneka dalam kesamaran). Terlalu banyak keburukannya apabila kita sentiasa bersangka buruk seolah-olah kita mengetahui segalanya berkenaan dengan orang lain, sedangkan ia cumalah sekadar sangkaan buruk anda sematamata. Jika pada mula lagi kita sudah bersangka buruk, bagaimanakah kita hendak menjual sesuatu kepada orang lain? Penyelesaiannya ialah kita perlu mengubah sikap mudah berprasangka buruk terhadap orang lain sebelum ia menjadi buruk.
45 Majalah Niaga Edisi Khas 2013

5 KELEBIHAN BERBAIK SANGKA & BERFIKIRAN POSITIF


Jiwa Akan Menjadi Tenang & Sentiasa Anda Akan Sentiasa Berasa Bertuah Dan Bersyukur! Memikirkan Perkara Yang Positif!
Tidak kiralah suratan ataupun kebetulan, jika kita secara tidak sengaja bertemu dengan orang yang pernah menyakiti kita dari segi fizikal ataupun mental, kita akan menjadi tenang apabila berhadapan dengan mereka. Jika jiwa kita tenang, pasti apa yang kita lakukan akan dirasakan begitu seronok dan terhibur. Bersangka baiklah kepada sesiapa juga prospek/ pelanggan yang kita temui, sudah pasti ia akan memberikan impak yang baik juga bukan setakat diri kita sahaja malah kepada prospek/pelanggan Jika kita sentiasa bersangka baik, perasaan kita yang kita temui sekali. akan menjadi sentiasa tenang dan dipenuhi dengan senyuman walaupun kita berhadapan dengan Apabila kemesraan dapat di wujudkan, komuniorang-orang yang pernah memberikan pengala- kasi akan berjalan lancar dan keghairahan kita melakukan jualan akan lebih terserlah lagi. Pasti man buruk kepada hidup kita. tuah yang kita harapkan akan menjelma sekali bersama dengan usaha yang telah kita lakukan secara Menjauhi Daripada Racun Perosak bersungguh-sungguh. Kita juga akan menjadi lebih Jiwa Yang Negatif! Racun perosak jiwa ini amatlah berbahaya kepada bersyukur. semua manusia kerana ia boleh meracuni dan membunuh sifat-sifat positif yang tertanam dalam hidup kita sejak azali lagi. Racun ini menyebabkan manusia semakin mementingkan diri. Setelah racun ini memasuki jiwa manusia, kita akan sering berfikiran negatif dan sering berburuk sangka serta menyalahkan orang lain dalam apa jua keadaan sekalipun. Ia bakal menimbulkan perselisihan, perpecahan serta perperangan!

Firman Allah S.W.T. bermaksud

Sentiasa Memulakan Andaian yang Baik-Baik Sahaja!


Sudah menjadi kebiasaan naluri manusia akan mula memikirkan perkara-perkara yang tidak baik dahulu berbanding perkara-perkara yang baik. Jadi jika kita asyik memikirkan andaian yang buruk, kita akan diselubungi ketakutan serta kegelapan sehingga menjejaskan jualan produk. Jika kita sentiasa mengamalkan sentiasa berprasangka baik serta berfikiran positif dalam apa juga situasi, secara tidak langsungnya kita akan membentuk satu tabiat dalam diri kita untuk berfikir mengenai perkara yang positif sahaja. Ini mampu membantu anda menjual produk dengan lebih baik.

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhi kebanyakan prasangka. Sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa. Dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain. Dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Apakah salah seorang kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? Tentu kamu tidak menyukainya. Dan bertakwalah kepada ALLAH. Sesungguhnya ALLAH Maha Penerima Taubat lagi Maha Segala Urusan Anda Dipermudahkan! Mengasihani (Surah Jiwa yang tenang serta hati yang bersih pasti dapat Al-Hujurat ayat 12).
memberikan semangat untuk bertemu prospek/ pelanggan dengan cara tugasan yang cukup disenangi kepada sesiapapun yang kita temui. Berbaik sangka dengan permulaan salam dan senyuman yang manis pasti memikat sesiapapun juga yang kita hampiri. Bila hati dan jiwa kita semakin tenang serta ceria, pasti jualan yang kita bakal lakukan ini boleh dikendalikan, kemudikan dengan baik dan menjadi sesempurna yang termampu untuk memikat hati dan perasaan prospek/pelanggan menerima tawaran yang ditawarkan.

Pasti ada hikmahnya jika dalam ayat Al-Quran turut menyeru kita supaya tidak mudah berprasangka buruk, menghakimi orang lain serta membuat andaian yang bukan-bukan ataupun mengarut sebelum mengetahui perkara tersebut dengan lebih mendalam.

46 Majalah Niaga Edisi Khas 2013

Boleh
Untuk tempah iklan, hubungi eksekutif pemasaran, Hasbul Aqill di 016 2025437 atau layari www.MajalahNiaga.com

nampak saya ke?

Bagus!
Bermakna iklan di sini berkesan!
INOVATTIC SOLUTION (PART OF FLAREBIZ NETWORK SDN BHD)

E-majalah ini diberikan PERCUMA!


Hak cipta terpelihara oleh MajalahNiaga.com, dilarang sama-sekali menerbit semula dalam lain-lain bentuk atau mempergunakan e-majalah ini untuk tujuan keuntungan kecuali dengan kebenaran bertulis dari pihak MajalahNiaga.com. Namun begitu anda dibenarkan, bahkan digalakkan menyebar e-majalah ini untuk tujuan kebaikan, tetapi haruslah dikekalkan sifatnya tanpa sebarang ubahan.

INOVATTIC SOLUTION (PART OF FLAREBIZ NETWORK SDN BHD)

MAJALAH NIAGA www.majalahniaga.com

You might also like