• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • 4
    CommentGo Back
Download
 
Wahai teman-teman sekalian,Kisah ini datang dari lubuk hati saya sendiri, apa yang saya rasadan apa yang saya alami sendiri. Saya tidak bermaksud untuk mengeluhapatah lagi mengingkari apa yang telah Allah s.w.t tetapkan kepadasaya dan kita semua orang yang beriman dengan-Nya. Kisah ini sayakhabarkan agar apa yang saya lalui tidak berlalu begitu saja tanpasaya kongsi dan tanpa saya rekodkan sebagai panduan bagi diri sayasendiri untuk hari-hari kemudian.Saya sama seperti orang lain, punya keinginan untuk menyayangi dandisayangi. Walau bagaimanapun, tidak mudah bagi saya untuk jatuhhati pada seorang wanita. Saya tidak mencari seorang wanita untuk dijadikan kekasih, tetapi saya mencari seorang teman pendampinghidup saya hingga ke akhir hayat saya. Seorang yang bolehmengingatkan saya kiranya saya terlupa, dan yang paling pentingwanita yang amat saya percayai untuk mendidik anak-anak saya kelak dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti. Untuk itu, sejak di bangku sekolah lagi saya telah letakkan beberapasyarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidup saya, dan dialahorangnya.Dalam masa beberapa bulan saya belajar di sebuah pusat pengajiantinggi di Petaling Jaya, banyak perkara yang telah saya pelajari.Yang paling penting buat saya ialah, bagaimana saya mula mengenaliwanita-wanita dalam hidup saya kerana saya sejak dari sekolah rendah belum pernah bergaul secara langsung dengan seorang wanita pun dansaya amat peka terhadap larangan pergaulan antara lelaki dan wanitakerana saya bersekolah di sebuah sekolah menengah agama lelaki berasrama penuh. Lantaran itu, saya tidak pernah punya hati untuk memberi cinta atau menerima cinta walaupun peluang itu hadir  beberapa kali.Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-sama terpilih untuk mengendalikan sebuah organisasi penting di tempat kami belajar.Ditakdirkan Allah s.w.t, dia menjadi pembantu saya. Dari situlah perkenalan kami bermula.Dia seperti yang telah saya ceritakan, bertudung labuh dan sentiasamengambil berat tentang auratnya terutama stokin kaki dan tangannya.
 
Itulah perkara pertama yang membuatkan saya tertarik padanya. Diaamat berhati-hati dalam mengatur butir bicaranya, bersopan-santundalam mengatur langkahnya, wajah yang sentiasa berseri dengan imandan senyuman, dan tidak pernah ke mana-mana tanpa berteman. Suaranyaamat sukar kedengaran dalam mesyuarat kerana dia hanya bersuaraketika suaranya diperlukan dan tidak sebelum itu. Saya melihat diasebagai seorang mukminah solehah yang amat menjaga peribadinya danmaruah dirinya. Saya tidak pernah bercakap-cakap dengannya kecualidia punya teman di sisi dan atas urusan rasmi tanpa dipanjangkan- panjangkan. Saya seorang yang amat kuat bersembang dan sentiasa punya modal untuk berbual-bual seperti kata teman saya, tetapidengan dia saya menjadi amat pemalu dan amat menjaga. Bagi saya,itulah wajah sebenar seorang wanita solehah. Dia mampu mengingatkanorang lain dengan hanya menjadi dirinya, tanpa perlu berkata-katawalau sepatah.Pada hari terakhir saya di sana, saya punya tugas terakhir yang perlu saya selesaikan sebelum saya melepaskan posisi saya dan semuaitu melibatkan dia. Sebaik sahaja semua kerja yang terbengkalai itusiap, saya mengambil peluang untuk berbual-bual dengan dia. Saya bertanya perihal keluarga dan apa yang dia rasa bertugas di sampingsaya untuk waktu yang amat sekejap itu. Alhamdulillah dia memberikanrespon yang baik dan dari situlah saya mula mengenali dengan lebihdalam siapa sebenarnya pembantu saya ini. Namun, apa yang memang boleh saya nampak dengan jelas, dia amat pemalu dan dia amat kekok semasa bercakap dengan saya. Selepas itu barulah saya tahu, sayalahlelaki pertama yang pernah berbual-bual dengan dia bukan atas urusanrasmi sebegitu. Di situlah saya mula menyimpan perasaan, tapi tidak  pernah saya zahirkan sehinggalah saya berada jauh beribu batudaripadanya.Semasa saya berada di Jordan, saya menghubunginya kembali danmenyatakan hasrat saya secara halus agar dia tidak terkejut.Alhamdulillah, dia menerima dengan baik dan hubungan kami berjalanlancar selama empat bulan sebelum saya balik bercuti ke Malaysia.Kadang-kadang saya terlalai dalam menjaga hubungan kami dan dialahyang mengingatkan. Dialah yang meminta agar kami mengehadkan mesej-mesej kami agar tidak terlalu kerap. Semua itu menguatkan hubungankami dan bagi saya dialah teman hidup yang sempurna buat saya.
 
Walau bagaimanapun, sewaktu saya pulang ke Malaysia bulan lepas,ummi dapat menghidu perhubungan kami. Saya tahu ummi tidak berapasuka anak-anaknya bercinta tetapi saya tidak pernah menjangka ummiakan menghalangnya. Tetapi perhitungan saya silap, amat silap.Buat pertama kali, adik perempuan saya memberitahu ummi sudah tahu perihal saya dan ummi tidak suka. Saya tidak pernah menganggapnyasesuatu yang serius sehinggalah ummi bercakap secara peribadi dengansaya pada satu hari. Saya masih ingat lagi kata-kata ummi yang buatsaya tak mampu membalas walau sepatah."I haven't found any entry in Islam that permit what you are doingright now. I haven't heard from anyone that love before marriage is permitted. But I know there's no relationship between male andfemale except for what is very important and official between them.So, may I know what kind of relationship you are having now and Iwant to hear it from your mouth that it is legal in what you have been learning until now.""Not a single phrase, nor a word.""My sweetheart, if you want to build a family, a faithful one, youcan never build it on what Allah has stated as wrong and provenfalse by the way Rasulullah p.b.u.h has taught us. A happy and blessed family come from Allah, and you don't even have anything todefend it as blessed if the first step you make is by stepping intowhat He has prohibited. You can't have a happy family if Allahdoesn't help you so, and you must know in every family that standsuntil their dying day, they have Allah on their side. You can'texpect Him to help you if you did the wrong step from the very beginning."Saya tiada kata untuk membalas kerana semuanya benar. Saya tahukebenaran itu sudah lama dulu, tetapi saya tak mampu untuk melawankehendak nafsu saya sendiri. Saya akui, saya tertipu dengan apa yangdipanggil fitrah, dan apa yang dipanggil sebagai keperluan manusia.Cinta tak pernah membawa kita ke mana, andai cinta itu bukan dalamlingkungan yang Allah redha. Tiada cinta yang Allah benarkan kecualiselepas tali perkahwinan mengikatnya. Itulah apa yang telah saya pelajari lama dahulu dan dari semua kitab Fiqh yang saya baca, tiada
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...

cerita ni best la ada lagi x sronok mcm bca novel tpi ada skit comfuse tentang laki ker pompuan

sya pon comfuse jgak kat lelaki idaman tu \ pompuan ker laki yag tlis nama mcm laki2

ermmm. confuse la ... lelaki ke perempuan yg tulis ni?... =.=''

awak buat ini memang betul

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...