• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
Memanglah menjadi hasrat setiap pasangan ibu bapa untuk melihat anak-anak mereka berjaya dalam hidup. Mereka ingin melihat tiap seorangdaripada anak mereka mencapai kesejahteraan dari segi fizikal, mental,sosial dan juga rohaniah. Mereka sentiasa memikirkan masa depan zuriatmereka. Ini adalah satu jihad.Ibu bapa merupakan sebaik -baik contoh kepada anak -anak. Merekaperlu sentiasa menarik perhatian anak mereka kepada perwatakan dantingkah laku yang baik agar si anak dapat menjiwakannya. Dasarkependudukan baru negara menekankan kewujudkan satu generasi yangsihat , dinamik , produktif serta mempunyai nilai -nilai hidup dan moralyang tinggi. Negara memerlukan tenaga kerja yang mahir dan berfikiranpositif.Ibu bapa mestilah mempunyai pengetahuan tentang perkembangan kanak -kanak , strategi pendidikan dan strategi pengubahsuaian tingkah lakusupaya dapat mempengaruhi dan mencorakkan perkembangan anak mereka sepertimana yang di cita -citakan. Faktor -faktor yangmempengaruhi perkembangan dan tingkah laku seseorang kanak -kanak itu bolehlah dibahagikan kepada dua , iaitu faktor persekitaran luar danfaktor dalam diri si anak itu sendiri. Persekitaran luar merangkumisuasana di mana si anak diasuh dan berkait rapat dengan faktor -faktorseperti taraf sosioekonomi , budaya serta hubungan dengan adik -beradik serta kawan -kawan di sekelilingnya , peralatan di rumah atau di sekolahdan media massa. Faktor dalam diri sendiri termasuklah taraf kesihatan ,taraf pemakanan pengamatan atau persepsinya terhadap dunia luar ,pengamatan terhadap diri sendiri (sama ada dia berasa rendah diri atausebaliknya ) , dan ciri -ciri serta bakat semula jadinya yang sedikitsebanyak terdapat dalam baka yang diwarisinya . Setiap komponen yangmemain peranan dalam mempengaruhi perkembangan dan tingkah lakuseseorang kanak -kanak itu perlu difahami oleh ibu bapa.Mereka perlulah bijak mengenal pasti ciri -ciri kekuatan yang ada padaanak mereka di samping menumpukan perhatian pada sebarangkelemahan yang ada pada seseorang kanak -kanak itu boleh diatasi atausekurang -kurangnya diperbaiki dengan menggunakan strategi -strategitertentu. Kekuatan atau bakat yang dikenal pasti boleh dipupuk dandipertingkatkan lagi dengan memberi galakan serta peluang untuk si anak itu meningkatkan potensinya .
 
Anak-anak hendaklah diberi pendidikan yang sempurna seawal mungkin bermula dari dalamkandungan lagi. Tanggungjawab ibu dan bapa telah wujud sebelum terbentuknya janin. Oleh itusuami isteri hendaklah memberi perhatian dan tumpuan pendidikan sempurna sepenuhnya untukmemastikan anak tersebut menjadi anak yang soleh. Suami isteri mesti bertanggungjawab untukmenjaga kandungan dari segi kesihatan fizikal dan mental, mengamalkan pemakanan seimbang,makan minum dan rezeki dari sumber yang halal dan berkat, mengerjakan amalan-amalankerohanian seperti membanyakkan membaca al-Quran, zikir, melakukan ibadah-ibadah sunatdisamping tidak meninggalkan ibadah fardhu yang diwajibkan.Ketika isteri mengandungkan bayi, si bapa pula mempunyai peranannya yang tersendiri. Bekerjalahdengan penuh amanah, bertanggungjawab dan ikhlas demi mendapatkan rezeki yang halal untukkeluarga mereka. Sesungguhnya keberkatan lahir dari makan minum yang berpunca dari rezekiyang halal.Oleh itu para ibu bapa hendaklah sentiasa berhati-hati dan berwaspada setiap masa dalampekerjaan. Tunaikan kerja dengan penuh dedikasi dan amanah demi memperoleh rezeki yangberkat dari sumber yang halal. Rezeki yang diberi makan kepada anak itulah yang akan menjadidarah daging yang akan membesarkan anak-anak . Jika sumbernya halal dan berkat, mudah-mudahan anak-anak yang bakal dilahirkan akan menjadi anak-anak soleh yang dapatmembahagiakan hidup kedua-dua ibu bapa. Di samping itu apabila anak-anak telah diberipendidikan sempurna mengikut syariat Islam, apabila besar mudah-mudahan mereka akan menjadianak yang soleh.
1. KEPRIHATINAN IBU BAPA DALAM MELUANGKAN MASA UNTUKMENYEMAK KERJA SEKOLAH ANAK - ANAK MEREKA, SAMA ADA SIAPATAU SEBALIKNYA.2. KEMAMPUAN DAN KESANGGUPAN IBU BAPA MENYEDIAKANKEMUDAHAN PEMBELAJARAN ANAK - ANAK MEREKA, SEPERTI BILIKBELAJAR, BUKU RUJUKAN, KELAS TAMBAHAN, BELANJAPERSEKOLAHAN DAN SEBAGAINYA.3. KEPEKAAN IBU BAPA DALAM MEMBUAT PEMERHATIAN SECARABERPANJANAGAN DAN BERTERUSAN TERHADAPA PENCAPAIANAKADEMIK ANAK - ANAK MEREKA.4. KESUNGGUHAN DAN KERJASAMA IBU BAPA KEPADA SEKOLAHKHUSUSNYA GURU KELAS, GURU MATA PELAJARAN, GURU DISIPLINDAN PIHAK PENTADBIRAN SEKOLAH DALAM MEMASTIKANPENGAWASAN BERTERUSAN TERHADAP PENCAPAIAN AKADEMIK ANAK- ANAK MEREKA.5. KEUPAYAAN IBU BAPA DALAM MENGAWASI PERUBAHAN TINGKAHLAKU SERTA KEUPAYAAN MEMBERIKAN MOTIVASI ATAU DORONGANKEPADA ANAK - ANAK MEREKA.6. KEWUJUDAN PENGETAHUAN ASAS IBU BAPA BERKAITAN MATAPELAJARAN YANG DI PELAJARI OLEH ANAK - ANAK MEREKA.
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...