You are on page 1of 19

SUMBER PERIKANAN

Hashimi Ismail
Koordinator Pendidikan MNS
Terengganu
Jenis ikan

Ikan bertulang (Kelas Actinopterygii)
~ 24,000 telah dikenalpasti
~ 60% marin

Ikan bertulang rawan (Kelas Chondrichthyes)
~ kumpulan ikan yu dan pari
~ hampir 1000 spesies
Industri Perikanan

Perikanan laut (90% hasil)

Akuakultur pesisir pantai (9.5% hasil)

Perikanan darat (0.5% hasil)
Pusat Perikanan Malaysia
Perikanan laut

Perikanan pinggir pantai

Perikanan laut dalam
* berat bot (cth: < 70 GRT)
* kawasan tangkapan (cth: < 30 b.n)
Perikanan pinggir laut

Jenis perikanan yang terpenting

Melibatkan ramai nelayan tempatan -
mendapatkan paling banyak ikan.

Dijalankan di kawasan 30km dari pantai.

Guna pukat hanyut, jala, pompang, tangkul

Hasil tangkapan seperti bawal, parang, kurau,
ikan merah, ikan bilis, udang dan ketam.

Hasil tangkapan tidak banyak.
Perikanan laut dalam

30 - 300 km dari laut.

Menangkap ikan di tengah laut seperti Selat
Melaka, Laut China Selatan dan Lautan Hindi.

Gunakan kaedah lengkap dengan peralatan
moden - hasil tangkapan lebih banyak - pukat
tunda

Berada di laut selama beberapa hari/minggu.

Hasil 60% jumlah pengeluaran ikan Malaysia.

Hasil tangkapan tinggi.
Perikanan darat

Melibatkan kegiatan menangkap ikan di kolam, tasik,
paya, dan sungai.

Memelihara ikan di kolam, tasik, paya, sungai (dalam
sangkar).

Jenis ikan yang ditangkap antaranya sepat, jelawat,
haruan, keli dsbnya.

Gunakan jala, pukat, lukah, bubu, dan pancing.

Penternakan ikan, udang dan kerang ada juga
dijalankan secara besar-besaran di kolam atau sangkar.

Sabah adalah pengeksport udang yang utama di
Malaysia.
Perikanan akuakultur

Ikan dan udang diternak dalam kolam, kawasan paya
atau sangkar.

Dijalankan dengan tujuan untuk menambah pengeluaran
ikan.

Ada juga diternak secara besar-besaran (ikan talapia,
kap rumput, jelawat dan kerang) dalam sangkar atau
kolam.

Banyak diusahakan di Perak, Selangor, Kedah, Johor,
Pualu Pinang, Sabah dan Terengganu.
Ikan komersil

4000 spesies ikan laut

Dikelaskan kepada 2 kategori
~ Ikan pelagik (dijumpai di kawasan
berdekatan permukaan laut)
~ Ikan demersal (dijumpai di kawasan
berhampiran dasar laut)

500 spesies ikan komersil
Ikan pelagik

Dikelaskan kepada 3 kategori
* kumpulan ikan pelagik kecil
~ ikan kembong, selar, sardin,
bawal, cencaru,
* kumpulan ikan tuna
~ ikan aya
* ikan bilis
Ikan demersal

Ikan berharga tinggi - kerisi, jenahak,
merah, kerapu

Ikan berharga rendah – gelama,
mengkarong, duri

Banyak di kawasan dasar berselut dan di
kawasan laut yang lebih dalam
Kepupusan ikan

1990-an ~ ikan terubuk (Hilsa toli)
~ ikan shrumbu (Lactarius
lactarius)
* Pengurangan ikan gelama (Johnius
belangeri) juga dikesan berlaku
Ikan bilis

Banyak ditangkap di pantai barat

Menggunakan pukat jerut

Banyak didapati di kawasan di antara
pantai dan kawasan berkedalaman 20
meter

Juga terdapat di pantai timur, Sabah dan
Sarawak dalam kuantiti yang kecil
Ancaman kepada ikan bilis

Penangkapan berlebihan

Kerosakan kawasan tangkapan

Pencemaran di kawasan tangkapan
Akuakultur

Merupakan aktiviti memelihara haiwan
akuatik untuk diperdagangkan

Ikan, udang, kerang-kerangan (kerang,
tiram, kupang), rumpair laut.

Di laut (air masin) / di muara atau kolam
(air payau) / di sungai, kolam atau tasik
(air tawar)
Sumber perikanan lain

Kerang (Anadara granosa) dan kupang
(Perna viridis)

Obor-obor (putih, Phacellophora sp.);
(merah, Rhizostoma pulmo); (deadly box,
Chironex fleckeri)
Kepentingan sumber perikanan

Sumber protein yang murah dan mudah didapati.

Peluang pekerjaan sambilan untuk tambah pendapatan.

Peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan seperti
nelayan, membuat bot, jala, pukat, alat menangkap dan
memproses ikan.

Negara kita dapat mengurangkan jumlah ikan yang
terpaksa diimport.

Ikan dan udang menjadi sumber pendapatan negara
kerana ia dieksport ke Singapura, Jepun, United
Kingdom dan Negeri Thai.
Faktor yang menggalakkan kegiatan
perikanan

Kawasan perikanan yang luas - dikelilingi oleh kawasan perairan
Selat Melaka, Laut China Selatan dan Selat Tebrau.

Terletak di atas pentas sunda - Pentas Sahul (Pelantar) yang kaya
dengan ikan-ikan dan makanan ikan iaitu plankton - lautnya cetek
dan kaya dengan ikan.

Ikan dapat pasaran yang meluas kerana ia sumber protein yang
murah dan mudah.

Pinggir pantai yang panjang sesuai dijadikan perkampungan
nelayan.

Hasil tangkapan merupakan sumber bahan mentah untuk buat
keropok, belacan, cencaluk dsbnya.

You might also like