You are on page 1of 2

Hari Raya Aidilfitri & Hari Raya Aidil Adha (Hari Raya Korban)

Hari Raya Aidilfitri dan Hari raya Korban merupakan dua perayaan terbesar bagi umat

Islam di Malaysia. Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah,

dan Hari Lebaran. Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di

seluruh dunia bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mana umat Islam telah

menjalani ibadat puasa dengan tekun. Hari Raya Aidilfitri disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah.

Hari Raya Puasa bermula melalui dua cara; iaitu melalui rukyah (melihat anak bulan)

ataupun secara hisab(kiraan). Sekiranya melalui rukyah, apabila anak bulan kelihatan, ini

menandakan bermulanya bulan Syawal, iaitu bulan ke-10 dalam Takwim Hijrah Islam. Namun

begitu tarikhnya sentiasa berubah mengikut kalendar Masihi kerana kalendar Hijrah adalah

mengikut peredaran bulan manakala kalendar Masihi pula mengikut peredaran Bumi mengelilingi

Matahari. Oleh itu, tarikh Hari Raya adalah berbeza daripada tahun ke tahun, dengan beza lebih

kurang antara sepuluh hingga 15 hari.

Apabila tarikh Hari Raya telah ditentukan, umat Islam akan bertakbir dan bertahmid

sambil memuji kebesaran Allah. Tempoh bertakbir bagi Hari Raya Aidilfitri adalah antara

terbenamnya matahari(hari terakhir bulan Ramadan) sehingga solat sunat Hari Raya Aidilfitri

bermula pada pagi 1 Syawal tahun Hijrah.

Baju Melayu adalah pakaian tradisi kaum Melayu yang dipakai oleh kaum lelaki di

Malaysia pada Hari Raya. Pakaian ini dilengkapi dengan songkok dan lilitan songket di bahagian

pinggang. Pakaian yang menjadi kebiasaan kaum wanita pula ialah Baju kurung dan Baju kebaya.

Setiap tahun pelbagai fesyen diperkenalkan bagi mempelbagaikan rekaan baju-baju tradisi ini.

Antara amalan lazim yang dilakukan oleh orang Islam di Malaysia sewaktu

merayakan perayaan ini ialah amalan ziarah-menziarahi, memberi duit raya, malam Tujuh

Likur, dan rumah terbuka.


Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh

orang Islam di seluruh dunia bagi menandakan berakhirnya tempoh mengerjakan ibadat haji di

Mekah, yang merupakan rukun Islam yang terakhir bagi mereka yang mampu, dan menandakan

bermulanya ibadat korban untuk dibahagi-bahagikan kepada fakir miskin.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam

memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran

anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t. Selain itu, salah satu keistimewaan

Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam

empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga

sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah iaitu bulan terakhir

pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana

Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum

berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya

sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit berbanding Hari

Raya Aidil Fitri. Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik,

paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian.

Hari Raya Aidil Adha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah,

mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat

Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk

menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.

You might also like