Read without ads and support Scribd by becoming a Scribd Premium Reader.
 
Perayaan Kaum Cina: Perayaan Ching Ming
Hari Ching Ming
 
merupakan
 
hari dimana masyarakat Cina berziarah ke makam orang
 
tuadan leluhur, membersihkan makam dan juga melakukan ritual sembahyang bagi paraleluhur. Kegiatan Ching Ming biasanya dilakukan sepuluh hari sebelum dan sesudah hariCheng Beng.
 
Hari Ching Ming biasanya jatuh pada tanggal 4, 5 atau 6 April dandirayakan dalam 10 hari sebelum dan 10 hari selepas Hari Ching Ming. Ini bermaknakaum Cina ada dua puluh hari untuk menunaikan tanggungjawab mereka bagi memberikehormatan dan peringatan kepada nenek-moyang, ibu-bapa dan ahli-ahli tersayang yangtelah meninggal dunia. Ching Ming bermaksud “bersih” dan “cerah” dalam bahasa Cina.
Asal Usul Hari Ching Ming
Terdapat beberapa kisah tentang Hari Ching Ming. Akan tetapi, yang lebih tepatnya ialahkisah tentang seorang putera yang melarikan diri bersama dengan pengikutnya keranakerajaannya dikalahkan oleh kerajaan lain. Dalam suatu keadaan dimana merekakehabisan makanan, Sang Pengikut mengambil sebahagian daging pahanya sendiri untuk dimakan Putera. Bertahun-tahun berlalu, setelah berhasil merebut kembali kerajaannya,Putera berjaya mendapat balik takhta Raja dan ingin membalas budi Sang Pengikut. Akantetapi ditolak oleh Sang Pengikut tersebut yang ingin migrat ke hutan untuk merawatibunya yang sudah tua. Berbagai-bagai cara dilakukan Raja untuk bertemu dengan SangPengikut tetapi tidak berhasil. Akhirnya Raja memerintahkan prajuritnya untuk membakar hutan tersebut untuk memaksa Sang Pengikut dan ibunya keluar dari hutan.Ternyata, keduanya sudah terbakar hidup-hidup dalam hutan. Akan tetapi, Raja menemuisehelai kain dengan sajak yang ditulis oleh Sang Pengikut. Dia berharap Raja dapatmemerintah dengan cekap, bersih, dan cekap, iaitu “Ching Ming” dalam bahasa Cina.Raja amat menyesali perbuatan beliau, oleh itu hari terbakarnya Sang Pengikut ditetapkansebagai hari sembahyang yang menandakan penghormatan bagi orangtua dan lelulur.Sejak itu, Cheng Beng diperingati setiap tahun sebagai wujud bakti dan syukur kepadaorang tua dan leluhur kita.
Adat Resam dan Cara Perayaan
Kaum Cina yang beragama campuran Taoist dan Buddha, mempunyai kepercayaan bahawa hidup atau mati, mereka terus bertanggungjawab menjaga makan-minum ahlikeluarga yang telah mati. Ini adalah sebagai tanda sayang kepada yang telah mati dan bukannya kepercayaan hantu. Majoriti kaum Cina yang menyembah kubur ini adalahdengan niat murni untuk terus mengingati ahli keluarga yang telah mati. Pembakaran bahan-bahan kertas adalah untuk menunjukkan ketaatan mereka kepada nenek moyangkerana mereka mempercayai bahawa roh-roh akan hidup macam mereka juga. Oleh itu, bahan-bahan keperluan dalam bentuk kertas akan dibakar untuk digunakan oleh roh-rohnenek moyang. Kertas perak merupakan duit bagi leluhur. Colok juga dibakar sebagaisatu penghormatan dan bentuk makanan kepada leluhur. Selain bahan-bahan kertas akandibakar untuk leluhur, makanan juga disajikan untuk leluhur.Pada malam yang sama selepas pergi kubur. Di tempat kediaman juga akan diadakan satu penyembahan di tepi jalan yang biasanya di depan rumah kediaman, lebih kurang waktu pukul 9.00 malam.
Pantang Larang
Search History:
Searching...
Result 00 of 00
00 results for result for
  • p.
  • Notes
    Load more